TIADA BULAN MADU BAGI KABINET BARU











 Pagi tadi saya mengalu-alukan kebersamaan Ahli-ahli Jemaah Menteri yang baharu iaitu Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Ghani, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim pada Mesyuarat Pertama Kabinet Baharu Jemaah Menteri. 


Dalam mesyuarat ini saya tekankan tentang bidang tugas baharu setiap kementerian masing-masing. Mesyuarat juga mengutus penghargaan buat mantan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar sumbangan yang telah diberikan. 


Saya turut titip pesan agar tumpuan dan keutamaan kini mesti lebih terarah dan pantas dalam usaha menterjemah cita dan nurani rakyat. 


Tiada tempoh berbulan madu buat mana-mana anggota Kabinet, sebaliknya saya tuntut hasil untuk Kerajaan ini segera menyelesaikan masalah rakyat, menoktahkan kemiskinan tegar, menguasai bidang-bidang penting, memacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin kemakmuran negara.


#MalaysiaMADANI