K E N C I N G

 

HAMDAN TAHA


Selama 22 bulan DAP di jadikan bahan oleh Umno,Pas dan orang Melayu termasuk saya.

 

Kononnya harta harta kerajaan di jual oleh DAP...jawatan di Tabung Haji di kawal DAP...semuanya DAP....hingga saya buat sedikit kajian dan soal selidik berkaitan Khazanah di zaman PH...

 

Rupanya di zaman PH pengerusi Khazanah ialah insan bernama Tun Dr M dan Timbalan Pengerusi dia bernama Azmin Ali....bukan LGE atau LKS....baru lah saya di beritakan dua tokoh itu yang di depan di belakang pula Tun Diam....mereka ni lah yang buat keputusan awal dan terakhir bagi pihak Khazanah dan segala penjualan dan apa saja aktiviti khazanah yang besar....

 

Sekarang ini DAP dah tak ada...PKR pun dah tak ada dalam kerajaan. Dalam kerajaan sekarang ialah Umno Pas dan Bersatu mana mungkin tiga parti ni boleh benarkan Khazanah buat kerja merugi kan orang Melayu....tiga tiga parti ni semua sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sayang Melayu dan benci orang cina....tak mungkin lah tiba tiba keluar keputusan Uem ambil alih Eco world...tambahan pula Eko world ada sejarah tipu SP Setia....semua ni PNB punya Melayu punya....

 

Saya tak percaya langsung TSMY dan Azmin Ali dan Hadi Awang sanggup benarkan harta harta dan duit duit Melayu ni di ratah oleh cina....tak mungkin tak mungkin....ini tentu semua agenda jahat DAP....dan cina cina ni...tentu kerja mereka....

 

Sama juga kes perlantikan pengurus besar Hotel Tabung Haji....tiba tiba pengurusan buat cadangan nama buka islam jadi pengurus besar hotel....ini tentu masih ada pengaruh DAP dalam Tabung Haji ni....jika tidak mana mungkin nama bukan Melayu yang di cadangkan.....DAP ni betul lah jahat....nasib baik lah Timbalan Menteri orang Pas....kot Mujahid dah tentu semua cina DAP dia lantik jadi pengurus besar tu....itu pula kesan bila timbalan menteri tu dari Pas....mereka bijak,telus dan tidak akan benarkan selain dari orang Melayu berkuasa dan memegang jawatan.....terbaik lah Pas....

 

Dengan adanya Pas dalam kerajaan PN jangan kita bimbang orang cina....india....orang putih...hitam bukan islam tidak akan mendapat tempat dalam kerajaan Malaysia....itu pasti....takbir...

 

Jadi isu Eko World telah di bangkitkan oleh Dato Seri Najib panjang lebar....kenapa perlu di tentang gabungan UEM  SUNRISE dan Eko WORLD....sat ja lagi sehari dua ini Hadi Awang juga akan menulis panjang untuk menentang keputusan Khazanah itu nanti.....Hadi tokoh hebat...

 

Tapi lupa pula sekarang ni siapa yer pengerusi Khazanah Malaysia ni....masih LGE ker atau dah tukar orang....lupa la pula