.UCAPAN TAHUN BARU 2024 OLEH PMX


 

LANGKAH DUBAI TIDAK MENJADI KENYATAAN BUKAN KERANA GAGAL ATAU DIGAGALKAN, TETAPI SEBAB TIDAK PERNAH DIGERAKKAN

 

Sejak malam tadi, begitu ramai yang bercakap dan menulis mengatakan Langkah Dubai sebagai langkah yang gagal.

Ada nada gembira di sebalik luahan demikian, setidak-tidaknya yang pasti muncul esok ialah tahun baru, bukan kerajaan baru.

Langkah Dubai yang dikatakan gagal itu kemudian ditukar menjadi Langkah Bye Bye, Langkah Terbarai dan macam-macam lagi.

Yang belum kelihatan cuma masih belum ada yang mendabik dada mengaku merekalah yang memainkan peranan menyebabkan Langkah Dubai itu tidak menjadi kenyataan, seterusnya dianggap sebagai gagal.

Kalau ada yang berani mengaku sedemikian sebagaimana ada orang kuat J-Kom mengaku mempunyai maklumat mengenai wujudnya Langkah Dubai, memang luar biasa orang berkenaan.

Soalnya, benarkah Langkah Dubai yang tidak menjadi kenyataan itu boleh dianggap sebagai gagal?

Sebelum itu, mari kita fahami makna gagal itu terlebih dahulu.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat – gagal bererti tidak berhasil atau tidak berjaya dan tidak dapat mencapai matlamat (seperti cita-cita dan apa yang dikehendaki).

Dalam erti kata lain, takrifan gagal itu mestilah setelah didahului dengan usaha terlebih dahulu.

Oleh kerana tidak berjaya dicapai, meski setelah berusaha, barulah ia boleh dianggap sebagai gagal.

Dalam konteks Langkah Dubai, walaupun ia tidak menjadi kenyataan, ia sebenarnya bukanlah sesutu yang gagal.

Jauh sekali ia tidak menjadi kenyataan kerana digagalkan.


Ini kerana Langkah Dubai yang heboh itu tidak pernah digerak atau diusahakan oleh sesiapa.

Langkah Dubai adalah sebuah khayalan, cerita palsu, semata-mata rekaan atau seperti kata Ahmad Maslan – hanya fatamorgana.

Ia tidak menjadi kenyataan, malah tidak mungkin menjadi kenyataan kerana ia tidak pernah sama sekali diusaha atau digerakkan.

Benda yang tidak pernah diusaha atau digerakkan, memang tidak mungkin akan menjadi kenyataan.


Tetapi, ia bukan gagal.

Macam orang yang tidak ada lesen memandu, tetapi tidak pernah belajar memandu, tidak pernah mendaftar untuk mengambil lesen dan jauh sekali pernah mengambil ujian memandu, orang seperti ini tidak boleh dikata sebagai gagal ujian memandu.

Sesuatu yang sekadar disembang, tapi tidak pernah diusaha atau digerakkan, itu angan-angan namanya.

Sama seperti Langkah Dubai, tiada usaha atau gerakan oleh mana-mana kumpulan Ahli Parlimen mengenainya.

Takkan dengan angan-angan dan sembang kosong dua tiga TikTokers pun ada yang terpedaya, kemudian bila tiada apa-apa berlaku, bangga pula mencipta naratif Langkah Dubai telah gagal?

Adoiiiiii….(ShahbudinHusin 31/12/2023)


RUU 355 PUN GAGAL, JANGAN PERSOAL MANIFESTO KERAJAAN’








 Pihak pembangkang khususnya Pas dinasihatkan menghentikan sebarang persoalan berhubung janji manifesto Pakatan Harapan (PH) yang belum ditunaikan.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu, Azan Ismail berkata, sehingga kini manifesto Pas, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai RUU 355 yang sering dibawa oleh parti itu masih gagal dilaksanakan biarpun pernah menerajui negara selama 33 bulan.

“Manifesto Pas sendiri tidak dilaksanakan ketika jadi kerajaan, contoh RUU 355 ditinggalkan begitu sahaja.

“Sebab itu, mereka cuba mengalih tumpuan dengan menuduh kerajaan pusat pula tak memenuhi agenda untuk menutup kegagalan mereka (pembangkang),” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, mendakwa kerajaan memungkiri manifesto pilihanraya Pakatan Harapan (PH) untuk membayar royalti petroleum kepada negeri Pantai Timur itu, meskipun pentadbiran ketika ini diterajui Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, bagi memastikan politik negara terus stabil, Azan turut menyeru pihak PN untuk tidak terus menyimpan hasrat mahupun helah untuk menjadi kerajaan pintu belakang.

Jelasnya, segala usaha kotor itu dibimbangi boleh memberi kesan buruk kepada pelabur luar untuk melabur di Malaysia selain menjejaskan kestabilan politik negara.

“Mereka seharusnya perlu sedar bahawa negara kita ini kecil, jadi segala persepsi untuk menumbangkan kerajaan boleh memberi kesan kepada pelabur-pelabur luar.

“Oleh itu, dengan cara menganggu gugat politik bukan sahaja boleh menjejaskan kestabilan politik tetapi kerancakan ekonomi negara,” katanya lagi.



Police to probe RM700mil spent on govt publicity since 2020

PERSEMPADANAN BUKAN UNTUK MENANGKAN PERPADUAN



Persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat atas keperluan populasi pengundi dan bukannya untuk tujuan memenangkan parti Kerajaan Perpaduan, kata Ahli Parlimen Batu Pahat Pahat, Onn Abu Bakar.

Membidas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari, Onn berkata Ahli Parlimen Pasir Mas itu seharusnya berlaku adil kepada pengundi terutama di kawasan yang jumlab penduduk terlalu tinggi.

Menggunakan kawasan Kapar dan Bangi sebagai contoh, pemimpin KEADILAN itu menjelaskan jumlah pengundi di kawasan berkenaan terlalu besar untuk satu Parlimen dan perlu dipecahkan.

“Kita tengok sendiri di Parlimen Kapar dan Bangi jumlah pengundi begitu tinggi, kalau ikut data 300,000 ribu pengundi di Bangi terlalu tinggi,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Fadhli Shaari, yang mendakwa proses persempadanan semula yang akan dilakukan pada penggal pemerintahan Kerajaan Perpaduan merupakan ‘kad terakhir’ PH-BN untuk memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.

Mengulas lanjut, beliau seterusnya menasihati pemimpin PN itu agar tidak menggunakan isu persempadanan semula sebagai isu meraih sokongan terutama di sosial media.

Sebaliknya, beliau menyeru blok pembangkang tampil berbahas di Dewan Rakyat bagi memperincikan serta memperhalusi perkara tersebut daripada membuat tohmahan melulu.

“Kalau kita lihat pengundi di Kapar contohnya majoriti pengundi ialah orang Melayu jadi saya tak rasa persempadanan semula ini boleh beri ancam kepada pengundi.

“Sebab itu, saya fikir pihak pembangkang sepatutnya tahu asas keperluan persempadanan semula bukan sebab kepentingan tertentu. Lagi baik mereka bincangkan di Parlimen dan bukannya di Tiktok,” tegasnya lagi.



PAS MARAH KRITIK HUDUD, JANGAN KRITIK ISU KAUM DAP

 



Pas diingatkan agar tidak sibuk mengkritik DAP berkenaan isu Perdana Menteri bukan Melayu atau Pilihanraya Kerajaan Tempatan kerana parti itu juga mempunyai isu utama yang diperjuangkan seperti negara Islam atau RUU 355.

Oleh itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf menyarankan agar Pas bersikap lebih terbuka.

Katanya, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai RUU 355 masih tidak dilaksanakan oleh Pas biarpun pernah bersama menerajui negara selama hampir 33 bulan, justeru hal yang sama juga berlaku dalam isu sensitif lain.

“Apa yang menghairankan Pas bukanlah sebuah parti yang boleh terima kritikan, kalau dia menghentam, mencaci dan menfitnah orang boleh, tetapi dikritik tidak boleh.

“Kita lihat RUU 355, sampai ke saat ini masih lagi tidak dilaksana dan bukan lagi menjadi agenda utama mereka walaupun mereka pernah jadi kerajaan. Namun sehingga ke saat ini mereka masih mengecam pihak yang cuba menegur mengenai status RUU itu,” katanya.

Oleh itu, katanya, Pas telah menunjukkan sikap bahawa parti itu tidak serius mahu melaksanakan rang undang-undang mahkamah syariah tersebut tetapi RUU 355 tetap dijadikan modal politik.

Dalam isu kelemahan demokrasi Pas, Abshar menyeru agar sistem pemilihan Pas dijadikan lebih demokratik lebih kebebasan diberikan memandangkan jawatan presiden parti itu tidak pernah dipertandingkan kecuali pada tahun 2015.

Hal itu, katanya, mungkin menyebabkan Pas tidak terbiasa dengan budaya kebebasan menyatakan idea dan membahaskannya.

“Jadi saya saran untuk Pas lebih terbuka untuk bagi ruang pemilihan yang lebih adil dan lihat kelemahan yang ada pada parti dahulu sebelum mengkritik orang lain,” ujarnya lagi.



ROYALTI MINYAK KELANTAN: ‘PAS GUNALAH CARA BERHEMAH, JANGAN SERANG’




 Isu royalti petroleum Kelantan yang ditimbulkan sekali lagi dalam kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud kelmarin menunjukkan Pas tidak berubah dalam pendekatan politiknya yang keras.

Menurut pemimpin KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, kecaman Nassuruddin menuduh Pakatan Harapan (PH) mungkir janji manifesto untuk memberi royalti petroleum tidak wajar dikeluarkan pada ketika Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mengambil sikap berunding dalam hubungan antara Persekutuan dan Negeri.

Katanya, pendekatan mengecam atau mengugut tidak sesuai menguruskan hal royalti hasil petroleum Kelantan yang tiada dalam peruntukan undang undang dan malah Pas yang pernah menjadi Kerajaan Persekutuan pada 2020 – 2022 juga tidak pernah memulakan Rang Undang Undang khusus untuk tujuan berkenaan.

Oleh itu, katanya, tuntutan hanya boleh dibuat secara berunding atau merayu kepada Kerajaan Persekutuan.

“Tuntut (keras) pendekatan sangat salah kerana kedudukan royalti perlu disemak dalam undang-undang Persekutuan yang sedia ada.

“Jadi pendekatan menggugut ini sangat tidak kena kerana ia mencerminkan cara yang tidak berhemah atau bijak untuk berurusan dengan kerajaan pusat,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Mengulas lanjut, Azan berkata, berbanding Terengganu, Kelantan tidak mempunyai rekod pemberian royalti, justeru beliau mengingatkan pemimpin Pas untuk lebih berdiplomasi bagi memastikan hasrat itu berjaya.

Katanya, cara ‘menghentam’ seperti dilakukan oleh pihak pembangkang itu sukar diterima oleh mana-mana pihak.

“Saya yakin tiada kerajaan dalam dunia akan melayan mana-mana pihak yang buat begini.

“Apatah lagi kerajaan Kelantan belum pernah menerima bayaran royalti berbanding Terengganu yang ada dalam perjanjian lama, tetapi (royalti) Kelantan tak pernah muncul,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, memaklumkan Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak lima peratus.

Hal itu katanya, Akta Laut Wilayah 2012 menetapkan bahawa negeri hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan, memperuntuk RM 400 juta sebagai Wang Ihsan kepada Terengganu dan Kelantan.

Kelmarin, MB Kelantan sebagaimana laporan Harakahdaily, mempertikaikan janji PH untuk memberi 20% royalti petroleum. Katanya, janji PH itu dibuat melalui dokumen bertulis iaitu manifasto pilihanraya dan perlu ditunaikan. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 atau 15 yang mengandungi janji berkenaan.

Manifesto PRU 15 Pakatan Harapan sudah tentu tidak boleh ditunaikan kesemuanya kerana kerajaan yang terbentuk bukanlah kerajaan PH tetapi Kerajaan Perpaduan yang mengandungi 19 parti politik.



Anwar arah SPRM tangkap Mahathir, Daim dan Muhyiddin

Isu Ashabul khaffi Dr Maza Bersuara Pertikai [Sesat-Neraka-Jahil]


Dr Maza Mufti Negeri Perlis Dan Lagu Dua Orang Ustaz Membincangkan Isu Yang Panas Minggu Lalu Berkaitan Status Agama Tujuh Pemuda Ashabulkhaffi Sama Ada Sebelum Zaman Nabi Isa Atau Selepas Zaman Nabi Isa. Malah Tiga Orang Agamawan Membincangkan Penyampaian Atau Percakapan Ds Anwar Ibrahim Di Hadapan Penjawatawam serta Membincangkan Hujah Atau Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus Mengatakan Percakapan Ds Anwar Ibrahim Sesat Menyesatkan Dan Masuk Api Neraka Malah Jahil !! Asbab Tiga Hukuman Yang Di Kenakan Kepada Ds Anwar,Membuat Ramai Agamawan Memberi Pendapat dan Membawa Hujah Hadis Dan Atau Yang Tertulis Didalam Al Quran Menceritakan Kepada Rakyat Perbezaan Pendapat Antara Ulamak Dunia. Jangan Terlalu TAKSUP Politik Hinggakan apa Yang Di Lakukan.Oleh Parti Lawan Kesemuanya tidak Benar Dan Tidak Betul.. Agama Adalah Agama, Politik Adalah Politik.. Kita Tidak Boleh Politikkan Agama Islam, Kita Hanya Boleh di Dalam Politik, Kita Membawa Agama Di Dalamnya.,Mengikut Apa Yang di Benarkan oleh Agama. Tolak Parti Pas Tolak Parti Bersatu Tolak Perikatan Nasional Yang Sangat Kemaruk Kuasa... #anwaribrahim #kerajaanperpaduan #madani #dap #partiamanahnegara #pmx #ayuhmalaysia #partikeadilanrakyat #pakatanharapan #pm10


DULU KAU LA HEBAT KENAKAN ORANG...ZAMAN DAH BERUBAH.


 

WALAUN HANYA PANDAI FITNAH..TAPI USAHA DAN OTAK KOSONG



 

WOIII BALIK ..WALAUN TUNGGU BANTUAN WOII...TAHUN LEPAS DI NEW ZEALAND....NI KAT MANA NIM ?


 

AZHAR IDRUS MAKAN ANAK BERANAK DI MCD JAWAB JANGAN TAK JAWAB


 

SEKADAR KEBETULAN

 

Shahbudin Husin


Mungkin sekadar kebetulan, sebagaimana disarankan pagi tadi, Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham akhirnya mohon maaf dan menarik balik saranannya berkaitan perlantikan bukan Islam dalam  jawatankuasa khas undang-undang syariah….




ISSHHHHH. SESAT NIH

 


Ada walaun berhujah, Allah SWT sendiri ada mencerca orang dalam al-Quran. Jadi perkara tu tak salah dibuat. Oh ye ke? Jadi hujahnya, apa Allah boleh buat, ulama pun boleh buat la?


Kalau macam tu, cuba la ulama hidupkan orang mati. Atau berikan rezeki. Boleh ke? Kalau tak boleh, jangan berangan nak kata apa Allah sebut dalam al-Quran ulama pun boleh sebut.


Soalnya, Nabi saw menitik beratkan soal adab. Allah lantik nabi dari kalangan manusia supaya mudah kita ikut. Nabi yang manusia tak nak ikut. Sibuk nak tiru Allah pulak? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


OWHHH... GITU NOH...


Nazril Iznil



 Bai'ah konon. Hadilah merupakan Toyol yang merencanakan Acara Lompat Parti Untuk Gulingkan Kerajaan PH melalui Langkah Sheraton. Cuma Toyol yg suka curi-curi ni.


HEBAT MUNG


Alasan parti Pas.

Ini bermaksud mangsa banjir takkan dapat duit pampasan.

Lebai beli 10 buah kereta mewah takde Bajet nak bayar mangsa banjir Walaun.




SYARIKAT ANAK ANAK ATOK KENA SERBU

 

Matilah NAK....

Payung ATOK98 anak beranak semakin bocor....




KEPALA BAPAK HANG AIHHH..


 

HANYA ORANG BODO AKAN PERCAYA ORANG BODO


 

BUKAN ANTI ULAMAK... TAPI PERANGAI DOK MAKI ODANG TU BUKAN PERANGAI ORANG BERILMU DAN BERAGAMA.


 Asal cerita tentang Ashabul Kahfi. Soal mengatakan mereka Kristian. Bila Azhar Idrus ditanya soalan ini, pantas dia sesatkan orang yang berkata demikian.


Kemudian ramai asatizah yang menjelaskan ia adalah perkara yang khilaf. Penggunaan label Kristian kepada Ashabul Kahfi, ada ulama yang membenarkan. Tetapi ada juga ulama yang tak setuju. Itulah khilaf.


Tapi yang tak ada khilaf adalah pantas menuduh orang  lain sebagai sesat, kafir, munafik, bodoh, bengong dan sebaginya. Yang itu jelas. Tak ada khilaf di kalangan ulama yang muktabar. Akhlak siring ilmu.


Walaun tak puas hati Azhar Idrus kena serang. Mereka tuduh yang serang Azhar Idrus sebagai anti ulama. Sebabnya cuma kerana tak terima kaedah Azhar Idrus bercakap dalam kuliyah dan ceramah.


Yang mungkin walaun tak sedar, mereka sebenarnya menolak pandangan ulama yang lain. Bila mereka itu setuju dengan pandangan yang mengatakan Ashabul Kahfi itu Kristian sebagai sesat, maka mereka juga katakan ulama lain yang membenarkan juga sesat.


Impak kepada tutur ini besar. Soal Kristian atau tidak itu soal kecil. Boleh saja mana-mana sebab ada khilaf dalam hal ini. Tapi yang jahatnya menuduh orang lain sebagai sesat. Ia dosa yang sangat besar.


Kalau nak dikata menolak ulama, maka walaun lebih tepat bersikap demikian. Sebab walaun tolak banyak pandangan ulama lain hanya untuk pertahan Azhar.


Sedangkan orang lain, yang tidak bersetuju cara Azhar menuduh orang lain sesat, meraikan pandangan yang berbeza. Sungguh, walaun adalah kelompok sebenar yang menolak ulama.


Kita bukan menolak Azhar Idrus. Kita cuma menolak kaedahnya yang jelas menyalahi akhlak Islam. Tapi walaun menolak semua ulama selain lebai PAS. Siapa yang lebih Islamik sebenarnya? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KEKURANGAN TENAGA KERJA

Che Ibrahim


 Kekurangan pekerja dalam industri getah disebabkan oleh beberapa faktor;




1. Harga getah yang rendah dan tidak stabil. 

2. Jenerasi muda yang tidak minat mencebur diri dalam industri getah, tidak ada kepakaran (tak pandai menoreh), banyak bergantung kepada pekerja asing. 

3. Masalah kepada pokok getah, penyakit daun yang meluruh sepanjang tahun, gagal dikesan punca dan proses rawatannya menyebabkan susu getah berkurangan. 

4. Musim tengkujuh yang panjang di sesetengah tempat.



PENGEDARAN DADAH DI SABAH DI TUMPASKAN MELIBATKAN ORANG POLITIK



 

LEKEHNYA JKOM MEMPERTAHANKAN KERAJAAN MADANI


APA PERANAN J-KOM - MENANGKIS KHABAR ANGIN ATAU MENGIYAKAN KHABAR ANGIN?


J-Kom merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang paling diperkatakan ramai sejak terbentuknya kerajaan perpaduan lebih setahun yang lalu.


Bermula dengan perlantikan Prof Dr Mohd Agus Yusof sebagai Ketua Pengarah, kegagalannya memimpin agensi tersebut dan sehinggalah kepada munculnya “video Wahab” yang memaksa beliau berundur secara mengejut, nama J-Kom hampir tidak pernah tertanggal daripada sebutan kebanyakan mereka yang gemar mengikuti perkembangan semasa.


Kini, sementara ramai masih tertunggu-tunggu siapa bakal Ketua Pengarah J-Kom yang baru, nama agensi tersebut sekali lagi terpacul menjadi sebutan.


Kali ini berikutan Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusof atau Tok Abah membuat kenyataan dengan memperincikan apa yang dinamakan sebagai Langkah Dubai, suatu gerakan yang kononnya diusahakan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.


Bagi yang tidak tahu apa-apa, barangkali ada yang teruja dengan apa yang disebut Tok Abah itu, tambahan lagi beberapa media serta portal turut menjadikannya sebagai berita utama.


Tetapi, selain beberapa pimpinan PN sendiri menyifatkan kenyataan Tok Abah itu sebagai mengarut dan tidak berasas, kawan-kawan pimpinan dalam gabungan tersebut dan penggerak media sosial mereka hanya mampu ketawa saja membacanya.


Ini berikutan, mereka tahu Langkah Dubai itu adalah sesuatu yang tidak wujud, palsu dan hanya merupakan khayalan yang digembar-gemburkan oleh dua tiga orang TikTokers yang dahulunya makan di atas tapak tangan Najib Razak.


Setelah Najib jatuh, mereka jadi tidak bertuan dan hanya kebelakangan ini terlihat begitu kuat mahu menjatuhkan Anwar dengan tidak habis-habis menjaja cerita kerajaan akan tumbang.


Hakikat yang nyata, di samping kerajaan masih tidak tumbang-tumbang, sebaliknya jumlah sokongan Ahli Parlimen PN yang makin berkurangan dengan setakat ini sudah lima orang mengumumkan sokongan kepada Anwar.


Dalam keadaan sebegitu pun, TikTokers berkenaan masih lagi seronok menjaja cerita kerajaan akan tumbang – kononnya minggu depan, bulan depan dan macam-macam lagi tarikh ramalan.


Yang peliknya di sini, sementara mereka dalam PN sendiri tidak percaya dan tidak pakai cerita khabar angin adanya sebarang gerakan atau Langkah Dubai untuk menjatuhkan kerajaan lantaran memang tiada apa-apa gerakan sedang diusahakan ketika ini, tup-tup J-Kom pula yang seolah-olah seronok mempercayainya.


Ehh…apa peranan J-Kom ini sebenarnya – menangkis khabar angin atau mengiyakan khabar angin?


Apakah J-Kom yang ketika ini ketiadaan Ketua Pengarah, tetapi hanya ada Tok Abah selaku pimpinan tertingginya selaku Timbalan Ketua Pengarah, suka melihat kerajaan tidak stabil dan orangramai bercakap mengenai Anwar bakal dijatuhkan?


Masih tidak percayalah J-Kom dengan sokongan kukuh melebihi dua pertiga yang sedang dimiliki Anwar?


Kenapa Tok Abah tidak berusaha mencipta naratif untuk menangkis cerita palsu ciptaan dua tiga orang TikTokers berkenaan demi memperlihatkan Anwar dipertahankan, sekaligus untuk membina persepsi yang lebih baik berkenaan keutuhan kerajaan perpaduan?


Apakah dalam hal ini J-Kom masih tidak faham fungsi dan peranan mereka yang sebenar?


Kalau dengan cerita khayalan yang dicipta oleh dua tiga TikTokers tak bertuan pun J-Kom sudah mudah terbuai dan hilang arah tuju dalam fungsinya, bagaimana mereka mampu berperanan dengan lebih berkesan menangani pelbagai serangan, seterusnya untuk membantu Anwar memenangi PRU16 akan datang?


Nampaknya ada tugas berat menanti Fahmi Fadzil  selepas ini - kena luangkan lebih masa sedikit tengok-tengokkan J-Kom agar peranannya tidak terbazir sebagaimana tempoh setahun lalu yang berlalu dengan sia-sia. – ShahbudinHusin 31/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/31/apa-kerja-j-kom-menangkis-khabar-angin-atau-mengiyakan-khabar-angin.html



BUAT BUAT LENA BILA PEMIMPIN MAKAN GAJI BUTA


 

KEH KEH.. KEH

 


LANGKAH DUBAI HANYA KHAYALAN, KALAU BENAR CUKUP JUMLAH, DI KEDAI MAMAK PUN BOLEH JATUHKAN KERAJAAN

 

Saya kadang-kadang hairan mengapa mereka dalam PH dan kerajaan sendiri ikut teruja dengan gembar-gembur tidak benar kononnya ada Langkah Dubai untuk menjatuhkan kerajaan.


PN yang semakin kehilangan sokongan dan setakat ini sudah lima Ahli Parlimennya mengalih sokongan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Anwar Ibrahim, tiba-tiba PH pula yang percaya kerajaan hendak dijatuhkan.


Beberapa orang menghubungi saya bertanya tentang kebenaran Langkah Dubai itu.


Saya sebenarnya sudah menulis sebelum ini bahawa kerja menggembar-gemburkan konon Anwar akan jatuh hanyalah kerja dua tiga orang TikTokers yang sebelumnya adalah penyokong setia dan makan atas tapak tangan Najib Razak.


Boleh baca di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/12/25/hanya-tiktokers-sibuk-nak-jatuhkan-kerajaan.html


Tetapi setelah Najib jatuh, mereka jadi berterabur mencari arah dan hanya baru-baru ini saja muncul beria-ia menunjukkan sokongan kepada PN.


Tetapi, sepanjang risik-risik dengan beberapa pimpinan PN, mereka sendiri tidak pakai dan tidak peduli sangat dengan TikTokers berkenaan.


Kata mereka, TikTokers berkenaan lebih menunjukkan kecondongan kepada Tun Mahathir Mohamad, bukan pun kepada PN.


Begitu pun, siapa Tun Mahathir?


Ahli Parlimen bukan, ketua mana-mana parti pun bukan?


Hakikatnya, banyak pihak dalam PN sendiri tidak tahu menahu mengenai adanya Langkah Dubai yang diheboh-hebohkan itu, malah tidak peduli pun tentangnya.


Kata mereka, apa langkah pun untuk menjatuhkan kerajaan buat masa ini adalah tidak relevan untuk diusahakan kerana mustahil boleh dijadikan kenyataan.


Bahkan, tiada pun pimpinan PN yang berusaha ke arah itu, hanya dua tiga TikTokers berkenaan saja yang siang malam bercakap berkenaan dengannya, walhal mereka bukan Ahli Parlimen dan tidak bercampur dengan Ahli Parlimen blok pembangkang.


Langkah Dubai dihebohkan kononnya ketika ini Yang Dipertuan Agong sedang bercuti di sana dan beberapa Ahli Parlimen dikatakan berusaha bertemu baginda untuk merundingkan pertukaran kerajaan.


Kononnya ada beberapa Ahli Parlimen berada di Dubai, termasuk Azmin Ali, Hishammuddin Hussein dan Hamzah Zainuddin.


Memang Azmin diketahui berada di Dubai, tetapi sebagaimana dimuatkan dalam media sosialnya, beliau hanya bercuti bersama keluarganya.


Pokoknya beliau bukan Ahli Parlimen.


Hishammuddin Hussein juga menunjukkan di media sosialnya gambarnya sedang bercuti, tetapi tidak jelas di mana lokasinya.


Hamzah tidak dipastikan keberadaannya, ada yang mengatakan di Dubai dan apa juga mengatakan di London.


Beliau dikatakan sedang bercuti dengan keluarganya, sambil difahamkan ada urusan berjumpa anaknya yang belajar di London.


Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri pula sedang menunaikan umrah di Mekah


Mahiaddin Md Yasin dilaporkan bercuti di London bersama keluarganya sehingga 25 Januari depan.


Pemimpin Pas, termasuk calon Perdana Menteri mereka, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pastinya kini lebih sibuk menangani banjir di Kelantan dan Terengganu berbanding keghairahan menukar kerajaan.


Jadi, siapa yang ada di Dubai dan bagaimana boleh wujud konon ada usaha ingin menjatuhkan kerajaan?


Dalam hal ini ini, kalau Agong sedang bercuti bersama keluarga baginda di Dubai, untuk apa baginda mahu menyerabutkan kepala dengan hal-hal lain yang boleh diselesaikan di dalam negara?


Nak tukar kerajaan, bawalah usul undi tidak percaya dalam Parlimen atau kumpulkan seramai 112 Ahli Parlimen dan kemudian tunggu saja dipanggil mengadap ke Istana Negara?


Kenapa perlu sampai kejar baginda hingga ke Dubai?


Kalau benar sudah ada cukup jumlah, berpakat sambil minum teh tarik di kedai mamak pun boleh dan tak perlu pergi sampai ke Dubai.


Dalam hal ini, PH jangan sesekali terperangkap serta turut terbuai dengan sebarang spekulasi adanya langkah untuk menjatuhkan kerajaan.


Yang nyata setakat ini, ia hampir mustahil berlaku kerana jumlah Ahli Parlimen yang menyokong PN makin berkurangan, bukannya bertambah.


Gembar-gembur kejatuhan kerajaan hanyalah khayalan mereka yang terbuang dan tidak bertuan, sedangkan pimpinan PN yang waras dan bergelar Ahli Parlimen tenang-tenang saja serta tidak peduli tentang perkara itu.


Peliknya, bagaimana pihak dalam kerajaan sendiri, termasuk J-Kom yang melihatnya seolah-olah bakal menjadi kenyataan?


Di sini saja J-Kom sudah terlihat gagal, ingatkan agensi tersebut makin berfungsi setelah pemergian Dr Agus? – ShahbudinHusin 30/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/30/langkah-dubai-hanya-khayalan-kalau-benar-cukup-jumlah-di-kedai-mamak-pun-boleh-jatuhkan-kerajaan.html



PMX KEKAL LAWAN RASUAH

 

Hari tu aku baca satu pendapat, baru aku perasan. Aku jadi terfikir... Betul juga kan?


DS Anwar diketahui keras melawan rasuah. Dan itu buatkan ramai yang tak senang. Musuh politik beliau yang dahulu pernah berada di tampuk kuasa jadi tak keruan kerana bimbang rahsia mereka terbongkar.


Atas sebab itu mereka berusaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan DS Anwar ini. Pelbagai usaha telah dilancarkan hinggakan perang saraf tahap sampah di mana mereka berulang kali mendakwa telah berjaya jatuhkan DS Anwar walaupun jelas ia tidak berlaku.


Tapi seperkara yang perlu kita ingat, musuh DS Anwar sekarang ni tak hanya ahli politik. Bahkan kini beliau juga berhadapan dengan pemilik syarikat konglomerat yang mengumpul harta menjadi jutawan hasil bantuan ahli politik yang memusuhi DS Anwar.


Ini kerana perniagaan mereka juga bakal terjejas teruk hasil usaha DS Anwar memerangi rasuah. Mereka juga bakal didakwa dan ada kemungkinan segala kekayaan mereka juga akan dirampas dan hilang sekelip mata.


Maka tak hairanlah jika musuh politik DS Anwar berani untuk berbelanja besar, termasuklah membayar ahli politik yang bersedia untuk berpaling tadah, kerana perompak harta rakyat yang kaya raya biayai mereka.


InsyaAllah usaha mereka susah untuk berjaya. Tapi aku tak fikir mereka akan berdiam diri. Jika mereka tak berjaya jatuhkan DS Anwar, paling tidak mereka mesti hasut rakyat untuk membenci DS Anwar.


Aku jangka di tahun hadapan akan lebih banyak fitnah yang bakal disebarkan terhadap DS Anwar. Sekurang kurangnya mereka akan berusaha jatuhkan kredibiliti DS Anwar di hadapan mata rakyat agar nanti rakyat meragui sistem kehakiman  negara.


Perjalanan untuk menjadikan negara ini hebat dan bebas rasuah tak mudah. Apatah lagi rasuah kini dah berakar umbi bahkan kuasai sebahagian besar sistem ekonomi kita. Sebagai rakyat yang ingin lihat negara ini terus makmur, seharusnya terus berdiri di belakang kerajaan Madani ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LANGKAH DUBAI H20 GAGAL


Hishamuddin Hussein ni penakut orangnya. Jika Dato Seri Presiden UMNO sergah mahu terkulat-kulat. YAB PMX lebih kenal perangai Hishamuddin yang baling batu sembunyi tangan ni. Dari zaman Pemuda lagi Hisham ini tidak ada kekuatan sendiri. Mengharap ihsan dari susur galur bangsawannya dan sokongan dari luar UMNO untuk menang pemilihan.


Kali ini Hisham buat hal lagi. 


Langkah Dubai yang diatur Hisham menemui jalan buntu. Gagal. Pertemuan di Dubai untuk mengatur langkah politik sebelum mereka semua menunaikan umrah dan hadiri satu majlis perkahwinan di Mekah. Ini semua perancangan yang disusun. Tetapi semuanya dah gagal. 


Plotnya politiknya begini: 


Muhyidin dah lepaskan cita-cita untuk jadi Perdana Menteri. Muhyidin tahu Johor takkan terima pencalonannya untuk jadi Perdana Menteri semula. Semua dalam circle Istana tahu hal ini. Maka, Muhyidin kata ke Hamzah ikut kau lah nak susun macam mana pun asalkan Kerajaan Madani PMX - Zahid ni tumbang.


Maka, Hamzah pun temui Hishamuddin Hussein dan mengharapkan Hisham dapatkan sokongan Ahli Parlimen BN dan juga connection ke Istana. 


Hisham kata setakat MCA, MIC. Ka Siong dan Sara ni bukanlah masalah untuk dia dapatkan sokongan. Maka dipujuklah Ismail Sabri yang dah elok dah nak bersara. Ismail Sabri mangsa keadaan. Dia ni pun dah merasa jadi Perdana Menteri, tetapi sebab asyik kena desak dengan Hishamuddin, dia ikutkanlah hajat kawan-kawan.


Siapa yang nak diangkat jadi Perdana Menteri? Dari awal lagi Hamzah mahu jadikan GPS sebagai Perdana Menteri boneka kepada Perikatan Nasional, ini memang perancangan Hamzah dari saat Muhyidin ditolak oleh Istana selepas PRU-15 tempoh hari.


Fadilah TPM II juga tak bersalah dalam hal ini. Yang sibuk menjaja nama Fadillah ni adalah Hamzah, Hisham. Langkah seterus mereka adalah untuk memujuk Abang Jo GPS agar terima tawaran Perdana Menteri pertama dari GPS. Abang Jo tidak desperado seperti mereka. Apa hal pula Abang Jo nak letak Fadillah jadi Perdana Menteri, ini akan wujudkan ketidakstabilan kepimpinan dalam Parti Pesaka Bumiputera Sarawak. Abang Jo Presiden, Fadillah hanya Naib Presiden. Abang Jo tahu bagaimana UMNO berpecah teruk bila Naib Presiden UMNO Ismail Sabri diangkat Perdana Menteri dan menyisihkan Presiden UMNO dari jawatan utama Kerajaan.


Abang Jo pun ceritakanlah semua perancangan puak yang desperado ini. 


Mengapa mereka sangat terdesak? Apa yang nak dikejarkan sangat?


Ini kerana pintu Istana Negara bakal tertutup rapat sejurus peralihan kuasa bulan Februari ini. 'Transfer window tebuk atap' hanya boleh dilakukan hingga hujung Disember 2023. Sebab itu puak ni sedang berhempas pulas untuk jayakan agenda ini secepat mungkin. Ini kerana Johor tidak akan melayan kerenah kuncu-kuncu Atok dan Daim. Dah hidup nak dekat 100 tahun pun tak puas lagi?


Ditambah lagi dengan bangunan milik Tun Daim yang bernilai RM2.3 bilion dah pun disita SPRM. Anak-anak Mahathir juga sedang kecut ketakutan kerana dah pecah berita di market Hong Kong bahawa semua kroni Mahathir - Daim sedang diburu oleh Malaysian Anti-Corruption Agency. Bukan sahaja syarikat berkepentingkan Mahathir - Daim di Bursa Malaysia dah bercelaru, segala kepentingan puak ini di market seluruh dunia dah bergegar termasuklah bank-bank milik Tun Daim di benua Afrika.


Walaun PAS bukannya faham agenda Mahathir - Daim ini. Hamzah dan Hisham pula telah menggula-gulakan Hadi Awang kononnya Samsuri Terengganu akan jadi Perdana Menteri. Mereka akan hantar 3 nama ke Istana termasuk nama Samsuri Terengganu. Lawak. Ini satu lagi penipuan Hamzah, Hisham kepada puak PAS yang tidak tahu apa.


Pada hari ini 30hb Disember 2023 apakah progress puak yang nak menumbangkan Kerajaan ini? 


Jawapan: gagal segagal gagalnya. Mereka semua dah tahu gagal. 


Sebab apa gagal?


Ini kerana Abang Jo tak mahu kocakkan politik dalam GPS dengan kerjasama dengan parti ekstrem agama seperti PAS. Kerjasama politik ini tidak menguntungkan GPS.


 

Puak PAS boleh menjual agama di Marang atau di pedalaman Kedah, tetapi majoriti rakyat Sarawak tidak boleh terima politik ekstrem agama PAS. Ucapan Hadi Awang mengatakan punca PAS ditolak di Sarawak kerana orang di Sarawak masih pakai cawat masih segar dalam ingatan pemimpin GPS. Ramai pemimpin utama GPS - Tiong King Sing,  Abdul Karim Rahman menolak apa saja bentuk kerjasama dengan PAS. 


Walaupun Samsuri Terengganu ada cubaan konon nak kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak tetapi telah ditolak oleh Abang Jo. 


Apa kesimpulannya?


Kesimpulannya, langkah Dubai Hisham dan Hamzah telah gagal. PN kekal jadi pembangkang di 4 negeri PAS. Ada Ahli Parlimen Bersatu akan menyokong YAB PMX lepas peralihan kuasa di Istana Februari ini. 


Kerajaan Perpaduan yang disertai oleh 18 parti politik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak kekal menyokong kepimpinan YAB PMX sehingga habis penggal. 


Untuk rekod, YAB PMX kekal miliki sokongan lebih dari 2/3 di Parlimen. 


Dato Seri Anwar Ibrahim kekal Perdana Menteri Malaysia.


Dato Seri Zahid Hamidi kekal TPM I 


Dato Seri Fadillah kekal TPM II


Puak pembangkang terimalah saja hakikat yang Mahathir - Daim tidak lagi berpengaruh seperti dulu. Dulu asyik mereka saja kenakan orang. Kali ini giliran mereka pula rasakan macam mana yang dia buat dekat orang dulu.


Macam mana Tun Daim boleh ada bangunan milik sendiri dan keluarga bernilai RM2.3 bilion?


Masa kamu berkuasa di Menara Ilham sampai sanggup hantar LHDN kutip cukai sampai ke dalam Istana Johor. Sekarang kau rasakan balasannya.


Elok-elok hari tu kes dah nak NFA, akan dibuka balik. Ramai akan dipanggil untuk siasatan. Ramai bakal terduduk.


Dah elok-elok orang tak kacau. Kau pergi huru-harakan balik politik negara. Ikutkan sangat Hamzah dan Hisham tu.


Tunggu sajalah untuk dipanggil nanti.


Sekian.


- Dipetik dari Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia



KENA KE GANG KITA..SEDIH NOH...,LEBAI LEBAI...ORANG PANGGE KHAWARIJ LA NI.


 

SAMA SAMA BODO JA KENA KELENTONG DENGAN SI GOMO NI.


 

HILANG TARING


 

KEH..KEH..KEH..INI LAWAK PAGI NI

 


CHOIHH

 

Zus Din


Sudah2lah Tun Uban. 5 kali dok mintak tangguh isytihar aset sejak awal thn 2023. Bila SPRM start siasat nak Play Victim? Choih.




KISAH NAK DAPATKAN INTERNET DI KAMPUNG


Azmin Aziz








1. Kg Sentosa jer pun…kat bandar Seremban tau.

2. Contacted TM, dia mintak alamat dan Google map location bagai… then dia jawab ‘kawasan encik ni ada tak kotak sekian2 (siap hantar gambar kotak2 contoh) kat tiang2 sekitar rumah encik? Kalau ada dalam radius 50meter maka ada coverage, kalau takde then encik kena mohon masuk Demand List.’ Rumah saya ni 50 meter sekeliling semua hutan lagi…So, saya tanya, ‘kalau masuk Demand List berapa lama saya akan/boleh dapat internet?’ Jawapannya ‘Tak sure encik, tengok banyak mana demand dulu…’ Hmmm…

2. Contacted Celxom, same thing mintak alamat & Google map bagai. Dah WA all those, dia siap hantar reply Google map screenshot area rumah dengan drawing dia menunjukkan which area ada coverage, which area takde. Rumah saya kira macam betul2 kat center satu kawasan besar yang takde coverage! Hmmm…

3. Contacted Maxiz, same thing. Tapi customer service ni lagi best. Dia siap mintak 3 documents : Google map rumah (saya nak bagi GPS coordinates dia tak nak, dia kata nak screenshot Google map yang ada location rumah), salinan bil letrik, & gambar rumah. Saya kata nak buat apa sebab kalau nak register mesti dia mintak IC sekali. Dia kata nak check coverage. Saya tanya, ‘tak boleh tahu immediately ke?’ Dia kata tak boleh, it will take about ONE WEEK to know ada coverage ke tidak sebab dia perlu hantar orang untuk check the area for coverage. 😅 Tapi dia kata in the meantime encik boleh call his number to ‘register’ after hantar all those 3 documents. Saya kata, ‘kenapa pulak? Saya baru nak tahu ada coverage ke tidak, itu pun tadi you kata will take one week baru tahu, and after one week kalau ada coverage pun belum tentu lagi saya nak register. Why should I bagi all my personal information now to register?’ Dia kata itu procedure dia orang. Saya kata tukar la procedure tu, tak betul. Then dia boleh pulak jawab, ‘encik yang nak service kami kan…encik kena follow procedure kami.’ 😱 Saya kata balik, ‘I will pay for your service, you yang want my money kan…’ Hmmm… That then decided it, whatever coverage or service yang you offer, I tak nak dah. 😁

4. Masuk laman web Starlink on the 25th after a few WA messages dgn user Raja Shamri RH and discussion dgn anak2. On the 26th agreed to purchase. Buat payment online. Register and download Starlink apps. On 27th dapat email kata delivery is out. On the 28th dah sampai package. Within a few hours yesterday, dah ada internet..!! 🕺🏻

So, siapa yang dapat my money sekarang..?


NAK SATU MELAYU MACAMANA TU ?

 


Che Ibrahim


Boleh Dato Seri sebut formula dan bentuk penyatuan kembali umat melayu yang Dato Seri mahukan???


Adakah penyatuan melayu itu bermaksud semua parti melayu bergabung dalam BN?


Atau penyatuan semula melayu itu bermaksud Pas kembali semula kpd Umno/BN???


Atau penyatuan melayu itu maknanya tidak bersama Dap, tapi boleh bersama Mca atau Gerakan atau lain lain parti bukan melayu, asal bukan Dap jah??? 


Maknanya walaupun sebahagian besar parti parti parti melayu dan bukan melayu telah bersama dalam Kerajaan Perpaduan, ianya masih tidak cukup untuk menyatukan melayu kecuali apabila Pas dan UMNO boleh duduk bersama atau tidak ada Dap dalam gabungan itu??