MANA NAK CERDIK , SEJAK AZALI GITU DAH.

 


Bila la agaknya Wan Ahmad Fayhsal ni boleh jadi bijak ya? Asyik tembak kaki sendiri je. Dengan netizen pun dah kena, apa lagi dengan MP Kerajaan.


Bila ada yang komen kata nak tukar MP Machang, laju dia ungkit majoriti undi dia. Lepas tu paling kelakar dia suruh tunggu empat tahun lagi pulak.


Nak nak tukar dia, boleh suruh tunggu lagi 4 tahun tapi tang dia nak tukar kerajaan, tak boleh nak tunggu pula ya? Terkedu member kena. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KES COVID


 

DUN SENTOSA BANTU WARIS YANG MENINGGAL.

 

Salam Sejahtera,



Mohon Panjangkan Berita ini Kepada Semua Kenalan Anda Yang Memerlukan. Sesiapa Ahli Keluarga Yang Meninggal Pada Tahun 2023 Boleh Memuntut Wang Tunai RM 1000 Dari Bank Simpanan Nasional (BSN)


Sila Bawa Sijil Kematian Dan Kad Pengenalan Waris Yang Sah. Terima Kasih 🙏🏾🛐


#YBGG

#PKMDUNSentosaN48

#Tekad4DUNSentosa

#SentosaCaresForYou

#SelangorMajuBersama



#MalaysiaMadani




REFORMIS DIBANTU














 Alhamdulillah, hari ini saya telah meminta Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Fauzi untuk menyantuni 150 orang penerima bantuan Program Madani Kasih di Kelab Tasik Putrajaya. 


Kesemua penerima merupakan pendukung asal reformasi yang kini sudah lanjut usia dan mempunyai masalah kesihatan. 


Saya berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



𝗣𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗨𝗛𝗢𝗡𝗚



PENDAPAT PENULIS .


TAPI BAGI AKU JAGA PERGERAKAN TERUTAMA KAWASAN SESAK.GUNAKAN MASK



Memg fitnah Dajjei sungguh. Ramai dah tergolek masih tak sedaq diri lagi? Cocoklah lagi sampai abg Jamil mamposs..!!


Pakat kena muhong. Mana mungkin badSIN lama boleh berkesan ke atas varian baru ditemui. Muhong 𝗣𝗢𝗞 - 𝗣𝗿𝗼𝗯𝗲𝗸 𝗢𝘁𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗺𝗲𝘁𝗼𝘁 terutama walaun & untit bodo boleh la.


12,767 simptom ringan dan tak perlu masuk hospital? Tapi nanti perlu cocok badSIN jugak? 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗞𝗢𝗥 🤣🤣🤣


Nampak sangat nak perabih badSIN. Ada dlm perjanjian dgn BigPharma yg dirahsiakan tak? Kalau dah rahsia sapa nak percaya kalau nafi pun.


Wallahualam.


- Zus Din 

14122023


**********

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/12/14/covid-19-kkm-mungkin-keluar-arahan-ambil-dos-penggalak-tak-lama-lagi/


Covid-19: KKM mungkin keluar arahan ambil dos penggalak tak lama lagi


Pengambilan dos penggalak baharu digalakkan terutamanya bagi golongan rentan.


Elill Easwaran - 14 Dec 2023


Dzulkefly Ahmad berkata, kadar pengambilan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 ialah 54%, manakala kadar bagi dos ketiga ‘agak rendah’.


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mungkin mengeluarkan arahan baharu untuk pengambilan dos penggalak Covid-19 tidak lama lagi, terutama bagi mereka yang lebih rentan terhadap komplikasi jangkitan virus itu.


Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, kadar pengambilan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 ialah 54%, manakala kadar untuk dos ketiga “agak rendah”.


“Mungkin sedikit waktu lagi KKM akan keluar arahan untuk (ambil) dos penggalak, terutama mereka daripada kumpulan rentan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KKM pagi ini.


Ads by Kiosked

Dilaporkan semalam jumlah kes Covid-19 meningkat 88% kepada 12,757 minggu lepas, berbanding 6,796 pada minggu sebelumnya.


Dzulkefly juga berkata, stok vaksin mencukupi dan belum tamat tempoh.


“Vaksin yang kita ada masih boleh melindungi orang ramai daripada sebarang varian baharu Covid-19 di luar sana.”


Beliau menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka di kawasan sesak dan mengamalkan kuarantin kendiri selama lima hari jika didapati positif Covid-19, terutamanya menjelang musim perayaan.


Dalam kemas kini Covid-19 semalam, Ketua Pengarah kesihatan Dr Radzi Abu Hassan berkata, majoriti daripada 12,757 kes yang dilaporkan sepanjang minggu lepas menunjukkan simptom ringan dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.


Katanya, walaupun jumlah kes meningkat mendadak, ini sejajar dengan trend global pada akhir tahun. Keadaan di Malaysia terkawal dengan kemudahan penjagaan kesihatan beroperasi dalam kemampuan mereka, tambahnya.


Radzi juga berkata, KKM menjangkakan peningkatan kes Covid-19 selepas sambutan Krismas dan Tahun Baharu, selain disebabkan cuti sekolah yang bermula pada Sabtu.



KIAMAT



Ada golongan yang tidak mahu membeli rumah dengan alasan kiamat sudah dekat. 


Mereka malas bekerja dan berusaha hanya sekadar cukup makan dan asyik termenung sahaja. 


Ramai terkesan dengan ceramah ostat-ostat yang menakutkan tentang keramat sudah hampir. 


Semenjak zaman-berzaman manusia sudah 'speculate' tarikh kiamat. 


Pada tahun 66 hingga 70 CE (2000 tahun dahulu) bani yahudi essene sudah bersiap sedia dengan kedatangan messiah dan kiamat tetapi akhirnya mereka dikalahkan oleh pihak Roman. 


Pada zaman moden ada manusia yang percaya pada prediction Harold Camping dan pengikut taksubnya bahawa dunia kiamat pada 1994 kemudian diubah pada 2011 pula. 


Prediction  Nostradamus mengatakan bahawa dunia akan hancur pada tahun 1999. 


Nazim Al-Haqqani pernah mengatakan bahawa dunia tidak boleh bertahan lebih dari tahun 2000. 


Nation of Islam percaya kiamat pada 2001. 


Aum Shinrikyo yang menggunakan gas sarin dalam Tokyo subway percaya dunia berakhir pada 2003. 


Kalendar Mayan meramalkan kiamat pada 2012. 


Rasputin pada tahun 1916 mengatakan dunia berakhir pada 2013. 


Ingat tak tahun lepas, sekumpulan tariqah jemaah Malaysia terkandas di Saudi Arabia kerana menunggu ketibaan Al Mahdi pada hari Arafah? Kerajaan Malaysia terpaksa menyelamatkan mereka. 


Banyak lagi manusia membuat ramalan bahawa dunia akan kiamat pada tahun 2129, 2239 dan 2280 (Rashad Khalifa). 


Nampak tak berapa juta manusia tertipu dengan tok guru dan agamawan mereka menunggu tarikh kiamat yang tak muncul tiba semenjak 2000 tahun dahulu?


Tentunya mereka telah meninggalkan kehidupan harian, menjual semua harta benda menunggu kiamat dan berkemungkinan menyusahkan ramai kaum kerabat mereka. 


Hakikatnya, dari zaman rasulullah lagi tanda-tanda kiamat kecil telah muncul satu persatu. 


Sehingga kini tanda-tanda kiamat besar seperti turunnya Nabi Isa As untuk membunuh dajal masih belum berlaku. 


Lagi pun sehingga kini orang islam masih lagi mengingati Allah. 


Dari Anas berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi hingga di bumi tidak ada yang mengucapkan: Allah, Allah." (HR.TIRMIDZI).


Oleh itu jangan lah terlalu taksub dan ketakutan akan ceramah-ceramah para ostat doomsday freakers kerana berkemungkinan besar anda akan berhadapan kiamat kecil (mati) dahulu sebelum tanda kiamat besar muncul. 


Pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhluk pun yang mengetahui waktu sebenar berlakunya Kiamat. 


Kita hanya perlu beringat bahawa mati itu dekat dan sentiasa istiqama untuk beramal salih disamping menjalankan kehidupan harian di dunia yang fana ini. InsyaAllah akan dirahmati Allah. 


Begitu juga ramalan spekulatif tebuk atap oleh tok guru yang tarikhnya berubah dari sebulan ke sebulan untuk memberi harapan pada walaun.


Sama sahaja mereka ditipu tok guru seperti tok guru doomsday freakers ini. 


Ostat yang beria menakutkan jemaah dan menyuruh tinggalkan dunia pun memiliki beberapa biji rumah dan vellfire. 


Wallahua’lam. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

FB: Zainuddin Omar



SEMUA RAKYAT MALAYSIA. INILAH CONTOH KEZALIMAN BERLAKU. PARTI YANG MENGAKU ISLAM BERBUAT ZALIM TERHADAP PENGASAS PENCETAK AKHBAR YANG MENGAKU PARTI MEREKA ISLAM. HUTANG BUKAN SIKIT. SAMPAI ORANG TU NAK BAYAR RAWATAN PUN TAK MAMPU.

 

KALAU hutang pun tak mau bayar (lambat bayar?) apalah sangat sembang mau jaga bangsa dan agama?

Paling tidak contohilah seorang tuan ustaz minta sumbangan untuk baiki kereta.

Unnn tak nak pakat2 menyumbang ke?


MASA ADA KUASA , MERABAN JA CAKAP

 

Nazril Iznil


Hakikatnya, inilah perangai Lebai apabila berada di tampuk kuasa 🫢🫢🤦🤦



UNTUK ELAK ISU BUKAN MELAYU BOLEH JADI PM TERUS DITIMBULKAN, UMNO PERLU DIKUATKAN SEMULA


Ramai orang Melayu tiba-tiba melompat, malah ada yang sentap, lalu membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dibuat veteran DAP, Lim Kit Siang berkaitan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri.

Membaca tajuk semata-mata atau tidak membawa secara keseluruhan apa yang diperkatakan Kit Siang itu, tidak dinafikan ia memang mudah menyentap “jiwa melayu” sebahagian besar orang-orang Melayu di negara ini.

Bagi sebahagian besar orang Melayu, oleh kerana Malaysia ini asalnya ialah Tanah Melayu, maka jawatan Perdana Menteri itu mesti selamanya dipegang oleh orang Melayu.

Tetapi tidak begitu sebenarnya.

Pertama, ini kerana kebolehmungkinan orang bukan Melayu menjadi adalah sesuatu yang dibenarkan dan tertulis dalam Perlembagaan Negara.

Untuk menjadi Perdana Menteri, ia tidak disebut wajib orang Melayu, sebaliknya syarat wajibnya ialah mesti daripada kalangan Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.

Yang kedua, dalam kenyataan Kit Siang itu, beliau sebetulnya sebutkan juga bahawa hakikat orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri adalah satu “kenyataan fakta” dan bukan satu “kenyataan realiti”. 

Ini bermakna, meskipun Kit Siang menyatakan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri berdasarkan fakta dalam Perlembagaan Negara, beliau dalam masa yang sama sedar realitinya jawatan itu adalah milik orang Melayu berdasarkan kedudukan Melayu sebagai majoriti di negara ini.

Dengan itu, kenapa mesti ada yang sentap dan buat laporan polis terhadap Kit Siang?

Kenapa tiada pula yang nak buat laporan polis terhadap Perlembagaan Negara?

Begitu pun, oleh kerana perkara itu sudah tertulis begitu dalam Perlembagaan Negara, isu bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri ini pasti akan terus berkumandang dan dikumandangkan daripada semasa ke semasa selepas ini.

Ia tidak akan terhenti dan tidak boleh dihentikan sebagaimana mudahnya mematikan enjin kereta.

Dalam konteks kerajaan perpaduan yang memerintah negara ketika ini, kerjasama antara parti-parti yang ada sekarang adalah konsep terbaik untuk menyerlahkan wajah Malaysia yang sebenar.

Semua kaum yang mewakili parti-parti tertentu mempunyai peranan masing-masing dalam kerajaan.

Jika konsep ini berjaya diberi kefahaman yang lebih mendalam kepada rakyat, tidak mustahil kerajaan perpaduan ini kek memerintah negara ini untuk beberapa PRU akan datang lagi.

PN pula bukanlah gabungan yang sesuai untuk negara ini kerana mereka terlalu ekstrem dalam memperjuangkan politik Melayu dan Islam, selain tidak disokong sewajarnya oleh kelompok bukan Melayu.

Cuma, untuk mengelakkan agar isu bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri dapat disenyapkan, adalah penting untuk memastikan UMNO memenangi lebih banyak lagi kerusi bermula pada PRU16 akan datang.

Sekarang UMNO hanya ada 26 kerusi Parlimen dan jika angka itu boleh ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 40 kerusi dalam PRU16 dan PRU-PRU seterusnya, ancaman siapa harus menduduki kerusi Perdana Menteri dengan sendirinya tidak berbangkit lagi.

Selain UMNO perlu memperkuatkan dirinya secara dalaman untuk memenangi lebih banyak kerusi itu, PH yang terangkum di dalamnya PKR, DAP dan Amanah yang terhutang budi atas kesediaan UMNO memungkinkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri , mesti juga sama-sama memainkan peranan itu demi kestabilan serta keamanan masa depan negara yang lebih berpanjangan.

Berkurang kerusi UMNO, bukan saja menyebabkan jawatan Perdana Menteri mudah dijadikan isu, malah kesan langsungnya ialah kedudukan orang Melayu sebagai kaum teras negara ini juga akan sentiasa diperkotak-katikkan. – ShahbudinHusin 14/12/2023.




Jabatan Peguam Negara pinda hak kerakyatan anak lahir luar negara



 Oleh: Helmi Mohd Foad


Jabatan Peguam Negara sedang merangka draf cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan wanita tempatan di luar negara hasil perkahwinan bersama lelaki warga asing di luar negara, kata Menteri Dalam Negeri.


Beliau memberitahu pindaan itu melibatkan Perkara 14(1)(b) bagi memasukkan perkataan ibu dengan tujuan membolehkan kewarganegaraan anak diperoleh secara perundangan.


"Pada asalnya (pindaan) adalah untuk memasukkan satu perkataan iaitu ibu namun atas nasihat Majlis Raja-Raja bahawa harus ada elemen kawalan kerana apabila kita menerima seseorang anak itu menjadi warganegara melalui pindaan ini, anak itu juga ialah warganegara mengikut kewarganegaraan bapa dan ibunya, bagaimanapun Perlembagaan tidak mengiktiraf dua kewarganegaraan.


"Jadi, apa kita buat adalah dengan meminda fasal berkaitan termasuk memasukkan satu lagi pindaan yang juga sedang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara dengan mencadangkan pada umur 18 tahun anak itu boleh memilih satu kewarganegaraan.


"Kenapa 18? Untuk kita konsistenkan dengan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Umur Dewasa 1971,” kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang di Dewan Negara hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Zurainah Musa mengenai butiran kesemua cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan yang telah dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.


Saifuddin berkata, sejajar dengan nasihat Majlis Raja-Raja, pemakaian undang-undang itu bersifat ke hadapan dan bukan retrospektif.


"Pindaan ini juga terdapat cadangan supaya pemakaiannya adalah bagi satu generasi ertinya mengambil contoh kes Suriani Kempe, anaknya mengikut kuat kuasa undang-undang ialah warganegara secara automatik tetapi cucunya kelak perlu membuat permohonan kewarganegaraan," katanya.


Pada 14 Disember 2022, Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh warganegara Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan.


Terdahulu pada 5 Ogos tahun sama, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.


Pada 9 September 2021, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu dan bapa warganegara Malaysia secara automatik berhak mendapat kerakyatan Malaysia.

Pelantikan Ketua Pengarah J-KOM baharu dibincang hari ini



Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan bertemu dengan pihak pengurusan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) hari ini antara lain bagi membincangkan mengenai pelantikan Ketua Pengarah baharu agensi itu secepat mungkin.


Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut sama ada agensi berkenaan sudah ada pengganti Ketua Pengarah baharu yang dipilih ketika di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau tidak memandangkan J-KOM baru sahaja dipindahkan ke Kementerian Komunikasi berkuat kuasa semalam.


"Sebelum ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pernah sebut ada pengganti telah dikenal pasti, namun dari segi pentadbirannya sama ada telah berkuatkuasa atau belum itu akan dipastikan dalam perjumpaan hari ini.


"Tiada tarikh akhir tapi pelantikan ini (Ketua Pengarah J-KOM) akan dibuat sesegera mungkin kerana ia penting, berikan saya sedikit masa," katanya.


Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian ‘Transcending Disinformation: Towards Responsible Media Consumption’ anjuran Institut Pembangunan Penyiaran Asia Pasifik (AIBD) di Kuala Lumpur hari ini.


Ditanya sama ada pelantikan Ketua Pengarah J-KOM baharu dibuat dalam kalangan penjawat awam atau lantikan luar, Fahmi berkata beliau belum mengetahuinya dan perkara itu akan dibincangkan sewaktu perjumpaan tersebut.


Pada 15 November lalu, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri hanya sembilan bulan selepas dilantik menerajui agensi itu pada 2 Februari.


Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan rang undang-undang bagi penubuhan Majlis Media Malaysia dijangka digubal pada tahun hadapan antara lain bakal menyentuh isu berkaitan hasil pengiklanan kepada organisasi media.