POLEMIK UNDANG UNDANG SYARIAH DAN PINDAAN AKTA 355.



ché Ibrahim


Ambo setuju Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) yang memberi kuasa hukuman kepada Mahkamah Syariah dengan denda tidak melebihi rm5000, penjara tidak melebihi 3 tahun dan sebat tidak melebihi 6 kali atau gabungan kepada hukuman hukuman tersebut dipinda segera. 


Setelah 40 tahun, Kadar hukuman denda dalam Akta 355 memang patut dikaji semula kerana nilai ringgit itu sendiri telah banyak berubah. Sekitar 1990, gaji permulaan penjawat awam lepasan U tak sampai rm1000, sekarang dah mencecah rm2500, maskahwin sekitar tahun 80-90 an ialah rm5000, sekarang rm5000 dilihat terlalu kecil.


Oleh itu jumlah hukuman di Mahkamah Syariah juga perlu dinaikkan, kalau dulu denda perkahwinan poligami tanpa kebenaran ialah rm1000, sekarang rm10,000 pun dianggap rendah. denda cerai luar mahkamah perlu dinaikkan dari rm1000 kepada rm5000.


Denda kesalahan takfir @ mengkafirkan orang Islam perlu dinaikkan dari rm5000 kepada rm 50,000 selain penjara mandatori an sebat 20 Kali di khalayak ramai kerana kesalahan ini amat berleluasa sekarang. Selain itu perbuatan suka memunafiqkan orang lain, menuduh orang Islam sebagai liberal, kominis, fasiq dll hendaklah dimasukkan sebagai kesalahan dalam ekjs (I) 2019. Bahkan barangkali sudah sampai masanya perbuatan maki hamun, suka menyumpah disenaraikan sebagai Perkataaan Tidak Sopan dalam ekjs(I) 2019 yang boleh didenda minima rm5000.


Apa pun saya nak sebut, polemik undang undang syariah hari ini sehingga melanggar batas kuasa Negeri - Persekutuan tidak ada kaitan dengan Akta 355 atau wujudnya kelompangan dalam Perlembagaan. Ianya berpunca dari kegagalan Jkuasa Penggubal memahami batas kuasa dan kompetensi yang sedia ada pada Dun, selain tidak akur kepada mekanisma penggubalan yang sedia ada. 


Sabit tu ada satu komen dari seorang pembesar negeri bila ditanya tentang polemik ini..... "Ana tak tahu, kita nak tanya pengerusi Jkuasa Penggubal pun, dia dah mati.... "


Contoh paling ketara ialah Kesalahan Liwat, Seksyen 14, ekjs (I) 2019.


Mahkamah Persekutuan pada 25 Feb 2021 telah membenarkan Seksyen 28, Enakmen Jenayah Syariah 1995 Selangor berkaitan kesalahan liwat dicabar, tetapi pada 1 Nov 2021 Kerajaan Kelantan mewartakan ekjs (I) 2019 yang turut mengandungi kesalahan liwat... Nak apa sebenarnya????



No comments: