DIA TERSENGIH JA. BAHAGIAN DIA PUN DIA KALAH....


 

PAS NAK GABUNG DENGAN MIC DAN MCA- CINA MCA NI MUSLIM KA...

Benarkah Muhyiddin Keluarkan Kenyataan Itu? PMX Patut Mohon Maaf?

Kereta Ustaz, Mewah! Ambil Komisen Atas Sedekah Orang Ramai?! Mufti Pena...

NETIZEN KECAM KERAS USTAZ ABDULLAH KHAIRI!? TIPU INFAQ TAHFIZ NAK BELI K...

USTAZ AZHAR SINDIR INFAQ TAHFIZ!? U.ABDULLAH KHAIRI MARAH BESAR!?SELAMA ...

SANUSI BERGEGAR KETAKUTAN DIPENJARA?

PMX BALIK PERMATANG PAUH ? MENGEJUT MP PAS ?

BALUN KOW-KOW - KAT LUAR HEBAT SANGAT | Level mana Hamzah letak sebelah ...

Gelaran ‘lembu betina’: Apa kata MP, Adun Muslimat Pas?



Oleh AHMAD FANSURI MOHD NASIR

Pas menyamakan wanita yang menjadi pemimpin seperti ‘lembu’.

Kenyataan biadab Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran, Muhammad Salman Al Farisi yang menyamakan wanita sebagai ‘lembu’ kerana menjadi pemimpin adalah satu penghinaan kepada golongan wanita di negara ini.

“Kita kalau boleh kehidupan kita ini jangan mengikut sifir lembu, di mana kita melantik betina sebagai ketua. Sepatutnya lelakilah kena diangkat sebagai ketua,” kata Salman.

Salman Al Farisi

Mari kita lihat senarai ‘lembu-lembu’ menurut logik Pemuda Pas Maran:

Ahli Parlimen Pas:


  1. Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang)
  2. Mumtaz Md. Nawi (Tumpat)
  3. Siti Mastura Mohamad (Kepala Batas)
  4. Salamiah Mohd Nor (Temerloh)
  5. Dr. Halimah Ali (Kapar)

ADUN Pas:

  1. Zuraida Md Noor (Ladang, Terengganu)
  2. Rohani Ibrahim (Tanjong Mas, Kelantan)
  3. Wan Badariah Wan Saad (Mata Ayer, Perlis)
  4. Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas, Kedah)
  5. Najihatussalehah Ahmad (Bota, Perak)

Nampaknya, cara politik Pas tidak berubah semenjak dulu. Golongan wanita dilembu-lembu oleh mereka.

Golongan wanita di Pahang yang berhajat nak mengundi Pas dalam PRU akan datang masih memekakkan telinga dan membutakan mata?

Sudahlah digelar betina, diberi juga gelaran lembu. MasyaAllah!

Pandangan parti

Namun, Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Mas Ermieyati Samsudin menegaskan kenyataan Salman Al Farisi, yang menyamakan wanita dalam kepimpinan dengan “lembu betina” dalam kawanan ternakan, merupakan pandangan peribadi dan tidak mencerminkan pendirian rasmi parti Pas.

Kalau seorang lelaki Pas boleh samakan wanita sebagai “lembu betina”, dan pimpinan seperti Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong kenyataan itu secara terbuka, ia sudah bukan lagi “pandangan peribadi”, ia adalah pandangan parti.

Sebagai Ketua Wanita PN, beliau sepatutnya membidas kenyataan pemuda Pas Maran bukannya berkata ia pandangan peribadi.

Kalau pemimpin wanita sendiri tidak berani lawan penghinaan, siapa lagi yang tinggal untuk membela maruah wanita Malaysia?






Pertelingkahan MIC-DAP khianati usaha PMX

 



OLEH K NOVINTHEN


Saya terpanggil untuk bersuara berikutan pertikaman lidah antara beberapa pemimpin masyarakat India DAP dan MIC khususnya dari negeri Perak yang kini menjadi tontonan awam.

Pada ketika negara sedang melalui fasa pemulihan ekonomi dan sosial pasca pandemik, kita menyaksikan dua parti dalam gabungan kerajaan sendiri yang lebih ghairah mengeluarkan kenyataan media daripada menggulung lengan dan bekerja untuk rakyat.

Ini bukan sekadar memalukan parti masing-masing. Ini memalukan seluruh kerajaan perpaduan. Ini mengkhianati usaha tidak kenal penat lelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM sedang bekerja siang malam — bertemu pelabur, melancarkan inisiatif rakyat, memperkukuh diplomasi antarabangsa dan memacu dasar-dasar MADANI untuk kebaikan semua kaum.

Malangnya, DAP dan MIC memilih untuk berperang mulut atas isu yang boleh diselesaikan melalui saluran dalaman dan rundingan yang matang.

Adakah ini contoh kepimpinan yang mahu kita pamerkan kepada rakyat? Di saat PM mengetuai barisan hadapan membina semula negara, dua rakan komponen sibuk dengan pentas drama yang tidak membawa nilai tambah kepada sesiapa.

Saya menyeru kepada semua parti dalam kerajaan perpaduan untuk kembali kepada asas: bekerja demi rakyat, bukan populariti media.

Rakyat tidak peduli siapa yang lebih banyak bercakap — mereka hanya mahu melihat siapa yang benar-benar menyelesaikan masalah.

Isu pendidikan, kesihatan, peluang ekonomi dan infrastruktur masih banyak yang perlu ditangani. Tidak ada ruang untuk politik remeh yang membuang masa dan tenaga.

Kepada pemimpin MIC dan DAP, jika benar ikhlas mahu berdebat, berdebatlah tentang solusi kepada masalah rakyat. Bukan siapa lebih popular di TikTok atau lebih lantang di Facebook.

Kami dalam KEADILAN akan terus kekal fokus pada kerja sebenar: Melayani rakyat, memperjuangkan keadilan, dan mempertahankan kestabilan kerajaan perpaduan ini.

குறள் 889:
எட்பக வன்ன சிறுமைத்தே ஆயினும்
உட்பகை உள்ளதாங் கேடு

கலைஞர் விளக்கம்:
எள்ளின் பிளவுபோன்று சிறிதாக இருந்தாலும் உட்பகையால் பெருங்கேடு விளையும்.

English Couplet 889:
Though slight as shred of ‘seasame’ seed it be,
Destruction lurks in hidden enmity.


K NOVINTHEN ialah ketua cabang PKR Sungai Siput.








BERLAGAK NAK MAMPUS.PELAQ


 

KERJA MB BUKAN RASMI PORTAL CARI JODOH..KOT MASUK BILLION BILLION BOLEH MB BUKA BESAR SIKIT PORTAL..KIOK


Dzulkarnain Abidin


 CARA PAS JAGA AHLI DAN PARTI







1. Program (bukan projek pun) ni kecik saja. Padan NGO je yang buat. Berlambak dah portal cari jodoh swasta. Berlambak dah orang menikah beranak-pinak hasil portal begitu.


2. Tapi, pasai apa kerajaan negeri Terengganu buat dan MB sendiri turun rasmi? Kita boleh pakat gelak la dengan program ni pasai nampak lekeh, tapi impak dia besaq.


3. Di Perlis dulu, MB Umno waktu tu buat program lawan belalang krek. Merata hutan orang kampung pi cari belalang krek. Program ni nampak bodoh, tapi kesannya kepada orang kampung besaq.


4. Dengan program lawan belalang krek tu, ada orang boleh menega sangkar belalang, menega cucuq masa lawan, menega t-shirt dan macam-macam lagilah... Tu cara Umno.


5. Aku nampak, program portal cari jodoh kerajaan Terengganu ni menjadi salah satu cara Pas Terengganu jaga ahli dan penyokong depa di bawah.


6. Program ni pakai duit. Tentulah mewujudkan dan mengendalikan portal ini dan banyak lagi perkara berkaitan, kerajaan bagi kepada aktivis parti depa. Pasai tu MB sendiri rasmi.


7. Maknanya, aktivis parti depa dapat kerja dan dapat duit. Dengan duit tulah, aktivis depa boleh jaga ahli parti di bawah. Jaga cawangan, buat aktiviti cawangan dan macam-macam lagi.


8. Itu bijaknya Pas mengambil kesempatan. Bab nak cari dalil, senang saja. Yang penting, ahli parti di bawah dijaga dan undi depa parti akan dapat masa pilihanraya.


9. Kita...? Maksud aku pendokong Kerajaan Madani macam mana? 


10. Aku tulis ni bukan pasai aku kelapaq jawatan ka, projek ka. Hidup aku ni boleh tanam sayoq belakang rumah serumpun dua dah mencukupi.


11. Aku tulis ni pasai aku pikiaq nak jaga parti dan nak jaga ahli parti. Parti kita la ni komponen kerajaan. Pemimpin dok suruh balik buat kerja tambah ahli, tambah cawangan, buat aktiviti parti.


12. Buat dengan apa? Ayaq liyoq... Sampai bila kita nak dok jual falsafah rahmah la, berkorban la, bla bla bla la...? Ahli dah sebu telingan dengaq aku (kita) bersyarah bab tu.


13. Sorilah aku tulis secara terbuka macam ni. Sebab aku nampak, cara Pas jaga ahli parti depa memang smart. Kita pula, aku boleh kata tak reti nak jaga ahli di bawah.


14. Bab parti depa tak betoi, ada pemikiran Khawarij, ada otak takfiri, tu cerita lain. Tapi ni cerita jaga parti. Depa pandai jaga parti dan ahli. Itu fokus tulisan aku.


15. Apa-apa pun, lantak koranglah. Korang dah ada kat atas, selesa. Aku (kami) kat bawah pun nak selesa jugak. 


16. Cara aku (kami) yang bawah ni nak selesa senang saja. Kami tengok-tengok parti takat padan patut. Aku sendiri, aku dah buat pendirian tak akan "berkorban" lagi untuk parti.


17. Nak jadi apa dekat parti, aku serahkan kepada takdir. Sorilah aku tulis terbuka macam ni. Sembang nak lawan Pas, tapi tak boleh buat macam kerajaan Pas, hhhmmmm....!


Zola, 

07082025




PM ANWAR MENERIMA 2 WAKIL DARI KEMBOJA DAN THAILAND UNTUK PERJANJIAN GENCATAN SENJATA



 Pagi ini saya menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattaphon Narkphanit bersama delegasi masing-masing di Perdana Putra.
















Pertemuan ini amat bermakna kerana kami mencapai kesepakatan penting untuk meneruskan dialog dan mengekalkan gencatan senjata di sempadan Thailand–Kemboja yang bermula sejak 28 Julai lalu. Ia mencerminkan iltizam bersama untuk menjunjung keamanan dan kestabilan serantau yang amat mustahak dalam landskap geopolitik hari ini.


Saya menghargai keyakinan yang diberikan oleh Thailand dan Kemboja kepada Malaysia untuk terus menerajui rundingan damai dan memantau situasi di sempadan, khususnya melalui peranan penting Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.


Alhamdulillah, kedua-dua negara turut mencapai beberapa persetujuan penting, termasuk komitmen untuk mematuhi sepenuhnya gencatan senjata tanpa sebarang bentuk serangan, tidak menambah kekuatan atau mengubah penempatan tentera, mengelak tindakan provokatif, serta menjamin perlindungan terhadap orang awam dan infrastruktur awam.


Bicara kami selama lebih 30 minit turut menyentuh cadangan penempatan pasukan ASEAN Observer Team (AOT) bagi membantu usaha pemantauan, bantuan kemanusiaan serta pengurusan perubatan di kawasan sempadan.


Insya-Allah, saya dan seluruh pasukan Malaysia akan terus berusaha menyokong proses damai ini atas kepercayaan dan keyakinan bahawa keamanan yang berkekalan hanya boleh dicapai melalui dialog, persahabatan dan keikhlasan.


=====


This morning, I received a courtesy call from Cambodia’s Deputy Prime Minister and Minister of National Defence, General Tea Seiha, and Thailand’s Acting Minister of Defence, General Nattaphon Narkphanit, together with their respective delegations at Perdana Putra.


It was a meaningful meeting that resulted in a key consensus to sustain dialogue and uphold the ceasefire along the Thailand–Cambodia border, in effect since 28 July. I appreciate the trust placed in Malaysia to continue facilitating the peace process, particularly through the leadership of the Chief of Defence Forces, General Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.


Both sides also reached several important agreements including full adherence to the ceasefire without any form of aggression, no increase or repositioning of troops, avoidance of provocative actions, and a firm commitment to protect civilians and civilian infrastructure.


We also discussed the proposed deployment of the ASEAN Observer Team (AOT) to support monitoring efforts, humanitarian assistance and medical coordination at the border. Malaysia will continue to support this process in the belief that lasting peace is only possible through dialogue, mutual respect and genuine friendship.


🇰🇭🤝🇲🇾🤝🇹🇭


#MalaysiaMADANI

#MADANbekerja 

#RancakkanMADANI




LEMAHNYA AHLI PARLIMEN PN MEMBAHAS.


 

PEMBOHONG


 

SUDAH SUDAH..JANGAN DOK TUNGGANG LA WALAUN OIIII...HANGPA MUHONG KUAT

 RMS


Tak payah lah nak RUU 355 lagi.. cukup cukup dgn menunggang Islam.. berpuluh ribu jadi mangsa scam.. 😑😑




KIOK

 


The Greater Terengganu



Alhamdulillah, selepas Ketengah Jaya Sdn Bhd mendapat keuntungan besar tahun lepas, Pengerusinya Dato Rozi Mamat telah meminta 2 orang wakil negeri dalam Lembaga Pengarah syarikat untuk menyelesaikan isu pembayaran cukai tanah / premium






Kerajaan negeri mempunyai wakil dalam anak syarikat KETENGAH kerana dasar kerajaan lama untuk membeli sebahagian saham melalui Terengganu Inc. Oleh itu, kerajaan negeri sehingga hari ini turut mendapat banyak dividen dan bonus hasil keuntungan Ketengah Jaya walaupun tidak terlibat dalam pengurusan syarikat itu 


Semalam 2 orang wakil tersebut iaitu YBhg Haji Zainal Abidin (Pegawai Kewangan Negeri Terengganu lantikan 2021 kini bersara) dan Haji Abdul Raof telah berjumpa dengan YB Dr Azman untuk menyelesaikan isu ini


Walaupun luas tanah tersebut hanyalah 111 hektar iaitu 2.6% daripada keluasan ladang Ketengah Jaya, tetapi Lembaga Pengarah telah mengambil tanggungjawab untuk menunaikan hak Terengganu


Sebagai rekod, YB Dr Azman adalah Timbalan Pengerusi KETENGAH pada 2021.


Tahniah dan terima kasih Lembaga Pengarah dan Pengurusan Ketengah Jaya Sdn Bhd di atas usaha membantu kerajaan negeri👍


📷 Status YB Dr Azman dan Perbandingan keuntungan Ketengah Jaya Sdn Bhd dan TDM Plantation (Terengganu)


#MajuTerengganuKu



DUNIA POLITIK YANG TAMAK HALOBA

 


Dunia politik kita dipenuhi dengan 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮-𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗿 je. Terutamanya daripada parti-parti sedang nazak seperti 𝗠𝗖𝗔 dan 𝗠𝗜𝗖.






Baru-baru ni 𝗠𝗜𝗖 kata tak puas hati. Katanya tertipu oleh UMNO. Sebab UMNO kata jikalau MIC sokong DS Anwar, dapat kerusi kabinet.


Tengoklah perangai dorang ni. Cerita jawatan je. Aku ingat tak puas hati sebab nasib orang India tak cukup terbela. Rupanya sebab 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻.


Dasar 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗿𝗶. Berapa kerusi dia ada nak duduk dalam kabinet? Hidup pun 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽 kepada UMNO semata-mata. Lagi nak 𝘥𝘦𝘮𝘢𝘯𝘥.


Lepas tu 𝗠𝗖𝗔 pulak tak puas hati. Sebab cadangan supaya 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹. Marah la dia sebab dia nakkan kerusi yang 𝗗𝗔𝗣 𝗽𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴.


MCA nak tanding kerusi DAP 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗗𝗔𝗣 sebab kalau dia lawan DAP, memang dah tentu tentu akan kalah. Boleh 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁.


Yang kelakarnya dua-dua parti ni ugut 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗕𝗡.  Chewah. Dorang ingat dorang tu kuat sangat ke? Dah la selama ni 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗮𝗿𝗮𝘀𝗶𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢.


MCA dan MIC  dah lama 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝗹𝗲𝘃𝗮𝗻. Bukan Melayu dah lama tolak dua parti ni. Dorang dapat kerusi pun sebab un𝗱𝗶 dari 𝘁𝗼𝘁𝗼𝗸 𝗨𝗠𝗡𝗢. Kawasan Melayu!


Kalau aku, biar je parti-parti nazak tu keluar. Biar dia 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀. Biar jadi sama macam 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻. Dah jadi 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗻𝘆𝗮𝘄𝗮 sekarang ni.


Tapi entah la. Pemimpin UMNO nampaknya memang takut sangat dengan MCA dan MIC. Walaupun kedua dua parti ni 𝗰𝗲𝗸𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝗠𝗡𝗢, tetap nak bela.


Mungkin itu sebabnya 𝗧𝗼𝗸 𝗠𝗮𝘁 buat tuntutan yang tak masuk akal ni. Untuk setiap kerusi parlimen, satu kerusi DUN untuk BN. Gila ah.


Tamak sangat tu Tok Mat. Kena sedar la diri tu  sikit. Parti awak tu 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴. Jadi nafsu tu tak payah nak besar sangat.


Kenapa nak sibuk-sibuk macam ni? Dari sibuk tuntut kerusi yang PH pegang, kan lagi baik UMNO tumpu ke kerusi 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝘁𝗶𝗺𝘂𝗿.


PH memang susah nak bertapak di sana. Jadi UMNO tumpu sepenuhnya. 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴, 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂, 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 serta 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀. Berapa banyak kerusi ada?


Atau sebenarnya UMNO pun nak tunggang PH juga? Nak menang selesa di kawasan yang PH pegang. Tak boleh la macam tu. PRU sebelum ni rakyat dah pilih PH, jadi situ memang tempat PH la.


Lagi satu, lupakan je la 𝗽𝗮𝗿𝗮𝘀𝗶𝘁 tu. Bermaruah la sikit. Kenapa nak bela 𝗯𝗶𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽. Dua parti tu langsung tak membantu UMNO pun.


Terutamanya MCA. Tak tengok apek 𝗞𝗮 𝗦𝗶𝗼𝗻𝗴 tu tak habis serang kerajaan. Sampai sanggup berbohong. UMNO dalam kerajaan. Dia serang kerajaan ertinya dia serang UMNO juga. Tak rasa tercabar ke?


Senang cerita, tak payahlah kerjasama la dalam PRU akan datang. Tanding sendiri-sendiri je. Aku sebagai orang Johor, sebenarnya nak tengok Johor kembali jadi milik PH. Kalau penyandang kekal, memang PH melepas lagi la.


Tanding je asing. Lepas PRU nanti, baru bekerjasama macam PRU lepas. Kalau masa tu nak rujuk PAS balik pun tak apalah. Begitu lebih adil.


PH rugi kalau lepaskan kerusi kepada BN. Sebab PH sekarang semakin diterima rakyat terutamanya dari kalangan 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶.


Kalau tanding sendiri-sendiri, PH punya lebih banyak kelebihan. Dengan ketamakan UMNO yang Tok Mat tunjukkan ni, rasanya 𝗣𝗛 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝘀𝗼𝗹𝗼. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



PEMBETULAN DARI POHAK MEDIA

RMS


 Isu ni dah sampai ke PMO dan MCMC..media yang terlibat juga telah membuat permohonan maaf..


Ada kelemahan dipihak kerajaan yang boleh diteliti agar tidak berulang semula...




AKHIRNYA RAFIDAH KALAH DENGAN MAINAN SENDIRI..KIOK.


 

CAKAP PANDAI.. SIAP HANG TN IBRAHIM TN MAN.. BUKTI JELAS SEWAKTU JADI MENTERI KASA


 

AKAN DI PANGGIL.


 

APA PANDANGAN RAKYAT TIDAK BERPARTI


 

TU PUN DOK KENA MAKI LAGI DENGAN LEBAI WALAUN. AKAI TAK DAK.

 


Dihentikan kerana Mahathir sebagai Perdana Menteri amat benci kepada  PAS-Anwar (walaupun telah memenjarakan Anwar) sejak Reformasi 1998.





Sekolah Agama menyokong PAS-Anwar ketika zaman itu.


PRU 2022 Sekolah Agama menyokong PAS dan ada yang benci Anwar kerana termakan dakyah tetapi Anwar tetap mengembalikan bantuan kepada Sekolah Agama selepas menjadi Perdana Menteri.



KEKALKAN ANWAR


 

MASA BERKUASA MAKAN GAJI BUTA


 

SEMUA ANWAR BUAT TAK KENA..BILA KAMU BERKUASA LANGSUNG TAK BERFUNGSI


 

JOM DENGAR LAGU WALAUN.KISAH SANUSI DAN KEGAGALANNYA


 

AMBIL JURURAWAT INDONESIA

 


Katanya langkah ini boleh bantu hospital Malaysia yang kekurangan jururawat.


Baca berita penuh dalam komen 👇




PELABURAN ACWA

 


Saya mengalu-alukan keputusan ACWA Power, peneraju global dalam tenaga boleh baharu dan hidrogen hijau, memilih Malaysia sebagai hab utama mereka di Asia Tenggara.













Ini satu lagi perkembangan positif hasil kerjasama erat Malaysia–Arab Saudi, khususnya selepas pertemuan saya dengan pengasas ACWA Power semasa Sidang Kemuncak ASEAN–GCC.


Pelaburan ini mengiktiraf dasar peralihan tenaga Malaysia, membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, serta memacu pemindahan teknologi.


ACWA Power kini menjalin kerjasama strategik dengan TNB, UEM Lestra dan Terengganu Inc. untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu, hidrogen dan CCGT, selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).


Komitmen ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam tenaga mampan serantau dan menyokong usaha ke arah ekonomi rendah karbon.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja



BERBAGAI CARA NAK SALAHKAN KERAJAAN


 Tegak keadilan


Pelbagai cara PM tepi Muhyiddin nak salahkan Anwar supaya rakyat lupa kes rasuah Muhyiddin,kononnya nak tumbangkan Anwar tapi gagal.


Rakyat mohon mahkamah percepatkan perbicaraan kes rasuah Muhyiddin.Rakyat tak sabar2 nak tengok Muhyiddin masuk penjara sebab sakau hak rakyat.




Patutla kena tukar Kementerian

 


Patutla kena tukar Kementerian 


Ustz Al Asri

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Syarikat yang dinamakan sebagai 0267299-T itu dianugerahkan kontrak bagi membekalkan makanan kepada pesakit hospital berkenaan selama tiga tahun bermula Februari 2024.


"Perolehan Perkhidmatan Sajian Makanan Pesakit di HCTM bertujuan menyediakan sajian makanan yang halal kepada pesakit HCTM bersesuaian dengan status Dapur Utama yang mendapat pensijilan halal dari JAKIM, memberikan perkhidmatan sajian makanan pesakit dengan cemerlang dan berkualiti tinggi serta mematuhi piawaian berkaitan.


"Semakan Audit mendapati syarikat yang ditawarkan kontrak berkenaan gagal penilaian teknikal tetapi masih dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Kewangan," katanya dalam laporan berkenaan.


Mengulas lanjut, laporan itu memaklumkan Jawatankuasa Penilaian Teknikal tidak mengesyorkan syarikat itu disebabkan petender tidak berpengalaman serta tidak mempunyai sijil halal JAKIM selain pensijilan HACCP iaitu sistem pengurusan yang mengiktiraf dan mengawal bahaya dalam proses pengeluaran makanan).


"Malah, peralatan sajian pesakit juga tidak lengkap (troli makanan pesakit), tidak menyediakan jadual perancangan program kualiti; tidak mempunyai bilangan pramusaji yang mencukupi; dan


iada demonstrasi berkenaan peralatan.


"Tetapi syarikat ini lulus penilaian kewangan tetapi tidak disyorkan kerana berada di kedudukan keempat terendah," katanya.



PERJUAGAN SUBSIDI BERSASAR

Syam Ghaz


 Jelas, padat dan padu. Terima kasih PMX. Perjuangkan Subsidi Bersasar Untuk Rakyat Malaysia




Banyak lagi benda nak bahaskan dalam RMK13. 


Tapi pembangkang sibuk berpolitik dalam Dewan Rakyat, bukannya jadi pembangkang yang konstruktif dalam membina Negara.


Kualiti perbahasan mereka sangat teruk, sampai bab timbang berat buku RMK13, negara kena ada orang miskin tegar, baca doa qunut nazilah kepada sama muslim dll.


YB Pembangkang jenis menang kawasan letak selipar Jepun bertanding pun menang, bukannya menang sebab kualiti dan merit. 


Tapi manipulasi sentimen Melayu - Islam, akhirnya 33 bulan mereka jadi kerajaan tidak berbekas mana, time mrka jadi pembangkang tiba-tiba nak jadi hero.


Jalan terus PMX, REFORM!


Syam Ghaz 


https://www.facebook.com/share/p/1RQRd8vxJY/?mibextid=wwXIfr



PESANAN DARI ALMARHUM TOK GURU NIK AZIZ. KITA TENGOK VIDEO KITA KAT BENAR KITA TAK NAMPK.