FASILITI UNTUK ORANG AWAM TIADA.




 “Perancangan bandar perlu berubah. Pada tahun pertama saya mengendalikan Wilayah Persekutuan, tidak ada tumpuan kepada isu perumahan dan gerai-gerai usang. Saya arahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk beri tumpuan kepada isu ini.


“Kita ada banyak warung yang telah dinaik taraf dengan lebih banyak fasiliti asas, air dan sebagainya.


“Kemudian fasiliti untuk orang awam termasuk taman hijau. Kita ada spa, restoran dan fasiliti terbaik untuk orang kaya, tetapi tidak untuk orang awam,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap dalam majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jerman, pada Selasa.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



No comments: