LANGKAH DUBAI H20 GAGAL


Hishamuddin Hussein ni penakut orangnya. Jika Dato Seri Presiden UMNO sergah mahu terkulat-kulat. YAB PMX lebih kenal perangai Hishamuddin yang baling batu sembunyi tangan ni. Dari zaman Pemuda lagi Hisham ini tidak ada kekuatan sendiri. Mengharap ihsan dari susur galur bangsawannya dan sokongan dari luar UMNO untuk menang pemilihan.


Kali ini Hisham buat hal lagi. 


Langkah Dubai yang diatur Hisham menemui jalan buntu. Gagal. Pertemuan di Dubai untuk mengatur langkah politik sebelum mereka semua menunaikan umrah dan hadiri satu majlis perkahwinan di Mekah. Ini semua perancangan yang disusun. Tetapi semuanya dah gagal. 


Plotnya politiknya begini: 


Muhyidin dah lepaskan cita-cita untuk jadi Perdana Menteri. Muhyidin tahu Johor takkan terima pencalonannya untuk jadi Perdana Menteri semula. Semua dalam circle Istana tahu hal ini. Maka, Muhyidin kata ke Hamzah ikut kau lah nak susun macam mana pun asalkan Kerajaan Madani PMX - Zahid ni tumbang.


Maka, Hamzah pun temui Hishamuddin Hussein dan mengharapkan Hisham dapatkan sokongan Ahli Parlimen BN dan juga connection ke Istana. 


Hisham kata setakat MCA, MIC. Ka Siong dan Sara ni bukanlah masalah untuk dia dapatkan sokongan. Maka dipujuklah Ismail Sabri yang dah elok dah nak bersara. Ismail Sabri mangsa keadaan. Dia ni pun dah merasa jadi Perdana Menteri, tetapi sebab asyik kena desak dengan Hishamuddin, dia ikutkanlah hajat kawan-kawan.


Siapa yang nak diangkat jadi Perdana Menteri? Dari awal lagi Hamzah mahu jadikan GPS sebagai Perdana Menteri boneka kepada Perikatan Nasional, ini memang perancangan Hamzah dari saat Muhyidin ditolak oleh Istana selepas PRU-15 tempoh hari.


Fadilah TPM II juga tak bersalah dalam hal ini. Yang sibuk menjaja nama Fadillah ni adalah Hamzah, Hisham. Langkah seterus mereka adalah untuk memujuk Abang Jo GPS agar terima tawaran Perdana Menteri pertama dari GPS. Abang Jo tidak desperado seperti mereka. Apa hal pula Abang Jo nak letak Fadillah jadi Perdana Menteri, ini akan wujudkan ketidakstabilan kepimpinan dalam Parti Pesaka Bumiputera Sarawak. Abang Jo Presiden, Fadillah hanya Naib Presiden. Abang Jo tahu bagaimana UMNO berpecah teruk bila Naib Presiden UMNO Ismail Sabri diangkat Perdana Menteri dan menyisihkan Presiden UMNO dari jawatan utama Kerajaan.


Abang Jo pun ceritakanlah semua perancangan puak yang desperado ini. 


Mengapa mereka sangat terdesak? Apa yang nak dikejarkan sangat?


Ini kerana pintu Istana Negara bakal tertutup rapat sejurus peralihan kuasa bulan Februari ini. 'Transfer window tebuk atap' hanya boleh dilakukan hingga hujung Disember 2023. Sebab itu puak ni sedang berhempas pulas untuk jayakan agenda ini secepat mungkin. Ini kerana Johor tidak akan melayan kerenah kuncu-kuncu Atok dan Daim. Dah hidup nak dekat 100 tahun pun tak puas lagi?


Ditambah lagi dengan bangunan milik Tun Daim yang bernilai RM2.3 bilion dah pun disita SPRM. Anak-anak Mahathir juga sedang kecut ketakutan kerana dah pecah berita di market Hong Kong bahawa semua kroni Mahathir - Daim sedang diburu oleh Malaysian Anti-Corruption Agency. Bukan sahaja syarikat berkepentingkan Mahathir - Daim di Bursa Malaysia dah bercelaru, segala kepentingan puak ini di market seluruh dunia dah bergegar termasuklah bank-bank milik Tun Daim di benua Afrika.


Walaun PAS bukannya faham agenda Mahathir - Daim ini. Hamzah dan Hisham pula telah menggula-gulakan Hadi Awang kononnya Samsuri Terengganu akan jadi Perdana Menteri. Mereka akan hantar 3 nama ke Istana termasuk nama Samsuri Terengganu. Lawak. Ini satu lagi penipuan Hamzah, Hisham kepada puak PAS yang tidak tahu apa.


Pada hari ini 30hb Disember 2023 apakah progress puak yang nak menumbangkan Kerajaan ini? 


Jawapan: gagal segagal gagalnya. Mereka semua dah tahu gagal. 


Sebab apa gagal?


Ini kerana Abang Jo tak mahu kocakkan politik dalam GPS dengan kerjasama dengan parti ekstrem agama seperti PAS. Kerjasama politik ini tidak menguntungkan GPS.


 

Puak PAS boleh menjual agama di Marang atau di pedalaman Kedah, tetapi majoriti rakyat Sarawak tidak boleh terima politik ekstrem agama PAS. Ucapan Hadi Awang mengatakan punca PAS ditolak di Sarawak kerana orang di Sarawak masih pakai cawat masih segar dalam ingatan pemimpin GPS. Ramai pemimpin utama GPS - Tiong King Sing,  Abdul Karim Rahman menolak apa saja bentuk kerjasama dengan PAS. 


Walaupun Samsuri Terengganu ada cubaan konon nak kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak tetapi telah ditolak oleh Abang Jo. 


Apa kesimpulannya?


Kesimpulannya, langkah Dubai Hisham dan Hamzah telah gagal. PN kekal jadi pembangkang di 4 negeri PAS. Ada Ahli Parlimen Bersatu akan menyokong YAB PMX lepas peralihan kuasa di Istana Februari ini. 


Kerajaan Perpaduan yang disertai oleh 18 parti politik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak kekal menyokong kepimpinan YAB PMX sehingga habis penggal. 


Untuk rekod, YAB PMX kekal miliki sokongan lebih dari 2/3 di Parlimen. 


Dato Seri Anwar Ibrahim kekal Perdana Menteri Malaysia.


Dato Seri Zahid Hamidi kekal TPM I 


Dato Seri Fadillah kekal TPM II


Puak pembangkang terimalah saja hakikat yang Mahathir - Daim tidak lagi berpengaruh seperti dulu. Dulu asyik mereka saja kenakan orang. Kali ini giliran mereka pula rasakan macam mana yang dia buat dekat orang dulu.


Macam mana Tun Daim boleh ada bangunan milik sendiri dan keluarga bernilai RM2.3 bilion?


Masa kamu berkuasa di Menara Ilham sampai sanggup hantar LHDN kutip cukai sampai ke dalam Istana Johor. Sekarang kau rasakan balasannya.


Elok-elok hari tu kes dah nak NFA, akan dibuka balik. Ramai akan dipanggil untuk siasatan. Ramai bakal terduduk.


Dah elok-elok orang tak kacau. Kau pergi huru-harakan balik politik negara. Ikutkan sangat Hamzah dan Hisham tu.


Tunggu sajalah untuk dipanggil nanti.


Sekian.


- Dipetik dari Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia



No comments: