KIOK

 


The Greater Terengganu



Alhamdulillah, selepas Ketengah Jaya Sdn Bhd mendapat keuntungan besar tahun lepas, Pengerusinya Dato Rozi Mamat telah meminta 2 orang wakil negeri dalam Lembaga Pengarah syarikat untuk menyelesaikan isu pembayaran cukai tanah / premium






Kerajaan negeri mempunyai wakil dalam anak syarikat KETENGAH kerana dasar kerajaan lama untuk membeli sebahagian saham melalui Terengganu Inc. Oleh itu, kerajaan negeri sehingga hari ini turut mendapat banyak dividen dan bonus hasil keuntungan Ketengah Jaya walaupun tidak terlibat dalam pengurusan syarikat itu 


Semalam 2 orang wakil tersebut iaitu YBhg Haji Zainal Abidin (Pegawai Kewangan Negeri Terengganu lantikan 2021 kini bersara) dan Haji Abdul Raof telah berjumpa dengan YB Dr Azman untuk menyelesaikan isu ini


Walaupun luas tanah tersebut hanyalah 111 hektar iaitu 2.6% daripada keluasan ladang Ketengah Jaya, tetapi Lembaga Pengarah telah mengambil tanggungjawab untuk menunaikan hak Terengganu


Sebagai rekod, YB Dr Azman adalah Timbalan Pengerusi KETENGAH pada 2021.


Tahniah dan terima kasih Lembaga Pengarah dan Pengurusan Ketengah Jaya Sdn Bhd di atas usaha membantu kerajaan negeri👍


📷 Status YB Dr Azman dan Perbandingan keuntungan Ketengah Jaya Sdn Bhd dan TDM Plantation (Terengganu)


#MajuTerengganuKu



No comments: