Kuantan, 13 Mac 2024
- Tiga penjenayah warga asing Geng Centro disyaki terlibat dalam beberapa kes
samun dan pecah kedai emas ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan
dengan polis di Kilometer 17 Jalan Pekan-Kuantan di sini kira-kira jam 11.30
malam Isnin.
Suspek berusia 34
hingga 44 tahun itu terdiri dua warga Vietnam dan seorang warga Bangladesh.
Ketua Polis Pahang,
CP Dato' Sri Yahaya Othman berkata, pemeriksaan ke atas kereta Proton Waja
dinaiki suspek, polis menemui dan merampas sepucuk pistol jenis Glock 17
bersama tujuh butir peluru.
Menurutnya, turut
ditemui beberapa peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah, dua
bilah parang dan dua set nombor pendattaran kenderaan.
"Geng Centro
dianggotai tiga warga asing ini dikenal pasti terlibat dalam beberapa kes samun
dan pecah kedai emas yang dilaporkan berlaku di Selangor, Negeri Sembilan,
Perak dan Pahang sejak Jun tahun lalu.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.