SEMUA ORANG BAGI.... UNTUNG HANG.. KENA CARI KERJA


 

SEMUA SALAH KERAJAAN... NI WALAUN NI


 

TERBAIK MB KAMI


 

TAHNIAH






 Tahniah kepada YB Senator Datuk Mutang Tagal yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20. 


Pelantikan ini mencipta sejarah tersendiri apabila beliau menjadi pemimpin pertama daripada etnik Lun Bawang dilantik memegang jawatan tersebut.


Pelantikan ini juga membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam mengiktiraf dan memastikan ruang suara, pandangan dan perwakilan daripada setiap kalangan rakyat, termasuk orang Ulu di Parlimen.


Semoga beliau dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.


#MalaysiaMADANI



POLEMIK UNDANG UNDANG SYARIAH DAN PINDAAN AKTA 355.



ché Ibrahim


Ambo setuju Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) yang memberi kuasa hukuman kepada Mahkamah Syariah dengan denda tidak melebihi rm5000, penjara tidak melebihi 3 tahun dan sebat tidak melebihi 6 kali atau gabungan kepada hukuman hukuman tersebut dipinda segera. 


Setelah 40 tahun, Kadar hukuman denda dalam Akta 355 memang patut dikaji semula kerana nilai ringgit itu sendiri telah banyak berubah. Sekitar 1990, gaji permulaan penjawat awam lepasan U tak sampai rm1000, sekarang dah mencecah rm2500, maskahwin sekitar tahun 80-90 an ialah rm5000, sekarang rm5000 dilihat terlalu kecil.


Oleh itu jumlah hukuman di Mahkamah Syariah juga perlu dinaikkan, kalau dulu denda perkahwinan poligami tanpa kebenaran ialah rm1000, sekarang rm10,000 pun dianggap rendah. denda cerai luar mahkamah perlu dinaikkan dari rm1000 kepada rm5000.


Denda kesalahan takfir @ mengkafirkan orang Islam perlu dinaikkan dari rm5000 kepada rm 50,000 selain penjara mandatori an sebat 20 Kali di khalayak ramai kerana kesalahan ini amat berleluasa sekarang. Selain itu perbuatan suka memunafiqkan orang lain, menuduh orang Islam sebagai liberal, kominis, fasiq dll hendaklah dimasukkan sebagai kesalahan dalam ekjs (I) 2019. Bahkan barangkali sudah sampai masanya perbuatan maki hamun, suka menyumpah disenaraikan sebagai Perkataaan Tidak Sopan dalam ekjs(I) 2019 yang boleh didenda minima rm5000.


Apa pun saya nak sebut, polemik undang undang syariah hari ini sehingga melanggar batas kuasa Negeri - Persekutuan tidak ada kaitan dengan Akta 355 atau wujudnya kelompangan dalam Perlembagaan. Ianya berpunca dari kegagalan Jkuasa Penggubal memahami batas kuasa dan kompetensi yang sedia ada pada Dun, selain tidak akur kepada mekanisma penggubalan yang sedia ada. 


Sabit tu ada satu komen dari seorang pembesar negeri bila ditanya tentang polemik ini..... "Ana tak tahu, kita nak tanya pengerusi Jkuasa Penggubal pun, dia dah mati.... "


Contoh paling ketara ialah Kesalahan Liwat, Seksyen 14, ekjs (I) 2019.


Mahkamah Persekutuan pada 25 Feb 2021 telah membenarkan Seksyen 28, Enakmen Jenayah Syariah 1995 Selangor berkaitan kesalahan liwat dicabar, tetapi pada 1 Nov 2021 Kerajaan Kelantan mewartakan ekjs (I) 2019 yang turut mengandungi kesalahan liwat... Nak apa sebenarnya????



JOM SOKONG KERAJAAN CEPAT




 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 nak pinda perlembagaan. Katanya untuk elak kejadian 𝗠𝗣 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 kepada PM dan Kerajaan Perpaduan berulang. Ok. Itu boleh difahami.


Yang tak faham bila dia kata "𝘁𝗮𝗺𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗿𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗲𝗻𝗮𝗺 𝗷𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗺". Apa yang tamatnya? Apakah Bersatu nak pecat mereka? Dipecat tak gugurkan kerusi seseorang MP itu.


Bersatu nak gubal peraturan supaya MP yang beralih sokongan 𝗱𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 lalu 𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗔𝗻𝘁𝗶 𝗟𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 terpakai atas mereka? Yang itu aku ada sedikit musykil.


Peraturan begitu boleh digubal tapi 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗣 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗶𝗻𝗶. Untuk dikenakan kepada MP yang sudah buat, rasanya agak sukar untuk. Tapi tak apa, kita tengok saja permainan mereka.


Cuma, kepada MP Bersatu yang 𝗮𝗱𝗮 𝗻𝗶𝗮𝘁 nak sokong PM tu, baik buat cepat sebelum perhimpunan agung khas itu dibuat. Lambat tak dapat. Kalau boleh semua sekali lagi bagus. Tinggalkan Mahiaddin dan Hamzah je dalam parti tu. 𝘛𝘩𝘦 𝘮𝘰𝘳𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘮𝘦𝘳𝘳𝘪𝘦𝘳, orang kata.


Dan aku nak ingatkan lah kepada Bersatu. Seronok dia panggil MP yang sokong PM tu pengkhianat. Takkan dah lupa, 22 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂, berapa ramai MP UMNO yang Bersatu beli?


Kemudian masa 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗦𝗵𝗲𝗿𝗮𝘁𝗼𝗻, orang yang sama tu juga yang melompat tinggalkan PH masuk PN. Yang itu tak nak panggil pengkhianat ke? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



HADI AWANG TAFSIR IKUT MASA. BILA DALAM KERAJAAN LAIN, BILA JADI PEMBANGKANG LAIN.


 

SANUSI HINA PARA HAKIM YANG BUAT KSEPUTUSAN. DIAM PULAK BADAN KEHAKIMAN. ?


 

TOK GURU DALAM KENANGAN


 

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA . KERANA KAMU LAH DIA DIAMBIL TINDAKAN.


ZIWAIRI MD YUSOF

 Semoga meringkuk lama di dalam PENJARA dan di buang KERAKYATAN sekali.Dia tak layak di beri KEWARNEGARAAN MALAYSIA.Moga jadi pengajaran buat PEMPENGARUH PALATAO PN yg seperti dia.Nama pun memang bunyi INDONESIA takde bunyi MALAYSIA langsung dia tu.Tiada tempat buat dia di sini.






NOH....KAU BUAT LAGI PARODI HINA MAHKAMAH.

 

MMMS


Moga di kes ini di jadikan pengajaran, tak semua benda boleh troll dan nak jadi pempengaruh bukan sahaja kena ada ilmu, kena juga faham hal-hal setempat. Bak kata orang tua-tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.



RCI BATU PUTIH 8L IN WA



 Mungkin ada yang 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 baca berita ini. 𝗥𝗖𝗜 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗵 yang mana kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad menarik diri ketika proses 𝗿𝗮𝘆𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻.


Memang RCI ini takkan membantu kita mendapatkan semula pulau itu tapi apa yang penting 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂. Mengapa kita mengalah sebelum perlawanan tamat.


Kalau ia angkara seseorang, maka seseorang itu 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 kerana bermudah-mudah menjaga aset dan kepentingan negara. Kita cuma mahukan 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 dan 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KERAJAAN MADANI INILAH CUBA YANG TERBAIK SELAMATKAN MAHKAMAH SYARIAH


 

APA PAS BUAT KETIKA INI BERLAKU. JOM DENGAR



 

KALAU KERAJAAN PERPADUAN BERJAYA BAWA....JANGAN PULA NANTI CLAIM USAHA SENDIRI LEPAS HADI AWANG MINTA TANGGUH BERAPA LAMA DULU




 Akhirnya 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 telah mengesahkan akan membawa usul pindaan bagi 𝗥𝗮𝗻𝗴 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 355 (𝗥𝗨𝗨355) dalam persidangan parlimen tahun ini.


Tak perlu pun nak beretorik berlebihan ataupun ajak penyokong 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗿𝗯𝗼𝗸. Madani serius untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.


Satu yang kita kena ingat, Akta 355 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗻𝘁𝘂𝗵 berkenaan kesalahan jenayah ataupun peraturan. Tapi akta ini berkenaan 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 sahaja.


Pada masa ini, Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman maksimum 3 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮, 𝗥𝗠5,000 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮 dan 6 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 (356).


Pindaan ini nanti bakal membolehkan mahkamah itu untuk menjatuhkan 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁 lagi mengikut apa yang akan diputuskan kelak.


Tentang kesalahan-kesalahan syariah, ia masih lagi tertakluk dalam 𝗞𝗮𝗻𝘂𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 serta 𝗲𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 bagi kesalahan yang tidak terkandung dalam undang-undang persekutuan.


Pendapat aku, jika RUU ini berjaya dipinda, kelak pasti 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 dan 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 akan mengaku ini 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗣𝗔𝗦. Sebab mereka memang jenis 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗮𝗹𝘂.


Padahal mereka berada dalam kerajaan selama 33 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 tapi tiada sebarang usaha sedangkan Kerajaan Perpaduan Madani 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗶𝘁𝘂 dah mampu melakukannya.


Lebih penting, jika pindaan Akta 355 ini berjaya untuk diluluskan, maka terbuktilah 𝗗𝗔𝗣 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿 hal ehwal Islam seperti yang PAS selalu dakwa.


Maka terbukti juga yang PAS berdusta selama ini. DAP hanya menjadi 𝗸𝗮𝗺𝗯𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺 bagi menutup sifat hipokrasi PAS menipu penyokong mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DIA NI BERAPA KALI DAH DRRHAKA. INGAT BILA YDP AGONG MINTA BUKA PARLIMEN. HAAA.....DURHAKA.


Zuwiri Md Yusof




 Selepas teruk di kecam majoriti rakyat MALAYSIA PN PAS buat u turn dengan kenyataan terbaru di media sosial mereka konon kecam ugutan bunuh ke atas NIK ELIN.Baru sekarang nak kecam sebelum ni puak dia juga jadi ENABLER kepasda pelampau2 berkenaan.Hati2 semua dengan tipu daya PAS,BERSATU talam bermuka muka musang berbulu ayam.




YBM BERSIARAN KEMBALI MAC: ISHAM JALIL, LIM SIAN SEE, PUAD ZAKARSHI DLL




Malam ini, sepatutnya podcast Yang Bakar Menteri (YBM) ke udara (seperti siaran biasa malam Isnin setiap dua minggu). Tetapi saya di hospital untuk tempoh dua minggu lagi selepas menjalani pembedahan tulang belakang.


Oleh itu, Insya Allah YBM akan kembali bersiaran dalam bulan Mac 2024.


Terima kasih kepada yang menghantar mesej. Saya selalunya tidak berkongsi mengenai perkara yang saya kira peribadi, seperti masalah kesihatan. Tetapi saya juga tahu ada kawan-kawan yang bimbang. Lebih baik saya berkongsi sedikit sebanyak supaya dapat disampaikan kepada mereka yang ambil tahu.


Saya kena serangan jantung dalam bulan Oktober 2023. Saya tidak fikir ia disebabkan tekanan kerja dan seumpamanya, lebih kepada keadaan kolesterol saya yang memang tinggi sejak saya muda. Setelah berpuluh tahun hidup dengan kolesterol yang tinggi, sudah tentu ada saluran darah yang tersumbat.


Alhamdulillah, prosedur untuk membuka saluran darah di jantung yang tersumbat berjalan dengan baik. Terima kasih kepada pakar-pakar dan kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang menjaga saya dengan baik.


Di minggu ketiga Januari 2024 pula, saya kena COVID (buat kali pertama). Saya tidak pernah kena COVID sebelum itu. Akibat terlantar beberapa hari, tekanan ke atas tulang belakang menyebabkan berlaku slipped disc. 


Keadaannya memuncak selepas beberapa minggu sehinggakan saya tidak lagi boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Sakitnya memang ke langit. 


Diagnosis dari MRI menunjukkan tulang belakang saya mempunyai masalah stenosis, iaitu ada tekanan (compression) dari slipped disc (yang menekan saraf dari depan) dan dari ligamen yang memegang tulang belakang (yang menekan saraf dari belakang) sehingga ruang saraf mengecil dan ditekan berpanjangan.


Alhamdulillah, pembedahan untuk memotong sebahagian ligamen dan slipped disc (untuk membuka ruang kepada saraf) berjalan baik dan saya telah boleh berjalan semula. Terima kasih kepada pakar-pakar dan kakitangan Pusat Perubatan UPM yang merawat saya.


Insya Allah saya akan kembali semula ke pejabat dalam bulan Mac 2024 dan YBM akan ke udara semula.


Sebelum ini, ada watak-watak seperti Isham Jalil dan Lim Sian See yang menawarkan diri untuk bersemuka dengan saya dalam YBM. 


Saya tidak ada masalah sebenarnya. Dalam kerjaya saya, saya telah hadir dan bersemuka dalam pelbagai perdebatan, forum dan lain-lain. Malah saya pernah mencabar Dato’ Seri Najib Tun Razak berdebat pun sebelum PRU15 yang lepas.


Kini, watak-watak seperti Isham Jalil, Lim Sian See dan Puad Zakarshi menjadi ayam tambatan kepada pembangkang Perikatan Nasional (PN) kerana mereka sering menyerang saya (dan kerajaan), sedangkan mereka ini adalah penyokong kuat Dato’ Seri Najib Tun Razak (yang partinya adalah sebahagian dari Kerajaan Madani).


Watak-watak seperti inilah yang dilambung oleh aktivis maya PN, sedangkan tidak ada seorang pun pemimpin atau aktivis maya PN yang berani hadir bersemuka dengan saya dalam YBM.


Saya tahu watak-watak seperti ini mahu hadir kerana mereka membawa agenda tertentu. Mereka juga tahu saya terikat dengan tertib bersama dalam kerajaan, yang bermakna saya tidak bebas menyatakan sesuatu yang boleh menimbulkan kekeruhan dengan UMNO, iaitu salah satu parti yang menganggotai Kerajaan Madani.


Tetapi jika saya tidak bersuara mengenainya, yang lebih galak ialah pimpinan dan aktivis maya PN.


Oleh itu, saya terbuka untuk mereka hadir bersemuka di YBM selepas saya mendapat maklum balas dari YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi (Presiden Umno). Saya wajar menghormati pandangan mereka, demi menjaga keutuhan Kerajaan Madani.


Jika mereka tiada halangan, saya berbesar hati untuk mendedahkan wajah sebenar watak yang mengendalikan kempen propaganda yang mempertahankan 1MDB selama ini, yang berselindung di sebalik nama Lim Sian See. 


Begitu juga dengan Isham Jalil, hatta Puad Zakarshi pun. Saya pun berminat untuk mendengar idea-idea mereka untuk membantu negara mengemudi suasana ekonomi dunia yang mencabar sekarang ini.


Namun seperti tertib di dalam sesebuah organisasi, saya wajar mendapat maklum balas YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu. Insya Allah kita akan tahu menjelang Mac nanti.



PAS SUDAH KENDUR BILA SULTAN BERSUARA





Titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga selaku pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, (MKI) agar semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes enakmen syariah Kelantan (1), nampaknya memberi kesan dan disambut baik. 


Setiausaha Pas Takiyuddin Hassan yang sebelum ini menyifatkan peristiwa itu sebagai "Black Friday" dengan cuba mempertikaikan keputusan lapan hakim menolak enakmen berkenaan telah mengendur sedikit, apabila beliau dalam satu kenyataan berharap semua pihak dijemput dalam kepentingan bersama berkaitan Islam. 


"PAS berharap semua pihak berkepentingan yang juga bersifat rentas parti seharusnya dijemput untuk turut sama-sama memberi pandangan dan buah fikiran bagi memastikan hasrat mempertingkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah dapat direalisasikan," kenyataan Takiyuddin dikutip. 


Persoalannya bukan Pas tidak dijemput, tetapi parti itu degil dan keras kepala terus melawan atas kepentingan politik kerana ditanduki angan-angan untuk menebuk atap. Misalnya kalau Pas sedia menyertai kerajaan Perpaduan, semua masalah selesai. 


Bagaimana pun, baguslah begitu, kalau Takiyiddin tiba-tiba berubah rentak. Harapnya perubahan itu ikhlas bukan kerana takut dengan 3R atau terbayang apa yang menimpa rakannya di utara itu gara-gara lancang mulut mempersendkan Sultan. 


Dan jika sebelum ini pihak-pihak mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutan 9 Februari lalu berhubung penolakan Enakmen Syariah (1) Kelantan itu seakan degil, memprotes dan cuba mengeksploitasikan keputusan itu sebagai usaha menyekat pelaksanaan syariah di negara ini, kini ia sudah mengendur. 


Eloklah di masa-masa akan datang para Sultan dan Raja-Raja Melayu yang mempunyai kuasa mutlak ke atas bidang agama turut memberi pandangan dan nasihat ke arah menenangkan pomeik politik yang tidak berkesudahan.  


Orang politik tidak lagi mempunyai penghormatan di antara mereka kerana terjajah dengan naluri ingin berkuasa, sebaliknya pandangan dan nasihat Raja Raja dan Sultan masih diakur dan ditakuti. Trims.



SEMOGA RAFIZI RAMLI DIBERI KESEMBUHAN SEGERA

 



Berkesempatan ziarahi Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.


Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI

DOA BUAT SANUSI. NANTI MALAM KARAOKE

 

Betul ke (self proclaimed) ustaz tu sebenarnya 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗔𝗿𝗮𝗯? Aku pun tak reti tapi tak ada pulak aku kata asatizah lain bodoh dan jahil. Apa lagi nak hina orang yang pandai (𝘢𝘥𝘢 𝘗𝘩𝘋) sebagai 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗯𝗮𝗿 𝗿𝗼𝘁𝗶 𝗰𝗮𝗻𝗮𝗶.


Bagi seorang yang mengaku ustaz tak pandai nak bertutur dalam bahasa Arab ni, umpama jurutera yang tak faham bahasa Inggeris. Bukan tak boleh jadi jurutera, tapi dia akan 𝘴𝘵𝘳𝘶𝘨𝘨𝘭𝘦 𝘭𝘢 sebab rujukan semua dalam Bahasa Inggeris.


Jadi dia tak fasih Bahasa Arab. Maknanya segala hadits dan dalil yang dia sebut sebelum ni cuma hafal je la. Tapi berlakon macam hebat menafsir. Kalau tak faham Bahasa Arab, 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗶𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗳𝘀𝗶𝗿 𝗺𝗮𝗸𝘀𝘂𝗱 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘁𝘀.


Tapi yang kelakarnya, dia boleh nak hina orang lain yang fasih berbahasa Arab, pakar pula dalam ilmu hadits, ada PhD, boleh menilai hadits. Dia kutuk orang lain sebagai bodoh rupanya perkataan bodoh tu 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮 sekarang.


Pengajarannya di sini, 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶. Kalau diri sendiri pun tak hebat mana, tak usah 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗼𝗮𝗹 ilmu orang lain. Berbahaslah dalam keadaan sopan. Tak perlu 𝗵𝗶𝗻𝗮-𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 dan 𝗰𝗮𝗰𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗶. Awak tu kan asatizah. 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗹𝗮 𝗲𝗹𝗼𝗸. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


M.A.D.A.N.I vs K.A.R.T.E.L


 M.A.D.A.N.I vs K.A.R.T.E.L


1. Minyak masak.

Minyak masak zaman PN melambung tinggi. Kartel tekan kerajaan PN untuk naikkan harga sesuai harga pasaran dunia.


Bila naik Kerajaan Madani, Allahyarham DSSA siasat, Rupanya hanya 5% sahaja penggunaan minyak masak dalam negara banding dengan pengeluaran. 95% adalah di eksport.


DSSA tolak permintaan naik minyak sawit dan minta harga diturunkan.


Kerajaan Madani menang 1-0✅


2. Telur ayam. 

Sebelum PRU 15 telur ayam kerap hilang. Walhal Malaysia siap eksport telur lagi.


Bila menang sahaja, DSMS buat mesyuarat dan siasat kes telur. Kartel telur minta naik harga, walhal Kerajaan dah subsidi. Semua tunjuk keras kepala. Akhirnya kerajaan import masuk dari India. Ramai rakyat ketawakan.


Tapi kartel gerun. Telur tak boleh simpan lama, nanti busuk. Sejak tu telur mula masuk balik pasaran. Harga stabil, Kartel takut nak sorok lagi, tahu kerajaan dah ada Solusi, import masuk dari luar.


Kerajaan Madani menang 2-0✅


3. Dedak ayam

Antara punca harga ayam dan telur ayam mahal ialah soal dedak. 


Kerajaan PH Selangor mengorak langkah tanam jagung, tapi itu tak atasi masalah. Kerajaan Madani siasat isu ni dan akhirnya Suruhanjaya Persaingan MyCC denda hampir setengah billion (RM415.5 juta) kepada 5 syarikat ayam.


Kartel marah tapi takut.


Kerajaan Madani menang 3-0✅


4. Apung harga ayam

Setelah kes dedak diselesaikan, Kerajaan Madani dengan beraninya menarik subsidi ayam.


Maka harga ayam diapungkan ikut harga pasaran. Sebelum ini dari Februari 2022 sehingga subsidi ayam ditarik, kerajaan dah belanja RM3.8 billion. Selepas ini kerajaan akan jimat RM100 juta sebulan.


Walaupun harga diapungkan, harga ayam stabil.


Kerajaan Madani menang 4-0✅


5. Beras

Sara diri beras selama ini sekitar 62%.


Lebihnya Malaysia bergantung dari beras import terutamanya dari India. Akibat isu geopolitik dan cuaca, India hentikan eksport beras.  Beras import mendadak naik harga.


Ini menyebabkan panik di Malaysia dan beras tempatan yang sebelum ini kurang dipandang rakyat Malaysia menjadi rebutan.


Usaha kerajaan meningkatkan hasil padi sedang berjalan, tapi seperti kita faham ia bukan boleh dapat dengan segera. Belum kira lagi soal banjir, kemarau,ribut dan serangan perosak.


Kartel dilihat cuba sailang usaha kerajaan untuk cukupkan beras. Beras tempatan hilang berbulan-bulan.


Kerajaan menetapkan harga padi pada pada RM1200 per tan. Kerajaan beri subsidi RM500 per tan, menjadikan jumlah petani dapat ialah RM1700 per tan.


Bernas beli pada kadar RM1350 per tan.


Tapi kilang beras beli sehingga RM1750. Ini menimbulkan persoalan mengapa pihak kilang sanggup beli mahal berbanding harga lantai RM1200 yang ditetapkan kerajaan?


Namun beras tempatan masih hilang dalam pasaran dan muncul isu seperti campur beras dan label beras import pada beras tempatan.


Beras import dijual pada harga RM35-RM40 untuk 10kg, berbanding RM27 untuk beras tempatan.


Maksudnya dengan penipuan ini, pengilang boleh untung kerana mereka mencampurkan beras import dan tempatan.


Disebabkan tiada kaedah tuntas untuk kenal pasti beras import dan tempatan yang dicampurkan, serta rangkaian kartel yang besar,


Maka kerajaan dijangka akan perkenalkan Beras Madani pada harga RM30 sahaja untuk 10kg.


Tiada lagi beras putih import dan tempatan, sebaliknya hanya satu sahaja jenis iaitu beras Madani pada harga tetap RM30.


Beras Madani Insya-Allah akan dimuktamadkan esok oleh PMX, jika ini berlaku maka..


Kerajaan Madani menang 5-0✅


Kerajaan Madani berani mengambil risiko untuk membetulkan keadaan. Bagi PMX tiada apa yang rugi dipihak beliau. 


Saya seru untuk rakyat Malaysia untuk terus menyokong kerajaan Madani ini. Bersama kita lawan kartel yang selama ini mengawal ahli politik,  kerajaan dan mempermainkan rakyat Malaysia. 


Sila kongsi untuk sebaran umum.


Muhammad Fairul Al Qasas Jengka


#KPPeneranganPKRKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani



LOGIK REGA BERAS ......



LaJoIr


 Kapitalis besar dan kapitalis kecil berada di keliling kita. Merekalah yg menghasut tentang bil elektrik, tentang ringgit, tentang cukai, tentang pencen explotasi pasaran saham, semua ini dilakukan utk kepentingan peribadi mereka.


Dlm soal ini org Melayu ayuh bersama2 kerajaan kita lawan korupsi, Ia bukan soal politik tapi ia soal kepentingan rakyat, Jgn biarkan rakyat jadi benteng pembela kpd cartel, kapitalis dan politikus yg hanya mengkayakan diri mereka dan keluarga.