LEBAI MAKI SIAPA NTAH LA..


 

FITNAH SUBUR SEBAB MCMC TAK BERKESAN,JKOM,PMO MALAS...

 



Kita biasa dengar ungkapan yang kononnya kalam Imam Shafie bahawa di akhir zaman, ikutilah ulama yang banyak dihujani panah fitnah dan dibenci oleh orang kafir dan munafiq digunakan oleh walaun dan lebai dalam berhujah.


Pertama sekali, ungkapan itu bukanlah daripada Imam Shafie. Ia tiada asal. Jadi kalau nak gunakan pun, tak usahlah dikaitkan dengan Imam Shafie. Boleh baca huraian penuh berkenaan perkara ini di https://shorturl.at/ERVX9


Keduanya, jika sekalipun betul Imam Shafie pernah ungkapkan kata-kata itu, adakah lebai menepati ciri yang disebutkan? Maksud aku, betulkah ulama PAS banyak difitnah?


Aku tak nafikan, di zaman Almarhum TG Nik Aziz memang banyak fitnah yang menimpa beliau. Itu hasil kerja musuhnya yang diketuai oleh Mahathir, yang kini bekerjasama erat dengan PAS.


Tapi mereka yang gelarkan diri sebagai ulama PAS hari ni, benarkah banyak fitnah terhadap mereka? Apakah panah fitnah yang terkena pada mereka itu?


Kafirkan Muslim yang tidak sehaluan - bukan fitnah.


Tuduh yang tidak bersama mereka sebagai musuh Allah - bukan fitnah.


Halalkan menipu - bukan fitnah.


Tukarkan rasuah jadi sedekah - bukan fitnah.


Terima gaji tapi tak buat kerja - bukan fitnah.


Suka menipu dan tabur fitnah - bukan fitnah.


Janji palsu (hudud, RUU355, pinjaman PTPTN, isu air, hentian bas Kota Bharu) - bukan fitnah.


Isu kronisme dalam jabatan dan GLC milik kerajaan Kelantan - cukup bukti dan fakta.


Kesemua cerita berkenaan lebai PAS yang tersebar berserta fakta dan bukti. Malah sesetengahnya ada rakaman video. Ada juga yang telah disabitkan di mahkamah. Jadi bilanya mereka kena fitnah?


Sebaliknya yang hebat difitnah adalah DS Anwar berserta beberapa pemimpin PH yang lain. Antara contoh fitnah yang disebarkan,


DS Anwar sokong LGBT (pemfitnah mohon maaf).


Aset Tabung Haji dijual kepada orang bukan Islam (kalah di mahkamah).


Mahfuz sokong judi (kalah di mahkamah).


Kalau PH memerintah pelajar perempuan kena pakai skirt (terbukti palsu. Bahkan DS Anwar yang mula benarkan pemakaian baju kurung ke sekolah)


DAP haramkan azan di Penang (terbukti palsu).


Masjid ditukar jadi tokong (pemfitnah mohon maaf)


Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Yang jelasnya, sebahagian besar daripada fitnah ini dimulakan oleh lebai PAS. Nampak? Bukan mereka difitnah tapi sebaliknya mereka yang memfitnah.


Jadi ungkapan tadi, kalau betul datangnya daripada Imam Shafie pun, lebai PAS tak layak pakai sebab bukan setakat mereka tak difitnah, bahkan mereka yang gunakan fitnah sebagai senjata. (Namun ingat ungkapan itu bukan berasal daripada imam Syafie).


Sebaliknya, DS Anwar adalah orang yang paling tepat dengan ciri tersebut. Berdekad lamanya beliau berhadapan dengan ratusan fitnah yang sengaja direka oleh musuhnya. Maka sewajarnya DS Anwar yang perlu diikuti sebagai pemimpin. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MEMANG MENTERI LEMBAB.




 (Komen aku di posting asal menteri)


Dah macam tu, kenapa tak berkas? Berapa banyak tangkapan dah dibuat? Dorang bebas lepas. Orang yang tak ada jawatan, tak dibayar yang berhempas pulas nak jelaskan isu.


Lepas satu fitnah, keluar fitnah baru. Sebab diorang tak kena tindakan pun. Kalau ada buat tangkapan pun, tak dihebahkan. Seolahnya memfitnah tu free. Sebab tu berleluasa.


PH bertahan pun sebab ramai rakyat yang bergerak secara pro Bono. Jangan sampai mereka ni tarik handbrake sebab dah penat. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


PATUT LA AIR TAK SELESAI PULOH TAHUN.






Tahap kebodohan Pemuda Pas.

Dah 33 tahun perintah kelantan apabila GAGAL yg disalahkan kerajaan terdahulu dan kerajaan persekutuan baru 7 bulan.

Ini yg dikatakan Bodoh beserta dgn biol.



SEMUA VIP ADA PASS


 

KENAPA SOKONG UMNO


 

RAKYAT YANG CERDIK TIDAK RINDUKAN ZAMAN PN

 



Baguslah dia delete awal fitnah tu.

Kita pun tak kata apa sebab memang dia suka fitnah sejak dulu lagi.

Kita tahu dia rindu zaman PN jadi kerajaan, tu yang dia share berita tahun 2022.


dia dan walaun je rindu zaman PN yang kurung dan menyusahkan rakyat tu.

rakyat Malaysia yang cerdik takkan rindu zaman PN pun.

:)



[[LIVE]]1.7.23 Ada pimpinan PAS sudah bergaduh pasal jawatan?




Ada pimpinan PAS dengarnya tidak tunggu Haji Hadi "pergi" sudah bergaduh pasal jawatan dan kedudukan. Sanusi tidak puas hati Anwar tidak lihat projek KXP (lapangan terbang kulim) Isu sebenar apa? KEnapa sanusi gagal bawa pembangunan di Kedah? BN hanya tanding 45% kerusi dan PH 55%. Kenapa?





MMMMMMMM....UNTUNG LA FELDA




 

NAK MENYESAL BUAT APA ?








Masyarakat yang peka dan bijak ialah masyarakat yang sedar tentang kepentingan awam dan tugas wakil rakyat ialah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Lihat Penang, oleh kerana wakil rakyat berkhidmatan untuk rakyat, maka penduduk Penang menikmati kemudahan awam yang lebih baik.


Surat Penghargaan Imam & Khatib Masjid Al-Aqsa Palestin kepada PMX





Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilindungi Allah SWT,

Perdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum wrt wbt:

Daripada Baitul Maqdis, saya dahului ucapan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada kamu, di atas penerimaan dan sambutan yang diberikan, dan saya menerimanya dengan penuh kemesraan ketika lawatan saya ke Malaysia yang lalu. Saya amat menghargai peranan Tuan di dalam khidmat kepada Agama Islam serta berusaha membantu dalam aspek hal-ehwal masyarakat Islam, terutama sekali di dalam isu Palestine dan Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak.

Dengan ini, saya mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selawat sempena Hari Raya Aidil Adha yang penuh barakah, dengan doa kepada Allah Azza wa Jall agar dilindungi Tuan dan negara Tuan daripada kelicikan orang yang merancang kejahatan, dan daripada musuh yang menceroboh. Semoga keamanan dan keselamatan dilimpahkan kepada Tuan dan rakyat negara Tuan, dan semoga perayaan ini memberi erti kepada Tuan dan Kalian selamat dan sihat sejahtera.

Dan bersempena dengan sambutan perayaan ini saya menyampaikan kepada Tuan ucapan salam daripada saudara-saudara Tuan yang kuat ikatan mereka di sekitar Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak, dan kami sampaikan kepada Tuan tentang keteguhan mereka kepada janji dan perjanjian berkenaan perluasan Masjid Al-Aqssa Al-Mubarak serta mempertahankannya, walaupun dipaksa dan ditindas dengan kekerasan dan serangan terhadap anak-anak, wanita-wanita, dan orang-orang tua, dan walaupun di setiap langkah dan tindakan musuh untuk memisahkan waktu dan tempat bagi Al-Aqsa, tetap kewajipan bagi kita mempertahankan kedaulatan ke atasnya (bumi Palestine)

Semoga Allah memelihara Tuan dan memelihara Masjid Al-Aqsa, serta negara kita Malaysia, dan semoga Allah menerima segala ketaatan daripada kami dan kamu.

Sepanjang tahun kalian dalam keadaan baik.

Tarikh: 10 Zulhijjah 1444H / 28 Jun 2023M

Saudara kamu dan mencintai kamu,

Syeikh Dr. Ikrimah Saed Sobari

Khatib Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak

Ketua bagi Hal Ehwal Islam di Baitul Muqaddis

 

PRN: KEADILAN Selangor ikrar pertahan sokongan masyarakat India

 




Wakil masyarakat India dari 22 cabang KEADILAN seluruh Selangor hari ini berikrar mempertahankan sokongan masyarakat India kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.



Menurut Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat India Datuk Menteri Besar Selangor, Dr Gunaraj George, wakil wakil masyarakat India telah membincangkan beberapa strategi untuk membantu mengekalkan PH dan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkuasa di Selangor.



"Kami seluruh pimpinan 22 Cabang bersetuju menyokong penuh Datuk Seri Amirudin sebagai Menteri Besar (MB).



"Untuk PRN kami menyediakan penceramah Tamil yang akan mengadakan ceramah di kawasan masing masing. Juga program turun padang dari rumah ke rumah akan dibuat oleh anggota KEADILAN, di mana kempen ini sangat efektif dan kita perlu turun.



"Kerajaan Selangor di bawah PH selama 3 penggal ini telah membawa banyak perubahan dan semalam kita difahamkan Selangor berjaya mencapai 25% KDNK negara, di mana kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Amirudin menunjukkan prestasi cukup baik," katanya dalam sidang media petang tadi.



Selain itu, menurut Dr Gunaraj, 47 program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) selangor juga telah dipekenalkan dan mungkin program tersebut masih rakyat yang belum tahu.



Kempen PRN jentera PH katanya akan turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan kepada rakyat yang layak tetapi masih belum mendaftar dengan program IPR tersebut.



Beliau juga menjelaskan program Jelajah Ehsan Rakyat yang menjual bahan makanan asas dengan harga subsidi akan diteruskan sehingga keadaan kenaikan harga barang kembali seperti sediakala.



Bagi masalah khusus masyarakat India, kata Ahli Dewan Negeri Sentosa itu banyak masalah yang telah berjaya diselesaikan sepanjang 5 tahun lalu PH berkuasa.



"Sekolah Tamil contohnya, kita mendapat sokongan yang baik dari Kerajaan Negeri. Minggu hadapan sekolah Tamil dan Cina kita dapat (diumumkan) peruntukan dari Kerajaan Negeri.



"Pelajar India juga akan ditempatkan sebanyak 200 orang dari keluarga kurang kemampuan, kita akan beri bantuan asrama. Asrama telah dibina dan minggu depan MB akan umum berita baik," katanya.



Untuk gerak kerja pilihanraya pula, Dr Gunaraj berkata hal itu telah berjalan sejak Pilihan Raya Umum pada November 2022 lalu dan akan dilakukan dengan lebih mantap bagi mempertahankan negeri.



"Gerak kerja jentera di setiap cabang sebelum ini telah dimulakan. Semua cabang telah kerja keras pada PRU, sekarang Kerajaan Negeri Selangor kita perlu pertahankan.



"Pimpinan cabang sedia sokong, pastikan jentera cabang dimantapkan untuk kekalkan PH," katanya.

 

Lawan rasuah, bantu rakyat marhaen kenapa mahu jatuhkan PM Anwar?







 

Komplot mahu menjatuhkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai ugutan sebagaimana beliau dedahkan semalam dalam ucapan di Masjid Jamek An-Nur, Kampung Guar Perahu, Permatang Pauh, Pulau Pinang tidak selayaknya diterima oleh seorang PM yang jujur dan ikhlas memperjuangkan bangsa dan negara.



Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, apakah dosa besar yang dilakukan Anwar sehingga beliau diganggu gugat dan ahli politik pembangkang mengaku beraliran Islam pula cuba mengambilalih kuasa secara pintu belakang atau 'tebuk atap'



"Kenapa Anwar hendak dijatuhkan?



"Anwar hendak hapuskan rasuah. Apakah itu salah?" tanya Hassan.



Malah beliau tertanya tanya apakah cadangan Anwar untuk menghapuskan subsidi secara borong dan mensasarkan kepada golongan miskin dan rakyat marhaen juga dianggap salah.



"Anwar hendak struktur semula subsidi supaya rakyat bawahan dapat terus dibantu. Apakah itu juga salah?



"Kalau rakyat Melayu di Kedah, Terengganu dan Kelantan masih miskin adakah Anwar juga yang salah?" tanyanya kepada Suara Keadilan.



Semalam, Anwar berkata beliau menerima pelbagai bentuk ugutan daripada 'geng penyakau besar'.



Ugutan diterima selepas kerajaan pentadbirannya bertekad menghapuskan rasuah dan menyelamatkan negara daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara.



Bagaimanapun kata Anwar, beliau tidak gentar terhadap ugutan itu malah bertekad untuk mempertahankan prinsip melawan rasuah dan salah guna kuasa.



"Macam-macam ugutan saya terima, geng-geng kaya raya ini dah berpakat. Saya tak ada masalah, itu kerja dia.

"Geng-geng penyakau besar berbilion-bilion berpakat sekarang ini nak buat hidup Melayu...hang (kamu) buat lah, saya lawan tetap lawan untuk pertahankan prinsip ini," katanya dalam ucapan ringkas di masjid selepas kenduri korban dan solat Jumaat.

 

Lima tahun perkhidmatan 112 projek rakyat di Kadun Batu Uban



Selama 5 tahun Kadun Batu Uban, Kumaresan Arumugam berkhidmat kepada rakyat sebanyak 112 projek pembaikan dan naiktaraf telah berjaya dilakukan untuk pengundi di DUN berkenaan.



Menurut Kumaresan, Pusat Khidmatnya telah merespons setiap masalah penduduk dan memohon peruntukan Kerajaan Negeri untuk proses pembaikan atau naiktaraf.



"Untuk projek naiktaraf laluan pejalan kaki, bahu jalan dan membaiki longkang sebanyak RM18.1 juta (dibelanjakan) untuk 67 projek dan telah berjaya dilaksanakan



"Untuk tabung penyelenggaraan makmimum 80% Kerajaan Negeri Pulau Pinang saya telah berjaya membawa RM8.2 juta untuk 45 projek sejak tahun 2018 - 2023.



"Kita telah berjaya menaiktaraf lif, membantu membaiki tangki air dan juga mengecat bangunan rumah kos rendah," katanya dalam satu siaran media.



Beliau memberi contoh khusus kepada flat Taman Bukit Jambul yang dinaiktaraf dengan peruntukan RM800,000 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.



Kerja naiktaraf di sana, katanya membina trek jongging, alatan senaman dan juga pentas untuk kemudahan komuniti setempat.



"Kita telah sampai ke hujung penggal 5 tahun khidmat saya di kawasan Kadun Batu Uban ini



"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi dan penduduk yang selama ini beri sokongan kepada saya," katanya sesuai dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan pilihanraya yang akan diadakan pada bulan Ogos ini.

 

 

ANWAR UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

 




Perdana Menteri Anwar Ibrahim sempat memberi sukatan baju kepada tukang jahit Orang Kurang Upaya (OKU) Nurul Izzah Mohd Asri, 25 (dua, kanan) ketika menghadiri Majlis Qurban Perdana Madani 1444H Parlimen Permatang Pauh di Masjid Sama Gagah semalam.

Turut hadir anak Perdana Menteri Nurul Izzah Anwar.

Description: 📷Ariff Sarbri | BERNAMA

 

APA ITU KAYA DAN MEWAH.

 


ZAINUDDIN OMAR


Tulisan bro in boleh trigger kemarahan BBNU.

Tapi saya setuju apa dia tulis.

Orang yang benar-benar kaya tak menunjuk kekayaan mereka.

Apa guna kaya tetapi hutang keliling pinggang?

Apa guna kaya tetapi musuh di sekeliling tunggu kita jatuh untuk disorakkan?

Apa guna kaya tetapi tak boleh nyenyak tidur malam memikirkan cara menambah kekayaan dan tidak jatuh miskin.

Kaya sebenar ialah tiada hutang.

Kaya sebenar mempunyai ramai kawan dan hidup tidak stress.

Kaya sebenar relax aje belanja kawan makan nasi kandar lauk sotong saiz L.

Kaya sebenar boleh pergi kemana-mana tanpa halangan.

Kaya sebenar ialah ada keredhaan bila-bila masa untuk m

 

SHAM STOICHKOV


Kaya / mewah / jutawan ni dia ada suatu yang kita sebut exclusive look tau.

Bahasa mudah dia macam aura. Tidak sekadar jenama bahan yang menyalut epidermis si pemakai.

Cara berfikir, cara jalan, cara bercakap. Kat sini seorang yang mewah dapat menunjukkan yang dia tu adalah seorang yang kaya tanpa menunjukkan harta bendanya.

Tambahan pula yang kita sebut jenama mewah sekarang ni boleh didapati dengan ciplak, sebiji rupanya dengan barang mewah yang ada. Cuma harga saja yang jauh beza.

Tak seperti aura mewah, ia tidak boleh ditiru, tidak boleh dibuat-buat.

Pasal tu seorang jutawan / mewahan yang ori tak perlu bekerja keras menunjukkan hartanya, tengok keterampilan pun dah tahu orang itu status berada.

Berbeza dengan orang miskin yang try hard nak tunjuk mewah dengan memalsukan kemewahan disebalik barangan berjenama, tetap kelihatan mat rempit juga buat yang pandai menilai dan melihat.

Bila orang kaya ori buat seluar senteng, nampak smart betul. Bila orang kaya jadian buat seluar senteng, macam mat rempit salah bagi ukuran kat tailor.

Orang kaya guna kad kredit, orang miskin nak tunjuk kaya pakai beg luggage bawa cash.

Orang dah bosan jadi kaya sebolehnya nak kurangkan memikul barang kat badan. Orang nak tunjuk kaya kalau boleh pikul ferrari atas kepala.

Orang kaya ori pakai pagoda nampak macam Balenciaga. Orang miskin nak tunjuk kaya pakai Balenciaga nampak macam Belen.



MANA SATU BETUL – KOMPAUN DIBAYAR ATAU KOMPAUN DIBATALKAN?


 ISU kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga wanita bukan Islam berpakaian kurang sopan di Kelantan telah selesai dan ia tidak sepatutnya dipanjangkan oleh mana-mana pihak, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hari ini.

Beliau berkata ini kerana kompaun berkenaan telah dibatalkan selepas satu sesi perbincangan diadakan antara Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).


“Isu ini telahpun selesai dan saya harap kejadian sedemikian tidak akan berulang. Kita perlu menghormati Islam dan bukan Islam juga perlu dibela, itu semua dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi lawatan kerja sekitar kawasan Fair Park di sini, hari ini.

Nga turut berkata bahawa tidak timbul isu campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam urusan pentadiran kerajaan tempatan seperti didakwa sesetengah pihak.

“Saya cuma ingatkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT), apabila kita menguatkuasakan undang-undang, jangan terlalu ghairah. Sebaliknya, kita harus memahami intipati dan semangat Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beritanya di sini – https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/450306

Pada 26 Jun lalu, seorang wanita bukan Islam dikompaun kerana berpakaian tidak sopan dengan berseluar pendek di tempat awam.

Sementara itu, pada 27 Jun lalu, bapa angkat kepada wanita bukan Islam yang dikompaun Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana memakai seluar pendek berkata, beliau sudah membayar kompaun yang dikenakan itu.

“Saya sudah bayar kompaun yang dikenakan MPKB terhadap anak saya dan saya mohon isu ini tidak dipolitikkan,” kata See Yeap Seng, 51, ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya perkara itu sudah selesai dan dia membayar kompaun bernilai RM50 pagi tadi.

“Saya tidak mahu perbesarkan isu ini memandangkan saya sendiri sudah mendapat penjelasan dengan MPKB sendiri,” katanya lagi.

Laporannya di sini – https://m.malaysiakini.com/news/670151


Persoalannya di sini, yang mana satu betul – kompaun telah dibayar atau dibatalkan?

Adakah kompaun dibatalkan meskipun bayaran sudah dibuat oleh bapa angkat wanita berkenaan?

Jika demikian, apa kata kerajaan negeri Pas Kelantan dalam hal ini? – ShahbudinHusin 01/07/2023.