Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB)

 








Pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) yang turut dihadiri ahli-ahli yang lain iaitu YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda dan Tan Sri Haji Amrin Buang. 


Saya tekankan supaya entiti di bawah YPB iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) perlu memastikan mandat yang diamanahkan kerajaan dilaksanakan dengan cekap dan mengikut tatakelola yang terbaik. 


Fokus dan koordinasi antara agensi berkaitan pembangunan bumiputera juga perlu diperkukuh. 


Di bawah Belanjawan 2024, saya telah umumkan bahawa institusi pelaburan Bumiputera akan dipusatkan di bawah YPB. Antara lain, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) akan diletakkan di bawah naungan YPB.


Sehubungan itu, bagi memastikan peralihan ini dapat dilaksanakan dengan segera, saya turut mempengerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan YPB.


#MalaysiaMADANI


No comments: