Lawan rasuah, bantu rakyat marhaen kenapa mahu jatuhkan PM Anwar?







 

Komplot mahu menjatuhkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai ugutan sebagaimana beliau dedahkan semalam dalam ucapan di Masjid Jamek An-Nur, Kampung Guar Perahu, Permatang Pauh, Pulau Pinang tidak selayaknya diterima oleh seorang PM yang jujur dan ikhlas memperjuangkan bangsa dan negara.



Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, apakah dosa besar yang dilakukan Anwar sehingga beliau diganggu gugat dan ahli politik pembangkang mengaku beraliran Islam pula cuba mengambilalih kuasa secara pintu belakang atau 'tebuk atap'



"Kenapa Anwar hendak dijatuhkan?



"Anwar hendak hapuskan rasuah. Apakah itu salah?" tanya Hassan.



Malah beliau tertanya tanya apakah cadangan Anwar untuk menghapuskan subsidi secara borong dan mensasarkan kepada golongan miskin dan rakyat marhaen juga dianggap salah.



"Anwar hendak struktur semula subsidi supaya rakyat bawahan dapat terus dibantu. Apakah itu juga salah?



"Kalau rakyat Melayu di Kedah, Terengganu dan Kelantan masih miskin adakah Anwar juga yang salah?" tanyanya kepada Suara Keadilan.



Semalam, Anwar berkata beliau menerima pelbagai bentuk ugutan daripada 'geng penyakau besar'.



Ugutan diterima selepas kerajaan pentadbirannya bertekad menghapuskan rasuah dan menyelamatkan negara daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara.



Bagaimanapun kata Anwar, beliau tidak gentar terhadap ugutan itu malah bertekad untuk mempertahankan prinsip melawan rasuah dan salah guna kuasa.



"Macam-macam ugutan saya terima, geng-geng kaya raya ini dah berpakat. Saya tak ada masalah, itu kerja dia.

"Geng-geng penyakau besar berbilion-bilion berpakat sekarang ini nak buat hidup Melayu...hang (kamu) buat lah, saya lawan tetap lawan untuk pertahankan prinsip ini," katanya dalam ucapan ringkas di masjid selepas kenduri korban dan solat Jumaat.

 

No comments: