Terkini! Kerajaan PN Perak bakal tumbang?
October 12, 2020
Tidak mustahil pentadbiran Perak pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan tumbang jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan, menurut beberapa pemimpin PH negeri itu.
Ini kerana mereka mendakwa hubungan antara Umno dan Bersatu di Perak seperti “bom jangka” yang boleh meletup pada bila-bila masa.
Menurut Adun Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad, ada desas-desus mengatakan sebahagian pihak dalam Umno Perak tidak senang dengan Faizal yang juga merupakan timbalan presiden Bersatu.
“Saya boleh nampak ketegangan Umno dan Bersatu dalam banyak isu di negeri ini.
“Contohnya, kerajaan negeri masih tidak menyelesaikan isu pelantikan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), masih tiada pelantikan.
“Selain itu, isu salah guna kuasa dan kelemahan pendadbiran di Perak bukan dibangkitkan oleh PH sahaja, sebaliknya ahli Umno sendiri,” dakwanya kepada Malaysiakini.
Varisai yang juga Ketua Penerangan PKR Perak mengulas kenyataan Anwar Ibrahim bahawa dia akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok (13 Oktober) mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Ia kira-kira tiga minggu selepas Anwar membuat sidang media bagi mengatakan dia memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.
Untuk rekod, pentadbiran di Perak juga bertukar daripada PH kepada Perikatan Nasional (PN) berikutan perubahan yang sama di peringkat persekutuan.
Hubungan yang kian tegang
Varisai mendakwa sekurang-kurangnya enam Adun Umno sedia untuk bekerjasama dengan PH di Perak.
“Secara peribadi saya ada hubungan baik dengan beberapa Adun Umno yang kata mereka telah menekan pimpinan Umno agar menukar menteri besar dari kalangan parti mereka.
“Saya ramal kebanyakan Adun Umno akan mengikut langkah di pusat jika Anwar menubuhkan kerajaan bersama anggota Parlimen dari parti mereka.
“Setahu saya sekurang-kurangnya enam Adun Umno yang telah sedia berbuat demikian,” dakwanya lagi.
Sebelum ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia dimaklumkan ramai Ahli Parlimen Umno dan BN yang menyokong Anwar dan dia tidak boleh menghalang perkara itu.
Bagaimanapun kenyataan itu dikritik beberapa pemimpin parti itu yang menyifatkan Zahid selaku presiden perlu menetapkan hala tuju yang jelas untuk Umno.
Semalam pula, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan serta Setiausaha Agung BN dan Muafakat Nasional Annuar Musa masing-masing menegaskan Ahli Parlimen parti mereka kekal menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, bekas menteri besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa sejumlah Adun akan mengikut jejak langkah Ahli Parlimen kawasan mereka untuk menyokong PH.
“Adun-adun ini akan mengikut MP Umno dari kawasan mereka yang menyokong Anwar di peringkat pusat,” dakwanya ketika dihubungi.
Dia yang merupakan Adun Sungai Rapat itu mendakwa perkara sama juga akan berlaku di Kedah, Melaka dan Johor.
Tidak mustahil gabungan Umno-PH
Bekas exco kerajaan negeri A Sivanesan pula berpendapat tidak mustahil untuk kerajaan PN tumbang, dengan membangkitkan jumlah kerusi yang dipegang Umno dan DAP di Perak.
“Bagi saya, gabungan Bersatu, Umno dan PAS di Perak umpama satu ikatan terpaksa walaupun tidak setuju dengan banyak perkara.
“Kalau mengambil kira kerusi dikuasai DAP dan Umno di Perak, sudah mencukupi untuk majoriti dua pertiga,” kata Adun Sungkai itu.
Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri. Selepas PRU14, PH menguasai 30 kerusi yang terdiri daripada 18 kerusi DAP, Amanah (enam), PKR (empat) dan Bersatu (dua
Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) Perak kini menguasai 35 kerusi dengan Umno (25), PAS (tiga), Bersatu (empat) dan tiga kerusi bebas (yang dipegang oleh bekas anggota DAP dan Amanah).
Hanya 24 kerusi DUN kekal bersama PH.
Menurut Sivanesan yang merupakan naib pengerusi DAP Perak, lebih mudah untuk bekerja dengan “musuh” berbanding “pengkhianat”.
“Ketika menjadi exco, saya biasa terima panggilan daripada pemimpin Umno yang minta bantuan berkaitan isu rakyat dan kawasan dan saya bantu mereka.
“Maka, tidak mustahil untuk menubuhkan kerajaan yang merangkumi Umno dan PH dalam satu gabungan,” katanya lagi.
‘Mimpi ngeri’
Bagaimanapun Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad menafikan bahawa Adun parti itu sedia bekerjasama dengan PH walaupun mungkin berlaku perubahan di peringkat persekutuan.
“Ia satu mimpi ngeri. Kita (Umno Perak) yang tubuhkan gabungan PN di Perak. Jadi tiada sebab bagi kami menyokong Anwar.
“Mungkin di persekutuan betul (ada MP sokong Anwar). Ada yang kata kerusi (kedudukan PN) sedang goyang tetapi tidak di Perak.
“Kami ada 35 kerusi…tidak ada goyang. Tak perlu mengalih sokongan kepada PH,” katanya lagi.
Sumber: Malaysiakini
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
Saya baca satu kenyataan dari MB perak menyebut beliau telah
menukar setiausaha politik beliau...
Tahniah kepada perak negeri kelahiran ku
SEGALA TUDUHAN ADALAH KEJAHATAN DALAM DIRI TUAN!
Mahathir kata "Anwar tak layak PM", maka sejak itu
semua pemimpin tidak layak diangkat menjadi PM!
Mahathir cakap "Anwar ada isu moral" Sejak dari itu
semua yang tidak bermoral memimpin negara, buktinya perompakan harta negara,
rasuah bermaharajalela!
Semua yang Mahathir tuduh Anwar ada dalam dirinya. Dizahirkan
kepada Anwar agar dia bersinar! Jika 1998 Mahathir ingat dia lawan Anwar, 2020
ni dia melawan kebenaran, dia melawan Tuhan. Cuma dia tak sedar kerana dalam
hatinya hanya punya kaya dan kuasa. Bila Allah akan berada dalam hatinya?
Apabila perut sudah penuh dengan tanah!
Mahathir adalah contoh kepada rakyat Malaysia, untuk belajar.
Maka setiap rakyat dan YDPA sedang diberi pilihan samada memilih menegak
kebaikan atau meneruskan kebatilan.
Oleh itu, BUKAN Anwar yang mereka lawan tetapi kebaikan dalam
diri mereka! Anwar tidak kalah, hanya kejahatan dalam dirinya yang rebah!
Jadi sebagai manusia belajar lah. Cuma setelah sekian lama yang
batil berkuasa, kita merayu dengan Allah yang hak pula tertegak.
Teruslah bermunajat untuk kebaikan negara dan rakyat. Tiada
kekeliruan antara kejahatan dan kebaikan sejelas kekufuran dan keimanan.
Wallahu'alam.
ANWAR BRJUANG BANTU ORANG MISKIN SEJAK DI SEKOLAH
Kami Sayang Dato Seri
Anwar Ibrahim
masuk MCKK melalui keputusan peperiksaan khas yg perlu diduduki.
Seingat saya hanya 3 org pelajar dari Pulau Pinang yg terpilih pada waktu itu.
Masa di MCKK beliau terlibat dalam St John, Persatuan Sivik,
Persatuan Bahasa Melayu. Kemudian dikenali sbg pembahas terkenal di Maktab.
Masa junior dia baik dgn Sanusi Junid, senior pada masa di Maktab.
Guru-guru di MCKK pastilah hebat belaka. Pengetua waktu itu
ialah NJ Ryan, sejarawan. Kemudian diganti oleh cikgu Abdul Aziz Ismail,
pengetua Melayu pertama di MCKK. Gurunya ramai termasuk yg dikenali misalnya
(alm.) Abdul Rahman Arshad dan Desmond J. Tate (nama muslim Muzaffar Tate).
Masa di MCKK Anwar didedahkan dgn dunia global sbb mereka perlu
belajar kesusasteraan Inggeris spt. karya2 Longfellow, Wordsworth, Shakespeare,
George Bernard Shaw dan ucapan2 tokoh terkenal spt. Winston Churchill dan John
F. Kennedy.
Pada waktu lapang Anwar sering ajak kawan-kawan ziarah guru
mereka untuk tutorial. DJ Tate, guru sejarah antara yg baik dgn Anwar. Anwar
belajar sejarah Eropah dgn dia. Dia gesa Anwar baca majalah the Economist utk
luaskan penguasaan isu semasa dan bahasa Inggeris.
Sanusi Junid dan Anwar sama-sama ketika Badan Ugama MCKK
dijenamakan semula kpd Badan Revolusi Ugama (BRU), ambil sempena tajuk buku
karya Hamka - Revolusi Ugama. Risalah Sedar menjadi medan penulisan BRU. Mereka
terdedah dgn idea-idea Kaum Muda.
Kemudian, ada gerakan underground Maramunjangan (Mara, Mundur
Jangan!). Mereka selalu bertemu dan berbincang isu-Isu semasa ttg nasib
masyarakat dan peranan mereka utk membawa perubahan.
Antara kegiatan BRU dan Maramunjangan ialah mengadakan kelas
bahasa Inggeris dan dakwah di sekitar Kuala Kangsar. Masa itu juga mereka
belajar bahasa Arab drpd pelajar2 sekolah agama di atas Bukit Chandan. Kira mcm
barter la. Kami ajar bahasa Inggeris, kami belajar bahasa Arab.
Pernah sekali masa keluar berkelah dgn kawan-kawan, hujan lebat
masa mereka hendak balik. Mereka tumpang berteduh di sebuah rumah. Ada seorang
tua duduk di beranda. Dia mengesot mengelak tempias dan air menitik drpd atap
yg bocor.
Bila ditanya “kenapa tidak masuk?”, dia menjawab itu bukan rumah
dia. Dia hanya menumpang dan tidur di beranda itu. Mereka terkejut. Anwar
merasa sangat terganggu dgn jawapan tersebut. Balik ke Maktab beliau minta
Fauzi Rahman jadi tukang kutip duit sumbangan.
Mereka berjaya kutip RM80. Jumlah yg agak besar pada masa itu.
Oh ya, pelajar-pelajar di MCKK pada masa itu ada yg layak dpt biasiswa, ada
elaun bulanan.
Bila balik
kampung di Ceruk Tok Kun, Permatang Pauh, Anwar hidupkan pula kelas-kelas
percuma kpd pelajar-pelajar sekolah di sana. Beliau bersama rakan-rakan sebaya
tubuhkan Belia Teraju Negara (BETERA).
MAHATHIR TAK PERLU LA NAK TEGAKKAN BENANG BASAH…
BOB KELANANG
Sanggup mati daripada serah kuasa. Bubar DUN dalam situasi getir
Covid-19 di Sabah. Paling jahanam ada MP golongan mereka dakwa Covid-19 hanya
sandiwara.
Hasilnya, daripada menjadi kerajaan dan menjadi pembangkang.
Kalau buat undian dalam sidang DUN kan senang. Situasi kekal sama. Kalah...
Kerana sombong kerakusan, rakyat Sabah menanggung Covid-19.
Paling lucu, Mahathir cakap "Paksa Kerajaan buat PRN".
Benda boleh tunjuk sokongan tanpa bubar DUN. Kenapa perlu bubar. Simple. Kalau
dah ada yang nak jadi katak, terima jela kenyataan. Daripada menyusahkan rakyat
sebab Covid-19.
SOLAT HAJAT MOHON DARI MAHA ESA IKHTIAR KITA TERAKHIR
Seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam yang mahukan
kebenaran dan menolak pengkhianatan diseru untuk mengadakan solat hajat pada
malam ini hingga keesokan hari bagi tujuan:
* Semoga Allah memberi taufik dan hidayah serta kesihatan yang
baik kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong dan Raja Permaisuri serta sekelian raja-raja.
* Semoga Allah menyelamatkan negara tercinta kita ini dari
ancaman wabak Covid19 yang berpanjangan.
* Semoga Allah memberi kekuatan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim
serta dipermudahkan usahanya untuk menyelamatkan negara ini dan mendapatkan
kembali mandat rakyat yang telah dikhianati.
"Dan tiada kekuatan selain dari kekuatan Allah Subhanahu
Wataala untuk kita mengadu dan memohon".
WFAUZDIN NS
Covid-19: 563 kes, 2 kematian, lebih 5,000 dirawat
PETALING JAYA: Sebanyak 563 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 2 kematian, manakala kes aktif dirawat di hospital seramai 5,039 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu Sabah mencatatkan 291 kes diikuti Pulau Pinang 141.
Setakat ini Malaysia merekodkan 16,220 kes Covid-19 dengan 11,022 daripadanya disahkan sembuh.
30 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL
TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN ANDA. SILA TEKAN > UNTUK BERITA AWAL PAGI.
ADUN AMANAH SOKONG SEBARANG KEMUNGKINAN POLITIK
Kami, semua ADUN AMANAH Perak bersedia dengan sebarang kemungkinan apa yang berlaku lonjakkan politik tanahair pada hari Selasa ini dan yang dikatakan turut berlaku limpahan di Perak.
Kami serahkan kebijaksanaan pimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk membuat keputusan sewajarnya demi rakyat Perak, kami cukup bersedia untuk mengangkat kembali suara rakyat yang tertangguh sebelum ini.
ASMUNI AWI
Pengerusi AMANAH Negeri Perak
DSAI JUGA AKAN KE BUKIT AMAN PADA SATU TARIKH YANG SESUAI
RINA HAMZAH
Situasi dia camni:
1. Yang tahu senarai sebenar hanyalah Anwar Ibrahim & Yang
di-Pertuan Agong sahaja.
2. Tetapi ada portal (portal fitnah RPK) yang mendedahkan
senarai 121 MP yang menyokong Anwar.
3. Rentetan daripada itu ada beberapa laporan polis dibuat oleh
MP yang namanya di dalam senarai tersebut sedangkan Anwar tidak pernah
mendedahkan nama² MP tersebut kecuali untuk dipersembahkan kepada YDPA sahaja.
4. Polis mula jalankan siasatan setelah laporan dibuat.
5. Bagi memudahkan proses siasatan, Anwar perlu memastikan
keabsahan senarai yang dirujuk. Oleh itu Bukit Aman telah memanggil Anwar
Ibrahim bagi membantu siasatan.
KEMBALIKAN SEMULA HAK RAKYAT SUATU KEWAJIPAN
Semua tahu, kerajaan PH jatuh setelah 22 bulan menjadi kerajaan.
Jatuhnya kerajaan PH bukan kerana ditolak oleh rakyat di dalam pilihanraya,
tetapi apabila berlakunya pengkhianatan di kalangan pemimpin dan beberapa Ahli
Parlimen.
Pengkhianatan ini mungkin gagal jika tidak dibantu oleh pihak
lain. Wujudnya kerajaan pintu belakang ini adalah kerana ianya dibantu oleh
pihak2 lain yang mahu berkuasa tanpa mandat rakyat. Alasan kononnya mahu kepada
sebuah kerajaan melayu Islam tanpa Dap yang lebih baik ternyata gagal. Terbukti
sekarang kerajaan yang ada begitu huru hara dan caca merba. Menteri2nya jauh
lebih ramai dari kerajaan PH sebelum ini namun apa yang mereka lakukan untuk
negara ini? Kerajaan yang wujud hasil dari pengkhianatan tidak akan mendapat
perlindungan Allah.
Islam meletakkan khianat pada tempat yang hina lagi dina, selain
merupakan sebahagian dari tanda-tanda orang munafik. Allah menjelaskan orang
yang beriman tidak boleh mengkhianati amanah yang telah diberikan.
Dalam Surah al-Anfal ayat 27 (bermaksud): Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu
mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.
Dalam Surah al-Hajj ayat 38 bermaksud: “Sesungguhnya Allah
membela orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap
seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.”
Setelah Allah melarang perbuatan khianat, maka ayat ke-107 surah
an-Nisa pula melarang berdebat dan membela orang yang khianat. “Dan janganlah
engkau berdebat membela orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa.”
Maka, jelaslah khianat dan bersubahat dengan pengkhianat begitu
mendapat tempat yang jijik di dalam Islam.
WFAUZDIN NS
Pengumuman perintah kawalan pergerakan kelirukan rakyat - Dr Lee
Pengumuman kerajaan berhubung perintah kawalan pergerakan di beberapa tempat di negara ini sebenarnya mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kata jurucakap Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye.
Tahap 4 PKP: bentuk PKP yang paling teruk
seperti 18/3/2020 apabila semua perkhidmatan yang tidak penting, awam atau
swasta, tidak dibenarkan. Pergerakan manusia dihalang.
Tahap 3 PKP: membenarkan aktiviti berisiko
rendah (contohnya jabatan kerajaan, pejabat, kebanyakan perniagaan kecuali
tempat hiburan dan makan di restoran) untuk disambung semula dengan 'normal
baharu' (iaitu jarak fizikal, memakai topeng, sanitasi tangan, sanitasi kawasan
umum, pemeriksaan suhu dan pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera). Tidak ada
perhimpunan orang yang melebihi 10 orang dalam satu masa.
Tahap 2 PKP: membenarkan kebanyakan
aktiviti termasuk makan di restoran, sekolah dan institusi pendidikan untuk
disambung semula dengan 'normal baharu'. Tidak ada perhimpunan lebih dari 100
orang.
Tahap 1 PKP: biarkan semua aktiviti
termasuk tempat hiburan disambung semula dengan 'normal baharu'. Tiada sekatan
orang ramai selagi jarak fizikal dapat dijaga.
TAK ADA FAEDAH MELAYU BERSATU TAPI KERAJAAN LEMAH
TAK ADA FAEDAH MELAYU BERSATU TAPI KERAJAAN LEMAH
Tak ada faedah Melayu bersatu tapi kerajaan lemah
Ipohmali
Seminggu ni pemimpin PAS kembali meracau.. Baca tajuk Harakah, Pemimpin PAS kata..PAS akan tolak apa apa Kerajaan dengan Ds Anwar dan DAP.. Kata pemimpin PAS dan Ustaz2 depa.. Melayu dan Islam kena Bersatu..Kerajaan Melayu Islam kena di Pertahankan..
Sudah sudah lah..Zaman membodohkan dan Menakutkan Umat Melayu Islam dengan DAP dah berlalu.. Sikit sikit nak takutkan Melayu Islam dengan Ds Anwar.. Sikit nak takutkan dengan DAP.. Persoalannya Apa faedahnya Melayu dan Islam Bersatu pun.. ?
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kalau Kilang Arak, Kelab malam, Pub masih dibuka ? Apa yang berubah.. Tidak ada apa pun… Jadi apa beza kalau DAP perintah pun…
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatu.. kalau nak laksana Hudud dan Qisas untuk pemandu mabuk pun tak mampu..Akhirnya kena patuh dan tunduk kepada cadangan MCA dan DAP dalam perlambagaan yang dulu dituduh Undang2 Penjajah dan Toghut..
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu Kalau kes mati akibat Pemandu Mabuk, Kes Judi, Kes LGBT, Maksiat.. Liberal Melayu tetap berleluasa.. Tangkapan di Keab malam makin meningkat..Takda beza apa pun.. Jadi lantik Mufti jadi Menteri Agama tak guna sekupang dua pun..
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dong Zong yang Ismail Sabri desak haram dulu.. bukan tak diharam.. malah makin berkuasa.. Peruntukan Universitu MCA bertambah..Sekolah Vernakular Tetap macam tu…
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dari Ketua Hakim..Ketua Polis Negara, Pendakwaraya hatta Peguam Negara semuanya Bani Melayu Islam.. Tapi masih tak dapat selesai dan tangkap pembunuh Adib… dulu salahkan Tommy Thomas hanya sebab dia Kapir..
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kes Covid-19 makin teruk.. tak terkawal.. Nak salahkan Pelancong Cina lagi..? Nak salahkan Pemimpin PH lagi.. takda DAP pun.. Menteri Kesihatan,Timbalan Menteri bani melayu ni sorang pun tak berguna.. Dah tutup semua Sempadan Negara dan Negeri..kes tetap memuncak..
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Bukan boleh angkat Ekonomi Islam dan Bumiputera… Jadi Kerajaan pun kempen BMF makin suram.. Masa jadi pembangkang, Beria ia masuk Masjid nak promosikan BMF.. bila wujud Kerajaan Islam, Perniagaan BMF semua hidup segan mati tak mahu.. depa tetap kempen barang buatan Malaysia sama seperti zaman PH..
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu, Kalau nak pertahan tanah sendiri pun gagal..Nak lawan Peneroka haram Musang King pun tak Mampu.. Terbaru Syarikat milik Khazanah UEM Sunrise akan bailout Syarikat Hartanah Taikun Cina Eco World yang dulunya dikaitkan denan Penyelesaian Hutang TS Khalid Ibrahim.. Sedangkan nasib puluhan ribu pekerja MAS diabaikan…
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu.. Kalau Mantan Mufti Wilayah jadi Menteri Agama pun… Masjid masih ditutup rapat luar waktu Solat.. Sampai orang terpaksa Solat di luar.. nak buat SOP Solat pun dah berbulan..Sedangkan Masjid di Singapura jauh lebih terbuka dan mesra Keluarga untuk berjamaah..
Sudah Sudah lah bani Melayu PAS dan UMNO berbohong… renti rentilah mainkan sentimen Melayu dan Islam.. hat gadai hak Melayu dan Islam selama ini adalah bani UMNO ngan PAS jugak…
Berangan angan jer lah kononnya akan tertegak Kerajaan Melayu mahupun Khilafah Islam atau seperti Kerajaan Nabi SAW di Madinah.. Hakikatnya lebih teruk dari pentadbiran UMNO dulu…Semua tu hanya angan angan.. Apa yang penting Kita cari pemimpin yang Amanah.. Al Qawwi Al Amin..
Bayangkan bukan takat Dosa orang Politik, Ustaz PAS dan UMNO mengfitnah DAP atas semua tuduhan diatas.. Malah Sampaikan Pendakwah anak buah dan pentaksub Zakir Naik pun fitnah Sama… Begitu juga fitnah fitnah Jahat Mufti Utara dulu..
Jadi sudah sudah lah Berbohong… Yang rosakkan Melayu dan Islam ni bukan DAP..Tapi kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO sendiri… 🙂
Dakwah Anwar dan para ulama**
Neo Melayu
Mungkin generasi muda Melayu-Islam kurang sedar jasa Anwar Ibrahim pada pentas dakwah Malaysia. Ada penyokong taksub PAS tanpa segan silu menuduh macam-macam kepada Anwar kononnya mempergadai Islam dan Melayu. Padahal pada saat PAS sedang berdakwah dengan cara keras, Anwar Ibrahim di awal usianya lagi sudah mempersiapkan landasan dakwah untuk memperkasa jati diri melayu.
Selain prestasi beliau mempertahankan raja-raja melayu, dan bahasa kebangsaan. Terselit jiwa dakwah dalam beliau sejak muda.
Antara tokoh yang begitu rapat dengan Anwar adalah Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Niamat Yusuf. Mereka tiga sekawan. Ustaz Niamat Yusuf merupakan tokoh maal hijrah negeri Kedah. Beliau lepasan Al-azhar dan pengasas Pondok Derang, Kedah. Ustaz Niamat merupakan ulama dan seniman. Beliau juga dikenali dengan nama pena An-Niamaty. Di awal pengenalan Ustaz Niamat amat kagum dengan Anwar , beliau tidak sangka seorang anak muda semasa itu sudah membaca karya-karya pemikir islam besar seperti Muhammad Iqbal , Al Banna, Qaradhawi dan lain-lain. Menurut Ustaz Niamat , Anwar lah tulang belakang dakwah ABIM sehingga banyak memberi kesan pada jati diri orang melayu khususnya soal keislaman seperti bertudung, memperluas program - program agama di dewan umum. Dulu kurang orang pakai tudung, hatta di sekolah perempuan masih memakai skirt, hasil dakwah dan aktivism Anwar kerajaan memulakan polisi memakai kain dan tudung di sekolah.
Dulu amat jarang program keagamaan di television , dengan adanya Anwar sejak menjadi aktivis sehingga masuk politik , kita hari ini bukan sahaja ada program keagamaan di TV malahan ada siaran khas berunsur Islamik di TV. Menurut Ustaz Niamat lagi , Anwar antara peribadi yang pertama mengusulkan perbankkan tanpa riba atau islamic banking pada kerajaan sehingga lama ke lamaan hari ini kita mempunyai sistem perbankkan islan yang lengkap.
Anwar masuk UMNO dengan niat reformasi dan mengislahkan dan memperbaiki UMNO. Apabila beliau dipecat , Anwar dipenjara dan tertubuhnya parti Keadilan. Parti ini mendapat restu dari Ustaz Niamat, dan Ustaz Fadzil Noor. Bahkan yang menariknya Parti PKR itu sendiri adalah idea Fadzil Noor dikala Anwar sebenarnya ingin menyertai PAS. Ustaz Niamat kekal berdakwah dalam ABIM, dan Ustaz Fadzil Noor dalam PAS. Tujuan Ustaz Fadzil berjuang dalam PAS untuk mengurangkan suara ekstrim dalam PAS. Kedua tokoh ini kemudiannya meninggal semasa Anwar masih dalam penjara. Apabila Anwar dilepaskan , beliau segera mengziarahi maqam kedua ulama Kedah ini di Pokok Sena.
Selain dua tokoh ini, Ustaz Dato Ishak Baharom mantan mufti Delangor juga merupakan ulama yang menyokong Anwar . Dato’ Ishak Baharom hadir dalam perjumpaan menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) yang menjadi asas gerakan reformasi.
Mantan Menteri Besar Kelantan juga Almarhum TG Nik Aziz antara tokoh ulama yang setia pada Anwar hingga hujung hayat. TG Nik Aziz menganggap Anwarlah yang paling layak menjadi PM kerana beliau seorang yang bijak mengurus negara semasa menyandang jawatan menteri kabinet satu ketika dahulu.
Begitulah Anwar yang cuba digambarkan ancaman pada Melayu-Islam sebenarnya orang yang bertanggungjawab membina institusi Islam di Malaysia. Politik Anwar merupakan politik untuk rakyat. Dan langkahnya semata-mata melakukan islah/ reformasi untuk rakyat, bukan sekadar kata-kata tapi sudah dibuktikan. Kini Anwar terus maju untuk membuktikan perjuangannya lagi dan lagi.
TENANG, TIADA PERHIMPUNAN ESOK*
*KENYATAAN MEDIA*
*12 Oktober 2020*
*TENANG, TIADA PERHIMPUNAN ESOK*
Esok, Selasa 13hb Oktober 2020, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Semua anggota KEADILAN adalah diarah tidak mengadakan perhimpunan atau berkumpul di mana-mana tempat, terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara.
Saya juga pohon agar semua rakyat Malaysia bertenang sambil majlis menghadap ini berlangsung, termasuk jika berlaku sebarang proses selepas itu.
KEADILAN mengingatkan semua Ahli-Ahli Parlimen agar terus berkhidmat di kawasan masing-masing dan mengutamakan isu kebajikan serta nasib rakyat di kala pandemik Covid-19 menular.
*DS Saifuddin Nasution Ismail*
*Setiausaha Agung KEADILAN*
-
*MEDIA STATEMENT*
*12 October 2020*
*KEEP CALM, NO GATHERINGS TOMORROW*
Tomorrow, Tuesday 13th October 2020, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim will have an audience with His Majesty the Yang di-Pertuan Agong at Istana Negara.
All KEADILAN members are hereby instructed to not hold any gatherings or to gather in any location, especially along major roads towards Istana Negara.
I also call upon all Malaysians to keep calm as this audience session takes place, and to remain calm for any subsequent process that takes place thereafter.
KEADILAN reminds all of its Members of Parliament to continue to render their service in their respective constituencies as well as to prioritise the people’s fate and welfare during this Covid-19 pandemic.
*DS Saifuddin Nasution Ismail*
*KEADILAN Secretary General*
https://www.facebook.com/181209151921795/posts/4554303357945664/?extid=0&d=n
MALAYSIA SEGAGAH TURKI DI TANGAN ANWAR
Malaysia segagah Turki di tangan Anwar
Oleh: Redzuan RF8 Media
WFAUZDIN NS
Negara Turki sekarang dikenali bukan sahaja sebagai sebuah negara Islam yang maju dan moden, tetapi juga sebagai sebuah negara Islam yang disegani dan ditakuti oleh negara2 Barat.
Negara yang pernah dipimpin oleh seorang pemimpin diktator anti Islam iaitu Kamal Antarturk ini berubah wajah dengan pantas di bawah pemerintahan Presiden ke-12, Recep Tayyip ErdoÄŸan, menjadi sebuah negara Islam contoh yang sederhana, tetapi amat menitikberatkan tuntutan Islam seperti melaksanakan keadilan, membenteras rasuah, perkembangan ekonomi dan pendidikan, kesejahteraan rakyat serta memperkuatkan keselamatan negara dari ancaman musuh. Erdogen tidak pernah takut dan tunduk kepada dunia Barat tetapi tidak juga suka bermusuh dengan mereka. Sebab itulah Turki menjadi sebuah negara yang dihormati dan bermaruah.
Kekuatan pertahanan negara tersebut menjadikan musuh-musuh yang ingin menghancurkan Turki berfikir banyak kali. Erdogan bukan golongan ulamak tetapi pada diri dan jasadnya ada roh Islam yang tertanam rasa kasih sayang sesama manusia tetapi lantang dan berani bila berhadapan dengan musuh.
Malaysia masih mempunyai peluang untuk menjadi seperti Turki. Pembangunan negara ini mampu diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian dan sahsiah masyarakat yang terdiri dari berbilang kaum. Islah atau “reformasi” yang menjadi slogan perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak sama sepenuhnya seperti di Turki tetapi paling kurang Malaysia mampu kembali menjadi Harimau Asia yang disegani.
Untuk itu, negara ini mesti dipimpin oleh tokoh yang pernah diuji dengan berbagai ujian dan dugaan seperti yang pernah dilalui oleh Erdogan. Pemimpin yang biasa hidup derita dan susah, yang biasa ditekan, difitnah dan dizalimi, pemimpin seperti ini saja akan tahu perasaan rakyat yang derita, susah dan dizalimi. Siapakah pemimpin itu kalau bukan Dato Seri Anwar Ibrahim?
In Shaa Allah, kita masih punyai harapan untuk melihat cahaya kembali menyinari bumi Malaysia. Bersama kita doakan agar Allah tampilkan seorang pemimpin yang mempunyai roh Islam dan cita2 untuk membangunkan negara ini untuk semua kaum dan agama.
TAKIYUDDIN DENGKI ANWAR BERJAYA MENGADAP AGONG?
Takiyuddin dengki Anwar berjaya mengadap Agong?
Oleh: Redzuan RF8 Media
MSO
Setiausaha Agong Pas Takiyuddin Hassan menyifatkan Anwar Ibrahim yang kini muncul dengan ageda perulangan (isu lapok) untuk menghadap Agong bagi memaklumkan apa yang sedang berlaku dalam kerajaan PN dan juga kedudukan Muhyiddin Yassin apabila beliau mendapat sokongan cukup dakwaannya, menyifatkan Anwar sebagai desprados.
Secara harpiahnya pengertian “desprados” adalah terdesak dan tertekan sehingga sanggup melakukan kerja bukan-bukan dan ganjil.
Takiyuddin juga menganggap apa dibangkitkan oleh Anwar itu isu sama dan dibangkitkan oleh orang yang cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan diri sendiri. Memanglah kalau hendak menangguk mesti di air keruh baru mengena ikan begitu menurut rukun politik.
Dalam satu kenyataan ahli Parlimen Kota Bharu yang asalnya di Kedah itu, yakin Yang diPertuan Agong tidak akan layan tindakan Anwar itu. Apakah Takiyuddin tidak percaya bahawa Agong telah menetapkan 13 Oktober sebagai tarikh meminta Anwar menghadap? Apakah kenyataan akhbar Anwar itu tipu?
Takiyuddin berhak memperkata dan menghinakan Anwar dengan apa sahaja demi memastikan kerajaan PN dan Muhyiddin utuh. Beliau sewajarnya bertindak demikian kerana kalau PN tumbang bermakna beliau juga akan tumbang sama. Adat dedalu menumpang pokok persinggahan, pokok tumbang, tumbanglah dedalu. Adat menumbuk lesong pecah kempunanlah alu.
Mengenai desperados itu, Takiyuddin jangan terlalu jauhkan wajahnya daripada cermin sebaliknya cuba tilik diri sebaik mungkin. Yang resah gelisah, bimbang dan berdebar dengan ulah Anwar itu siapa? Anwar atau beliau? Kalau apa dilakukan Anwar itu retorik, perlu apa takut-takut dan bimbang. Kalau apa diputar Anwar itu piring lama, kenapa mahu curi-curi untuk dengarnya.
Sadis lagi apabila Takiyuddin cuba mempengaruhi kerajaan agar bertindak ke atas Anwar yang diterjemahkan sebagai cuba menggugat kententeraman negara, merosakkan ekonomi sehingga dianjurkan agar mengenakan tindakan undang-undang terhadap Anwar?
Sebagai menteri bertanggungjawab dalam bidang perundangan, dianjurkan Takiyuddin lebih mendalami dan membuat tafsiran undang-undang mengikut prinsipnya bukan mengikut kemahuan amarah. Takiyuddin harus membaca dan memahami semua kanun yang ada.
Apa Takiyuddin mahu Anwar ditangkap menjelang 13 Oktober? Silakan. Trims.
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
12 Oktober 2020
PELABURAN MESTI DIDASARI FAKTA
Saya difahamkan tersebar khabar angin di pasaran saham yang
mengaitkan nama saya dengan kaunter-kaunter tertentu di Bursa Malaysia. Ini
adalah tidak benar sama sekali.
Ingin ditegaskan bahawa saya tidak memiliki saham dalam
mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Cakap-cakap yang
mengaitkan nama saya dengan syarikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu
para pembeli saham.
Saya meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk
memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar pasaran saham tidak
dimanipulasi oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebar
khabar palsu.
ANWAR IBRAHIM
Subscribe to:
Posts (Atom)