Bukti Ema terus hubungi kumpulan Azharuddin dan sokong 'Forensik' bertindak
Bukti Ema terus hubungi kumpulan Azharuddin dan sokong 'Forensik' bertindak
Kenyataan Umum
4 Jun 2016
FORENSIK PDRM HARUS BERTINDAK, CUBAAN MENIPU AGONG
4 Jun 2016
FORENSIK PDRM HARUS BERTINDAK, CUBAAN MENIPU AGONG
- che'GuBard dengan ini menyambut baik beberapa laporan polis yang dibuat semalam mendesak campur tangan pihak berkuasa bagi mengenal pasti penipuan / pemalsuan 'tandatangan' sokongan Deklarasi yang diketuai Mahathir.
- Antarayang membuat laporan polis semalam (3 Jun 2016) ialah
- Siti Nor Hafiza Azmi (Naib Ketua, AMK Bayan Baru) dengan diiringi oleh Azrizal Tahir, Timbalan Ketua Cabang PKR Bayan Baru dan Mohd Aidil Fitri Ibrahim, bekas Ketua AMK Bayan Baru.
- - Ali Azhari Ahmd (aktivis PKR Hulu Terengganu) dengan diiringi Asyraf, AJK AMK Terengganu
- Muhamad Zulkhaire Dzulcaply dan Megat Khairul Anuar Razali masing - masing merupakan aktivis aktif PKR turut membuat laporan di Seremban dan Kuala Kubu Bharu - che'GuBard bersetuju dengan laporan polis ini mendesak agar PDRM menggunakan kepakaran 'forensik' mereka menyiasat senarai sokongan Deklarasi yang diketuai oleh Mahathir.
- 26 Mei lepas muncul seorang lelaki dengan akuan bersumpahnya menuntut seorang wanita yang bernama Syarul Ema atau dikenali sebagai Ratu Naga menyelesaikan baki pembayaran RM4,000 yang dijanjikan kerana membekalkan senarai nama (pengkalan data) untuk digunakan dalam melengkapkan senarai sokongan Deklarasi yang diketuai Mahathir untuk dipersembahkan ke Istana Negara. (klik sini http://chegubard.blogspot.my/2016/05/tandatangan-jutaan-rakyat-dipalsukan.html). Maka ini jelas merupakan cubaan menipu secara sedar DYMM SPB Yg Di Pertuan AgOng. Ini diperjelaskan dalam Akuan Bersumpah yang dibuat Azharuddin Othman yang dikepilkan sekali dengan salinan 'print screen' komunikasi whats app bersama Ratu Naga yang bertindak bagi pihak Seketeriat Deklarasi Mahathir.
- Penafian perempuan yang dimaksudkan dengan mengangkat Al Quran bukan sahaja tidak menjawab apa - apa sebaliknya hanya menghina Islam dengan menyalah gunakan kitab suci Al Quran. Jelas Ema menipu kerana selepas akuan bersumpah itu didedahkan, Ema panik dan terus berhubung dengan kumpulan Azharuddin dan dibawah ini disertakan 'print screen' dia bertanya berkenaan Azharuddin. Soalnya bukan dia kenal atau tidak Azharudin tetapi benar atau tidak kejadian 'pembelian' senarai nama (pengkalan data) itu berlaku. Sila klik sinibagi melihat pendedahan penuh lampiran print screen kumpulan Azharruddin bersama Ema. (http://chegubard.blogspot.my/2016/05/letak-al-quran-di-tepi-kepala-di-kedai.html)
(dua print screen whats app dari Ema yang mana dari dua nombor berlainan yang sering digunakannya terus menghubungi kumpulan Azharuddin walaupun selepas akuan bersumpah didedahkan) - Penafian Seketeriat Deklarasi Mahathir memang sudah dijangka dan saya sudah jangka. Dalam Perenggan ke 6 Kenyataan balas saya pada 28 Mei saya sudah nyatakan Seketeriat Deklarasi Mahathir sudah tidak ada jalan lain dan akan menafikan Ema terlibat dalam aktiviti mengumpulkan sokongan terhadap deklarasi.
- Menurut kenyataan Seketeriat Deklarasi Mahathir sendiri menyatakan tandatangan secara tulis tangan hanya 200,000 sahaja itulah usaha mereka turun pasar malam dan seumpamanya, itupun angka genap itu meragukan. Manakala sokongan secara atas talian pula 1,071,997 dan hanya 253,205 telah dibuang kerana bertindih dan maklumat tidak lengkap tetapi bagaimana dengan kemasukan maklumat lengkap tidak bertindih tetapi disalin dari pengkalan data lain ?
Tidak menolak kemungkinan Data secara borang tulis tangan juga dipalsukan tetapi tumpuan sokongan mudah dipalsukan melalui sokongan atas talian di mana hanya memerlukan data seperti Nama Penuh, No.Kad Pengenalan dan eMail. Maknanya sesiapa sahaja boleh memuat naik sokongan jika punya senarai maklumat di atas dan lebih mudah jika punya aplikasi salinan muat naik automatik"print screen" dari laman sesawang untuk menyatakan sokongan kepada Deklarasi Mahathir - Pihak PDRM melalui kepakaran 'forensik' mereka perlu segera menyiasat. Panggil Azharuddin dan dapatkan senarai nama yang dibekalkan kepada Seketeriat Deklarasi Mahathir kemudian dapatkan senarai sokongan dari Seketeriat Deklarasi Mahathir. Bezakan keduanya, jika terdapat pertindihan hubungi penama tersebut dan dapatkan adakah mereka sedar nama mereka dalam senarai sokongan Deklarasi tersebut ? Bukanlah isu untuk merahsiakan senarai nama sokongan kerana memorandum kepada Istana akan jadi dokumen awam juga akhirnya maka tiada keperluan tidak mendedahkan senarai nama sokongan. Jika Seketeriat Deklarasi enggan bekerjasama maka sudah tentu mereka juga sedar mengenai penipuan ini dan mahu menutupnya.
- Telah saya sebut Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan Datuk Kamaruddin Jaafar beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.
- Saya tegaskan sekali lagi, belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan.
che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia
Solidariti Anak Muda Malaysia
PH LEBIH DINAMIK BERBANDING BN, WAJAR DIBERI UNDI – PENGANALISIS
PH lebih dinamik berbanding BN, wajar diberi undi – Penganalisis
Musuh Pakatan Harapan (PH) melabelkan gabungan itu menuju kegagalan kerana parti-parti komponennya seringkali bertelagah atau perselisihan faham.
Namun demikian, seorang penganalisis politik, Steven Tan dari sebuah badan bukan-kerajaan memberi pendapat berlainan. Katanya, pendapat yang berlainan bukan kelemahan sebaliknya mencerminkan demokrasi yang sangat subur dalam gabungan berusia hampir setahun itu.
“Perselisihan faham atau pendapat menunjukkan ketiga-tiga parti komponen Pakatan mempunyai kuasa dan hak yang sama.
“Yang perlu sekarang ialah semua komponen bekerjasama, mempunyai hala tuju yang sama dalam menyelesaikan perselisihan secara bertolak-ansur. Kalau mereka boleh berbuat begitu maka PH akan mencapai kejayaan,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Beliau berpendapat gabungan BN tidak demokratik, hanya satu parti yang mempunyai kuasa mutlak dan parti lain mesti mematuhi parti yang berkuasa mutlak itu.
Pentadbiran koalisi seperti itu, kata beliau, adalah bercorak diktator dan parti-parti komponen menjadi ‘Pak Angguk’ atau ‘Pak Turut’ sahaja yang tidak mempunyai suara dan kekuatan.
“Justeru itu, para pengundi dan penyokong Pakatan wajar faham perselisihan antara komponen adalah tanda yang sihat dan mereka tidak harus menghentikan sokongan oleh kerana perselisihan pendapat tersebut.
“Di dalam PH sahaja demokrasi dan hak bersuara benar-benar dipraktikkan. PKR, DAP dan Amanah boleh memberi pendapat masing-masing sebab suara mereka tidak dikongkong,” tambahnya.
Steven menggesa agar rakyat Malaysia lebih matang dan bijak menilai apabila tiba masa mengundi dengan meneliti gambar keseluruhan politik negara. Jika PH tidak dipilih kerana hanya terdapat perselisihan faham dalam gabungan itu, katanya, maka rakyatlah yang akan menanggung akibatnya nanti.
PENYOKONG DEKLARASI RAKYAT PERLU UNDI CALON AMANAH – KADIR JASIN
Penyokong Deklarasi Rakyat perlu undi calon Amanah – Kadir Jasin
Calon AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan merupakan calon terbaik buat penyokong-penyokong Deklarasi Rakyat yang dibawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tokoh wartawan, Datuk Kadir Jasin juga menggalakkan peserta Deklarasi Rakyat berkempen bagi pihak calon AMANAH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
“Walaupun jalan di hadapan adalah mencabar bagi peserta dan penyokong Deklarasi Rakyat, namun apa yang mereka pamerkan sejak 4 Mac lalu memberi harapan baru kepada rakyat jelata yang ditindas akibat penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan kerajaan Mohd Najib,” katanya.
Menulis di blog, Kadir turut menyenaraikan beberapa alasan mengapakah calon yang mewakili PH merupakan calon terbaik. Antaranya, melihat keppada situasi semasa antara PAS dan UMNO, rakyat tidak pasti siapakah yang menentang siapa dan besar kemungkinan kedua-dua parti ini sudah berpakat.
“Hadi mengaku berunding dengan ‘kerajaan’ mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Bukan Kerajaan untuk meminda Akta (Bidang Kuasa Jenayah) Mahkamah Syariah Kelantan. ‘Kerajaan’ dalam konteks ini adalah Mohd Najib,” katanya.
Jelasnya, Najib kini juga tidak lagi menjaga kepentingan dan perasaan ahli dan penyokong UMNO tetapi mengambil hati Hadi serta Datuk Dr. Haron Din. Hal ini kerana, Najib dihantui kemungkinan dipecat melalui akuan berkanun oleh Dewan Rakyat.
“Antara hilang undi dan hilang jawatan, Mohd Najib lebih rela memperjudikan undi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Najib percaya sebarang kemarahan pengundi UMNO/BN kerana bersekongkol dengan Hadi dan Haron boleh diubati oleh penawar ‘cash is king’,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, UMNO/BN juga sudah tidak pedulikan undi Cina dan India lagi. Hal ini kerana, mereka sudah mengaku kalah kepada DAP dan PH.
“Peranan wakil Cina dan India dalam BN sudah diturunkan ke taraf penghibur lara saja. Apa yang mereka kata dan lakukan termasuk ancaman keluar BN tidak dipedulikan lagi. Mereka sekadar penggenap bilangan dan makan gaji,” katanya.
Bagi PRK di Kuala Kangsar, AMANAH menamakan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon Pakatan Harapan. Sementara itu, bekas guru Azhar Abdul Shukur pula dinamakan sebagai calon di Sungai Besar.
APA YANG TAK BETULNNYA DENGAN KENYATAAN HADI AWANG INI?
Antara perkara yang disentuh oleh Hadi Awang dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas kali ini ialah mengenai hasrat untuk meramaikan kawan dan bukan menambah musuh.
Kita perlu mengambil pendekatan strategik untuk meramaikan kawan sebanyak mungkin, bukan menambah musuh. Kemenangan bukan untuk balas dendam, tapi untuk menunjukkan kebaikan, kata Presiden Pas itu lagi.
Benarkah Pas suka ramai kawan?
Betulkah parti Islam itu tidak suka menambah musuh?
Lupakah Hadi Awang berapa ramai yang dimusuhinya atau lafaz kata-katanya yang sekian banyak lebih menggamit permusuhan berbanding mengundang persahabatan?
Atau semua ini sekadar untuk menghalalkan lebih keintiman bersama dengan UMNO? (SH 04/06/2016)
Rafizi: Kenapa Saya Sokong AMANAH...
Rafizi: Kenapa Saya Sokong AMANAH...
E-melkan Ini
Abdullah, Dr Mohd Hatta Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad
dan Akmal Nasir adalah alumni Koleh Melayu Kuala
Kangsar (MCKK) dan Kuala Kangsar adalah kampung
kedua. Seronok sakan nak jumpa orang Kuale.
Ada yang serang saya kerana sebut nama Allahyaram
Ada yang serang saya kerana sebut nama Allahyaram
Datuk Fadzil Noor; kononnya mahu menipu rakyat.
Maksud saya itu jelas dan ditujukan khusus kepada
ahli PKR dan reformis kerana Allahyarham ada tempat
istimewa dalam hati kami.
Semasa Anwar Ibrahim dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998 dahulu; sebahagian
Semasa Anwar Ibrahim dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998 dahulu; sebahagian
besar ahli Pas dan penyokong Pas tidak suka kepada beliau. Tidak sukar difahami
kerana beliau Timbalan Presiden Umno yang banyak bertarung di medan politik dengan Pas.
Pemecatan beliau mencetuskan gelombang reformasi. Ramai rakyat biasa yang tidak pernah
Pemecatan beliau mencetuskan gelombang reformasi. Ramai rakyat biasa yang tidak pernah
ambil tahu mengenai politik turun ke jalan raya menuntut keadilan dan ketelusan. Saya salah
seorang aktivis yang dilahirkan gelombang reformasi itu.
Sudah tentu cara yang paling menguntungkan pada ketika itu kepada Pas ialah
Sudah tentu cara yang paling menguntungkan pada ketika itu kepada Pas ialah
memastikan rakyat yang secara tiba-tiba menentang Umno ini semuanya masuk Pas.
Ini boleh dicapai dengan memastikan reformis dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari
Ini boleh dicapai dengan memastikan reformis dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari
kalangan bekas Umno tidak membuat parti baru. Secara logiknya lebih mudah masuk sahaja
Pas dan ia situasi menang-menang kepada Pas dan reformis.
Saya dimaklumkan bahawa itu juga pendapat yang dominan di kalangan penggerak dan pemimpin
Saya dimaklumkan bahawa itu juga pendapat yang dominan di kalangan penggerak dan pemimpin
reformasi ketika itu.
Namun Allahyarham Fadzil Noor pandangannya berlainan. Saya diceritakan bagaimana beliau
Namun Allahyarham Fadzil Noor pandangannya berlainan. Saya diceritakan bagaimana beliau
berpandangan jauh ke hadapan - hujah Allahyarham begini:
Jika kemarahan dan kebangkitan rakyat ketika itu dicedok oleh Pas semata-mata, bagaimana dengan
Jika kemarahan dan kebangkitan rakyat ketika itu dicedok oleh Pas semata-mata, bagaimana dengan
mereka yang marah tetapi tidak selesa dengan Pas?
Ada orang Cina, India, Melayu, professional, liberal dan pelbagai rencam lagi yang sebelum ini tidak
Ada orang Cina, India, Melayu, professional, liberal dan pelbagai rencam lagi yang sebelum ini tidak
berminat politik tetapi menjadi aktivis. Jika mereka serasi dengan Pas, sudah tentuk mereka menyertai
Pas dari awal.
Maka demi kelangsungan sebuah gerakan rakyat anti Barisan Nasional yang lebih luas dan
Maka demi kelangsungan sebuah gerakan rakyat anti Barisan Nasional yang lebih luas dan
terangkum, Allahyarham Fadzil Noor antara yang paling kuat menyokong penubuhan Keadilan
walaupun ia nampak merugikan Pas pada ketika itu.
Bukan sahaja menyokong, Allahyarham memberi laluan kepada PKR yang baru berumur 6 bulan
Bukan sahaja menyokong, Allahyarham memberi laluan kepada PKR yang baru berumur 6 bulan
bertanding di 59 kerusi parlimen dalam pilihanraya 1999; setara dengan kerusi ditandingi
Pas (63 kerusi) dan DAP (46 kerusi). Pilihanraya Umum 1999 menyaksikan prestasi terbaik Pas
dalam sejarah Malaysia - menang kerusi terbanyak 27 kerusi parlimen, Allahyarham
menjadi Ketua Pembangkang dari Pas yang pertama dan Pas menjadi kerajaan negeri Terengganu.
Pada masa yang sama, gelombang reformasi terus subur apabila PKR menang lima kerusi
Pada masa yang sama, gelombang reformasi terus subur apabila PKR menang lima kerusi
parlimen untuk membuka ruang kepada politik pelbagai kaum yang kini ditunjangi PKR. 10 tahun
selepas itu, sahabat baik beliau Anwar membina kejayaan itu dan menafikan kemenangan dua
pertiga Barisan Nasional dalam PRU12 2008.
Oleh kerana BN tiada lagi kuasa dua pertiga itu, maka kerusi-kerusi baru tidak boleh
Oleh kerana BN tiada lagi kuasa dua pertiga itu, maka kerusi-kerusi baru tidak boleh
diwujudkan yang menyebabkan Barisan Nasional terus lemah sehingga hari ini.
Itu kebijaksanaan Allahyarham beliau nampak kemenangan di masa hadapan bukan kemenangan
Itu kebijaksanaan Allahyarham beliau nampak kemenangan di masa hadapan bukan kemenangan
singkat di depan. Beliau tahu keterbatasan sesuatu parti dan tidak cuba menunggang gelombang
reformasi sebaliknya memberi ruang kepada PKR bertapak. Beliau tidak lupa persahabatan dan setiakawan
dengan Anwar walaupun mereka di dalam parti berbeza.
Ramai dari kalangan pimpinan Amanah sekarang adalah anak didik Allahyarham kerana
Ramai dari kalangan pimpinan Amanah sekarang adalah anak didik Allahyarham kerana
Allahyarham bertungkus lumus membawa masuk dan mendidik golongan profesional agar
berjuang melalui Pas.
Dalam tahun 2000, saya berpeluang mengaturkan rombongan pembangkang Malaysia diketuai oleh Allahyaram,
Dalam tahun 2000, saya berpeluang mengaturkan rombongan pembangkang Malaysia diketuai oleh Allahyaram,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kedua-duanya Ahli Parlimen) dan Dr Hatta Ramli (ketika itu
Setiausaha kepada Allahyarham) berjumpa dengan Ahli Parlimen dan menteri kerajaan British.
Saya menyokong Amanah dari awal. Saya tidak pernah menyembunyikan rasa terhutang budi
Saya menyokong Amanah dari awal. Saya tidak pernah menyembunyikan rasa terhutang budi
saya kepada Allahyarham bagi pihak PKR dan secara peribadi. Saya ingat jasa-jasa sahabat dan
setiakawan mereka mempertahankan PKR semasa mereka di dalam Pas dahulu.
Saya juga menyokong Amanah kerana saya percaya masyarakat memerlukan persaingan
Saya juga menyokong Amanah kerana saya percaya masyarakat memerlukan persaingan
sihat dalam pembawaan dakwah Islam melalui jalan politik kepada masyarakat Malaysia yang
pelbagai rencam. Saya tidak melihat Amanah sebagai musuh PAS atau sebaliknya -
saya melihat
Amanah dan Pas saling bersaing dan satu ketika nanti saling melengkapi.
Maka saya tidaklah berniat untuk menyalahgunakan nama Allahyarham untuk meraih undi.
Maka saya tidaklah berniat untuk menyalahgunakan nama Allahyarham untuk meraih undi.
Saya sayang kepada beliau seperti mana saya sayang kepada Anwar kerana saya tahu
sumbangan Allahyarham kepada PKR dan pakatan pembangkang yang ada.
Saya hanya berharap sahabat-sahabat saya yang lain di dalam PKR tidak melupakan jasa dan
Saya hanya berharap sahabat-sahabat saya yang lain di dalam PKR tidak melupakan jasa dan
setiakawan Allahyarham Fadzil Noor, lalu saya menyeru mereka untuk turun membantu calon
Amanah kerana kedudukan Amanah itu mengingatkan saya kepada kedudukan PKR semasa
kami mula-mula wujud dahulu.
Mastura jadi 'kambing hitam' BN untuk menangkan Pas, dakwa rebel Umno
| DALIA ISMAIL
BN mempunyai strategi untuk 'tidak menang' pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar kerana akan memberikan laluan kepada Pas untuk menang dalam pertandingan tiga penjuru 18 Jun ini.
Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa, strategi itu dilakukan untuk menarik undi orang Melayu agar diberi kepada Pas ekoran calon BN Datin Mastura Mohd Yazid bukanlah calon popular dalam Umno.
"Umno sengaja meletakkan calon tidak popular dari Umno untuk bertanding walaupun mendapat tentangan ahli Umno dan pemimpin di Kuala Kangsar.
"Saya nak tanya Umno adakah ini salah satu daripada cara Umno untuk mengorbankan semangat Umno demi kesepakatan kerjasama Umno dan Pas.
"Adakah ini strategi menunjukkan bahawa perpaduan antara Pas-Umno dalam politik sedang berlaku apabila Umno sanggup letak calon tidak popular yang menimbulkan kemarahan pemimpin dan ahli parti di negeri ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Kamarul Azman berkata, dengan strategi meletakkan Mastura, membuka ruang kemenangan Pas di Kuala Kangsar dan BN akan menang di Sungai Besar.
"Macam ada satu kesepakatan untuk menentukan bahawa Pas akan menang di Kuala Kangsar dan BN di Sungai besar. Itu yang kami nampak sebenarnya.
"Ahli dan pemimpun Umno sebenarnya ramai yang kecewa. Mereka tidak puas hati seakan hari ini Umno ketandusan pemimpin sehingga perlu mengenengahkan calon yang masih dalam edah untuk bertanding.
"Ini semata-mata kerjasama Umno-Pas kali ini Umno sanggup mengalah," ujarnya.
Sementara itu bekas Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman dilapor turut meramalkan BN berdepan kesukaran untuk memenangi PRK Kuala Kangsar kerana kegagalan memilih calon yang sesuai.
Jelas Hamidah, pergerakan dan penglibatan calon BN pasti terbatas sepanjang kempen berlangsung kerana masih dalam tempoh edah ekoran kematian suaminya Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lalu.
Sebelum itu Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail turut mengumumkam di media sosial akan bertanding sebagai calon bebas kerana kecewa dengan keputusan BN memilih Mastura sebagai calon.
Mastura, 55, graduan undang-undang daripada Lincoln's Inn United Kingdom dan pernah bertugas sebagai peguam.
Ibu kepada empat orang anak ini ialah AJK Umno Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga.
Meskipun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi namun ramai mengetahui Datin Mastura ialah penasihat dan teman setia arwah suaminya sebagai wakil rakyat di Bukit Chandan dan seterusnya mewakili Parlimen Kuala Kangsar.
Pada 18 Jun ini Mastura akan berhadapan dengan calon Pas Dr Najihatulsaleha Ahmad dan Dr Ahmad Termizi Ramli calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan.
Bukan DAP rampas tanah Melayu Pulau Pinang, tapi sekutu baru Pas
| MALAYSIA DATELINE
DAP menyelar kenyataan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Alias yang cuba menyemarakkan emosi perkauman dengan menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak berlaku adil terhadap penduduk Melayu berhubung isu tanah di negeri tersebut.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Syerleena Rashid, berkata dakwaan oleh ahli Pas itu seolah-olah cuba ‘meniru’ budaya Umno yang sentiasa mengaitkan sebarang isu melibatkan DAP dengan sentimen perkauman.
Kenyataan Hafiz bahawa semua pihak perlu menuntut agar kerajaan negeri mengekalkan ‘tanah milik Melayu’ dengan meminta semua konstituensi di Pulau Pinang menentang dasar-dasar kerajaan negeri bercanggah dengan fakta dan bukti sedia ada.
Malah, Syerleena menegaskan, Pas ‘buat-buat lupa’ dengan segala perlakuan Umno selama ini yang telah banyak merampas tanah-tanah milik Melayu dengan harga murah melalui syarikat proksi dan kemudian menjualkannya dengan harga yang lebih tinggi.
"Contohnya seperti apa yang berlaku di Kampung Terang Balik Pulau. 31 pemilik tanah Melayu menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd dengan jumlah kira-kira RM8.56 juta pada Januari 2012. Syarikat itu kemudiannya menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn Bhd dengan harga sekitar RM13.45 juta pada Mei tahun yang sama.
"Keuntungan sebanyak RM5 juta, hanya dalam masa 5 bulan. Ini secara terang-terangan merupakan satu eksploitasi terhadap sistem sedia ada dan eksploitasi terhadap penduduk Melayu dengan cara yang sangat jijik.
"Jangan kita lupa bahawa dua anggota Lembaga Pengarah Maison Heights pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Pengerusi Pilihanraya Barisan Nasional, Datuk Omar Faudzar," lapor Roketkini.com.
Menurut Syerleena yang juga ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), kerajaan negeri di bawah pemerintahan DAP telah berusaha sedaya-upaya membantu menyelesaikan masalah penduduk dengan pemaju di negeri itu.
Katanya, perkara itu jelas dibuktikan dengan kerja keras kerajaan negeri menuntut agar hak rakyat dipelihara dan diberi pampasan oleh pemaju seperti dalam kes Kampung Permatang Tok Subuh di Bukit Mertajam dan Kampung Chetty di Bukit Feringghi sebelum ini.
Oleh itu tegasnya, Pakatan Harapan sentiasa mengambil langkah yang terbaik demi keadilan sosial bagi mempertahankan hak kemanusiaan setiap individu di negara ini tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
"Percaturan yang dimainkan oleh Pas dengan menuduh DAP dan Pakatan Harapan melalui dakwaan tidak berasas dan tanpa bukti kukuh hanya menunjukkan betapa gelabahnya Pas ketika ini untuk menawan hati sekutu politiknya yang baru," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)