LAGI PENDEDAHAN : NASARUDDIN TANTAWI DAKWA ROHAIZAT PUNYA ISTERI KEDUA DI PAHANG










KUBANG SEMANG-20HB Ustaz Nasaruddin Tantawi bersama S/U KM Pulau Pinang Steven dan juga wakl DAPSY serta Ketua AMK Permatang Pauh Sdr Amir Ghazali ,telah mengadakan satu sidang akhbar.Dalam sidang akhbat tersebut Ustaz Nasaruddin Tantawi memberi 3 perkara utama dan pendedahan yang agak mengejutkan semua pihak.
1. Pemuda Pakatan Rakyat menghantar satu seruan untuk mengadakan satu debat dengan isu pengkhianat negara dan menyediakan satu kawasan lapang diPermatang Tengah pada 23 hb 2009 malam.Menurut Ustaz Nasaruddin lagi , tujuan diadakan debat ini ialah untuk berhujah dengan pemuda Pakatan Rakyat iaitu "Siapa Pengkhianat Negara". Berhubung dakwaan Muhyiddin Yassin terhadap DSAI sebagai pengkhianat negara .Jika ada bukti dokumen mereka mesti berani berhujah, malah telah 7 kali dijemput agar hadir berhujah malah pemuda Umno tidak pernah menyahut, sama ada MCA ayau MIC agar turun pada 23 hb jam 9.00 malam di Permatang Tengah.Permatang Pauh.

2. Meyentuh isu polemik kononnya Tuan Guru Nik aziz yang ekstrem berkaitan syurga dan neraka.Kenyataan yang diekplotasi dan menggunakan majlis fatwa tanpa memanggil beliau memberikan kenyataan sebenar apakah yang dimaksud kan dengan kenyataan beliau itu.Pihak Tv hanya membaca skrip tanpa menyiarkan ucapan Nik Aziz bersama gambar dan suara.

Tuan guru hanya menyebut dasar perjuangan umno yang tidak boleh membolehkan seseorang yang mempunyai sifat sedemikian masuk syurga ,tetapi menyebut perbuatan seseorang yang mungkar , misalnya ibubapa yang memberi didikan kepada anak.Jika umno mahu masuk syurga, jangan rasuah, menahan orang tanpa bicara, dan bukan menentukan siapa yang masuk syurga, tetapi mereka juga berhak menafikannya jika perjungan mereka benar, kenapa Khairy Jamaluddin tidak berani menyahut dan membenarkan dan berdebat menyatakan bahawa perjuangan umno tidak bertentangan dengan syariat ,kita minta ulama umno untuk berhujah dengan kita,dan bersedia untuk berhujah dan bukan dengan kekerasan.

3. Isu yang besar ialah berkait dengan calon Bn yang saya anggap seorang yang tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat di Permatang Pasir. Selain dengan isu pecah amanah dan koperasi ,, ada satu perkara mengenai keperibadian beliau dimana beliau mempunyai seorang steri yang dikahwininya pada 2005 pada peringkat awal hanya di daftarkan pada 2008 dan hanya menjadikan isteri beliau tetapi tidak diberikan nafkah yang adil. Menurut Ustaz Nasaruddin lagi, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga beliau sebagai Fiza atau Hafizah dan berkali-kali menafikannya dan mengahwininya sejak tahun 2005 yang lalu , saya bukan menyentuh soal peribadi , tetapi isteri beliau disembunyikan dan pergi dan datang ikut suka hati malah tidak diakui sebagai sisteri , malah isteri beliau menuntut dari Rohaizat agar mengakui nya dan kini berada di Pahang, kawasan Jengka, dan menurut Ustaz Nasaruddin Tantawi lagi,"Jika ini lah orangnya dan tidak berlaku adil dengan isteri, mana mungkin beliau akan dapat memimpin rakyat di kawasan Permatang Pauh dan bakal di beri mandat di kalangat rakyat."

"Kalau bersama isteri tidak berlaku adil, maka bagaimana beliau akan bertanggungjawab kepada rakyat dengan adil".Kita tahu dijabatan agama mana di daftarkan dan kita punya rekod mengenainya.

Menurut Ustaz Nasaruddin lagi Hafizah adalah kerani di pejabat Rohaizat."Hafizah ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan bekerja dengan Rohaizat ,berkahwin tanpa diberitahu keluarga.Kita minta selesai dulu rumahtangga beliau baru selesai masalah rakyat," demikian jelas ustaz Nasaruddin lagi.




LAWATAN BAKAL YB SALLEH MAN


BERSAMA USTAZ NASARUDDIN TANTAWI(KIRI) KANAN MENENDANG BOLA BERSAMA PEMUDA.



BERCERAMAH (KIRI) KANAN BERGAMBAR BERSAMA PEMAIN

KUBANG SEMANG- Ustaz Salleh Man melakukan lawatan kunjungan hormat terhadap para pemuda Qaryiah yang juga sebahagian besar pengundi dalam satu perlawan bolasepak persahabatan petang tadi.Beliau menyatakan bahawa bersukan adalah satu kegiatan riadah yang baik dan dapat memupuk persahabatan sesama rakan-rakan dan jira serta menjalin silaturrahim bersama kaum yang lain.


TEKS PENUH SIDANG AKHBAR SDR YUSRI BERHUBUNG PENGLIBATAN DALAM SKANDAL KEWANGAN BABITKAN ROHAIZAT



RAKAN KONGSI ROHAIZAT CADANG AMBIL TINDAKAN.




Permatang Pauh-Yusri Isahak 39 rakan kongsi Rohaizat , calon Umno N11 Permatang Pasir harin ini tampil menafikan bahawa beliau secara langsung telah terbabit dalam skandal menggelapkan wang koperasi sebagaimana yang didakwa oleh Ahmad maslan,Ketua penerangan Umno dalam utusan online dimana beliau menyakan bahawa Rohaizat adalah penyelamat dan seolah-olah menytakan bahawa Yusri adalah orang yang bertanggung jawab dalam urusan menandatangi dan bertanggungjawab bagi syarikat Saif Arif& Rohaizat berhubung dengan wang koperasi.

Menurut Yusri kes yang beraku pada tahun 2002 dimana koperasi pekebn-pekebun kecil getah berhad bercadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan pernagaan merak dan melantik firma mereka iaitu saif arif and rohaizat, utuk menguruskan pembelian tanah tersebut.yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat-syarat perjanjian jual-beli.

Setelah semua dipersetujui Yusri telah mnyediakan perjanjian jual-beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, Koperasi telah memohon pinjaman Rm320,000 dari jabatan Pembanggunan Koperasi.Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual yang tinggal di Aceh, jual beli tersebut telah tidak dapat disempurnakan.

Dalam pada itu,koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka.Yusri telah menandatangani satu cek berjulah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi.Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akaun firma.

Sementara itu seorang pelanggan kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma untuk membiayai bayaran baki RM100,000.Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.Firma telah bersetuju untuk meminjamkan Rm100,000 yang diambil dari wang Koperasi kepada pelanggan untuk menyempurnakan jual-beli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.











Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.Malangnya firma gagal menjual keseluruhan tanah sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian dari baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga di kenali Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di Firma di Butterworth.
Saya tidak lagi memantau akaun di Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang di laporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.


Ini adalah kerana seumua urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaaan wang koperasi dibuat dengan pengertahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan diatas.Mana mungkin penggaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut. Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang menyatakan bahawa Rohaizat adalah “wira” kerana telah membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya telah menyelesaikan pembayaran pada tahun 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan. Sayugia diingatkan bahawa cawangan ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah PulauPinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat?Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai dan gagal menghadirkan diri dihadapan Majlis peguam pada 14 September, 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi?



Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempuyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu menggambarkan Rohaizat selaku “senior partner” di dalam firma tersebut tidak tahu apa-apa tentang urus tadbir pejabat. Apakah dakwaan Ahmad Maslan ini logic dan munasabah?transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya didakwa tidak diketahuinya?tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi.

Saya berharap dengan penjelasan ini saya dapat memberishkan diri dari dikambing hitam dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguambela dan opeguamcara.

Beliau juga mendakwa bahawa memang dia menandatangani dan mustahil saya seorang boleh mngeluarkan wang dan sepatutnya beliau tahu tentang pengeluaran dan bilik saya pula terletak bersebelahan bilik beliau.

Ditanya kenapakah beliau dituduh, menurut Yusri , Rohaizat mungkin mempunyai cita-cita politik yang tinggi , namun gagal memberitahu pucuk pimpinan tertinggi Umno berhubung dengan kes beliau dan pucuk pimpinan terus melantik beliau sebagai calon.

Menurut Yusri lagi Rohaizat sebenarnya pebelot dan penipu kepada Umno kerana gagal menjelaskan kedudukan beliau yang sebenarnya, dan saya dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan nama baik Rohaizat sebagai seorang yang bersih dan tidak pecah amanah.

Saya tidak menafikan penyelewengan dan semua pengeluaran cek dan fail dilakukan perbincangan dengan rakan kongsi saya dan saya sepatutnya tahu kedua-dua pihak dan bukan satu pihak sahaja.

Yusri dan Rohaizat di Butterworth dan Saif Arif di Pulau Pinang dan mendakwa tidak pasti dan tidak pernah bertanyakan kerana selepas 2003 beliau tidak lagi mengambil kisah tentang bidang guamam.

Jika dirujuk utusan online , ianya merujuk kepada saya.

Saya sedang mempertimbangkan kepada pas dan keadilan bagi berdiri di atas pentas mereka dan bercadang untuk menjelaskan dan memberi ruang kepada saya menjelaskan kepada rakyat.

Beliau yang mula brekenalan di univertii pada tahun 1989 di UIA dan menjadi rakan kongsi dari 1999 ke 2003 dan pernah menjadi ahli dan yuran ahli UMno tidak dibayar mulai 1998.

Beliau yang mendakwa tidak lagi merasa takut untuk berhadapan dengan mana-mana pihak berhubung dengan dakwaan keatasnya.Beliau yang mempunyai anak dan isteri menjelaskan bahawa beliau harus menghormati anak isteri dan keluarganya bahkan berhak untuk membela dan menghormati diri sendiri.




Ditanya berhubung dengan pencalonan Rohaizat, beliau berkata bahawa semoga rakan beliau berjaya , kepada pengundi Permatang Pasir beliau menyeru agar memilih calon yang benar-benar sesuai untuk dijadikan wakil rakyat.

Beliau yang juga mendakwa mengambil inisiatif sendiri kerana ingin membersihkan dirinya dan mendakwa kesilapan Umno memilih calon tanpa menapis terlebih dahulu.



YUSRI TAMPIL DEDAH MAKLUMAT

updates 11.000

PENANTI-Rakan guaman Rohaizat, Yusri Isahak tampil mendedahkan tentang kekalutan yang dikatakan dituduh sebagai menyeleweng koperasi .Beliau tampil untuk mendedahkan segalanya.
akan diulas kemudian.

KES ROHAIZAT BENAR ATAU PENIPU AKAN DIKETAHUI HARI INI


UPDATES 800 PAGI 20/8/09


Hari ini kita akan mengetahui keputusan sama ada benar dakwaan Ahmad Maslan bahawa rakan kongsi Rohaizat yang menyalahgunakan dana persatuan pekebun kecil di Pulau Pinang sebanyak RM150K.

Satu kenyataan akhbar akan di keluarkan hari ini dimana Yusri akan memberi butir-butir terperici mengenai dakwaan yang dikenakan kepada beliau.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.

Jika benar rakan Rohaizat yang bersalah seperti yang didakwa oleh para pemimpin Umno, tidak diketahui mengapa Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Majlis Peguam memecat "wira" Umno itu.

Isu wira Umno dibuang padang oleh Majlis Peguam itu juga menimbulkan persoalan siapakah yang berbohong.

Silih berganti para pemimpin Umno menuduh rakan Rohaizat dalam firma guamannya yang bersalah.

Sedangkan, Ragunath pula menyatakan, kesalahan tersebut adalah tanggungjawab Rohaizat sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

Kenyatan akhbar akan dikeluarkan hari ini dan kita akan mengetahuinya. Blog ini akan berusaha untuk mendapatkan maklumat terperinci.