RUU 355 PUN GAGAL, JANGAN PERSOAL MANIFESTO KERAJAAN’








 Pihak pembangkang khususnya Pas dinasihatkan menghentikan sebarang persoalan berhubung janji manifesto Pakatan Harapan (PH) yang belum ditunaikan.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu, Azan Ismail berkata, sehingga kini manifesto Pas, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai RUU 355 yang sering dibawa oleh parti itu masih gagal dilaksanakan biarpun pernah menerajui negara selama 33 bulan.

“Manifesto Pas sendiri tidak dilaksanakan ketika jadi kerajaan, contoh RUU 355 ditinggalkan begitu sahaja.

“Sebab itu, mereka cuba mengalih tumpuan dengan menuduh kerajaan pusat pula tak memenuhi agenda untuk menutup kegagalan mereka (pembangkang),” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, mendakwa kerajaan memungkiri manifesto pilihanraya Pakatan Harapan (PH) untuk membayar royalti petroleum kepada negeri Pantai Timur itu, meskipun pentadbiran ketika ini diterajui Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, bagi memastikan politik negara terus stabil, Azan turut menyeru pihak PN untuk tidak terus menyimpan hasrat mahupun helah untuk menjadi kerajaan pintu belakang.

Jelasnya, segala usaha kotor itu dibimbangi boleh memberi kesan buruk kepada pelabur luar untuk melabur di Malaysia selain menjejaskan kestabilan politik negara.

“Mereka seharusnya perlu sedar bahawa negara kita ini kecil, jadi segala persepsi untuk menumbangkan kerajaan boleh memberi kesan kepada pelabur-pelabur luar.

“Oleh itu, dengan cara menganggu gugat politik bukan sahaja boleh menjejaskan kestabilan politik tetapi kerancakan ekonomi negara,” katanya lagi.



No comments: