APA PUN MUHYIDDIN TERBAIK.BERJAYA PEKENA ATOK KAW KAW..KAH..KAH..KAH..
KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan menyertai PPBM secara rasmi.
Borang keahlian mereka diserahkan secara rasmi oleh bekas pimpinan PKR itu kepada Presiden PPBM Muhyiddin Yassin dalam Kongres Negara 2020 di ibu negara hari ini.
Selain Azmin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, kumpulan 10 ahli Parlimen itu termasuk ahli Parlimen Ampang yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.
Ahli Parlimen (Bandar Tun Razak) Kamaruddin Jaffar, (Nibong Tebal) Mansor Othman, (Batu Pahat) Rashid Hasnon, (Saratok) Ali Biju dan (Puncak Borneo) Willie Mongin.
Ahli Parlimen Segamat Santhara Kumar mengumumkan menyertai parti itu selepas menyerahkan borang pada awal bulan ini.
Sebelum pengumuman itu dibuat bendera PPBM turut diedarkan kepada perwakilan kongres yang hadir.
Turut diumumkan menyokong PPBM menerusi Kongres Negara menyatukan badan bukan kerajaan (NGO) dikaitkan dengan bekas pemimpin PKR itu termasuk Pemuda Negara, Penggerak Komuniti Negara, Nations of Women (NOW) dan Penggerak Wanita Muda Negara.
“Dengan rasa penuh ikhlas dan tulus, saya dan ketumbukan dari Perlis sampai Sabah, sama ada Penggerak Komuniti Negara, Nation of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara dengan ini kami isytiharkan untuk menyertai PPBM.
“Dan kami menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri Malaysia, sekarang adalah masanya untuk PPBM, bersatu demi negara, bersatu untuk Malaysia,” kata Azmin ketika berucap di kongres itu.
Penyertaan itu diterima serta merta oleh PPBM dan kad keahlian diserahkan oleh Muhyiddin kepada Azmin.
Semua 4 NGO kumpulan Azmin itu akan menyokong PPBM dan memenangkan komponen parti yang mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Hadir sama dalam majlis itu Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung MIC M Asojan, Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi dan pimpinan tertinggi PPBM.
Azmin berkata, 4 sayap NGO yang digerakkan kumpulannya itu telah berada di kesemua 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan mereka bersedia menjadi jadi jentera kepada PPBM dan menguatkan kerajaan PN bersama rakan-rakan parti lain.
“Tan Sri (Muhyiddin) keberadaan kami di 222 Parlimen adalah bukti kami sudah bersedia, kami adalah barisan hadapan yang sanggup terjun untuk bersama perkukuh dan bersatu demi kestabilan kerajaan PN.
“Kami bersiap untuk merempuh badai dan gelombang bersama teman seperjuangan dalam PN, kami berikrar menegak keadilan untuk semua rakyat dan berjanji memajukan ekonomi demi kesejahtraan rakyat,”katanya.