Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin membuka ruang untuk membincangkan kemungkinan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang semakin hampir.

 






Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin membuka ruang untuk membincangkan kemungkinan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang semakin hampir.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui hubungan rapatnya dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi ruang kepada mereka untuk berhubung dan bertukar pandangan mengenai perkembangan politik semasa, termasuk kemungkinan kerjasama pada pilihan raya negeri akan datang.
Menurut Saifuddin, beliau dan Ab Rauf merupakan sahabat lama dan sering berhubung walaupun berada di lokasi berbeza.
Malah, beliau berseloroh bahawa setiap kali berada di Melaka, beliau akan singgah ke rumah Ab Rauf untuk menikmati asam pedas.
Namun di sebalik hubungan peribadi itu, Saifuddin memberi bayangan bahawa apabila PRN semakin dekat, topik kerjasama PH-BN tidak mustahil akan turut dibawa ke meja perbincangan.
Pendirian itu selari dengan kenyataan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari yang sebelum ini menyatakan keterbukaan untuk berunding dengan mana-mana pihak.
Dalam masa sama, Ab Rauf turut membuka pintu BN Melaka seluas-luasnya menerusi formula BN Plus.
Ini menjadikan PRN Melaka semakin menarik kerana rundingan kali ini bukan lagi sekadar soal siapa bertanding di mana, tetapi siapa sanggup mengetepikan persaingan lama demi membina formula kemenangan baharu.
Jika PH dan BN benar-benar duduk semeja, Melaka berpotensi menjadi satu lagi ujian besar kepada formula Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.
Persoalannya kini bukan lagi “boleh atau tidak mereka bekerjasama”, tetapi “berapa harga politik yang perlu dibayar untuk mencapai kesepakatan?”.
Dalam politik, sahabat boleh menjadi rakan strategik, tetapi apabila sampai ke meja rundingan kerusi, persahabatan akan diuji dengan satu perkara paling sensitif siapa dapat apa.






Ancaman sebenar orang Melayu adalah dadah dan kemiskinan

 


Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ancaman sebenar terhadap Melayu adalah apabila mereka terus dibelenggu kemiskinan dan gejala penagihan dadah yang serius.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan kedudukan orang Melayu di negara ini tidak terancam disebabkan kewujudan kaum lain.

“Saya ingin kata bahawa orang Melayu dan orang Islam terancam bukan kerana kewujudan kaum lain di negara ini, Melayu tidak terancam kerana ada orang Cina di negara ini. Melayu tidak terancam kerana ada orang India dalam negara ini.

“Melayu terancam kalau orang Melayu miskin. Melayu terancam kalau orang Melayu paling banyak terlibat dengan masalah dadah, ini ancaman terhadap orang Melayu,” katanya.

Saifuddin yang kini menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) kelmarin.

Trend membimbangkan

Menurutnya, secara purata kira-kira 560 bagi setiap 100,000 rakyat terjebak dengan gejala penagihan dadah, memetik data Kementerian Kesihatan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Malah, angka itu menunjukkan trend membimbangkan di beberapa negeri majoriti Melayu yang mencatatkan angka melebihi 1,000 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Bila angka itu saya petik dari Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, di negeri ini semuanya melebihi 1,000 bagi setiap 100,000 penduduk (terlibat dengan penagihan dadah).

“Maksudnya, ancaman terbesar orang Melayu ialah kerana anak-anak Melayu terjebak dengan dadah, kebetulan atau tidak, suratan atau kebetulan, yang paling tinggi adalah negeri-negeri (ramai) Melayu,” tegasnya.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata, kumpulan umur antara 15 hingga 39 tahun mencatatkan penglibatan tertinggi dalam aktiviti tidak sihat itu.

Jelasnya, mereka mempunyai tahap pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bila kami tidak tumpukan kepada membangunkan negeri, kamu hanya bangkitkan DAP, DAP, DAP, (tetapi negeri) kamu tak jaga, peluang pekerjaan tidak wujud, anak muda terlibat dengan dadah.

“Kalau ditanya kepada saya bagaimana Melayu terancam, Melayu terlibat dengan dadah ini ancaman kepada bangsa Melayu,” tegas Saifuddin lagi.





"BN TAMAT SEMUA KERJASAMA DENGAN PAS" ! HADI KENA GAME ?


 

Majlis Ulama Umno tak akan pertahan salah laku, penyelewengan dalam Tabung Haji

 


Majlis Ulama Umno menegaskan bahawa parti itu tidak akan mempertahankan sebarang salah laku sekiranya terbukti berlaku di dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (LTH).

Pengerusinya, Datuk Dusuki Ahmad berkata, parti itu menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan sekiranya berlaku penyelewengan di dalam institusi tersebut ketika Barisan Nasional (BN) memerintah.

“Jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa atau pengkhianatan amanah, maka perkara tersebut hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk disiasat dan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang, tanpa mengira kedudukan mana-mana individu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kerajaan menerbitkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji kepada awam pada Julai lalu di mana tempoh siasatan RCI adalah bermula tempoh 2014 hingga 2020, termasuk ketika BN masih menerajui pentadbiran negara.

Perkembangan itu sekali gus menyebabkan perhatian tertumpu kepada Umno susulan pelbagai teguran dan penemuan RCI berhubung pengurusan institusi berkenaan.

Antara penemuan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus serta campur tangan politik dalam pengurusan dan pengagihan keuntungan Tabung Haji, termasuk keputusan berkaitan hibah, caj haji dan bantuan kewangan haji yang didapati dipengaruhi unsur politik.

RCI turut mendapati Tabung Haji sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion bagi tahun kewangan 2017, berbanding keuntungan RM3.4 bilion yang dilaporkan dalam penyata kewangannya.

Laporan itu turut menemukan kelemahan amalan perakaunan, termasuk kegagalan merekodkan rosot nilai terhadap beberapa pelaburan serta pembayaran hibah yang tidak mengambil kira sepenuhnya kesan kemerosotan nilai pelaburan.

Dalam masa sama, RCI mendapati pendekatan agresif membayar hibah tinggi antara 2014 hingga 2017, yang melebihi kemampuan kewangan Tabung Haji, antara faktor yang menyumbang kepada krisis kewangan institusi itu.

Laporan berkenaan turut menyatakan wujud defisit antara aset dan liabiliti Tabung Haji sejak 2014, manakala kedudukan kewangannya berada dalam keadaan kritikal pada 2017.




ELOKS...UMNO TAK KURANG APA PUN KALAU ADA KP UMNO MACAM KO

 









Datuk Norliza Tajudin, 54, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, kali ini atas 10 pertuduhan menerima RM13.4 juta hasil daripada aktiviti haram.

 








Datuk Norliza Tajudin, 54, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, kali ini atas 10 pertuduhan menerima RM13.4 juta hasil daripada aktiviti haram.

Wang itu didakwa dipindahkan melalui cek dan transaksi dalam talian daripada akaun Energy Eco Bhd ke akaun peribadinya serta akaun Aura Emas Trading Sdn Bhd, sebuah syarikat yang beliau menjadi pengarah.
Transaksi tersebut didakwa berlaku antara Februari 2021 hingga Februari 2024 di beberapa cawangan bank sekitar Kuala Lumpur.
Pertuduhan dibuat mengikut undang-undang pencegahan pengubahan wang haram atau AMLA.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai wang berkenaan atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.
Kalau dikira berdasarkan RM13.4 juta, denda minimumnya secara teori boleh mencecah sekitar RM67 juta.
Norliza mengaku tidak bersalah dan mahkamah mengekalkan jaminan RM100,000 serta syarat tambahan yang dikenakan dalam kes sebelumnya.
Kes ini berkait dengan tujuh pertuduhan pecah amanah RM10.55 juta yang dihadapi Norliza bersama bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
Wang pelabur itu didakwa sepatutnya digunakan untuk perniagaan pembuatan sarung tangan patuh syariah.
Bezanya, pertuduhan lama mempersoalkan bagaimana wang yang diamanahkan digunakan, manakala pertuduhan baharu pula meneliti penerimaan dan pemindahan wang yang didakwa berasal daripada aktiviti haram.
Kedua-dua kes akan dibicarakan bersama dan disebut semula pada 29 Oktober, tetapi semua tertuduh masih belum disabitkan bersalah.






Myanmar sahkan hampir 309,000 pelarian Rohingya layak pulang



 Myanmar sahkan hampir 309,000 pelarian Rohingya layak pulang

Myanmar dilaporkan mengesahkan hampir 309,000 pelarian Rohingya layak untuk kembali ke negara asal mereka.
Perkembangan ini dilihat sebagai langkah penting dalam usaha menyelesaikan isu pelarian Rohingya yang berlarutan.
Apa pendapat anda? 👇 feeling excited in Kuala Lumpu






DAP ada 40 kerusi bagaimana mahu ubah perlembagaan? Pi ceramah depan walaun sudah lah



DAP ada 40 kerusi bagaimana mahu ubah perlembagaan?

Untuk ubah perlembagaan perlu 2/3 dari 222 kerusi Parlimen iaitu 148 kerusi.
Mudahnya walaun kena cong.





PH PUNYA LA BANGGA SIMPAN....AKHIRNYA NAMA ORANG LAIN YANG NAIK

 

1. Peruntukan RM180,000 yang dibangkitkan telah dijawab oleh YAB MB Dato Ismail Lasim mengikut punca kuasa yang diperuntukkan. Segala laporan perbelanjaan yang digunakan dan dipulangkan ada pada Menteri Besar. Takkan tak percaya dengan Menteri Besar sendiri ?

2. Pengiraan rizab ni telah diamalkan sejak zaman Tok Isa lagi. Sebagai ADUN dan Mantan Exco sepatutnya lebih faham bagaimana jumlah rizab itu didapati sehingga menjadi RM1.3B dikira bersama rizab tunai dan akaun amanah. Tunggulah pembentangan Belanjawan 2027 nanti untuk melihat jumlah sebenar rizab yang akan diumumkan oleh Menteri Besar Tok Mail, nanti boleh tanya.

3. Bonus 2 + 1 bulan bukan retorik. Cuba baca teks yang Tok Mail bentangkan.

𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐁𝐊𝐊) 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐊𝐊 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢) 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐝𝐮𝐚 (𝟐) 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐣𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐦𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐘𝐀𝐁 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟓 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐥𝐮.

𝐀𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐦𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐁𝐊𝐊 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐑𝐌𝟑𝟓.𝟖𝟏 𝐣𝐮𝐭𝐚. 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐊𝐊 𝐝𝐮𝐚 (𝟐) 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐣𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐊𝐊 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐑𝐌𝟏𝟔.𝟏𝟖 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐣𝐞𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔. 𝐍𝐚𝐦𝐮𝐧, 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐑𝐌𝟔.𝟔𝟑 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐢𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚.

𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐑𝐌𝟏𝟑.𝟎𝟎 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢.

Kenapa tidak dibagetkan sepenuhnya sejak awal ? Kerana semasa pembentangan belanjawan dibuat jumlah kutipan hasil sebenar belum diketahui.

Dengan lebihan pendapatan negeri 2025 sebanyak RM 203.2 juta BKK 2 bulan + 1 bulan adalah munasabah dengan baget tambahan sebanyak RM 13 juta.

Insya allah dengan hasil kutipan negeri setakat hari ini sudah mencecah RM 522 juta, insya allah penjawat awam Negeri Sembilan mungkin boleh dapat 3 bulan penuh BKK dan persekutuan RM 500. Aamin.

Kipidap Tok Mail. 

PENDEDAHAN BESAR KAPAL LCS ? MENGEJUT ZAHID ?


 

Kestabilan Politik Amat Penting Tarik Pelaburan, Pastikan Ekonomi Terus Berkembang – PM Anwar 22 hours ago

 


Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Putrajaya pada 18 Ogos 2026.

PUTRAJAYA, 18 Ogos – Kestabilan politik amat penting dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang diyakini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelabur memerlukan keyakinan terhadap kestabilan sesebuah negara sebelum membuat keputusan untuk melabur, selain mengambil kira kekuatan dan prospek ekonomi negara berkenaan.

“Bagi saya, kestabilan politik itu sangat penting bagi negara kita. Orang tidak akan melabur kalau politik itu tidak stabil,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan sesi libat urus Belanjawan 2027, di sini hari ini.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Putrajaya pada 18 Ogos 2026.

Anwar berkata atas pertimbangan itu, beliau memilih untuk memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara bagi membolehkan ekonomi terus berkembang.

Beliau berkata pendekatan keseimbangan antara politik dan ekonomi ada kalanya memerlukan kompromi, namun ia menyebabkan keterbatasan terhadap ruang kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.

“Sebab itu orang sergah saya kerana nampak kompromi. Tapi saya ada pilihan. Bertempur, ekonomi menjunam. Kompromi akan memberi keterbatasan tentang langkah-langkah diambil. Itu antara dua keputusan yang harus dibuat.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Putrajaya pada 18 Ogos 2026.

“Maka saya memilih untuk menjaga supaya politik itu stabil dan ekonomi berkembang,” katanya.

Perdana Menteri berkata pertumbuhan ekonomi yang kukuh akan memberi ruang kepada kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan dan peruntukan bagi memenuhi keperluan rakyat.

Beliau berkata kekuatan asas ekonomi negara ketika ini membolehkan kerajaan berada dalam kedudukan lebih selesa untuk mempertimbangkan tambahan peruntukan, namun setiap permintaan perlu dilihat dalam kerangka makro dan mengambil kira kekangan kewangan negara.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Putrajaya pada 18 Ogos 2026.

Mengenai sesi libat urus Belanjawan 2027, Anwar berkata ia penting bagi membolehkan kerajaan mendengar pandangan pelbagai pihak, termasuk sektor perniagaan, perdagangan, dewan perniagaan dan institusi perbankan yang turut memainkan peranan dalam meningkatkan keyakinan serta keupayaan ekonomi negara.

Beliau berkata meskipun beberapa sektor seperti kecerdasan buatan (AI) dan digital menunjukkan perkembangan, masih terdapat sektor serta perusahaan kecil dan sederhana yang berdepan cabaran dan memerlukan perhatian kerajaan.

Belanjawan 2027 akan dibentang di Dewan Rakyat jam 4 petang – Bernama




PM Anwar Arah Siasatan Segera Nahas Lori Imigresen Tanpa Kompromi

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arah siasatan nahas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pagi tadi meragut nyawa tiga sekeluarga pada 19 Ogos 2026.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Imigresen menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung insiden tragis membabitkan lori agensi itu yang meragut tiga nyawa sekeluarga, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, tindakan sewajarnya mesti diambil jika wujud elemen kecuaian atau pelanggaran undang-undang dalam kejadian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arah siasatan nahas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pagi tadi meragut nyawa tiga sekeluarga pada 19 Ogos 2026.

“Salam takziah buat mereka yang terkorban dalam insiden tragis ini. Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi,” katanya.

Dalam kejadian jam 1 pagi tadi, tiga sekeluarga yang juga pelajan kaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dirempuh lori milik Jabatan Imigresen di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Mangsa terkorban ialah lelaki berusia 53 tahun serta dua anak perempuannya yang masing-masing 25 dan 12 tahun. Mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 43 tahun dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur ke Chow Kit untuk mengambil orang kena tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin.

Katanya, kenderaan itu dipercayai memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah, dalam keadaan lampu ‘beacon’ dan siren diaktifkan.

Sebuah kereta jenis Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu hijau kemudian tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori terbabit hilang kawalan lalu merempuh empat pejalan kaki yang juga satu keluarga.





Batal Terusan Kra: Peluang Emas Malaysia Terus Dominasi Industri Maritim

 


Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) wajar merebut peluang semaksimum mungkin dengan pembatalan terusan Kra di Thailand bagi kekal relevan dengan cabaran industri maritim global.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Keputusan kerajaan Thailand membatalkan projek Terusan Segenting Kra atau “Land Bridge” bernilai lebih USD38 bilion susulan syor jawatankuasa kerajaan yang mendapati projek tersebut dijangka mengalami kerugian secara keseluruhan berbanding unjuran awal yang menjangkakan pulangan ekonomi tinggi, wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh Malaysia untuk menggerakkan ekonomi negara.

Keputusan tersebut menyebabkan kekalnya status Selat Melaka sebagai laluan perkapalan utama dunia yang dilalui lebih 100,000 kapal setahun atau sekitar 250 hingga 300 kapal setiap hari, menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut China Selatan sebagai laluan utama perdagangan antara Asia, Timur Tengah, Eropah hingga Afrika.

Para operator pelabuhan di Malaysia wajar merebut peluang mengukuhkan kedudukan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pelabuhan-pelabuhan lain sebagai hab logistik serantau tanpa ancaman laluan alternatif.

Adalah sukar menggantikan peranan utama Selat Melaka walaupun jambatan darat dibina di Thailand dalam tempoh 10 tahun akan datang yang akhirnya dibatalkan.

Tanpa Thailand dengan pembatalan projek berkenaan yang kini mempertimbangkan alternatif menaik taraf Pelabuhan Ranong serta rangkaian keretapi kargo, Malaysia perlu bergerak pantas memperkukuh projek seperti ECRL bagi memastikan sambungan Pantai Timur-Pantai Barat kekal kompetitif dan tidak ketinggalan dari segi kecekapan operasi pelabuhan.

Ketiadaan ancaman terusan alternatif membolehkan Malaysia menumpukan pelaburan kepada peningkatan kapasiti pelabuhan sedia ada, teknologi automasi pelabuhan, serta menarik lebih banyak pelaburan asing langsung (FDI) dalam sektor logistik dan perkapalan.

Malah, kestabilan jangka panjang laluan Selat Melaka turut membuka ruang untuk Malaysia memperkukuh kerjasama serantau ASEAN dari segi keselamatan maritim, sekali gus mengukuhkan kedudukan diplomatik dan ekonomi negara di rantau ini.

Projek jambatan darat di Thailand mungkin penting buat negara berkenaan tetapi belum terjamin dari segi keselamatan dan keyakinan pelabur apabila barangan mereka merentasi laluan berkenaan.

Kita tidak boleh alpa dengan keputusan berkenaan walaupun buat masa ini atas keputusan negara gajah putih itu semata-mata kerana apa sahaja boleh berlaku dalam sekelip mata.

Langkah terbaik ialah meningkatkan kecekapan dan masa kontena di pelabuhan serta memaksimumkan penggunaan teknologi canggih seperti di negara maju bagi membolehkan pelabuhan negara terus berdaya saing di peringkat global.