CUBA HANG BAGI TAU FASA MANA YANG DAP SENANG SENANG NAK UBAH TU...MACAM KELANTAN BAGI SEWA KA PAJAK RATUS EKAR KE BEKAS PEMAIN BADMINTON DARI TANAH BESAR TU MACAMANA PULAK ?..

 


Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa DAP mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan Malaysia kepada pemerintahan sekular seperti zaman penjajah.






Menurut beliau, pendirian DAP bahawa Perlembagaan asal negara bersifat sekular selaras dengan matlamat yang digariskan dalam perlembagaan parti itu.


“DAP sebenarnya mahu meminda Perlembagaan Persekutuan kembali kepada pemerintahan sekular sepertimana pada zaman penjajah dahulu.


“Walau apa pun hujah yang mereka berikan, DAP tetap mahu melaksanakan pemerintahan sekular,” katanya.


Hadi turut mendakwa DAP menentang pelaksanaan beberapa hukum Islam termasuk qisas, hudud dan takzir, serta membantah usaha memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui RUU 355.


Beliau berkata PAS sebelum ini memilih pendekatan dialog secara damai bagi menjelaskan pelaksanaan hukum berkenaan kepada pemimpin DAP.


Menurutnya, terdapat pemimpin DAP yang menunjukkan sikap positif, tetapi sebahagian daripada mereka kemudian keluar atau disingkirkan daripada parti.


Bagaimanapun, Hadi tidak menyatakan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang didakwanya mahu dipinda oleh DAP dalam tulisan tersebut.





No comments: