FITNAH SUBUR SEBAB MCMC TAK BERKESAN,JKOM,PMO MALAS...

 



Kita biasa dengar ungkapan yang kononnya kalam Imam Shafie bahawa di akhir zaman, ikutilah ulama yang banyak dihujani panah fitnah dan dibenci oleh orang kafir dan munafiq digunakan oleh walaun dan lebai dalam berhujah.


Pertama sekali, ungkapan itu bukanlah daripada Imam Shafie. Ia tiada asal. Jadi kalau nak gunakan pun, tak usahlah dikaitkan dengan Imam Shafie. Boleh baca huraian penuh berkenaan perkara ini di https://shorturl.at/ERVX9


Keduanya, jika sekalipun betul Imam Shafie pernah ungkapkan kata-kata itu, adakah lebai menepati ciri yang disebutkan? Maksud aku, betulkah ulama PAS banyak difitnah?


Aku tak nafikan, di zaman Almarhum TG Nik Aziz memang banyak fitnah yang menimpa beliau. Itu hasil kerja musuhnya yang diketuai oleh Mahathir, yang kini bekerjasama erat dengan PAS.


Tapi mereka yang gelarkan diri sebagai ulama PAS hari ni, benarkah banyak fitnah terhadap mereka? Apakah panah fitnah yang terkena pada mereka itu?


Kafirkan Muslim yang tidak sehaluan - bukan fitnah.


Tuduh yang tidak bersama mereka sebagai musuh Allah - bukan fitnah.


Halalkan menipu - bukan fitnah.


Tukarkan rasuah jadi sedekah - bukan fitnah.


Terima gaji tapi tak buat kerja - bukan fitnah.


Suka menipu dan tabur fitnah - bukan fitnah.


Janji palsu (hudud, RUU355, pinjaman PTPTN, isu air, hentian bas Kota Bharu) - bukan fitnah.


Isu kronisme dalam jabatan dan GLC milik kerajaan Kelantan - cukup bukti dan fakta.


Kesemua cerita berkenaan lebai PAS yang tersebar berserta fakta dan bukti. Malah sesetengahnya ada rakaman video. Ada juga yang telah disabitkan di mahkamah. Jadi bilanya mereka kena fitnah?


Sebaliknya yang hebat difitnah adalah DS Anwar berserta beberapa pemimpin PH yang lain. Antara contoh fitnah yang disebarkan,


DS Anwar sokong LGBT (pemfitnah mohon maaf).


Aset Tabung Haji dijual kepada orang bukan Islam (kalah di mahkamah).


Mahfuz sokong judi (kalah di mahkamah).


Kalau PH memerintah pelajar perempuan kena pakai skirt (terbukti palsu. Bahkan DS Anwar yang mula benarkan pemakaian baju kurung ke sekolah)


DAP haramkan azan di Penang (terbukti palsu).


Masjid ditukar jadi tokong (pemfitnah mohon maaf)


Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Yang jelasnya, sebahagian besar daripada fitnah ini dimulakan oleh lebai PAS. Nampak? Bukan mereka difitnah tapi sebaliknya mereka yang memfitnah.


Jadi ungkapan tadi, kalau betul datangnya daripada Imam Shafie pun, lebai PAS tak layak pakai sebab bukan setakat mereka tak difitnah, bahkan mereka yang gunakan fitnah sebagai senjata. (Namun ingat ungkapan itu bukan berasal daripada imam Syafie).


Sebaliknya, DS Anwar adalah orang yang paling tepat dengan ciri tersebut. Berdekad lamanya beliau berhadapan dengan ratusan fitnah yang sengaja direka oleh musuhnya. Maka sewajarnya DS Anwar yang perlu diikuti sebagai pemimpin. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


No comments: