PMX KEKAL LAWAN RASUAH

 

Hari tu aku baca satu pendapat, baru aku perasan. Aku jadi terfikir... Betul juga kan?


DS Anwar diketahui keras melawan rasuah. Dan itu buatkan ramai yang tak senang. Musuh politik beliau yang dahulu pernah berada di tampuk kuasa jadi tak keruan kerana bimbang rahsia mereka terbongkar.


Atas sebab itu mereka berusaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan DS Anwar ini. Pelbagai usaha telah dilancarkan hinggakan perang saraf tahap sampah di mana mereka berulang kali mendakwa telah berjaya jatuhkan DS Anwar walaupun jelas ia tidak berlaku.


Tapi seperkara yang perlu kita ingat, musuh DS Anwar sekarang ni tak hanya ahli politik. Bahkan kini beliau juga berhadapan dengan pemilik syarikat konglomerat yang mengumpul harta menjadi jutawan hasil bantuan ahli politik yang memusuhi DS Anwar.


Ini kerana perniagaan mereka juga bakal terjejas teruk hasil usaha DS Anwar memerangi rasuah. Mereka juga bakal didakwa dan ada kemungkinan segala kekayaan mereka juga akan dirampas dan hilang sekelip mata.


Maka tak hairanlah jika musuh politik DS Anwar berani untuk berbelanja besar, termasuklah membayar ahli politik yang bersedia untuk berpaling tadah, kerana perompak harta rakyat yang kaya raya biayai mereka.


InsyaAllah usaha mereka susah untuk berjaya. Tapi aku tak fikir mereka akan berdiam diri. Jika mereka tak berjaya jatuhkan DS Anwar, paling tidak mereka mesti hasut rakyat untuk membenci DS Anwar.


Aku jangka di tahun hadapan akan lebih banyak fitnah yang bakal disebarkan terhadap DS Anwar. Sekurang kurangnya mereka akan berusaha jatuhkan kredibiliti DS Anwar di hadapan mata rakyat agar nanti rakyat meragui sistem kehakiman  negara.


Perjalanan untuk menjadikan negara ini hebat dan bebas rasuah tak mudah. Apatah lagi rasuah kini dah berakar umbi bahkan kuasai sebahagian besar sistem ekonomi kita. Sebagai rakyat yang ingin lihat negara ini terus makmur, seharusnya terus berdiri di belakang kerajaan Madani ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: