Faktor hubungan Mahathir-Anwar terus ganggu proses pertukaran kerajaan?

Faktor hubungan Mahathir-Anwar terus ganggu proses pertukaran kerajaan?

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya sempat mentadbir negara selama 22 bulan, runtuh hujung Feb lalu, antara lain disebabkan kontroversi proses peralihan kuasa, juga dipengaruhi faktor hubungan tajam dan dingin Mahathir-Anwar.
Apakah kedua-dua negarawan ini, serta pengikut tegar masing-masing, tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada tragedi yang cukup melukakan hati itu? Pakatan Harapan sebenarnya telah membuka pintu belakang untuk dicerobohi dengan mudah oleh kelompok pengkhianat dan opurtunis politik.
Sejarah pahit itu bagaikan baru semalam berlaku. Lukanya masih berdarah panas. Kita umpama masih berdiri memijak korban-korban yang kaku bergelimpangan. Anehnya, kita seolah-olah gagal menjernihkan dendam kesumat atau sekurang-kurangnya saling syak-wasangka yang masih menebal. Seolah-olah terbuku, biarlah sama-sama melepas walaupun pihak lawan yang menang!
Dalam masa 24 jam mutakhir, heboh pasaran berita angin yang sukar disahkan, sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang sedia tipis itu, semakin berkurangan, di bawah paras minimum 112. Pemuka kerajaan, khususnya di kalangan Bersatu, mungkin berpaling menyokong Mahathir. Angkanya berubah-ubah, diselang-seli penafian; mafhumnya regim PN umpama telur di hujung tanduk.
Namun, dalam suasana yang melorong potensi terbaik untuk kembali memartabatkan mandat rakyat itu, malang sekali, kesatuan oposisi juga nampak rapuh, terutama membabitkan hubungan Mahathir-Anwar. Tentu sahaja banyak cerita-cerita liar yang dikumandangkan semula, mencuit rasa curiga sesama pembangkang.
Sudah pasti di pihak Muhyiddin, Umno dan Pas, kegerunan mereka nombor wahid adalah persefahaman di antara Mahathir-Anwar. Malah, kegagalan untuk menobatkan semula Mahathir sebagai PM sejurus beliau meletakkan jawatan, adalah berpunca daripada tidak sepakatnya mencalonkan nama PM ketika itu; berpecah di antara penyokong Mahathir dan Anwar sehingga memaksa baginda Agong membuka semula pencalonan.
Ada pihak menyifatkan hubungan Mahathir-Anwar umpama anjing dengan kucing, sukar untuk dijernihkan kembali. Kedua-duanya pula dikelilingi oleh “para penasihat” yang saling bertentangan dan bermusuhan. Misalnya, umum mengetahui bagaimana dalamnya perseteruan di antara bekas setiausaha politik Mahathir, Zahid Mat Arip dan Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri sekarang, dengan Anwar. Kedua-duanya menjadi orang kepercayaan Mahathir. Ditambah lagi dengan faktor “anak angkat” Mahathir, Azmin Ali.
Terus-terang diakui, amat payah untuk mengembalikan rasa saling mempercayai Mahathir-Anwar ini. Yang ditagih bukannya sikap memaafkan, tetapi pengorbanan demi menyelamatkan masa depan negara. Jika tiga tahun lalu, mereka berdua boleh bertolak-ansur untuk menumbangkan regim kleptokrasi Najib Razak, kini masanya untuk kembali berpadu tenaga menyelamatkan tanahair yang sedang terancam dengan kelompok hampir sama.
Mungkin ada pihak mencadangkan jalan keluar, sifir mudahnya, nyahkan sahaja dinosour politik ini, Mahathir-Anwar, kita tonjolkan tokoh-tokoh baharu yang lebih dinamik dan tidak dibebani bagasi sejarah. Persada politik kita sebenarnya tidak tandus bakat-bakat kepemimpinan berwibawa.
Namun real politiknya tidak semudah itu, terutama dalam konteks merebut kembali kuasa yang dicuri di pertengahan jalan itu. Malah ada pendapat, meletakkan tanggungjawabnya kepada Mahathir yang dikira “bersalah” meletakkan jawatan sehingga terburai kerajaan PH. Anwar pula dianggap sukar memperolehi cukup bilang sokongan di luar PH, terutama daripada Sabah dan Sarawak.
Polemik di antara penyokong Mahathir-Anwar ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Ia mesti dimuktamadkan dengan terma-terma yang lebih mengikat, ataupun kita perlu sabar menunggu sehingga penggal Parlimen ini dibubarkan. Namun, itu merupakan sesuatu yang pelik kepada watak polikus yang dinamis; bukankah menanti esok sudah terlalu lama untuk orang politik, apatah lagi tiga tahun lagi?


ANWAR PENGERUSIKAN MESYUARAT PH



Mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan di Petaling Jaya petang tadi.

Membincangkan perkembangan dan isu mutakhir dalam negara.

Jemaah mesyuarat turut menyentuh soal agenda reformasi, memperkemaskan gerak kerja PH serta kemaslahatan dan kebajikan rakyat yang kini dihimpit Covid-19.



MAHATHIR PURA PURA TIDAK TAHU


HAMSINA HAMZAH


Macamana kata madey tidak tahu Sheraton move, Dan seperti yang Kita semua tahu madey beberapa kali buat perjumpaan dengWn Warisan, Umno dan Pas, apa niat beliau? Tidak lain tidak bukan dia meyusun strategy untuk sailang DSAI dari awal-awal lagi. Sebab tu selepas dia buat perjumpaan dengan parti-parti diatas bila DSAI berjumpa dengan Nazri sebagai kawan lama, madey terus melompat kerana dia ingat DSAI mcm dia, depan lain, belakang lain dalam hati lain. 

Ya Allah jika benar DSAI dianiayai oleh atok selama ini, sekarang dan dimasa akan datang Kau tunjukkanlah kebenaran serta balasan yang seadil adilnya.


PERJUANGAN YANG BERBEZA


Man Toba



PH nak tumbangkan PN adalah demi rakyat dan negara.

Manakala Tun M pula nak tumbangkan muhyidin adalah demi dendam peribadi beliau.

Walaupun pihak yang mahu ditumbangkan tu hampir sama, tapi tetap tidak serupa..

Demi mencapai dendam, Tun akan sanggup buat apa sahaja, tidak mustahil beliau akan bersetuju menubuhkan kerajaan walau apa jua syaratnya asalkan muhyidin jatuh..

walaupun syaratnya adalah meninggalkan satu atau dua parti komponen PH, bergantung pada jumlah kerusi, samada meninggalkan DAP atau AMANAH atau KEADILAN.. sebab tujuan utama beliau bukanlah mahu tubuh kerajaan bersama PH tetapi hanya mahu balas dendam terhadap muhyidin..

Maka jika Tun M jadi PM, agenda rakyat bukanlah keutamaan beliau, jika PH bersama dalam kerajaan pun PH tetap punyai kekangan untuk melaksanakan agenda reforms mahupun menunaikan manifesto PH..

LGE sudah mendedahkan pada February 2020 bahawa Tun M sebenarnya tidak mahu laksanakan manifesto PH ketika beliau jadi PM dalam kerajaan PH.

PH disabotaj dari dalam ketika jadi kerajaan 22 bulan, baru² ini pun sudah didedahkan bahawa Tun mengarahkan supaya orang²nya melakukan sesuatu supaya rakyat hilang keyakinan kepada DAP.

Jika PH mahu melaksanakan agenda reforms dalam sistem negara, mahu bantu rakyat, membiarkan Tun M jadi PM sekali lagi bukanlah jalannya..

Apakah PH tidak sedar lagi, Tun M menjadi PM selama 22 bulan dalam kerajaan PH, menjadikan PH tidak popular di kalangan rakyat ketika itu, kerana rakyat tidak melihat PH menjadi seperti apa yang diharapkan kerana tumpuan Tun M pada ketika itu bukanlah mahu menjayakan manifesto PH.

Aku harap, PH belajar dari kesilapan..

LANGKAH ISNIN ??


MP Kangar kalau tak silap...dalam ciapannya tadi...ada la pulak langkah Isnin....Malam ni majlis Presiden PH bermesyuarat....jangan silap langkah...39 punya angka yang besar...jangan lagi berlembut dan harus ada keberanian dan dan tegas sebagaimana ianya bermula dulu.


Kita kena sedor..! Kena pahang..



MIQDAD ZAKARIA

Yang pertama..

Malaysiakini - Hadi: PAS-Umno pertahan Dr M jadi PM sampai habis ...


Kita jumpa Tun M nak bagi sokongan sebab tak nak orang lain jadi PM.. Kalau orang lain jadi PM.. Susah kita nanti.. Buatnya buka kisah DEDAK UMNO bagi kat kita.. Alamat mati habis kita..

Yang kedua..

Natang PAN ni kuat sebab ada gabungan PH.. Cara nak hapus dia.. Kita kena buat baik dengan PKR dan DAP.. Biar PAN kena tendang.. Bila dah kena buang.. Baru habis umur PAN.. Parti kita pun selamat..

Alamak..!

Tercacul dedah sikit perbualan Datuk dengan ambe tadi.. Sorry.. Ambe dok sebut nama.. Datuk duk diam² dah la dalam PAS tu..

Ha ha..


SERIK DOH WEI KENA KHIANAT …

POLITIK NAK JAGA DIRI SENDIRI


Miqdad Zakaria

Politik PAS dan UMNO sama je.. Masing² ada agenda untuk hapuskan mana² Parti yang menjadi ancaman bagi mereka..

Bagi UMNO.. Selagi Bersatu masih hidup.. Menjadi kewajipan bagi mereka untuk berusaha mengatur berbagai strategy dalam melemahkan Bersatu..

UMNO sama sekali tidak akan membiarkan Bersatu hidup sehat kerana ia boleh menjejaskan masa depan UMNO itu sendiri..

Bagi PAS pula.. Ancaman mereka adalah AMANAH.. Mereka sedaya-upaya akan menamatkan nyawa AMANAH dengan apa cara sekali pun.. Tidak kira halal atau haram.. Janji AMANAH boleh dihapuskan..

Begitulah juga bagi MCA&MIC.. Mereka akan jadi lemah bila DAP&PKR telah banyak menawan kawasan mereka..

Inilah realiti permusuhan dalam politik kepartian yang ada di peringkat semenanjung Malaysia..

Adapun di Sabah dan Sarawak.. Ianya agak berbeza.. Kerana suasana politik di sana tidaklah menjadi ganas dan kejam seperti yang ada di semenanjung..

Tapi..

Dalam banyak² Parti di Malaysia.. Semua Parti tidak akan jadikan agama sebagai modal politik murahan dalam mencari keuntungan dan laba kehidupan.. Kerana agama itu nilainya sangat tinggi dan dihormati..

Tidak bagi PAS..!

PAS sanggup lacurkan agama demi keuntungan Parti mereka.. Tidak kiralah agama tercemar maruahnya ataupun tidak.. Janji NAFSU SYAHWATNYA PUASS..!

😊😊

PAS JANGAN GHAIRAH MENYOKONG TUN. TANPA 39 SUKAR TUBUH KERAJAAN


Aims

Dua pemimpin utama dan seorang bekas pemimpin utama Pas berlutut di hadapan Tun M.

Semuanya berlaku selepas desas-desus kerajaan PN bermasalah besar.

Pas menawar diri untuk menyokong Tun M dan bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Syaratnya, Tun M putuskan hubungan dengan Amanah.

Alasannya, Amanah cuma ada sebelas kerusi dan Pas ada lapan belas kerusi.

Nampak. Hipokrasi politik Pas. Khianat kawan dah jadi darah daging Pas.

Tahu tak kenapa Pas begitu terdesak? Pas dah tak ada duit. Hutang keliling pinggang.

Kes SR pakai duit. Harakah hutang. Bangunan Raja Laut pening.



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217302879505723&id=1284707753

INGAT LAGI TAK STATMENT DR. M TERHADAP ANWAR IBRAHIM?


Salam mamu

Tak Boleh Jadi PM.. Macam Mana Dia Nak Jadi? Parti Dia Sendiri Berpecah? Sebahagian Ahli PKR Tolak Dia? Anwar Gagal Kawal Parti Sendiri...
Anwar Tak Layak

AkhirNya....
Dr. M Sendiri Termakan Balik Kata² Dia Sendiri... Malahan DiPecat Terus.. Terasa Terhina Lagi... ADA RASA?🤭

BERSATU Sudah Jadi BERSEPAI

Apalagi yang mahu dibanggakan Saka 95. Berikut adalah kegagalan Saka 95 sebelum Izrail datang menjemput:-

1) Jawatan PM dirampas Muhyidin
2) Jawatan MB Kedah dirampas PN
3) jawatan Ketua Pembangkang dirampas Anwar
4) Status negarawan bakal dirampas oleh Najib atau Muhyidin
5) Bangunan tertinggi klcc bakal dirampas menara TRX dan Menara PNB
6) Kekayaan anak bakal dirampas iaitu dimilik negarakan jika ada unsur salah guna kuasa
7) Banyak lagi legasi Saka 95 bakal dirampas orang lain di atas sikap tamak beliau sendiri.

Pepatah melayu ada berkata "orang tamak selalu rugi"

Kerala ada pepatah tak??

SAH KA TIDAK MAKLUK NI NAK PECAT PENGERUSI DIA..

30hb May 2020
15.00

HAMZAH ZAINUDDIN AKUI MASUK BERSATU FEBRUARI 2019

Dalam video Sidang media Rakaman yg Tidak Dibenarkan disiar secara Live oleh Puak2 pengkhianat Di Tkt 9, Hamzah Zainuddin akui dia masuk sbg Ahli Februari 2019. Mesyuarat MPT Dan Mesyuarat Agung Bersatu 2018 sudah pun dibuat pengumuman oleh Pengerusi Bersatu bahawa Bekas Pemimpin UMNO spt Hamzah ini tidak dibenarkan memegang jawatan dlm parti sehingga, PRU 15.

Saya harap Ahli2 Srikandi Bersatu faham tentang status Hamzah ni selain daripada perlantikan Hamzah tidak dipersetujui oleh Pengerusi. Kenapa Ahli2 Bersatu nak terima dia sebagai SUA baru? MPT Dan PAT dah ada keputusan bahawa Bekas Pemimpin UMNO yg masuk Bersatu selepas PRU 14 Tidak Boleh Pegang Jawatan. Ini termasuklah Mas Ermiyati, Ikmal Hisham, Dr Abd Latif Dan yg seangkatan dengan mereka.

Hidup kita ada Agama sebagai Pegangan. Maka dalam urusan Politik juga mesti ada Pegangan Berdasarkan Perlembagaan.

#KekalBerprinsip
#TolakPengkhianat

WALAU TIADA SIDANG MEDIA JUMLAH UNTUK JATUHKAN KERAJAAN SUDAH TERSEDIA


Semalam, sebagaimana yang dihebohkan sejak tengahari lagi, dua orang anggota pentadbiran kerajaan PN iaitu seorang menteri dan timbalan menteri dilapor akan mengadakan sidang akhbar berhubung perletakan jawatan mereka.
Dua pemimpin yang dikaitkan itu adalah Menteri Tugas-Tugas Khas, Mohd Redzuan Md Yusof dan Timbalan Menteri Kerjaraya, Dr. Shahruddin Salleh.
Kedua-duanya adalah Ahli MPT Bersatu dengan Mohd Redzuan merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah, Melaka sementara Dr. Shahruddin adalah Ahli Parlimen Seri Gading di Johor.
Mereka dikatakan akan meletakkan jawatan kerana ingin menunjukkan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad yang sedang berdepan krisis dengan Muhyiddin Yassin dalam Bersatu serta untuk membantu mengembalikan tampuk kuasa kerajaan kepada PH melalui usul undi tidak percaya yang sedang diusahakan bekas Perdana Menteri itu.
Dilaporkan juga, selepas pengumuman mereka itu, tiga lagi menteri dan timbalan menteri akan menyusul dengan pendirian yang sama.
Lalu, dengan itu PN diberitakan akan segera tumbang dan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri juga bakal berakhir.
Bagaimanapun, sehingga lewat petang semalam didapati sidang akhbar berkenaan tidak menjadi kenyataan dan diikuti kemudiannya Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas turut memakluman tiada sidang media melibatkan Mohd Redzuan sebagaimana yang diheboh-hebohkan.
Dengan yang demikian, selain ramai penyokong Muhyiddin bersorak kelegaan seolah-olah PN dan Perdana Menteri tidak jadi tumbang, terdapat juga yang mengandaikan kedua-dua pemimpin Bersatu itu telah berjaya dipujuk lalu membuat Pusingan U akhirnya.
Benarkah begitu?
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tiada Pusingan U dibuat dalam hal ini kerana memang sejak awal tiada rancangan untuk kedua-dua mereka mengadakan sidang akhbar.
Apa yang difahamkan berlaku semalam ialah hanya Mohd Redzuan dan Dr. Shahruddin mahu bertemu dengan Tun Mahathir untuk menyatakan pendirian mereka.
Tidak diketahui siapakah yang menghebohkan laporan kononnya kedua-dua mereka akan mengadakan sidang media itu.
Mohd Redzuan atau Pak Wan telah berjumpa dengan Tun Mahathir pada sebelah pagi, manakala Dr. Shahruddin mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir pada sebelah petang di pejabat Bersatu.
Tidak dipastikan apa hasil pertemuan itu, namun dimaklumkan, baik Tun Mahathir atau Pak Wan dan Dr. Shahruddin, semuanya dilihat gembira dan berwajah ceria selepas bertemu itu.
Dalam pada itu, walaupun tiada sidang media diadakan semalam, tetapi tidak ada pula kenyataan penafian daripada Mohd Redzuan dan Dr. Shahruddin tentang khabar angin bahawa mereka akan meletakkan jawatan dan menyokong Tun Mahathir.
Biasanya jika mereka benar-benar tidak mahu menyokong Tun Mahathir, mereka sudah pasti akan menafikannya dengan segera sebagaimana yang dilakukan oleh Rina Harun lewat petang semalam.
Tetapi mengapakah sehingga ini Mohd Redzuan dan Dr. Shahruddin tidak membuat apa-apa penafian, malah kenapa mereka begitu berani mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir dalam keadaan Pengerusi Bersatu itu dalam “zon perang” dengan Muhyiddin?
Adakah ini bermakna kedua-duanya hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan secara terbuka pendirian mereka?
Sementara itu, satu sumber lain memberitahu, meskipun tiada sidang media oleh Mohd Redzuan dan Dr. Shahruddin semalam, tetapi ia sama sekali tidak menjejaskan – diulang sekali lagi – sama sekali tidak menjejaskan jumlah nombor yang ada dalam dakapan Tun Mahathir dan PH untuk menjatuhkan Muhyiddin melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.
Kata sumber itu, tiada sidang akhbar tidak bermakna nombor sudah berkurangan.
Sumber itu memaklumkan lagi, jumlah angka yang ada dalam tangan sekarang tidak pernah berganjak berikutan ketiadaan sidang media semalam, sebaliknya kehadiran Mohd Redzuan, Dr. Shahruddin jika benar akan disertai dengan sokongan secara terbuka selepas ini, ia adalah bonus yang akan menambah-besarkan lagi jumlah sokongan Ahli-Ahli Parlimen sedia ada.
Begitu juga dengan khabar angin yang sedang bertiup kencang bahawa ada tiga lagi menteri dan timbalan menteri akan menyusul dengan sokongan mereka, ia juga adalah bonus tambahan semata-mata.
Maka, apa lagi yang mahu dikata selain ungkapan – Sayonara Buat Muhyiddin!! (Shahbudindotcom 30/05/2020)

TERKINI : Tun M dan 4 Ahli Parlimen Tidak Dipecat? - Hamzah Zainuddi




Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dipecat sebaliknya keahlian mereka terhenti kerana melanggar perlembagaan parti. Perkara itu dimaklumkan, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang memberitahu, ia adalah berlandaskan perlembagaan kerana kepentingan parti adalah lebih utama dari mana-mana individu. "Tiada sesiapa mengatasi undang-undang apabila parti mempunyai perlembagaannya sendiri," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

MOKHTAR SENIK JANGAN KECUT UNTUK BERDIALOQ




DIA NI KALAU NAK TAU, DIA SUKA SUKA TIBAI ORANG. BILA AJAK BERDIALOQ, DIA AKAN BAGI ALASAN BERBAGAI. TAK CAYA TENGOKLAH  NANTI SI PENGECUT NI

Mampus lah kau Moktar Senik

Dialog rungkai isu agama, adab menulis bukan PN-PH – Malaysia Dateline


[Mengapa Saya Menjemput Pimpinan Pas Bernama Ustaz Mokhtar Senik Berdialog Terbuka?]

Ramai yang bertanya mengapa saya menjemput seorang pimpinan Pas untuk berdialog dalam isu Malaikat Bertakbir?

Saya jawab ia kerana tiga perkara berikut:

1. Kerana beliau sendiri menyatakan apa yang ditulis oleh beliau hanyalah matan manakala syarahnya ada dalam kepala beliau. Maka saya ingin sangat bertanya apa yang ada dalam kepala beliau yang boleh mensyarahkan tulisan beliau. Ini kerana status FB yang beliau tulis selepas tulisan beliau tentang Malaikat bertakbir menjadi viral saya pun tidak tahu adakah ia matan atau syarah.

Saya sendiri tidak jumpa huraian dan dalil mengenai Malaikat bertakbir dalam tulisan beliau selepas isu ini menjadi viral. Maka saya anggap syarah bagi isu ini masih dalam kepala beliau.

Maka tindakan saya menjemput beliau berdialog hanya sebagai memenuhi hasrat beliau yang minta supaya beliau dihubungi untuk mendapatkan syarah bagi matan yang beliau tulis.

Ia bukan untuk berbalah tetapi berbincang secara ilmiah dan bertukar-tukar pandangan. Jangan risau sebab saya bukan Ahli PH atau ahli politik. Saya hanya rakyat biasa yang mahu memenuhi hasrat pemimpin parti politik.

2. Saya pada asalnya tidak juga mahu memanjangkan isu ini kerana bagi saya teguran saya adalah teguran sebagai seorang Muslim kepada pemimpin parti politik. Tetapi apabila respon beliau terhadap orang yang mengkritik beliau dengan menyebutkan cari makan, terjelir lidah sana sini kerana mahu menjilat sisa dunia maka saya anggap saya perlu bertanya beliau secara berdepan mengapakah ayat seperti ini beliau gunakan? Saya ingin beliau tahu bahawa bukan semua orang yang mengkritik beliau inginkan habuan dunia. Ada saja yang mengkritik atas dasar amanah ilmu.

3. Ada 1 lagi isu yang nak tanya beliau secara live. Tetapi biarlah soalan ini saya simpan dulu. Baru surprise masa dialog nanti. Ye tak?

Setakat ini wakil saya maklumkan kepada saya bahawa beliau belum respon lagi pada jemputan yang telah dihantar. Maka kita sama-sama tunggu dan doa agar ia jadi kenyataan. Saya juga doakan agar Ust Mokhtar Senik diberikan taufiq dan hidayah sentiasa.

Dr Rozaimi Ramle





BUATLAH SESUATU, HENTIKAN KECELARUAN INI!

Catatan Pagi Sabtu:


1. Dua tiga hari kebelakangan ini ada banyak perkara besar yang berlaku dalam Bersatu sehingga meruntun perhatian pelbagai pihak kepada parti yang kita cintai ini.

2. Ia berpunca daripada pertembungan pihak-pihak yang bertentangan, yang pada dasarnya lebih cenderung membesarkan garis pemisah daripada berusaha mencari titik persamaan. Maka berlakulah episod bantah-membantah, selar-menyelar, yang seterusnya membawa kepada pecat-memecat.

3. Saya tidak tahu apakah pernah terjadi dalam mana-mana parti Si A memecat Si B, kemudian Si C pula memecat Si A sedangkan C itu juga dahulunya telah dipecat. Lebih mengelirukan lagi apabila selepas itu D pula muncul mengesahkan pemecatan yang dilakukan oleh Si A.

4. Apa yang berlaku itu tidak dapat tidak tentulah mencalarkan imej parti. Pada masa yang sama ia juga meletakkan ahli di peringkat akar umbi dalam keadaan bingung dan bercelaru.

5. Bersatu bukanlah parti kecil. Bukan parti picisan tepi jalan. Sebaliknya parti ini seiring dan setanding dengan parti-parti lain yang jauh lebih tua. Pada usia mudanya telah dua kali ia diangkat menjadi tonggak pemerintahan negara; kali pertama melalui Pakatan Harapan dan sekarang ini bersama Perikatan Nasional.

6. Sesuai dengan kedudukannya itu saya berpendapat, Bersatu tidak harus dibiarkan dicemari oleh kemelut tidak wajar seperti yang sedang berlaku sekarang. Sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan segala kalut-malut ini.

7. Kemelut ini jelas merugikan. Tumpuan yang sepatutnya diberi kepada usaha-usaha mengembangkan pengaruh parti terjejas berikutan pergolakan dan krisis yang berterusan. Masa yang sepatutnya dihabiskan untuk menambah bilangan ahli dan meluaskan pengaruh parti terpaksa dibazirkan bagi melayani masalah demi masalah.

8. Dalam hubungan ini kepimpinan tertinggi parti haruslah memainkan peranannya secara berkesan. Saya melihat masalah besar pada Bersatu buat masa ini adalah struktur organisasinya yang tidak jelas. Keadaan dan kedudukan yang mengelirukan seperti adanya dua Setiausaha Agung harus diberi perhatian, ditangani dan diselesaikan secara tuntas. Ia tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana semakin dibiar akan lebih banyak masalah yang timbul dan akhirnya semakin kelirulah juga ahli di peringkat akar umbi.

9. Secara peribadi saya amat berharap YAB Tan Sri Presiden memberikan perhatian khusus terhadap perkara ini. Lakukan apa yang perlu, sesegera mungkin, bagi membetulkan keadaan. Struktur organisasi perlu dikemaskini dan diperkasakan. Ketegasan dan penegasan perlu dibuat. Hanya selepas itu barulah apa juga tindakan seperti penggantungan, pemecatan dan sebagainya ke atas mana-mana pemimpin atau ahli dapat berjalan dengan lancar. Tentunya juga segala dakwa-dakwi daripada pihak yang tidak berpuas hati dapat ditangani dengan baik.

10. Saya dan Bersatu Bahagian Pendang secara konsisten berpendapat bahawa kepentingan parti haruslah diletakkan di atas segala kepentingan lain. Dalam konteks ini tumpuan ketaatan dan kesetiaan kami adalah kepada parti. Apa juga yang dirumus dan diputuskan oleh parti, itulah yang kami turuti dan kami jadikan sandaran.

11. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti harus terus kekal dan berkembang dengan dinamismenya. Dalam apa keadaan pun ia tidak boleh dibiarkan rosak. Dan jika berlaku elemen-elemen yang membawa kepada kerosakan, langkah segera perlu diambil bagi membendungnya bukan menyerahkannya kepada keadaan supaya ia sembuh dan terawat sendiri.

12. Bersatu harus diletakkan kembali pada landasannya. Ia harus kekal menjadi Bersatu bukannya dibiar menjadi Berpecah.

Abdul Razak Khamis
KETUA BERSATU BAHAGIAN PENDANG



ANWAR HARUS SEDAR GAME MAHATHIR

HAMSINA HAMZAH

Kaji sejarah, kemahsyuran mahathir tercipta ketika dia bergandingan dgn DSAI. Tiada apa yg luar biasa tercipta semasa dia bersama Musa hitam, tun ghafar baba dan daim.

Saya berfikir madey banyak kali gamekan dsai sejak penubuhan ph, adalah semata mata dia takut dsai bakal mencipta nama cemerlang dgn memacu negara ketempat paling tinggi.

Dunia memberi gelaran dragon of Asia semasa dsai menjadi mof. Ekonomi Kita berada ditempat paling stabil dan kukuh. Aku rasa madey tidak mahu namanya tenggelam.

Jika bersama madey adalah lebih baik kita biarkan moidin menerajui negara, sehingga pru, Kita lagi kuat dan bakal menang mudah insyaallah kerana pn sudah ada pas, umno kita hanya perlu berlawan team madey. Waktu itu kekuatan pkr/ph lagi kuat dan padu.

Madey memang sudah dilihat jelas sejelasnya mahu mengancurkan ph....jadi dari kena kencing lagi baik kita tunggu pru 15. Bila dsai dilantik sebagai ketua pembangkang apa madey buat? Dia pun nak juga jadi pm kembali, sepatutnya dia membuat statement seperti saya akan membantu Anwar utk menjadi pm seperti yg kami persetujui tapi ini tidakkkk dia pun nak juga jadi pm.

Ehhhh 2 bln lepas masa letak jawatan tu madey hilang ingatan ker? gila ker jika hilang ingatan maknanya dia akan hilang ingatan lagi tidak mustahil. Diharap dsai cerdiklah kali ini jgn dikencing utk sekian kalinya.

MAAF SAYA TERPAKSA BERKATA..


SARIDAH SH ABDULLAH

Jika TM diangkat sebagai PM untuk kali ke 3, DSAI adalah orang yang saya salahkan KERANA membiarkan usaha semua penyokong DSAI melihat piala dijulang TM.

Malaysiakini - Kerajaan hari ini tidak sah, tegas Mahathir dan AnwarPemimpin Bersatu perlu berjiwa besar satukan parti
Musa Hitam letak jawatan kerana didakwa cuba guling Dr M | Free ...Peribadi Dr Mahathir Mohamad: BIODATA ALLAHYARHAM TUN GHAFFAR BABA

Saya tak tahu yang lain, tapi saya dah letih. Setiap kali kami memberi sokongan dan sorakan semangat kepada DSAI yang hampir ke garisan penamat, DSAI akan slow down beri kemenangan kepada lawan.

DSAI if you wanna be a hero, do it alone, we Malaysians need a Saviour. Terima kasih kerana membuka jalan reformasi dan memperkenalkan kepada kami, Namun jika DSAI tidak berupaya meneruskan, kami dan generasi kami akan teruskan perjalanan.

Saya berdoa agar ia khabar angin sahaja, dan DSAI tidak akan mudah patah kerana terlalu berlembut dengan si Mahatua. Sedarlah DSAI, TM seorang yang sombong dengan Tuhannya. Tidak pernah kesal dan insaf atas segala kesilapannya. DSAI akan menjadi penyumbang kepada kelangsungan kerosakan yang akan dilakukan selagi hayat TM dikandung badan, jika DSAI memberi peluang kepada TM walau bersyarat, walau ditandatangani dengan darahnya sekalipun.

Cukuplah setiap kali dia tertawa dari pandangan matanya dan mencemuh dengan senyuman sinisnya.

Jika DSAI benar-benar mau membantu rakyat dan selamatkan Malaysia, JANGAN sekali-kali mengalah dengan Mahathir WALAUAPAPUN alasannya!

P/S Tolong ingat doa dan pesanan Ustaz Fadhil Nor sahabat baik DSAI, apakah DSAI ingin melihat Mahathir hidup lama melihat kerosakannya tanpa insaf?