Ada golongan yang tidak mahu membeli rumah dengan alasan kiamat sudah dekat.
Mereka malas bekerja dan berusaha hanya sekadar cukup makan dan asyik termenung sahaja.
Ramai terkesan dengan ceramah ostat-ostat yang menakutkan tentang keramat sudah hampir.
Semenjak zaman-berzaman manusia sudah 'speculate' tarikh kiamat.
Pada tahun 66 hingga 70 CE (2000 tahun dahulu) bani yahudi essene sudah bersiap sedia dengan kedatangan messiah dan kiamat tetapi akhirnya mereka dikalahkan oleh pihak Roman.
Pada zaman moden ada manusia yang percaya pada prediction Harold Camping dan pengikut taksubnya bahawa dunia kiamat pada 1994 kemudian diubah pada 2011 pula.
Prediction Nostradamus mengatakan bahawa dunia akan hancur pada tahun 1999.
Nazim Al-Haqqani pernah mengatakan bahawa dunia tidak boleh bertahan lebih dari tahun 2000.
Nation of Islam percaya kiamat pada 2001.
Aum Shinrikyo yang menggunakan gas sarin dalam Tokyo subway percaya dunia berakhir pada 2003.
Kalendar Mayan meramalkan kiamat pada 2012.
Rasputin pada tahun 1916 mengatakan dunia berakhir pada 2013.
Ingat tak tahun lepas, sekumpulan tariqah jemaah Malaysia terkandas di Saudi Arabia kerana menunggu ketibaan Al Mahdi pada hari Arafah? Kerajaan Malaysia terpaksa menyelamatkan mereka.
Banyak lagi manusia membuat ramalan bahawa dunia akan kiamat pada tahun 2129, 2239 dan 2280 (Rashad Khalifa).
Nampak tak berapa juta manusia tertipu dengan tok guru dan agamawan mereka menunggu tarikh kiamat yang tak muncul tiba semenjak 2000 tahun dahulu?
Tentunya mereka telah meninggalkan kehidupan harian, menjual semua harta benda menunggu kiamat dan berkemungkinan menyusahkan ramai kaum kerabat mereka.
Hakikatnya, dari zaman rasulullah lagi tanda-tanda kiamat kecil telah muncul satu persatu.
Sehingga kini tanda-tanda kiamat besar seperti turunnya Nabi Isa As untuk membunuh dajal masih belum berlaku.
Lagi pun sehingga kini orang islam masih lagi mengingati Allah.
Dari Anas berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi hingga di bumi tidak ada yang mengucapkan: Allah, Allah." (HR.TIRMIDZI).
Oleh itu jangan lah terlalu taksub dan ketakutan akan ceramah-ceramah para ostat doomsday freakers kerana berkemungkinan besar anda akan berhadapan kiamat kecil (mati) dahulu sebelum tanda kiamat besar muncul.
Pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhluk pun yang mengetahui waktu sebenar berlakunya Kiamat.
Kita hanya perlu beringat bahawa mati itu dekat dan sentiasa istiqama untuk beramal salih disamping menjalankan kehidupan harian di dunia yang fana ini. InsyaAllah akan dirahmati Allah.
Begitu juga ramalan spekulatif tebuk atap oleh tok guru yang tarikhnya berubah dari sebulan ke sebulan untuk memberi harapan pada walaun.
Sama sahaja mereka ditipu tok guru seperti tok guru doomsday freakers ini.
Ostat yang beria menakutkan jemaah dan menyuruh tinggalkan dunia pun memiliki beberapa biji rumah dan vellfire.
Wallahua’lam.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar