Untuk siapakah Kongres Ekonomi Bumiputera?

 


Jika penekanan diberi terhadap pendidikan dan jaringan keselamatan sosial, ia akan berjaya membantu bukan sahaja golongan bumiputera tetapi juga golongan minoriti etnik

Oleh Safiyuddin Sabri

Aiman (bukan nama sebenar) seorang pelajar berumur 17 yang tinggal bersama lima orang dewasa serta enam adik-beradik dan sepupu di rumah pangsa kos rendah dengan dua bilik tidur di Shah Alam.

Masalah keluarga yang dialaminya memaksa beliau tinggal bersama ibu bapanya dan keluarga tiri serta saudara tiri. Bapanya seorang pemandu lori dan ibunya berniaga secara kecil-kecilan. Selain ibu dan bapanya, beliau bekerja di luar waktu sekolah untuk membantu keluarga menampung perbelanjaan seharian.

Kehidupan seperti itu sukar untuk dibayangkan. Bagaimana pula dengan pelajaran Aiman? Bagaimana adik-adiknya akan membesar? Bagaimana pula dengan kesihatan mentalnya?

Inilah realiti kehidupan golongan miskin bandar yang harus menjadi fokus dalam “Kongres Ekonomi Bumiputera 2024” yang akan berlangsung dari 29 Februari sehingga 2 Mac.

Adakah persidangan ini dapat memberikan kesan secara langsung terhadap golongan ini atau hanya menguntungkan pemilik-pemilik perniagaan yang sedia ada agar hidup mereka menjadi lebih senang? Adakah resolusi atau usul daripada kongres ini dapat dinikmati oleh sesetengah, semua atau golongan kelas bumiputera yang memerlukan sahaja?  

Sepuluh kluster yang akan menjadi fokus “Kongress Ekonomi Bumiputera 2024”.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Antaranya ialah reformasi pendidikan dan modal insan, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pilihan kerjaya utama, pengukuhan industri halal, Felda dan tanah wilayah, dan pembangunan desa dan pemerkasaan Orang Asli.

Turut menjadi fokus ialah penerokaan teknologi baharu, penciptaan kekayaan dan penguasaan korporat, daya saing perusahaan bumiputera, serta sosioekonomi bumiputera Sabah dan Sarawak.  

Keterangkuman kaum lain juga dijamin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam kongres ini. Dewan perniagaan etnik Cina dan India turut dijemput untuk membincangkan soal perniagaan kecil dan sederhana bumiputera dan golongan etnik minoriti.    

READ MORE:  Resolusi KEB bagai bercermin di air keruh?

 

Agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera telah lama diperkatakan, namun mengapa ekonomi bumiputera masih jauh ketinggalan? Persoalan yang berkait dengan realiti kehidupan golongan marhaen bumiputera perlu dijawab dalam kongres ini. 

Sistem pendidikan penting dalam membantu memperkasa komuniti. “Tidak ada jalan pintas untuk orang Melayu berjaya melainkan dengan ilmu pengetahuan,” Abdul Razak Hussein dipetik sebagai berkata sebelum Kongres Ekonomi Bumiputera 1965.

Tetapi pada tahun 2022, sebanyak 8.4% pelajar gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Difahamkan juga kongres ini akan membincangkan relevansi kurikulum sekolah rendah dengan pembangunan ekonomi bumiputera.

Pelajar seperti Aiman patut diberikan bantuan dan kemudahan agar beliau dapat menghadapi masa depan yang cerah walaupun menghadapi kesukaran hidup.

Penubuhan Majlis Amanah  Rakyat (Mara) pada tahun 1966 dan perisytiharan Institut Teknologi Mara kepada status universiti (UiTM) pada 1999 merupakan hasil daripada kongres pada tahun 1965.

Agenda pendidikan bumiputera dan pemerkasaan UiTM turut dibahaskan dalam kongres ini. Usul mengenainya akan dibawa oleh Kementerian Pendidikan Tinggi demi peningkatan mutu pendidikan bumiputera.

Namun, bagaimana pemerkasaan pendidikan tinggi ini dapat menangani isu golongan muda, terutamanya golongan bumiputera, yang semakin kurang berminat untuk melanjutkan  pelajaran ke peringkat universiti?

Sistem pendidikan yang berkesan, menyeluruh dan berdaya saing adalah diperlukan untuk membangunkan sesebuah komuniti.

Tetapi hal ini tidak akan berguna jika komuniti tersebut tidak berminat untuk turut serta  dalam sistem tersebut. Adakah melanjutkan pelajaran menjadi keutamaan kepada anak muda seperti Aiman?

Penglibatan dalam sistem pendidikan atau keinginan  untuk menyambung pelajaran berkait rapat dengan jaringan keselamatan sosial yang disediakan oleh kerajaan.

Bagaimana remaja seperti Aiman yang perlu membantu ibunya untuk menanggung adik-beradiknya dapat meneruskan pelajaran? Walhal remaja yang berumur 17 tahun dari golongan yang dapat manfaat daripada kongres ini dapat meneruskan pembelajaran dengan tajaan ibu bapa.  

READ MORE:  Mahathir, loyalty transcends language and culture

 

Percanggahan kepentingan kelas dalam masyarakat bumiputera perlu dijelaskan dan diperbaiki semula. Resolusi kongres ini perlu menyentuh hak dan peluang golongan marhaen bukan golongan elit. Kongres ini juga harus membincangkan jaringan keselamatan sosial bagi golongan yang berpendapatan rendah dalam meneruskan pelajaran mereka.

Tindakan daripada segelintir bumiputera golongan elit menyukarkan peluang komuniti bawahan untuk membangun. Keadaan bertambah parah apabila eksploitasi pekerja asing menutup peluang pekerjaan bumiputera yang tidak berpendidikan tinggi.

Jika Kongres Ekonomi Bumiputera ingin membangunkan golongan bumiputera, isu yang paling afdal yang perlu dibahaskan ialah isu yang melibatkan golongan bawahan – bukan isu yang membabitkan kepentingan golongan elit

Pegangan ekuiti Bumiputera sebanyak 30% juga sering dijadikan kayu ukur apabila memperkatakan pemilikan kekayaan negara. Pada tahun 2021, pegangan ekuiti Bumiputera adalah sebanyak 17.2%.

Persoalan yang timbul ialah siapakah pemegang saham sebanyak 17.2% itu? Adakah ekuiti tersebut kebanyakan dimiliki oleh golongan elit bumiputera sahaja?

Adakah pencapaian kuota 30% menunjukkan bahawa sudah tiada lagi golongan bumiputera yang miskin di bandar dan di luar bandar? Adakah rakyat yang hidup dalam kesusahan dan kepayahan tahu akan cara-cara untuk memiliki ekuiti? Malah saya sendiri pun tidak tahu caranya!

Adakah peningkatan pemilikan ekuiti dapat menjamin kesejahteraan ekonomi bumiputera? Bagaimanakah pegangan ekuiti ini dapat diterjemah kepada kemajuan bumiputera dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah?

Mungkin ini antara persoalan yang patut dipersoal dan dibahas dalam Kongres Ekonomi Bumiputera jika mereka benar-benar ingin membincangkan pembangunan ekonomi bumiputera.

Berkenaan dengan sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah atau di peringkat tinggi, adalah baiknya falsafah pendidikan negara sentiasa dijadikan acuan dan panduan kepada nilai yang ingin diterapkan. Penggubalan kurikulum sekolah seharusnya sentiasa berpandukan falsafah tersebut untuk menjaga kepentingan pendidikan rakyat.

READ MORE:  Mahathir, we are bona fide Malaysian citizens! We don't need to 'become Malay' for that right!

 

Saya yakin jika kongres ini memberi penekanan terhadap pendidikan dan jaringan keselamatan sosial, ia akan berjaya membantu bukan sahaja golongan bumiputera tetapi juga golongan minoriti etnik di negara kita. Ini dapat memastikan golongan bumiputera dapat mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang diinginkan.

Saya mengakhiri dengan satu persoalan yang besar, iaitu untuk siapakah pembangunan ekonomi bumiputera ini?

Safiyuddin Sabri merupakan pelajar sains politik yang sedang menjalani latihan ilmiah di Aliran



Dewan kecoh! MP PN tak faham Bahasa Melayu Tiong, minta henti gulung


Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini meminta Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengarahkan Tiong King Sing menghentikan penggulungannya kerana didakwa butiran yang diberikan tidak dapat difahami. Semasa bangkit dengan memetik peraturan mesyuarat, Awang Hashim (PN-Pendang) mendakwa penjelasan yang diberikan menteri pelancongan, seni dan budaya itu tidak jelas. Bahkan, dakwa Awang secara sinis, Tiong sendiri mungkin tidak faham apa yang diperkatakannya di Dewan Rakyat.



YANG PASTI PEMIMPIN ‘BERPROFIL TINGGI’ MAHU MASUK PKR ITU BUKANLAH AHLI PARLIMEN ATAU ADUN

 

Mungkin benar apa yang dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ini – ramai individu berstatus profil tinggi akan menyertai PKR.

Kata beliau, pihaknya memang ada menerima permohonan daripada pemimpin-pemimpin pembangkang yang mempunyai nama besar di dalam arena politik negara dan berminat untuk menyertai PKR.

Bagaimanapun, Saifuddin dalam temu bual dengan akhbar Utusan Malaysia, menegaskan bahawa PKR tidak menggunakan apa-apa eleman seperti memujuk, mengumpan atau mengugut.

Sebaliknya, katanya adalah lebih bernilai kepada parti jika ia pilihan mereka sendiri.

“Saya boleh mengesahkan masih ada lagi orang-orang yang telah mendatangi dan menghubungi kami sama ada di peringkat saya atau Presiden (Anwar Ibrahim) yang menzahirkan hasrat sama.

“Kalau ada berita di sana, di sini tentang kemasukan anggota biasa Bersatu dan sebagainya itu saya anggap perkara biasa sebab memang kami menerima pada sepanjang masa.

“Setiap bulan apabila saya bermesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), satu agenda khas setiausaha agung membentangkan permohonan menjadi anggota parti mengikut negeri dan cabang di seluruh negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, PKR membuat beberapa ketetapan sekiranya yang memohon dan meminta untuk diterima terdiri daripada mereka berpengaruh.

“Jadi itu mesti diberi justifikasi dan penerangan. Memang ada ada individu high profile yang mohon,” katanya.

Tetapi, siapakah mereka yang dikatakan berprifil tinggi yang mahu menyertai PKR itu?

Kalau hendak beralih parti, sudah tentu mereka yang ingin berbuat demikian bukan bertaraf Ahli Parlimen atau Adun.

Ini kerana Ahli Parlimen atau Adun terikat dengan Akta Anti Lompat Parti di mana apabila mereka beralih parti, kedudukan sebagai Ahli Parlimen atau Adun akan tergugur secara automatik dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Tidak mungkin ada Ahli Parlimen yang sedia berbuat demikian…takkan nak dilepaskan gaji berbelas ribu setiap bulan yang sedang diterima sekarang?

Jika bukan Ahli Parlimen dan bukan juga Adun, masihkah boleh dianggap mereka itu digelar berprofil tinggi?

Lebih-lebih lagi jika mereka itu kalah pada PRU15 lalu, ertinya profil mereka tidak cukup tinggi di mata pengundi.

Dalam pada itu, apakah tujuan mereka sekarang ingin menyertai PKR – mahu mendekati Anwar atas pelbagai kepentingan atau meneroka laluan mencari peluang untuk menjadi calon pada PRU16 akan datang?

Memang tidak salah menerima sesiapa pun sebagai anggota parti, tetapi jauh lebih bermanfaat jika keahlian itu datang daripada rakyat biasa yang mampu menyumbang kekuatan parti bermula daripada ranting, cabang, negeri dan seterusnya ke peringkat pusat.

Mereka yang masuk daripada atas dan hanya ingin berada di atas, biasanya kesetiaannya juga terbatas.

Jika ditakdirkan PKR tiada kuasa lagi selepas ini, mereka pun akan mencari alasan lain untuk berpindah pergi. –

 ShahbudinHusin 13/03/2024.




Buka kantin bulan Ramadan: Wanita KEADILAN P Pinang sanggah Ketua Ulama Pas



Wanita KEADILAN Pulau Pinang melahirkan rasa kecewa atas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahya yang mendakwa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebagai tidak menghormati bulan Ramadan dan sengaja mencetuskan polemik apabila mengarahkan semua kantin sekolah dibuka sepanjang bulan suci tersebut.



Ketuanya Nurhidayah Che Ros berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya dipolitikkan hingga menyebabkan pertelagahan sesama umat Islam kerana percaya tindakan kantin kekal beroperasi mampu mengajar pelajar bertoleransi dan memahami erti puasa sebenar selain meringankan beban ibu bapa menyediakan makanan untuk anak-anak pada waktu pagi.



"Mungkin Datuk Ahmad Yahya dan rakan seperjuangannya kurang peka bahawa tidak semua ibu sempat menyiapkan bekalan makanan untuk dibawa oleh anak-anak di waktu pagi, di samping tanggungjawab dan kewajipan lain yang dipikul oleh wanita di masa kini.



"Tidak mungkin kita tergamak membiarkan pelajar-pelajar ini berlapar sekiranya kantin sekolah tidak dibuka bukan? Islam merupakan agama yang indah, mengajar kita untuk bertoleransi dan mengambil berat tentang kekangan yang dihadapi oleh semua orang termasuk masyarakat yang bukan Islam.



"Beliau perlu sedar, keputusan yang diambil oleh Fadhlina adalah sebagai seorang Menteri yang menjaga hal ehwal sekolah dan pendidikan di seluruh negara dan tidak terhad kepada satu-satu lokaliti semata-mata," katanya dalam kenyataan.



Beliau mengulas kenyataan Ketua Ulama Pas itu yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan Fadhlina tergopoh-gapah membuat keputusan mengarahkan semua kantin sekolah dibuka sepanjang Ramadan.

Nurhidayah berkata, pada hakikatnya kenyataan Ahmad sebenarnya yang menimbulkan polemik sedangkan keputusan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan telah melalui proses perbincangan yang mendalam demi pendidikan anak-anak di negara ini.



"Dengan itu, Wanita KEADILAN Pulau Pinang menyeru semua pihak terutamanya ahli-ahli Pas supaya bersama-sama berlumba-lumba beramal di bulan Ramadan berbanding saling menjatuhkan demi kepentingan politik," ujarnya.

 


 

Temerloh tak selesa dgn sekolah vernakular guna Bahasa lain tapi Temerlo...

Ada lagi pemimpim nama besar akan sertai PKR - Saifuddin


Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai PKR. Faiz yang mengesahkan penyertaan dalam PKR semalam membayangkan perkara itu akan berlaku dengan lebih ketara menjelang pemilihan parti Bersatu yang dijangka berlangsung tahun ini. Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pihaknya menerima permohonan daripada pemimpin yang mempunyai nama besar di dalam arena politik negara dan berminat untuk menyertai PKR.





Kerajaan rancang Kg Bharu sebagai bandar Melayu, bukan tapak warisan


 

Oleh: Abdullah Zaid



Kerajaan tidak bercadang menjadikan Kampong Bharu sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi memastikan pelan pembangunan yang dirancang tidak terganggu.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata sebarang kriteria pengiktirafan UNESCO akan membantutkan cadangan pembangunan di kampung berusia 125 tahun itu.



"Tambahan pula, pengiktirafan warisan mempunyai tiga peringkat bermula daripada tapak warisan yang diberikan oleh Jabatan Warisan Negara, diikuti warisan negara yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, kemudian barulah warisan dunia yang diberikan oleh UNESCO.



"Pengiktirafan warisan di ketiga-tiga peringkat ini mempunyai beberapa kriteria yang perlu dipenuhi dan sesetengahnya tidak dapat dipadankan dengan ciri-ciri semasa Kampung Baru," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.



Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk menggazetkan Kampong Bharu di Kuala Lumpur sebagai tapak warisan UNESCO.



Sebaliknya, kata Dr Zaliha, Kampong Bharu akan dipromosikan sebagai bandar Melayu selaras dengan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung baru 2011 (Akta 733).



"Antara perkara yang menjadi panduan pembangunan Kampong Bharu ialah nilai kebudayaan dan pemuliharaan warisan alam bina, perancangan inovatif dalam pembangunan tanah, pemuliharaan dan penjanaan semula kawasan dan menjaga kepentingan pemilikan orang Melayu.



"Percayalah, kerajaan akan berusaha mengangkat Kampong Bharu sebagai bandar Melayu yang tersergam dengan megah di Kuala Lumpur," ujarnya lagi.



Untuk rekod, Kampong Bharu diwujudkan pada 1899 hasil usaha dan desakan penduduk Melayu tempatan di Kuala Lumpur terhadap pentadbiran British Kolonial dengan Residen British Selangor bersetuju terhadap cadangan penubuhan Kampung Melayu di Kuala Lumpur terletak di antara Sungai Klang dan Jalan Batu.



Benda boleh untung kenapa sebelum ni rugi?




Zuwairi Mohd Yusof


Nampak tak? Sebab itulah pentingnya agenda reformasi.Ini yang pembangkang takut.Jika PMX berjaya pulihkan negara maka hancur harapan mereka nak main sentimen 3R sebagai modal politik.PN PAS,BERSATU bab ekonomi memang hancur.Anda sendiri lihat apa jadi negara ini 33 bulan bawah PN.Bagi Anwar Ibrahim jadi PM10 dan PM11 MALAYSIA untuk 2 penggal penuh iaitu 10 tahun berturut turut anda lihat bagaimana MAS,FELDA,LTAT,KWSP,KWAP di perkasakan dan mencatatkan keuntungan berganda tanpa perlu scam sana scam sini.



JERANTU PERTAMA KALI DAPAT MP PALING NGOK.

 

Oh rupanya berdosa.. Waktu Langkah Sheraton dulu pahala besar?




NOHHHHH- UPSEREYNAPETEY


 

2004 KETIKA MENJALANI PEMBEDAHAN BELIAU KE JERMAN- KINI BELIAU KE JERMAN SEBAGAI PM

 


Zunar


SEKARANG PMX BERADA DI JERMAN SEBAGAI PM. SEBELUM INI PADA 2004, ANWAR KE GERMAN UNTUK RAWATAN SLIP DISC AKIBAT DIPUKUL MASA DALAM TAHANAN DI BUKIT AMAN 1998. SAYA SALAH SOERANG YANG BERSAMA KE ALPHA KLINIK, MUNICH.



ANWAR DISAMBUT DI JERMAN


 

SIAPA BURUNG TIONG ?


 

Rodtang, Khlong & Penempatan Kedah

 






Rodtang, Khlong & Penempatan Kedah

Petarung Muay Thai negara, Johan 'Jojo' Ghazali pernah menyatakan bahawa dirinya tidak mahu diingati sebagai Rodtang seterusnya... sebaliknya mahu diingati sebagai ‘Jojo yang pertama', Johan Ghazali yang pertama.

Memang pada mulanya Johan merasa teruja bila dibandingkan dengan idolanya itu, namun Johan menyatakan dia mahu menjadi dirinya sendiri.

Siapakah Rodtang? Rodtang Jitmuangnon ialah jaguh Muay Thai terkenal dari Thailand, merupakan juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai.

Menariknya, pada Februari 2023 yang lepas, Rodtang telah mengahwini seorang gadis muslim, Aida Looksaikongdin. Malah gadis itu juga adalah seorang petarung Muay Thai. Melalui perkahwinan itu, telah menjadi asbab hidayah buat petarung hebat itu.

Jika Rodtang berasal dari wilayah Phatthalung yang mana dahulunya ialah sebuah negeri Melayu bernama Bedelung bagaimana pula dengan isterinya?

Ini juga sesuatu menarik kerana rumah keluarga Aida terletak di satu komuniti muslim di satu penempatan bersejarah bernama Khlong Sam Wa, satu daerah di Bangkok.

Apakah asal-usul Khlong Sam Wa?

Ini memerlukan kita berbalik ke masa lampau kira-kira hampir 200 tahun yang silam. Ketika itu terjadi beberapa siri serangan Siam ke atas negeri Kedah, Patani, Kelantan dan Terengganu pada tahun 1831, 1836, dan 1838. Terutamanya Kedah dan Patani, apabila kedua negeri itu tewas dalam peperangan dengan Siam, maka ramailah tawanan perang dari kedua-dua negeri itu dibawa ke Siam. Pada tahun 1837, pentadbiran Siam telah mengarahkan para pendatang Cina untuk membina Terusan Saen Seap, yang telah siap dalam tempoh tiga tahun. Kemudian pemerintah Siam ketika itu, Raja Rama III telah memerintahkan pula tawanan perang dari Kedah dan Patani untuk meneruskan pengorekan terusan dan bercucuk tanam serta membenarkan para tawanan perang tadi tinggal di sepanjang Khlong Saen Seap ('Khlong' umumnya dirujuk sebagai terusan dalam bahasa Thai).

Majoriti tawanan dari Kedah telah menetap di sekitar Khlong Sam Wa, Saphansoong, Khlong Saen Saep dan kawasan berhampiran, manakala mereka dari Patani kebanyakannya menetap di sekitar Khlong Saen Saep, Hua Mark, Bangkapi, Nong Chok, Minburi dan kawasan pinggir bandar yang berkaitan.

Para tawanan perang tadi kemudiannya dilayan seperti rakyat biasa yang bebas; ada yang menjadi petani malah pedagang di situ. Komuniti penduduk Melayu yang berasal dari Kedah itu kemudiannya berkembang menjadi antara komuniti muslim di Bangkok sehingga ke hari ini.

~Srikandi

Selamat Berpuasa

*buku ATBMIV: https://shope.ee/5V7PUbI6fy

Rujukan: Legacy of Migration: the Muslim community in

Bangkok oleh Sirima Thongsawang

Kredit: Amar Amran, IG Aida/Rodtang

 

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIGA PENJENAYAH GENG CENTRO DITEMBAK MATI

PDRM
May be an image of 4 people and text

All reaction

Kuantan, 13 Mac 2024 - Tiga penjenayah warga asing Geng Centro disyaki terlibat dalam beberapa kes samun dan pecah kedai emas ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Kilometer 17 Jalan Pekan-Kuantan di sini kira-kira jam 11.30 malam Isnin.

Suspek berusia 34 hingga 44 tahun itu terdiri dua warga Vietnam dan seorang warga Bangladesh.

Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Yahaya Othman berkata, pemeriksaan ke atas kereta Proton Waja dinaiki suspek, polis menemui dan merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama tujuh butir peluru.

Menurutnya, turut ditemui beberapa peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah, dua bilah parang dan dua set nombor pendattaran kenderaan.

"Geng Centro dianggotai tiga warga asing ini dikenal pasti terlibat dalam beberapa kes samun dan pecah kedai emas yang dilaporkan berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang sejak Jun tahun lalu.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.




GELARAN DR....TAPI KELAUT JUGA RUPANYA




Marwan Zulkifli


1. Media sosial sedang ribut tentang isu pembukaan kantin di sekolah pada bulan puasa. Pada pandangan saya, memang relevan jika ada Muslim yang tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan yang membenarkan kantin-kantin sekolah dibuka untuk memudahkan para pelajar bukan Muslim mendapatkan makanan waktu rehat.

2. Saya menyebut relevan kerana ada sudut pandang yang boleh diterima. Namun, dalam masa sama tidak patut untuk bermudah-mudah menggunakan label yang diguna secara longgar seperti liberal atau “rahmah yang tidak rahmah”. Sebabnya ini isu polisi yang ada sisi pro dan kontra.

3. Memang mudah sahaja untuk mengutip pendapat-pendapat ulama yang bertegas dalam soal ini dengan menggunakan kaedah “bukan Muslim menjaga sensitiviti umat Islam di negara Islam” sama ada dalam karangan klasik mahupun kontemporari. Katakan, secara umumnya kita boleh menerima kaedah itu sebagai salah satu yang penting demi keharmonian masyarakat, namun sejauh mana isu membuka kantin yang sedang hangat ini termasuk dalam aplikasi kaedah tersebut? Adakah dengan arahan membuka kantin itu bermaksud menggalakkan agar tidak menjaga sensitiviti umat Islam? Kalau tidak makan di kantin, adakah kena makan di kelas atau di tempat duduk berhampiran kelas yang lagi mudah dilihat anak-anak pelajar Muslim?

4. Saya berpandangan isu tersebut tidak termasuk dalam kategori tidak menjaga sensitiviti kerana yang diarahkan untuk dibuka ialah kantin. Para pelajar Muslim tidak pergi ke kantin ketika bulan puasa. Malah saya fikir, dengan sikap mudah menghukum sebahagian masyarakat hari ini, pelajar Muslim yang ada keuzuran daripada berpuasa seperti sakit dan sebagainya pun tidak akan pergi ke kantin pada bulan puasa. Jadi, pengasingan sudah berlaku dan makan di kantin sekolah pada bulan puasa sudah tidak termasuk melanggar sensitiviti.

5. Apatah lagi isu ini melibatkan para pelajar yang dalam usia adik dan anak kita walaupun mereka tidak seagama dengan kita. Tidak sewajarnya kita berlebih-lebihan hingga ke tahap ini.

6. Oleh yang demikian, isu ini melibatkan dasar awam, justeru bersifat boleh dibahaskan lagi sudut-sudut maslahah dan mafsadahnya. Pandangan yang dipetik daripada beberapa fuqaha' juga sebenarnya bersifat tarik-menarik antara maslahah dan mafsadah. Pihak pentadbiran sekolah juga boleh diberi kepercayaan untuk mengurus isu ini dengan bijaksana dalam kerangka kebenaran membuka kantin oleh pihak kerajaan. Jadi, tiada pandangan muktamad dan terlampau jelas sehingga boleh laju dan melampau dalam memberi aneka label kepada pihak yang dikritik.

7. Adakah ini bermaksud orang Islam terlalu mengalah, terlampau toleransi atau “terpaling” rahmah? Jawabnya, saya tidak faham mengapa tindakan sebegini dianggap sebagai “mengalah” dari pihak Muslim? Apa sebenarnya yang kita telah mengalah? Lagi-lagi hal ini melibatkan anak-anak pelajar yang senegara dengan kita dan ruang kantin pula tidak lagi dikunjungi pelajar Muslim pada bulan puasa sebagaimana telah diterangkan sebentar tadi. Kita juga tidak sesekali mengalah dari segi kepercayaan bahawa puasa wajib kepada Muslim. Kita juga bersetuju bahawa pendidikan kepada pelajar untuk berpuasa adalah dengan menyediakan suasana yang menyokong mereka untuk berpuasa. Jadi, tidakkah wajar kita berdebat isu sebegini dengan sekadarnya tanpa melampau?

8. Saat isu yang terbuka kepada perdebatan ini dibingitkan secara berlebihan oleh sesetengah ahli akademik dan agamawan, anehnya sebahagian pihak pandang sepi sahaja isu 164 tuduhan pecah amanah, menipu dan terbabit pengubahan wang haram atas penderitaan rakyat Palestin. Sedangkan isu pecah amanah ini lagi wajar diberi perhatian besar termasuk mendesak kerajaan bertindak dengan peraturan lebih jelas untuk mengawal pertubuhan dan NGO yang mengutip dana awam dan kegiatan kemanusiaan.

9. Selamat berpuasa, berbahaslah dan promosilah pandangan anda tapi jangan melampau.