[[LIVE]]10.11.2020 Bajet 2021 dan Plan DSAI 2021...

RENTASAN 769 | ANGKA DAN UNJURAN PENDAPATAN MERAGUKAN, BAJET 2021 PERLU ...

HANGPA PAKAT PAKAT PIKIAQ SAT...


 

BEKAS KP JASA TANYA – APAKAH MENTERI JAGA JASA TIDAK ADA KELAS?

 

Apabila Saifuddin Abdullah menyatakan dia tidak tahu peruntukan JASA sebegitu besar, ia menimbulkan banyak tanda tanya.

Pertama, apakah dia Menteri tidak ada kelas? Dia menambah lagi garam kepada kredibiliti kerajaan PN yang dikritik kuat ekoran Bajet 2021.

Mana mungkin dia tidak tahu. Jangan nanti rakyat tuduh Menteri PN buat kerja cincai di saat rakyat memerlukan kerajaan yang serius dan tidak politiking.

Kedua, siapa yang memandai mandai menjadikan bajet JASA begitu besar. Tidak mungkin Perdana Menteri apatah lagi KSU. Apakah ada Menteri yang lebih berkuasa. Elok Saifuddin berterus terang

Ketiga, mungkin Saifuddin bercakap benar. Dia hanya mangsa kepada “hidden agenda dan politiking dalaman”.

Apa pun nasi sudah jadi bubur. Kenyataan Saifuddin telah mencemarkan imej PM dan Kerajaan PN.

Elok kurangkan bajet JASA. Ambil balik bekas pegawai JASA yang ditamatkan kontrak dan jadikan JASA agensi yang efektif dengan bajet munasabah.

Apa pun tahniah Azmin Ali. Bukan setakat dilantik Ketua Penerangan PN tetapi Pengarah Pilihanraya PN. Apakah ini kebetulan?

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO/10 NOV. 2020.


FUHH DAPAT GAJI 3000 GURU DALAM SETAHUN

 Image may contain: text that says "40000 050100 Perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) w 3,364,100 10000 20000 30000 40000 81,549,200 4,038,300 73,996,800 150,000 3,364,100"


RINA HAMZAH


Tahniah Muhyiddin. PH mansuhkan bahagian propaganda BN JASA bila menang dulu, sekarang PN hidupkan dengan kos 82 juta ringgit.

Ramai graduan sarjana muda pendidikan menganggur sekarang. Duit JASA cukup nak gajikan lebih 3,000 guru untuk setahun.

Yb Nik Nazmi


Gaji dah naik, duit dah banyok...boleh laa makan besor...yer dak?

 Image may contain: 1 person, sitting

*Tan Sri Mohd Sheriff menyokong kenyataan Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman, mantan TKP/KKM, mengenai PKPB*

 

Saya bersetuju dgn pandangan Prof Datuk Dr Lokman mantan TKP/KKM dan lain lain pakar kesihatan yg menyatakan Malaysia terlalu ghairah mengenakan sekatan MCO dirata rata tempat walaupun kes kes penjakitan yang mendadak tertempu kpd kawasan “outlier” sahaja saperti Sabah dan Labuan. Tindakkan MKN dan KKM saperti ini amat menyusahkan kehidupan rakyat lebih lebih lagi dgn penutupan sekolah terlalu lama. Saperti kata banyak pakar, amat mustahil untuk memghapuskan virus Covid19 sama sekali. Olih itu, jangan lah terlalu ketat dgn MCO kerana lagi lama ekonomi terjejas dan lagi lama kanak kanak tidak bersekolah, lebih parah kesan nya atas masa depan rakyat. Yang akan merana ialah gulungan miskin yang bergantung kpd perniagaan harian di gerai dan tepi jalan. Juga pekerja swasta pun semakin susah hidup mereka.

Walaupun ada bantuan kerajaan, setakat mana kewangan negara bolih tahan membelanja begitu banyak menolong rakyat. Apabila kewangan kerajaan jadi merosot, seluruh ekonomi akan runtuh, menjadikan Malaysia “a failed state”. Kejadian ini amat merbahya kpd keselamatan dan ketenteraman negara dan sosial.

Banyak pakar di Malaysia dan negara luar menyatakan setiap sekatan yang hendak dilaksana perlu lah berpandu kpd “evidence based public health intervention” supaya meyakinkan rakyat bahawa sesuatu perintah sekatan yg ketat betul betul perlu dikenakan bagi kawasan itu.

Institusi antarabangsa iaitu UNICEF, WHO, UNESCO telah menegeluarkan garis panduan tentang pengawalan sekolah perpandu kpd “Transmission level at district/sub district level”. Jika Malaysia mengguna garis panduan yg terperinci ini, tidak lah perlu menutup semua sekolah begitu lama. MKN perlu mengguna data yg terperinci mengikut “Infectivity Rate” diperingkat daerah untuk membuat kawalan MCO yg scientific dan professional.

*Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim*

 

SABOTAJ ATAU NAK BAGI RAKYAT HILANG KEYAKINAN? ATAU TUKAR MB?

 

PKR mesyuarat khas esok susulan insiden berulang bekalan air

PKR mesyuarat khas esok susulan insiden berulang bekalan air

ssshhhhh...PAKAT ELOK ELOK UNTUK RAKYAT

 Image may contain: 2 people, suit, text that says "MALAYSIA NOW Home News Opinion Berita HIGHLIGHT Waca Like Anwar Najib sets 2 conditions for budget support Their calls reflect closer political ties in their common opposition to Prime Minister Muhyiddin Yassin. Fazreen Kamal Nov 10, 2020 1:35 PM Former prime minister Najib Razak and PKR president Anwar Ibrahim."

NASIB...

 Image may contain: text

BULU AYAM TERCABUT


 IBRAHIM MAT ISA

Image may contain: text that says "malaysiakini DUN Kelantan lulus kenaikan gaji Adun, exco Tiada wakil rakyat tampil membahaskan RUU itu, menjadikannya diluluskan sebulat suara. BY N FAIZAL GHAZALI 9 NOVEMBER 2020 AT 16:40 Dewan undangan negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan rang undang- undang (RUU) saraan anggota pentadbiran abli-abli pindaan"


Hudud bagi parti Pas yang memerintah Kelantan umpama bulu ayam tercabut. Tiada lagi terikat di kulit ayam dan mudah di tiup angin, disepak terajang oleh ayam-ayam sendiri. Cantik ketika berada di tubuh ayam, tapi saat tercabut bergelumang debu dan taik ayam.

Sudah dua lebih dekad diluluskan tapi hasilnya zero. Memanda menteri yang zuhud berkayuh basikal untuk solat jemaah sudah bertahun janji bakal letak jawatan jika tidak laksanakan hudud!

Tapi hasilnya apa? Beliau bertambah megah dengan kenderaan lebih mewah dari mantan terdahulu! Iyaa... Itulah nilaian zuhud bagi sang penguasa yang cuma berbekal ketayap di kepala.

Namun, apa sahaja yang berkait soal dunia, soal wang dan gaji, sebegitu pantas mereka luluskan tanpa siapa pun berani mengusik usul buat perbincangan atau olahan terutama ketika musim meleset akibat Covid19.

Betullah kata orang, jika duit dan burit, siapa pun tidak bakal menolak jika dihulur.

Ahh siyal!

Lihat sendiri bagaimana sudahnya DUN mereka. Bukan tujuan menghina dewan yang mulia, tapi sekadar membekalkan suntikan kesedaran kepada kita bahawa jika ada kepimpinan yang naik hanya bertujuan politik, begitulah selalunya berlaku.

Mereka boleh menyamar menjadi alim, tapi nun jauh di sudut hati, soal dunia dan kantung sendiri paling diutamakan. Memang mereka tidak maling, tapi mereka menggunakan kedudukan dan pemujukan jiwa buat rakyat merestui perbuatan maling mereka.

Jadi apa beza pembesar dengan maling?

Benarlah sabda Nabi S.A.W. bahawa di hujung akhir zaman akan datang pemimpin di kalangan kita berresam mereka dengan resam PENYAMUN!

Sekadar ingatan buat kita di fajar yang dingin ini. Sekian....

Salam sayang

Abg Baim Description: 😎

 

KENA TARBIAH JANGAN JUMPA SAKA

 

IBRAHIM MAT ISA

Alhamdulillah. Baru lepas dirukyah oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim setelah sekian lama terumbang ambing akibat tuju tuju saka tua.

Kelihatannya Abg Mat semakin ceria deh. Kita doakan semoga cepat pemulihan dan siumannya serta kembali memimpin PH dengan lebih bersemangat.
Ayoh.. semangat Abg Mat! Kita bisa dong 👍👍💪💪




Image may contain: 1 person, sitting




RENTASAN 768 | POTONGAN DRASTIK PERUNTUKAN ASAS, BAJET 2021 GAGAL UMPAN ...

OLEH SEBAB COVID ,GAJI KENA NAIK

 

Agak dah...mesti sokong punya.  Naik gaji wakil rakyat di kelantan pun mereka sokong kerana Covid maka gaji kena naik.  Haha...itulah lebai.

W.Faudzin


MANA PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH TAHFIZ DAN AGAMA?

TAK PERLU APOLOGETIK, JASA MEMANG ALAT POLITIK

BAJET 2021 HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA

PENCEMAR SUNGAI DI SELANGOR HADAPI DENDA RM1 JUTA


WOIIII TUTUP MULUT TU....SETAN KENCIN

 Image may contain: 1 person, beard

Dulu mereka kutuk dan troll gila-gila Mujahid Yusof Rawa kerana menguap tak tutup mulut, hari ini Tuhan tunjukkan mereka pun sama saja...


NYAWA POLITIK MUHYIDDIN DI TANGAN NAJIB


SHAHBUDIN HUSIN

Akhirnya nyawa politik Muhyiddin terletak di tangan Najib selaku Pengerusi BNBBC, kecuali tuntutan pengeluaran RM10 ribu daripada akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi sedia dipenuhi oleh kerajaan.

Yahooooo.....senada dengan apa disuarakan Anwar semalam.

 Image may contain: ‎2 people, ‎close-up, ‎text that says "‎Berita Seksye וlיור BN sokong Belanjawan 2021 bersyarat, kata Najib Diyana Ibrahim, Chan Kok Leong Dikemas kini 29 minit yang lalu. Diterbitkan pada 10 Nov 2020 12:54PM. 0 Komen Seth Akmai Pengerusi BNBBC Najib Razak berkata BN tidak akan sokong Belanjawan 2021 jika kerajaan tidak memenuhi dua tuntutan dikemukakan sebelum ini. Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2020.‎"‎‎‎


Belanjawan 2021: Luluskan RM10,000 KWSP, luaskan moratorium untuk dapat sokongan BN - Najib

Firdaus Azil
Belanjawan 2021: Luluskan RM10,000 KWSP, luaskan moratorium untuk dapat sokongan BN - Najib
Najib berkata, mustahil hidup baharu golongan yang terjejas, dapat dimulakan dengan sekadar pengeluaran RM500 sebulan dari KWSP. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu, sokongan beliau dan rakan-rakan terhadap Belanjawan 2021 adalah bersyarat.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mahu rakyat dibenarkan membuat pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off.Selain itu, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan juga perlu memastikan pelanjutan moratorium diperluaskan kepada golongan M40, sehingga Jun 2021.
“Kita bukan sekadar wakil atau jurucakap sahaja. Yang baik kita puji, yang tak elok kita perbaiki, yang langsung tak boleh diterima harap dipinda atau dimansuhkan. Harap kerajaan terbuka hati, dan mengambil kira pandangan dan cadangan.
“Belanjawan 2021 telah dapat menyediakan keperluan rakyat seperti yang saya terangkan tadi. Tetapi berdasarkan expectation (harapan) rakyat, perlu ditokok tambah dan buat penambahbaikan supaya penerimaan rakyat (terhadap Belanjawan 2021) akan menjadi lebih mantap dan menyeluruh,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbelanjaan (Belanjawan 2021) di Dewan Rakyat hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan antara tahun 2008 hingga 2018 berkata, beliau melihat pertumbuhan negara berada dalam paras terendah sejak sepuluh tahun lalu dan pembayaran dividen kepada rakyat juga berada pada kadar yang lembab.
Atas sebab itu, beliau berpandangan, pengeluaran RM10,000 dari KWSP bukan sahaja dapat membantu rakyat yang terdesak, bahkan tidak akan memberi kesan kepada pengiraan defisit negara.
“Ini saya maksudkan sebagai langkah berani dan luar biasa atau bold and unconventional method dalam keadaan luar biasa. Dana ini amat diperlukan untuk menambah kitaran wang dalam ekonomi. Pada masa ini kita sedar perbelanjaan kerajaan terhad dan langkah ini dapat membantu rakyat yang terdesak dan terkesan,” katanya lagi.
Najib berkata, tanggungjawab kerajaan bukan untuk menafikan hak rakyat, tetapi fokus harus tertumpu kepada usaha memulih dan memastikan kadar simpanan pencarum kembali bertambah.
Jelasnya lagi, perkara itu boleh direalisasikan melalui beberapa cara, antaranya membantu KWSP meraih pendapatan dengan pemberian projek seperti dilakukan sebelum ini seperti Kwasa Land, Battersea di United Kingdom dan pemilikan 46 peratus saham PLUS.
Keduanya, Najib turut menggariskan, kerajaan juga boleh mengubah struktur caruman pekerja dan majikan kepada kadar yang lebih tinggi selepas COVID-19 semakin pulih.
Dan ketiga, beliau mencadangkan agar kerajaan mengubah struktur pembayaran dividen melalui kaedah multi-tier dividend structure yang mana baki simpanan lebih rendah akan terima dividen lebih tinggi.
“Dengan ini simpanan masa tua pencarum yang terpaksa keluar one-off dari akaun pertama dapat dipulihkan dalam masa terdekat,” jelasnya lagi.
Najib berkata, pengeluaran wang RM10,000 itu amat penting untuk mereka yang kehilangan pekerjaan dan ingin memulakan hidup baharu seperti memulakan perniagaan, membeli alatan seperti motosikal dan sebagainya.
“Mustahil hidup baharu golongan yang terjejas, dapat dimulakan dengan hanya sekadar pengeluaran RM500 sebulan dari akaun tersebut,” kata Najib lagi.
Mengenai moratorium, Najib berkata, beliau bersetuju dengan ucapan perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, bahawa keuntungan bank tidak akan terjejas jika ia dilanjutkan dan diperluaskan kepada M40.
“Saban hari saya terima banyak aduan dan keluhan rakyat yang terkesan daripada pandemik COVID-19. Jika kita lihat melalui platform media sosial seperti Facebook, dan Twitter, rata rata bukan sahaja saja dari
B40, malah M40 turut terima impak yang sangat dasyat.
“Pada belanjawan kali ini, kerajaan hanya memanjangkan moratorium pada B40, itu pun tidak kepada semua. Seakan-akan lupakan golongan M40 yang juga terima kesan yang besar daripada situasi yang kita hadapi,” tegas beliau lagi.
Sehubungan itu, Najib berkata, sokongan beliau dan rakan-rakan BNBBC tertakluk kepada kedua-dua perkara yang dibangkitkan itu.


BAJET GAH, NASIB INDUSTRI PENERBANGAN TAK DISENTUH


DAH ADA JABATAN PENERANGAN PUN TAKUT LAGI KENA TUBUH JASA

 

Apa itu JASA?

 APA ITU JASA?

TUTUP SEKOLAH MUDAH, NASIB MURID MACAM MANA?


MENTERI PENERANGAN TAKUT BILA KETUA PEMBANGKANG BERUCAP

Image may contain: 2 people, text that says "NENELAER Walaupun kita cenderung mahu meluluskan bajet ini dan tidak mahu tolak ansur soal emolumen, gaj pekerja nasib frontliners sama ada lulus atau tidak, kita akan pastikan ada rencana segera supaya tidak membebankan rakyat khususnya frontliners. ANWAR IBRAHIM Ahli Parlimen Port Dickson PORTDICKSON @amwaribrahim_keadilan @anwaribruhim_m @anwaribrahim AmwarIbrahim Awar" 

IBRAHIM MAT ISA

Mentang-mentanglah DSAI Ketua Pembangkang, RTM potong live telecast masa ucapan beliau di TV, tapi aku nampak ada laporan mengenai bahas beliau juga di Channel News Asia.

RTM sepatutnya bagi sama ratalah antara pemerintah dan pembangkang. Perangai pelaq lama tak hilang lagikah?

 

UMNO TAK TERKATA APA

 Image may contain: 4 people, text that says "Malaysiakini Mala UMNO TERUS PERTIKAI JASA "Jika mengenai penyebaran maklumat mengenai kerajaan, kita sudah memiliki Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Jadi, apa jenis maklumat yang akan diberikan oleh Jasa? Bukankah itu akan bertindih?" Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman 9 November 2020"

Bapak penyamun pun boleh faham geng pengkhianat buat- buat tidak faham. Dan mereka ingat nak bodoh bodohkan rakyat!




PARLIMEN SEMALAM KITA KUASAI: Anwar Ibrahim: Bajet Ini Adalah "Misleading Budget", Nampaknya Macam "Fi...



Di Parlimen semalam sewaktu Anwar bahas bajet dan sehingga tamat persidangan, jelas kita menguasai dewan.

Anwar berucap cara beliau, bermula dengan tenang, tegas dan membawa beberapa fakta dan angka, sesekali tajam. Di pihak sana, hanya seorang yang mencelah Iaitu Ahmad Maslan. Stail Anwar sejak dulu, kalau sesiapa mencelah untuk menghentam beliau atau PH, nadanya akan berubah dan biasanya yang mencelah itu akan kena balik batang hidungnya. Sebab itu, jarang orang mahu mencelah ketika beliau berucap walaupun Anwar selalunya akan memberikan laluan kepada sesiapa untuk mencelah.

Khalid Samad, memang stail dia begitu semenjak dari Pas lagi. Keras dan lantang. Bangun saja berucap, MP Shah Alam ini terus masuk gear lima.

Abang Mat Sabu, mood dia tidak menentu. Ada ketikanya keras dan lantang sesekali melucukan. Tapi semalam, dia bangun mencelah sewaktu Anwar berucap dengan satu sindiran yang tajam tetapi lucu terhadap kerajaan dalam isu peruntukan kepada JASA.

Saifudin Nasution, dikenali tidak bercakap lantang tetapi perkataannya amat tersusun dan menarik serta mudah difahami. Soalannya kepada Anwar ketika mencelah adalah untuk melengkapkan atau menjelaskan lagi apa yang Anwar ingin sampaikan.

Begitu juga dengan beberapa MP dari PH yang lain yang kebanyakan tenang tetapi padat dan berisi. Ternyata masing-masing begitu serius kali ini di dalam Bajet yang dibentangkan kerana terlalu banyak koyak rabaknya.

Itulah kehebatan pimpinan kita di dalam PH. Kita ada lengkap kebolehan masing-masing yang saling bantu membantu. Ini lah di antara bayangan kita iaitu pimpinan yang bakal mentadbir negara ini sekiranya kita perolehi kembali mandat yang dirompak itu.

WFAUZDIN NS




BANK JAGA BANK, Menteri Pula Tak Bincang Nak Mintak Budget Sebab Apa? Za...

2. Kepelikan Bajet KKM? Kementerian Dlm Kerajaan Tidak Berpadu Dlm Beri ...

Penduduk bantah PKPD di Lahad Datu

Gempar,Penduduk Lahad Datu Sabah Mengamuk Minta PKPD Dibatalkan

((LIVE)) SIDANG PARLIMEN - DEWAN RAKYAT - SELASA - 10/11/2020

BELANJAWAN 2021 BUKTI UMNO TERUS KENA BULI, TAKKAN TAK RETI-RETI LAGI?

 

Semalam, melalui laman Facebooknya, Najib Razak mengeluh mengenai kedudukan BN yang tidak diberi sebarang peranan dalam penyediaan Belanjawan 2021.

Kata beliiau, walaupun BN merupakan sebahagian daripada kerajaan PN, tetapi tiada seorang pun wakil gabungan itu dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Sebagai membuktikan kata-katanya, Najib turut memaparkan keanggotaan Majlis Tindakan Ekonomi untuk menjelaskan dakwaan mengapa BN mengkritik Belanjawan 2021 sedangkan ia sebahagian daripada kerajaan PN.

Bagi memainkan peranannya membela dan memenuhi keperluan rakyat, menurut Najib lagi, BN akan menggunakan saluran perbahasan di Dewan Rakyat untuk tujuan tersebut.

Jika kita masih ingat, wakil UMNO hanya dijemput untuk memberi cadangan bagi penyediaan Belanjawan 2021 ini pada 1 November iaitu enam hari sebelum ia dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu.

Makna kata, sudahlah tiada wakil UMNO dan BN dalam Majlis Tindakan Ekonomi, dijemput untuk mengemukakan cadangan pula hanyalah di saat-saat akhir saja.

Jemputan itu tidak lebih sekadar melepaskan batuk ditangga kerana tidak mustahil ketika itu proses penyediaan teks belanjawan sudah pun 99 peratus siap disediakan.

Sebab itu, dua cadangan pokok yang dikemukan UMNO untuk Belanjawan 2021 – pengeluaran Akaun 1 KWSP sehingga RM10 ribu dan melanjutkan moratoriim pinjaman bank, langsung tidak dipedulikan kerajaan.

Dalam erti kata lain, menyisihkan suara dan peranan UMNO itu lebih membuktikan semakin masa berlalu, semakin parti itu dibuli oleh Bersatu dan PN.

Kedudukan UMNO dan BN yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbesar dalam kerajaan PN tidak memberi makna walau sebelah mata sekali pun.

Sebelum ini, UMNO dibuli kerana diberi kementerian yang tidak penting, Muhyiddin melantik beberapa menteri UMNO ikut pilihannya sendiri, melantik hanya satu menteri kanan daripada UMNO, tetapi dua daripada Bersatu, memintas UMNO dalam PRN Sabah untuk merampas jawatan Ketua Menteri dan terakhir dilaporkan hanya sedia melantik Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO jika calonnya bukan Zahid Hamidi.

Buli, buli, buli…..

Yang nyata dan tanpa keraguan lagi, perkembangan ini memungkinkan Muhyiddin terus mencari jalan untuk membuli lagi UMNO selepas ini bagi tujuan mengukuhkan kedudukan Bersatu.

Matlamat akhir Muhyiddin tentulah untuk menjadikan Bersatu sebagai pengganti kepada UMNO.

Maka, takkan UMNO masih tak reti-reti dan mahu terus dibuli lagi, lagi dan lagi oleh Muhyiddin dan Bersatu?

Belanjawan 2021 sebenarnya adalah medan terbaik untuk UMNO menamatkan pembulian itu dan sebelum Bersatu berjaya melangkah lebih jauh untuk mencapai apa yang dihasratkannya.

UMNO mesti terus berjuang mengangkat cadangannya sebelum ini sambil melakukan tekanan dalam perbahasan Belanjawan 2021 kali ini.

Najib sendiri dalam tulisan di media sosialnya mengatakan beliau akan terus berjuang dan melawan sehingga rakyat dapat memperolehi pelanjutan moratorium pinjaman bank.

Memang itulah yang sepatutnya dilakukan oleh Najib, UMNO dan BN, malah mereka mesti senada dengan Anwar Ibrahim yang dalam ucapan perbahasan semalam memberi amaran tidak akan menyokong kelulusan Belanjawan 2021 sekiranya kerajaan tidak melakukan sebarang pindaan.

Tiga perkara ditekankan Anwar perlu dipinda ialah moratorium, KWSP dan peruntukan besar untuk Jasa.

Sekiranya sehingga ke sudah kerajaan masih juga berdegil, pilihan yang terbaik dan wajar bagi Najib yang kini mengetuai BNBBC ialah mengajak seramai mungkin Ahli Parlimen BN untuk tidak menyokong kelulusan Belanjawan 2021.

Bukan saja dengan bertindak demikian akan membolehkan kerajaan dijatuhkan dan sama ada selepas itu bakal diadakan PRU atau tidak, yang penting belanjawan baru yang dibentangkan kemudiannya pastilah yang benar-benar pro sebagaimana keinginan BN sendiri.

Sekaligus juga, ia mampu meletakkan tanda titik kepada pembulian berterusan terhadap UMNO.

 (Shahbudindotcom 10/11/2020)