Patutla kena tukar Kementerian

 


Patutla kena tukar Kementerian 


Ustz Al Asri

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Syarikat yang dinamakan sebagai 0267299-T itu dianugerahkan kontrak bagi membekalkan makanan kepada pesakit hospital berkenaan selama tiga tahun bermula Februari 2024.


"Perolehan Perkhidmatan Sajian Makanan Pesakit di HCTM bertujuan menyediakan sajian makanan yang halal kepada pesakit HCTM bersesuaian dengan status Dapur Utama yang mendapat pensijilan halal dari JAKIM, memberikan perkhidmatan sajian makanan pesakit dengan cemerlang dan berkualiti tinggi serta mematuhi piawaian berkaitan.


"Semakan Audit mendapati syarikat yang ditawarkan kontrak berkenaan gagal penilaian teknikal tetapi masih dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Kewangan," katanya dalam laporan berkenaan.


Mengulas lanjut, laporan itu memaklumkan Jawatankuasa Penilaian Teknikal tidak mengesyorkan syarikat itu disebabkan petender tidak berpengalaman serta tidak mempunyai sijil halal JAKIM selain pensijilan HACCP iaitu sistem pengurusan yang mengiktiraf dan mengawal bahaya dalam proses pengeluaran makanan).


"Malah, peralatan sajian pesakit juga tidak lengkap (troli makanan pesakit), tidak menyediakan jadual perancangan program kualiti; tidak mempunyai bilangan pramusaji yang mencukupi; dan


iada demonstrasi berkenaan peralatan.


"Tetapi syarikat ini lulus penilaian kewangan tetapi tidak disyorkan kerana berada di kedudukan keempat terendah," katanya.



No comments: