Surat Penghargaan Imam & Khatib Masjid Al-Aqsa Palestin kepada PMX





Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilindungi Allah SWT,

Perdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum wrt wbt:

Daripada Baitul Maqdis, saya dahului ucapan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada kamu, di atas penerimaan dan sambutan yang diberikan, dan saya menerimanya dengan penuh kemesraan ketika lawatan saya ke Malaysia yang lalu. Saya amat menghargai peranan Tuan di dalam khidmat kepada Agama Islam serta berusaha membantu dalam aspek hal-ehwal masyarakat Islam, terutama sekali di dalam isu Palestine dan Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak.

Dengan ini, saya mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selawat sempena Hari Raya Aidil Adha yang penuh barakah, dengan doa kepada Allah Azza wa Jall agar dilindungi Tuan dan negara Tuan daripada kelicikan orang yang merancang kejahatan, dan daripada musuh yang menceroboh. Semoga keamanan dan keselamatan dilimpahkan kepada Tuan dan rakyat negara Tuan, dan semoga perayaan ini memberi erti kepada Tuan dan Kalian selamat dan sihat sejahtera.

Dan bersempena dengan sambutan perayaan ini saya menyampaikan kepada Tuan ucapan salam daripada saudara-saudara Tuan yang kuat ikatan mereka di sekitar Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak, dan kami sampaikan kepada Tuan tentang keteguhan mereka kepada janji dan perjanjian berkenaan perluasan Masjid Al-Aqssa Al-Mubarak serta mempertahankannya, walaupun dipaksa dan ditindas dengan kekerasan dan serangan terhadap anak-anak, wanita-wanita, dan orang-orang tua, dan walaupun di setiap langkah dan tindakan musuh untuk memisahkan waktu dan tempat bagi Al-Aqsa, tetap kewajipan bagi kita mempertahankan kedaulatan ke atasnya (bumi Palestine)

Semoga Allah memelihara Tuan dan memelihara Masjid Al-Aqsa, serta negara kita Malaysia, dan semoga Allah menerima segala ketaatan daripada kami dan kamu.

Sepanjang tahun kalian dalam keadaan baik.

Tarikh: 10 Zulhijjah 1444H / 28 Jun 2023M

Saudara kamu dan mencintai kamu,

Syeikh Dr. Ikrimah Saed Sobari

Khatib Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak

Ketua bagi Hal Ehwal Islam di Baitul Muqaddis

 

No comments: