𝗣𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗨𝗛𝗢𝗡𝗚



PENDAPAT PENULIS .


TAPI BAGI AKU JAGA PERGERAKAN TERUTAMA KAWASAN SESAK.GUNAKAN MASK



Memg fitnah Dajjei sungguh. Ramai dah tergolek masih tak sedaq diri lagi? Cocoklah lagi sampai abg Jamil mamposs..!!


Pakat kena muhong. Mana mungkin badSIN lama boleh berkesan ke atas varian baru ditemui. Muhong 𝗣𝗢𝗞 - 𝗣𝗿𝗼𝗯𝗲𝗸 𝗢𝘁𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗺𝗲𝘁𝗼𝘁 terutama walaun & untit bodo boleh la.


12,767 simptom ringan dan tak perlu masuk hospital? Tapi nanti perlu cocok badSIN jugak? 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗞𝗢𝗥 🤣🤣🤣


Nampak sangat nak perabih badSIN. Ada dlm perjanjian dgn BigPharma yg dirahsiakan tak? Kalau dah rahsia sapa nak percaya kalau nafi pun.


Wallahualam.


- Zus Din 

14122023


**********

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/12/14/covid-19-kkm-mungkin-keluar-arahan-ambil-dos-penggalak-tak-lama-lagi/


Covid-19: KKM mungkin keluar arahan ambil dos penggalak tak lama lagi


Pengambilan dos penggalak baharu digalakkan terutamanya bagi golongan rentan.


Elill Easwaran - 14 Dec 2023


Dzulkefly Ahmad berkata, kadar pengambilan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 ialah 54%, manakala kadar bagi dos ketiga ‘agak rendah’.


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mungkin mengeluarkan arahan baharu untuk pengambilan dos penggalak Covid-19 tidak lama lagi, terutama bagi mereka yang lebih rentan terhadap komplikasi jangkitan virus itu.


Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, kadar pengambilan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 ialah 54%, manakala kadar untuk dos ketiga “agak rendah”.


“Mungkin sedikit waktu lagi KKM akan keluar arahan untuk (ambil) dos penggalak, terutama mereka daripada kumpulan rentan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KKM pagi ini.


Ads by Kiosked

Dilaporkan semalam jumlah kes Covid-19 meningkat 88% kepada 12,757 minggu lepas, berbanding 6,796 pada minggu sebelumnya.


Dzulkefly juga berkata, stok vaksin mencukupi dan belum tamat tempoh.


“Vaksin yang kita ada masih boleh melindungi orang ramai daripada sebarang varian baharu Covid-19 di luar sana.”


Beliau menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka di kawasan sesak dan mengamalkan kuarantin kendiri selama lima hari jika didapati positif Covid-19, terutamanya menjelang musim perayaan.


Dalam kemas kini Covid-19 semalam, Ketua Pengarah kesihatan Dr Radzi Abu Hassan berkata, majoriti daripada 12,757 kes yang dilaporkan sepanjang minggu lepas menunjukkan simptom ringan dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.


Katanya, walaupun jumlah kes meningkat mendadak, ini sejajar dengan trend global pada akhir tahun. Keadaan di Malaysia terkawal dengan kemudahan penjagaan kesihatan beroperasi dalam kemampuan mereka, tambahnya.


Radzi juga berkata, KKM menjangkakan peningkatan kes Covid-19 selepas sambutan Krismas dan Tahun Baharu, selain disebabkan cuti sekolah yang bermula pada Sabtu.



No comments: