[terkini] APA KATA OTAI OTAI REFORMIS YANG BERSAMA DS ANWAR JATUH BANGUN!
[rm1.52 juta] 10 PERTUDUHAN SALAH GUNA DERMA! KEJUTAN! LOGO GISBH DICOP ...
PAS KELANTAN UGUT SAMAN WAN MAHUSIN, WAN HADI DEDAH SERAH TANAH HAK KEKAL.
PAS SANGGUP TINGGALKAN BERSATU! PN TOLAK MOU JANGAN SIBUK MAHU TUNTUT!
OTAI OTAI MEMBUAT LAPORAN POLIS! MUKTAMAR PAS MENGHASUT & FITNAH PMX!
TAHNIAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Nazri Hamdan
Tahniah tindakan pantas daripada Kementerian Pendidikan! Sampai harini pihak pengurusan GISBH tak bagi penjelasan dari mana kanak2 ni datang? Kenapa mereka di situ? Ada laporan baru2 ni mereka ni tak ada pengenalan diri. Apakah jenis pendidikan yang disuap pada mereka? Kalaulah polis tak raid premis mereka, apalah agaknya nasib dan masa depan kanak2 ini?
ADA MASAALAH KO.
Yanie
Apa masalah dengan Taki dan Gisb?
Sangat cuak nampaknya, ramai mana budak menjadi mangsa perhambaan, liwat dan penderaan.
Bagaimana boleh menganggap diri mereka pemimpin Parti Islam jika tidak sensitif kepada umat islam dan melayu yang terdiri daripada kanak-kanak. Umat ISlam di Malaysia sepatutnya bersatu dalam membanteras penganiayaan ini.
Kartel dan Monopoli tu no 2. Rasuah di Kementerian Pertanian tu No 1!
Sham ghaz
Kartel dan Monopoli tu no 2. Rasuah di Kementerian Pertanian tu No 1!
Mohon PMX Anwar Ibrahim tebas habis habisan.
Contohnya pada tahun 2019/2020 pasukan kami yang buat audit forensik Pertubuhan Peladang Kebangsaan guna sykt Price Water House Cooper International temui penyelewengan bernilai RM50 Juta membabitkan pelbagai isu pada tahun 2015-2018.
Duit zakat pun mereka sakau, inikan pula duit projek. Saya bacakan satu satu mcmana pemimpin mereka sakau duit zakat Nafas untuk tujuan politik, https://www.facebook.com/share/r/zZeK3C5Bk5yXJDhZ/?mibextid=ICIPch
Ahli Jemaah Pengarah NAFAS (dulu) yang sepatutnya jaga kebaikan dan pembangunan Industri padi, jadi lembaga hitam yang baham kekayaan hasil kesusahan pesawah padi.
Malah ada yang dah jelas ada kes sebelum ini, dapat menang lagi AJP.
Perwakilan yang dipilih ke Mesyuarat Agung Tahunan pun lemah, pemilihan di Unit Peladang Kampung, Pertubuhan Peladang Kawasan dan Negeri penuh dgn salahguna kuasa.
Akhirnya mereka yang ada kes kes babitkan salahlaku, penyelewengan tetap menang dan berkuasa. Sebab pesawah kebanyakannya dibawah tidak mahu berubah dan cukup makan dengan janji/habuan palsu sahaja.
Mohon LPP gantung seumur hidup keahlian mereka yang terlibat dengan kes Rasuah dan penyelewengan.
Itu belum dibongkar kegiatan dalam Kementerian dan Agensi Agensi lagi.
Hingga kini SPRM bisu terhadap laporan kes kami dulu. Mohon jgn lembik!
Baca sebahagian report kami dulu;
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/71056
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/71012
RANGKAIAN SINERGY UKHWAH NUSANTARA.
Islah
Alhamdulillah, semangat ukhwah dan kerjasama ekonomi serantau semakin kukuh dengan rangkaian Islam Nusantara. Inisiatif seperti ini bukan saja mengeratkan hubungan antara negara, tapi juga membuka jalan untuk kita semua maju bersama.
Rasulullah SAW bersabda, "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh akan merasakan sakit dan demam." (HR. Muslim).
Tahniah YAPEIM atas usaha hebat ini! Moga terus berjaya dalam memperkuatkan silaturrahim dan mencipta peluang ekonomi yang lebih luas untuk umat Islam.
PELABUR TERUS MASUK MALAYSIA
Mohd Fairul Al Qasas.
Report dari MIDF stating that Malaysia terus mendapat kemasukan pelabur asing minggu lepas. Ini membantu stock market positif. In fact Asean countries - Indonesia, Thailand, Philippines - juga mendapat positive flows dari. And all these markets have done extremely well even before the US turunkan kadar faedah 0.5% minggu lepas.
Asean - dan Asia - is the best place to be at the moment with upside coming from potential room for currency appreciation.
*AZHA INVESTING*
HANG TETAP SALAH LA DIN OIIIII.... NAK PUSING KOT MANA...
Mahiaddin kata duit yang diterima tu masuk 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶. Jadi di mana salahnya? Katanya lagi, tanyalah semua presiden parti pernah atau tidak terima dana syarikat swasta.
Terima dana (derma) daripada mana-mana syarikat tu 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 tak salah 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮. Tapi jika syarikat yang beri dana tu 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, tambah lagi Presiden parti tu pegang jawatan tertinggi kerajaan, di situ boleh jadi salah.
Persoalannya, 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸, adakah syarikat itu akan berikan dana? Di situlah ada keraguan pada urusniaga yang dijalankan. Di situlah wujudnya elemen 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮.
Soal masuk akaun parti atau akaun sendiri tu tak jadi hal. Sebab walaupun masuk akaun parti, sudah tentu presiden ada akses kepada wang tersebut.
Contohnya macam si 𝗦𝗮𝗱𝗱𝗶𝗾. Wang Armada pun 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Suka-suka 𝘵𝘳𝘢𝘯𝘴𝘧𝘦𝘳 masuk ASB dia sendiri. Wang parti pun pembesar parti boleh gunakan juga.
Tapi baguslah Mahiaddin sendiri mengaku memang ada wang masuk. Maknanya tuduhan yang dikenakan ke atasnya itu ternyata benar dan bukan konspirasi.
𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮. Cuma jangan berangan jadi banduan terhormat. Kamu cuma layak jadi 𝗯𝗮𝗻𝗱𝘂𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗻𝗮. Guane boh?
Raja Gelap II
#BoikotHotFM
#BoikotKJ
#BoikotJohan
.
Presiden Pas Bimbang & Gusar Islam Semakin Subur Di Bawah Kerajaan Perpaduan
UMNO ONLINE
1. Presiden PAS sebenarnya semakin gusar dan bimbang dengan kejayaan
Kerajaan Perpaduan terus menyuburkan Islam di Malaysia sebagai kesinambungan
kejayaan pentadbiran terdahulu kerana ia mengancam naratif “Islam terancam”
yang dibina oleh beliau hasil idea pemikir-pemikir strategi PAS bagi menghadapi
Kerajaan Perpaduan.
2. Justeru, tidak pelik sekali lagi beliau terpaksa mengukuhkan naratif Islam
terancam di khalayak peserta Muktamar PAS dengan menggambarkan kononnya bukan
Islam naik kepala kerana pemimpin lemah dengan modal terbaru ialah menunggang
isu Halal yang tercetus kerana ucapan Teresa Kok.
3. Umum melihat bagaimana Kerajaan Perpaduan menerusi YAB Perdana Menteri segera menegur Teresa. Pempengaruh Kerajaan Perpaduan juga pantas menegur. Pimpinan Pemuda UMNO juga tidak ketinggalan. Pihak berkuasa juga segera menyiasat beliau atas nama 3R. Saya sendiri turut memberikan pandangan dalam isu mewajibkan persijilan Halal kepada pengusaha makanan non muslim sebagai respon pada pandangan Teresa.
Itu semua gambaran ketegasan Kerajaan Perpaduan dalam memperkasa dan
menyuburkan Islam khusus dalam isu yang boleh disensasikan atau disalah
fahamkan.
4. Malaysia sangat kehadapan dalam isu Halal malah YAB Timbalan Perdana
Menteri 1 sendiri mempengerusikan jawatankuasa kabinet untuk isu persijilan
Halal dengan diumumkan oktober tahun lepas permohonan Sijil Halal akan diproses
dalam tempoh 23 hari bekerja sebagai satu pembaharuan dalam aspek teknikel.
5. Islam subur dengan pelbagai lagi agenda baru pendidikan Islam seperti
Pra Tahfiz di semua lebih 10 ribu tadika KEMAS seluruh negara selepas kejayaan
pelaksanaannya di 4145 buah Tadika KEMAS melibatkan 62172 pelajar sekarang
digerakkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri 1 dengan sasaran 140 ribu huffaz
cilik pada 2026.
6. Semua 57 buah MRSM melibatkan 37 ribu pelajar beraliran sains
diarahkan untuk menggunakan sistem integrasi Sains dan Tahfiz yang dikenali
sebagai Ulul Albab bagi melahirkan profesional huffaz.
7. Sambutan Himpunan 24K Huffaz pada 14 September 2024 nanti yang
digerakkan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri 1 adalah syiar
kepada Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 yang telah dilancarkan pelan
tindakannya tahun lepas.
8. Ucapan dasar Presiden UMNO menegaskan kepentingan Islah dalam
pendidikan bagi melahirkan generasi Rabbani yang berAkhlak Karimah, menjadi
Qudwah Hasanah dan mengangkat Izzah Malaysia sebagai negara Islam. Untuk itu
akan diperluaskan cadangan sukatan integrasi Tahfiz Ulul Albab ke sekolah
rendah dan menengah agama bantuan kerajaan. Itu adalah komitmen pimpinan
Kerajaan Perpaduan.
Sila bandingkan dengan ucapan dasar Presiden PAS yang banyak beretorik.
8. Peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dikembalikan oleh YAB DS
Anwar Ibrahim setelah sekian lama dikuburkan oleh penasihat SG4 Perikatan
Nasional, Tun Mahathir yang sedang diagongkan oleh Presiden dan penyokong PAS
sekarang.
9. Di mata dunia, Malaysia di bawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim
menjuarai isu Palestin di pentas antarabangsa sepertimana ucapan tegas beliau
ketika sepentas dengan Presiden Rusia dan China. Rakyat Palestin memberikan
penghormatan besar atas usaha beliau yang sangat bermakna itu ke arah Palestin
Merdeka.
10. Segala komitmen Islam DS Anwar dalam Kerajaan Perpaduan turut
diperakui oleh tokoh-tokoh ulama dunia termasuk Syeikh Al-Azhar, Prof. Dr Ahmad
Tayyib dan Syeikh Prof. Dr Ali Qaradaghi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam
Sedunia. Malah Syeikh Dr Ali sendiri berpesan kepada saya bukan sekali untuk
terus mendokong usaha-usaha Islam Kerajaan Perpaduan.
11. Semua agenda Islam dan umat ini memencilkan PAS di persada
perjuangan Islam yang dilaung-laungkan sebagai slogan kosong. Ini semua
mendesak Presiden PAS terpaksa berucap sepertimana ucapan-ucapan sebelumnya
dalam Muktamar PAS yang banyak beretorik berbanding gerak kerja yang signifikan
untuk umat Islam di Malaysia dan antarabangsa.
Sekian
Datuk Wira Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Penasihat Agama kepada YAB Timbalan Perdana Menteri 1
https://www.facebook.com/share/p/SyeUWniFeiS48qYn/?mibextid=oFDknk
ROMBONGAN CEK KIAH GAGAL KE LUAR NEGARA.
Dahhh tak boleh pergi LUAR NEGARA - Padan Muke!
Berita PMX batalkan lawatan 68 penjawat awam ke luar negara (Berlin) ni adalah tindakan yang tepat. Saya setuju sangat2!
Teringat saya (beberapa kali dah terjadi), bila ada event luar negara yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan kita perlu "hadiri" event tersebut, waktu event, bayang pun tak nampak. Tapi...
Pernah saya mendapat jemputan ke New York sebagai speaker, dan event tersebut dihadiri oleh delegasi negara-negara Asian, termasuk lah wakil-wakil kerajaan Malaysia. Yang datang dalam 20-30 orang, tapi bila event sepanjang hari 4-5 orang je pegawai yang ada.
Siapa pernah alami?
Boss-boss pergi shopping atau makan angin kot. Nak husnuzon pun, New York. Bukan Mekah.
Ada juga yang bawa keluarga. Yang ni boleh husnuzon, guna duit sendiri la tu. Tapi bila waktu malam, waktu dinner dengan bangga cerita pergi melawat tempat2 menarik ketika event yang sepatutnya dihadiri sepanjang hari.
Inilah dianya kot peribahasa sambil menyelam minum air kott...
Yang kita ni usahawan, geram je dengar. Maklumlah, depa bukannya bayo pun. Duit cukai kita juga digunakan. Siapa faham perasaan geram ni? 😂
Semalam bila saya terbaca berita PMX mengambil tindakan untuk batalkan trip ke Berlin untuk 68 penjawat kerajaan sertai, ni dah macam rombongan cik kiah ni... ia memberi mesej yang sangat jelas untuk tidak lagi sewenang-wenangnya membazir wang dan tanggungjawab yang telah diberikan. Lebih2 lagi yang nak holiday free. Kudos PMX.
Yang kita-kita ni nak holiday, perlu lah berusaha lebih. Simpan duit lebih. Berniaga pun kena lebih gigih.
Sekiranya anda ingin menjana pendapatan tambahan, tak kiralah nak pergi holiday (dan bukan cara macam boss-boss di atas ya) ataupun ke Mekah, salah satu caranya anda memulakan perniagaan online dari rumah.
Jika anda nak mulakan perniagaan, tapu tak tahu NAK JUAL APA? Atau mula di mana, jom saya tunjukkan Langkah demi langkahnya pada anda hari ini di webinar NAK JUAL APA? Mulakan Perniagaan dari Zero! Sertai percuma di www.NakJualApa.com
Jommm!
-ik
dubai
PS: Tahun ni pun ada juga berlaku kat Dubai kes seperti di atas... tapi malas nak cerita. Nanti depa tak jemput saya pulak dah 😅
LAGU MADU 3
Desa HM
🎶🎵
Haii.... Senangnya dalam hati
Kalau beristeri dua
Terasa dunia..
Ana yang punya.🎶
🎵Kepada cikgu tua,
Ana sayang pada mu...
Kepada cik intan muda,
I say lap u...
🎶Cikgu tua merajuk,
Ana ....
(.. alah... lupa plk lirik)...
Korang tlg sambung jap....
🤣🤣🤣🤣🤣
KONON NAK JADI PEMBELA LA TU
Salman Ali
Kenyataan Setiausaha Agung yang mewakili PAS pada ketika ini membangkitkan tentang nilai-nilai positif GISBH dan mengingatkan supaya tindakan tidak diambil terburu-buru adalah sangat buruk serta tidak bertanggungjawab.
Ratusan budak berpotensi menjadi mangsa pengabaian dan pemaksaan, masih lagi nak bagi peringatan tentang kelebihan GISBH.
Macam mana diangkat menjadi pemimpin Parti Islam kalau tidak sensitif terhadap isu pengabaian hak dan pelanggaran syara yang telah berlanjutan sejak sekian lama.
Ucapan Ketua Polis Negara nampak jauh lebih kehadapan menggambarkan kepentingan menjunjung tinggi prinsip-prinsip Islam berbanding Setiausaha Agung Parti Islam.
SAPA LAK NAK AMBIL KESEMPATAN. GAYA CAM KONONNYA MEMBELA LA GAMAKNYA. KUASA SULTAN BAB AGAMA NI.
"Dalam hal ini, Pas percaya sisi-sisi positif kumpulan ini termasuk jaringan perniagaannya yang luas, hendaklah dipelihara dan dilindungi daripada tindakan terburu-buru dan tidak adil yang mungkin berpunca daripada sentimen melulu, prasangka, persaingan perniagaan atau agenda politik tertentu pihak yang mahu menangguk di air keruh," kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Ahad.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ahmad Mursi.
Banyak persamaan PAS-GISB. Agungkan tokoh agama, eksklusiviti, anggap selain PAS itu sesat, indoktrinasi, pemimpin kaya tapi ahli dianggap sukarelawan, jual mimpi² tokoh untuk yakinkan masyarakat, salah tafsir nas agama untuk kepentingan kelompok, melampau dalam beragama dan banyak lagi.
[viral] MB LATO LATO TERKANTOI HABIS! MUHYIDDIN PULA BUAT PENGAKUAN TERS...
RENTASAN 1637 | PANAS!! MOU KERAJAAN BAKAL GUBAL UNDANG-UNDANG MESRA LGB...
BUANG LA PERANGAI LAMA.
Ini tindakan yang terpuji oleh PMX. Rakyat sudah lama memerhati perbuatan seperti ini. Bukan rakyat je, para penjawat awam bawahan pun dah lama 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗹𝘂.
Tapi aku percaya, ini akan jadi 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 untuk penjawat awam, khususnya pegawai-pegawai atasan, untuk terus membenci PMX. 𝗗𝗮𝘂𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺.
Macam aku cakap sebelum ni. Penjawat awam yang benci PMX adalah mereka yang 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀, 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 dan 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗮𝗻. Sebab PMX akan perangai kebejatan yang sebegitu. Guane boh?
Raja Gelap II
#BoikotHotFM
#BoikotKJ
#BoikotJohan
.
SUMBANGAN UNTUK LAWAN PEMFITNAH.
Yanie.
Terima Kasih Sahabat sahabat yang menyumbang dana supaya saya dapat mengambil tindakan keatas Pemfitnah , Hari ini saya telah Bertemu dengan Peguam Tuan Hariz dari Tetuan Hariz Syakinah & Co. dan juga Datuk Ahmad Zaharil yg akan turut bersama sama .. Insha Allah ,
Permulaan untuk membersihkan nama saya dan bawa Pemfitnah ke Muka Pengadilan .. Masih Jauh Perjalanan yang perlu saya tempuhi dari sudut mental, Fizikal dan Kewangan , Saya masih memerlukan bantuan anda , jika ada sahabat yang masih ingin membantu saya :
Sumbangan boleh dimasukkan ke Akaun :
Persatuan Sukarelawan Rakyat (RAKYAT)
8011018292
CIMB