Ni betoi la apa yang dia ni kata......dulu sampai la....tanya Mahathir dia tau la...
BN pernah tawar Anwar jawatan TPM jika tinggal Pakatan, kata Nurul Izzah.
Selain TPM , 5 lagi jawatan Menteri dan Timbalan menteri.Bubar PKR , kekalkan Hadi dan Kit Siang dalam PAS dan DAP...Anwar menolak jika tanpa Hadi dan Kit Siang.- WRLR
Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memberitahu satu ceramah di Pulau Pinang yang tawaran itu dibuat semasa rundingan pendamaian pasca pilihan raya.
"Dia disuruh mengabaikan sekutu PKR, PAS
dan DAP; menerima tawaran itu, membentuk kerajaan... 'que sera sera'
(apa yang terjadi, akan terjadi), kita bergembira bersama-sama.
"Apa keputusan beliau? Beliau menolak
tawaran itu sama sekali kerana ia berkaitan hidup dan mati perjuangan
kami. Sebagai sebuah gabungan, kita hanya boleh bekerja bersama-sama
selagi kita berpegang kepada prinsip," katanya pada ceramah di tapak
ekspo Seberang Jaya di Permatang Pauh, kawasan Parlimen Anwar.
Ceramah itu diadakan bagi memberi
penghormatan kepada Anwar yang dipenjarakan di penjara Sungai Buloh
selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan ketua umum PKR itu terhadap
sabitan liwatnya dan mengekalkan hukuman 5 tahun hukuman penjara
terhadapnya Selasa lepas.
Nurul Izzah memberitahu hadirin seramai
kira-kira 1,000 orang itu, Anwar bersetuju berunding apabila Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya satu pendamaian diadakan
selepas pilihan raya.
Beliau berkata, bapanya menetapkan
syarat, antara lain, mesti wujud usaha menangani rasuah dalam kerajaan
persekutuan dan dalam menangani isu ekonomi, tetapi rundingan itu
akhirnya tidak berjaya.
Nurul Izzah terdahulu berkata, ayahnya
terpaksa dipenjara kerana beliau merupakan cabaran utama kepada pemimpin
BN selepas beliau mengetuai PR mencapai kemenangan yang lebih besar
pada 52% undi popular dalam pilihan raya 2013.
Katanya, beliau dan adik-beradiknya
bangga menjadi anak-anak Anwar kerana mereka tahu sekurang-kurangnya
beliau tidak rasuah, tidak menyalahguna kuasa atau menindas rakyat, dan
akan berdiri dan berjuang bersama rakyat.
Beliau juga menyifatkan bapanya sebagai seorang pejuang yang tidak akan menyerah kepada ugutan politik.
Ibunya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail, memberitahu hadirin tentang keadaan Anwar sejak
dimasukkan ke penjara pada Selasa.
"Saya amat kecewa melihat keadaannya
begitu ketika lawatan kami selama 45 minit. Dia cuba menggembirakan
kami, katanya dia baik-baik saja.
"Dia dimasukkan ke dalam sel yang tidak
mempunyai katil, hanya tilam setebal satu inci. Tiada kerusi, tiada
meja. Dia tidak mengeluh tetapi dia mengalami sakit belakang, jadi
memang susahlah untuknya.
"Kalau boleh, demi kesihatannya, berilah
dia katil. Kami bukan meminta layanan VIP... beliau seorang tahanan
politik. Kerana politik, beliau menderita begitu teruk. Sedih saya,"
katanya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang
turut berucap pada ceramah itu menawarkan sokongannya untuk Anwar dan Dr
Wan Azizah; menggesa rakyat membantu PR mengekalkan kerusi persekutuan
Permatang Pauh ketika pilihan raya kecil kelak.
Anwar akan kehilangan kerusi itu dalam masa 2 minggu melainkan beliau mendapat pengampunan diraja.
Beliau berkata, PR masih percaya Anwar
bakal perdana menteri Malaysia, dan meminta orang ramai menjadi
"mahkamah yang akan memberi keadilan kepada Anwar".
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata,
BN dan Umno hanya cuba menggunakan isu lain bagi mengalihkan perhatian
rakyat daripada masalah berkaitan ekonomi.
"Sekiranya Anwar masih bersama kita di
sini, beliau pasti akan berdiri di barisan hadapan melawan pelaksanaan
GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan)," katanya.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu
memberikan penghormatan kepada Anwar, menyifatkan beliau sebagai satu
spesimen yang jarang ditemui kerana keberaniannya.
Anwar, katanya, dikenali kerana
keberaniannya sejak zaman beliau sebagai pemimpin pelajar sehingga
beliau meningkat naik menjadi menteri, jatuh pula kemudiannya dan
akhirnya berperanan sebagai ketua pembangkang.
"Walaupun pernah menikmati kekuasaan, dia masih boleh kembali dan berjuang bersama-sama dengan orang biasa.
"Beliau boleh sahaja meninggalkan negara
ini, tetapi beliau memilih tinggal di sini dan berdepan dengan sistem
dan kini beliau di penjara. Jarang kita jumpa lelaki seperti ini,"
katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Ceramah itu juga mendengar pemimpin
memberi penghormatan kepada Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat yang meninggal dunia Khamis malam baru-baru ini.
Lim berkata semangat Nik Aziz mesti
terus dihidupkan dalam perjuangan PR, manakala Mohamad berkata bekas
menteri besar Kelantan itu dihormati kerana beliau memimpin melalui
teladan dan sentiasa merendah diri.
Mat Sabu berkata, Nik Aziz tidak
terkenal kerana berjaya menarik orang ramai mendengar ceramahnya, tetapi
kerana beliau seorang ulama yang mengamalkan apa yang diajarnya.
"Almarhum juga bukan terkenal kerana
ilmu pengetahuannya. Beliau tiada PhD seperti orang lain tetapi beliau
dikenali kerana kebaikannya dan contoh baik yang ditunjukkannya.
"Apabila beliau menjadi menteri besar
Kelantan, beliau terus tinggal di rumah lamanya, dengan kehidupan yang
serba sederhana. Inilah yang sepatutnya kita buat bila kita ada kuasa,"
katanya.
Walaupun PR kehilangan kedua-dua
pemimpin, Mat Sabu berikrar memastikan pakatan pembangkang akan kekal
bersama dan berjuang sehingga mereka berjaya mengambil alih Putrajaya.
Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin juga mengumumkan poskad "March to Freedom" parti itu di ceramah malam tadi.
Orang ramai yang ingin menghantar
kata-kata semangat kepada Anwar boleh menulis di poskad itu yang akan
dihantar ke penjara Sungai Buloh. - TMI
Gagal pecat Ismail Sabri, Najib PM paling lemah
Oleh: Webmaster
DAP mendesak Kabinet supaya memecat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menarik balik atau memohon maaf atas kenyataannya perkaumannya tentang peniaga Cina.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menyeru Kabinet supaya menilai semula kes Ismail di mesyuarat mingguan mereka pada 11 Februari dan menambah Ismail perlu meminta maaf untuk kenyataannya.
"(Ismail) perlu menarik balik tanpa syarat dan meminta maaf atas kenyataan rasis yang tidak sepatutnya diungkapkan.
"Atau beliau patut dipecat daripada Kabinet, jika bukan sebagai arahan daripada perdana menteri, jadi sebagai keputusan Kabinet melalui resolusi Kabinet," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Ismail mencetuskan kontroversi selepas menyeru pengguna Melayu memboikot perniagaan Cina kerana tidak mahu menurunkan harga barang selepas harga minyak turun.
Ismail yang merupakan menteri pertanian dan industri asas tani berkata begitu di dalam satu posting Facebook miliknya yang kini sudah dipadamkan.
Bagaimanapun beliau tidak memohon maaf atau menarik balik kenyataan tersebut.
Namun selepas mesyuarat Kabinet pada 4 Februari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kenyataan Ismail, mengatakan ia tidak ditujukan kepada mana-mana kaum secara spesifik.
Bagaimanapun Ismail daripada Umno dikritik pemimpin MCA, iaitu rakan parti Umno di dalam Barisan Nasional (BN).
Dalam kenyataan hari ini, Lim mengkritik Kabinet kerana mempertahankan Ismail.
"Kesemua 34 menteri bersalah terhadap jawatan mereka sebagai menteri serta kredibiliti dan reputasi mereka kerana menolong Ismail menafikan sesuatu yang jelasnya tidak patut dipertahankan," kata Lim.
"Ismail memang pun sudah mengkhianati sumpahnya di pejabat menteri, untuk berkhidmat untuk rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama atau negeri.
"Dalam membenarkan, menyokong dan mempertahankan kenyataan rasis Ismail, kesemua 34 menteri ini, tidak kira latar belakang parti politik mereka, sudah pun mengkhianati sumpah mereka di pejabat menteri."
Lim juga mengulang sekali lagi kenyataannya yang kenyataan rasis Ismail tidak akan ditolak ansur di bawah pentadbiran 5 perdana menteri lepas.
"Jika bekas menteri kita melakukan apa yang dilakukan Ismail di bawah pentadbiran 3 perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn, beliau pasti dipecat serta-merta."
Lim berkata malah bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik Ismail dengan mengatakan isu harga barang tidak turun tiada kena-mengena dengan kaum.
"Saya rasa di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi tidak akan ada tempat bagi rasis sebegini di dalam Kabinet.
"Jadi mengapa hanya Najib seorang daripada 6 perdana menteri yang membenarkan, menyokong serta mempertahankan kenyataan rasis Ismail sedangkan 5 perdana menteri sebelumnya tidak akan melakukan sebegitu?
"Adakah ini kerana beliau perdana menteri yang paling lemah dalam sejarah 58 tahun negara kita?"
Ismail berkata pengguna Melayu mempunyai peranan dalam membantu kerajaan menentang pencatut dengan menggunakan kuasa kolektif mereka untuk menurunkan harga barangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)