Kumpulan Azmin sah masuk PPBM



APA PUN MUHYIDDIN TERBAIK.BERJAYA PEKENA ATOK KAW KAW..KAH..KAH..KAH..




Bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyerahkan borang keahlian menyertai PPBM kepada presiden parti itu Muhyiddin Yassin dalam Kongres Negara 2020 di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan menyertai PPBM secara rasmi.
Borang keahlian mereka diserahkan secara rasmi oleh bekas pimpinan PKR itu kepada Presiden PPBM Muhyiddin Yassin dalam Kongres Negara 2020 di ibu negara hari ini.
Selain Azmin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, kumpulan 10 ahli Parlimen itu termasuk ahli Parlimen Ampang yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.
Ahli Parlimen (Bandar Tun Razak) Kamaruddin Jaffar, (Nibong Tebal) Mansor Othman, (Batu Pahat) Rashid Hasnon, (Saratok) Ali Biju dan (Puncak Borneo) Willie Mongin.
Ahli Parlimen Segamat Santhara Kumar mengumumkan menyertai parti itu selepas menyerahkan borang pada awal bulan ini.
Sebelum pengumuman itu dibuat bendera PPBM turut diedarkan kepada perwakilan kongres yang hadir.
Turut diumumkan menyokong PPBM menerusi Kongres Negara menyatukan badan bukan kerajaan (NGO) dikaitkan dengan bekas pemimpin PKR itu termasuk Pemuda Negara, Penggerak Komuniti Negara, Nations of Women (NOW) dan Penggerak Wanita Muda Negara.
“Dengan rasa penuh ikhlas dan tulus, saya dan ketumbukan dari Perlis sampai Sabah, sama ada Penggerak Komuniti Negara, Nation of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara dengan ini kami isytiharkan untuk menyertai PPBM.
“Dan kami menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri Malaysia, sekarang adalah masanya untuk PPBM, bersatu demi negara, bersatu untuk Malaysia,” kata Azmin ketika berucap di kongres itu.
Penyertaan itu diterima serta merta oleh PPBM dan kad keahlian diserahkan oleh Muhyiddin kepada Azmin.
Semua 4 NGO kumpulan Azmin itu akan menyokong PPBM dan memenangkan komponen parti yang mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Hadir sama dalam majlis itu Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung MIC M Asojan, Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi dan pimpinan tertinggi PPBM.
Azmin berkata, 4 sayap NGO yang digerakkan kumpulannya itu telah berada di kesemua 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan mereka bersedia menjadi jadi jentera kepada PPBM dan menguatkan kerajaan PN bersama rakan-rakan parti lain.
“Tan Sri (Muhyiddin) keberadaan kami di 222 Parlimen adalah bukti kami sudah bersedia, kami adalah barisan hadapan yang sanggup terjun untuk bersama perkukuh dan bersatu demi kestabilan kerajaan PN.
“Kami bersiap untuk merempuh badai dan gelombang bersama teman seperjuangan dalam PN, kami berikrar menegak keadilan untuk semua rakyat dan berjanji memajukan ekonomi demi kesejahtraan rakyat,”katanya.

KKM ‘double standard’, Khairuddin patut didakwa di mahkamah, kata Puad Zarkashi


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali sepatutnya didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar perintah kuarantin selama 14 hari. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali sepatutnya didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar perintah kuarantin selama 14 hari.
Katanya, jumlah kompaun RM1,000 yang dikenakan terhadap Khairuddin juga terlalu rendah dan amat tidak adil selain mempersoalkan mengapa Kementerian Kesihatan (KKM) bersikap “double standard” dalam kes itu.
“Dia menteri, berpendidikan tinggi, berjawatan dalam parti dan dia seorang Islamis. Kenapa sanggup langgar peraturan?
“Dia sanggup pulangkan gaji 4 bulan. Itu bukan sikit. Itu bukti dia sendiri mengaku kesalahannya amat berat dan memalukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Ada 2 isu besar di sini. Pertama melanggar peraturan kuarantin 14 hari bagi yang baru pulang dari luar negara. Kedua, jumlah kompaun ikut suka hati aku,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, berikutan kes itu kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menerima tempias dan dituduh ada campur tangan politik serta tidak boleh diharap.
“Sebab itu jangan gunakan KKM untuk ‘cover line’. Khairuddin patut didakwa di Mahkamah,” katanya.

KKM dalam kenyataan hari ini berkata, Khairuddin dikompaun RM1,000 selepas didapati melakukan kesalahan bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
Sebelum ini, Khairuddin menjadi sasaran kritikan pembangkang apabila dikatakan tidak menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
Kenyataan itu turut memaklumkan Khairuddin menjelaskan kompaun yang dikenakan terhadapnya itu pada 7 Ogos lalu.
Hari ini Khairuddin memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).
Beliau juga akan memulangkan gaji sebagai menteri bagi Mei hingga Ogos, sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19).


SELAIN MEMOHON MAAF,AT TAKIRI JUGA PERLU BERTAUBAT


Sebelum ini saya ada terbaca beberapa artikel yang membela “Menteri Anugerah Tuhan” berkaitan isu tidak kuarantin. Antara isi kandungan bantahan mereka artikel itu ialah:
1. Kecaman terhadap Menteri adalah usaha pembunuhan karakter.
2. Dengki dengan pencapaian menteri.
3. Menteri bersifat profesional apabila diam.
Hari ini tular pula berita dari KKM bahawa menteri tersebut telah pun dikompaun sebanyak RM1000.
Lebih menarik lagi, Menteri itu sendiri telah meminta maaf dan mahu memulangkan 4 bulan gaji. Walaupun saya tidak tahu apakah rasional pemulangan 4 bulan gaji itu tetapi ia menunjukkan bahawa menteri telah mengakui kesalahannya.
Ini bermakna kecaman itu bagi saya berasas dan tidak semua rakyat yang bersuara itu dengki dengan menteri.
Cuma saya nak ingatkan menteri, selain dari memohon maaf, bertaubatlah kerana saya terbaca satu artikel di Harakahdaily menyebutkan bahawa tidak kuarantin itu berdosa kerana tidak patuh arahan ulil amri. Tapi saya tidak pasti artikel itu masih ada di laman web atau pun sudah di delete (Eror404).
Kepada penulis yang membela kesalahan menteri dan menuduh orang lain, ingatlah ketaksuban kepada manusia membinasakan. Mohon maaflah kepada insan yang anda tuduh secara rambang tanpa bukti.
Walau bagaimana pun, rakyat masih keliru dengan jumlah kompaun yang dikenakan. Moga tidak ada perbezaan hukuman antara bangsawan dan marhaen untuk kesalahan yang sama di dalam negara kita. (Boleh rujuk tazkirah ringkas Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam printscreen di bawah untuk teliti hadis yang mengecam double standard dalam hukuman)
Ya Allah, selamatkan negara kami.
Dr Rozaimi Ramle

TAKDIRRRR.....


Ibrahim Mat Isa

Hahahahar.. malam ni buat Solat Kesyukuran..ajak Dasuki sekali..

‘Kemenangan Islam di Perak mencabar, hanya ada 2 exco Pas’

‘Kemenangan Islam di Perak mencabar, hanya ada 2 exco Pas’
Pas mendakwa kemenangan Islam di negeri Perak mempunyai cabaran yang sangat besar.

Ini kerana, kata Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, Pas hanya sekadar mempunyai dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak.
“(Tidak dinafikan) ada cabaran yang sangat besar dalam mengisi kemenangan Islam. Kita sekadar mempunyai dua orang Exco di Perak,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika program Liqa’ Fikri Bulanan Pas Kawasan Teluk Intan di KOMPASTI, Kampung Padang Tembak malam kelmarin.
Oleh yang demikian, kata Razman, dalam kemampuan yang terbatas ini menjadikan cabaran kita sangat besar dan Pas perlu tempuhi secara bersama.

Jelas beliau, Pas tetap bertekad memainkan peranan memartabatkan hukum hakam dan mengisi kemenangan Islam di negeri Perak.

Menurutnya, keberadaan Pas kini bersama dalam kerajaan negeri, bahkan juga kerajaan persekutuan adalah peluang untuk melaksanakan agenda Islam dan bukannya kepentingan peribadi.

“Kebanyakan kita yang berada di sini pernah berjuang sebagai bukan parti pemerintah.

“Dan (kini) perjuangan kita sebagai parti pemerintah telah memberikan perubahan yang sangat besar kepada (kaedah) perjuangan kita dalam memartabatkan hukum hakam Islam,” katanya.

Ramai bekas ahli menyesal tinggalkan KEADILAN



 
Ramai bekas ahli yang mengakui mereka tersilap langkah apabila meninggalkan parti KEADILAN.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Larry Sng berkata pengakuan bekas ahli itu menunjukkan mereka gagal bertapak dalam parti lain selepas bertindak melompat keluar dari KEADILAN.

"Macam mana mereka yang lompat parti fikir mereka boleh dapat tempat dalam parti lain.

"Ada yang pegang jawatan tinggi dalam parti KEADILAN, ada yang jadi ketua di cabang masing-masing, tapi sanggup tinggalkan itu semua dan mulakan balik karier politik dari bawah dengan parti yang sudah pun ada ramai ketua dan pemimpinnya sendiri.

"Mereka akan ambil masa bertahun-tahun untuk capai satu tahap yang tinggi, itu pun kalau mereka sanggup mengharunginya.

"Ada yang beritahu saya mereka menyesal tinggalkan KEADILAN, tetapi sekarang tidak ada apa yang boleh dilakukan," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun, Larry terbuka jika ada bekas ahli yang mahu menyertai semula KEADILAN, dengan syarat mereka perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Pimpinan Pusat terlebih dahulu.

"Dalam politik, macam-macam perkara boleh terjadi dan kita tidaklah bermusuhan selama-lamanya.

"Asalkan berpegang kepada prinsip dan polisi yang diperjuangkan oleh KEADILAN selama ini, tidak ada masalah untuk mereka menyertai parti semula.

"Tidak kira geng Kartel mahupun Reformasi, saya akan terus membela nasib mereka yang setia dengan KEADILAN.

"Malah, tindakan lompat parti dalam KEADILAN Sarawak sudah terhenti sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan kita semakin kuat dari hari ke hari.

"Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, untuk memaafkan itu sifat terpuji," katanya.


Menteri langgar SOP: PM perlu bertindak tegas, jangan pilih kasih




Pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali perlu diambil tindakan tegas dan tanpa pilih kasih
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata, kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil tindakan ke atas menteri berkenaan akan memberi teladan buruk dan mewujudkan dwistandard hukuman di Malaysia.

Katanya, sehingga 21 Ogos, Khairuddin masih belum menafikan dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkenaan lawatannya ke negara Turki yang sedang serius dilanda wabak Covid 19 serta keengganannya melakukan kuarantin di rumah selama 14 hari serta hadir di Parlimen pada 13 Julai lalu sebelum tempoh dua minggu berakhir, amat memalukan kabinet Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin.

"Jika seorang perempuan yang dikenali dengan gelang palstik warna pink atau merah jambu melanggar perintah kuarantin dan didakwa serta dihukum di mahkamah; begitu juga seorang pemilik kedai yang pulang dari luar negara dari kluster Sivagangga didapati melanggar SOP kerana melanggar perintah kuarantin, kedua-dua mereka didakwa dan dihukum di mahkamah dengan denda dan penjara, maka demi keadilan yang sama di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, saya menuntut menteri berkenaan melalui proses undang-undang yang sama.

"Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang dikurniakan pingat kerana perkhidmatan KKM yang cemerlang baru-baru ini akan menjadi pudar sekiranya KKM tidak bertindak menangani kes berkenaan.

"Begitu juga Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri akan dilihat berat sebelah antara kesalahan dilakukan rakyat biasa dan VIP bertaraf menteri jika beliau berdiam diri
"Polis Diraja Malaysia PDRM juga perlu membuka kertas siasatan sekiranya telah ada aduan dibuat. Menteri tersebut perlu dipanggil, disiasat dan tindakan selanjutnya perlulah dikemukakan kepada Pendakwa Raya untuk pendakwaan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hassan lagi, PM Muhyiddin yang dimalukan oleh menteri dari parti Islam itu wajar mengambil tindakan keras, termasuk memecat Khairuddin sebagai pengajaran kepada menteri-menteri kabinet yang lain.

"PM Tan Sri Muhyiddin dalam hal ini tidak boleh alpa. Menteri berkenaan pulang dari Turki pada 7 Julai dan datang ke Parlimen pada 13 Julai meletakkan risiko ke atas seluruh jemaah menteri kerajaan persekutuan, para backbencher, ahli-ahli parlimen pembangkang dan para pegawai parlimen, menjurus kepada risiko wujudnya satu kluster baru iaitu kluster Parlimen.

"Tidakkah ini satu risiko yang amat besar dan parah. Sebuah kerajaan akan runtuh bukan kerana hilang undi kepercayaan tetapi kerana seluruh anggota kerajaannya dijangkiti dengan Covid-19.
"PM wajar membuat keputusan memecat menteri berkenaan atas kesalahaan tidak menghormati prinsip kebertanggunjawaban bersama para menteri (collective responsibility).

"Menteri tersebut melanggar SOP yang telah diputuskan. Sedangkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semuanya akur dengan SOP dan kesemuanya pernah  menjalani Perintah Kuarantin di Istana Negara dan di kediaman masing-masing, mengapakah menteri berkenaan tidak mengikuti contoh yang sama sebagai pemimpin?" soalnya.

Bagi Hassan, sekiranya Khairuddin seorang yang berintegriti maka amat wajar beliau meletakkan jawatan sebagai menteri sebagaimana diamalkan di negara-negara maju apabila anggota kabinet melanggar SOP berhubung Covid 19.

"Tetapi adalah lebih baik dan mulia sekiranya menteri tersebut memikul tanggungjawabnya. Beliau patut berdiri sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang menteri mengaku salah, meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia serta meletakkan jawatannya secara terhormat," kata Hassan lagi.

Untuk rekod, beberapa orang menteri di negara Barat telah meletak jawatan sebaik sahaja tular berita mereka melakukan pelanggaran larangan perjalanan atau kuarantin berhubung Covid 19.
Antara yang telah meletak jawatan adalah seorang menteri dari Scotland, Douglas Ross, menteri New Zealand David Clark dua menteri Ireland dan seorang menteri dari Ghana.



DAH KALAH PRU PUN MASIH TAK SEDAR DIRI.

Menteri tebuk atap kata tidak salah timbalan menteri tebuk atap rekomen anaknya sendiri untuk jadi BOD GLC, maka beramai-ramailah selepas ini semua pemegang jawatan keluarkan surat sokongan untuk anak masing-masing diberikan jawatan.

Dah kalah PRU14 pun pemimpin UMNO nampaknya masih tak berubah lagi....
Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎1:25 4G themalaysianinsight.com Bahasa Daftar Log Masuk Berita 三 Seksyen English וויור Ismail Sabri pertahan timbalannya, tiada salah guna kuasa dalam isu Pharmaniaga Elill Easwaran Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Aug 2020 1:07PM 0 Komen Menteri Pertahanan Ismail Sabri mempertahankan timbalannya dan menegaskan tiada salah guna kuasa berlaku dalam isu lantikan ahli embaga pengarah Pharmaniaga. Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain,22 Ogos, 2020. Lebih Lani A+‎"‎‎
Calon Ketua Pemuda Bersatu, Muzammil Ismail pernah menulis surat kepada MB Kedah minta dirinya dilantik dalam mana2 GLC negeri itu.

Wan Fayhsal yang baru2 ini menang Ketua Pemuda Bersatu, ketika berkempen berjanji akan membantu ahli2 parti dengan memberi surat sokongan untuk memperolehi apa2 daripada kerajaan jika beliau menang jawatan tersebut.

Ikhmal Hisham, Timbalan Menteri Pertahanan daripada Bersatu, walaupun berasal daripada UMNO, menulis surat sokongan kepada Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob agar anaknya sendiri dilantik sebagai BOD Pharmaniaga Bhd, sebuah anak syarikat milik LTAT.

Apa sudah jadi dengan pemimpin Bersatu sekarang ini?

Sibuk fikir peribadi dan tolong anak sendiri?

Sudah lupa untuk melawan kleptokrasi?o

PENJAWAT AWAM BAIK . MENTERI LARI KUARANTIN, PEJAWAT AWAM KENA?

MASUK POLITIKLAH WAHAI MUFTI

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN PASIR GUDANG MENTERI LANGGAR SOP KUARANTIN MESTI LETAK JAWATAN




Saya berada di dalam Dewan Rakyat pada 18hb Ogos 2020 ketika Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok mendedahkan bahawa Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, telah datang ke Parlimen pada 13 Julai 2020 lalu ketika sepatutnya beliau menjalani kurantin 14 hari di rumah kerana baru pulang ke tanahair dari Turki pada 7hb Julai 2020.

2. Saya rasa terperanjat dan terkejut dengan pendedahan itu. Saya menunggu penjelasan dari Menteri berkenaan. Saya tunggu penafian darinya. Tidak ada. Yang ada hanya satu kenyataan darinya yang menyebut semua pihak perlu tunggu kenyataan rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Satu dakwaan yang serius telah dibuat ke atas batang tubuh Menteri berkenaan oleh bekas Menteri dari kementerian yang sama.YB Dr Khairuddin mesti menjawab tuduhan itu. Sama ada mengakui atau menafikannya.Tidak patut pihak ketiga (KKM) dibebani tugas untuk menjawab bagi pihaknya.KKM mempunyai banyak tugas lain yang lebih penting untuk menyelamatkan nyawa rakyat daripada untuk menyelamatkan nama dan kedudukan seorang menteri.

3.Saya masih menunggu penafian daripada Menteri berkenaan terhadap dakwaan dari Teresa Kok itu. Sebagai seorang ahli parlimen dan peguam saya tidak mahu terburu-buru membuat dakwaan yang sama ke atas Menteri berkenaan. Sehingga hari ini 21 Ogos 2020 di mana kenyataan ini ditulis saya masih belum lagi melihat penafian daripada Menteri berkenaan.Jika tiada penafian dilakukan maka di dalam amalan perundangan, maka dakwaan yang dibuat oleh ahli Parlimen Seputeh itu adalah benar.

4. Saya ulangi. Jika tiada penafian dari Menteri berkenaan maka saya beranggapan dakwaan YB Teresa Kok itu adalah benar. Jika demikian halnya, maka apakah pendirian saya sebagai seorang ahli Parlimen?

5. Saya percaya negara kita Malaysia walau buruk macam manapun keadaannya, ia masih sebuah negara yang ada undang-undang dan berjalan di atas landasan kedaulatan undang-undang (rule of law) dan juga keluhuran Perlembagaan. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan soal kesamarataan iaitu setiap warganegara Malaysia adalah sama rata dan sama taraf dari segi undang-undang.

6. Jika seorang warganegara kita, seorang perempuan yang dikenali dengan gelang palstik warna pink atau merah jambu melanggar perintah kuarantin di rumah lalu didakwa dan dihukum di mahkamah; begitu juga seorang pemilik kedai yang baru pulang dari luar negara dari kluster Sivagangga didapati melanggar SOP kerana melanggar perintah kuarantin, dan kedua-dua warganegara ini didakwa dan dihukum di mahkamah dengan hukuman denda dan penjara, maka demi keadilan yang sama dalam semangat kesamarataan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, maka saya menuntut Menteri berkenaan juga perlu melalui proses undang-undang yang sama.

7.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang dikurniakan pingat dan anugerah kerana perkhidmatan KKM yang cemerlang di bawah kepimpinannya akan menjadi pudar dan tercela sekiranya KKM tidak bertindak tegas dalam menangani kes menteri berkenaan yang melanggar SOP Kuarantin.

8.Menteri Kanan bagi Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dilihat berat sebelah dan menjalani sistem keadilan dua darjat antara kesalahan rakyat biasa dan VIP bertaraf menteri jika beliau mengambil sikap berdiam diri terhadap perlakuan melanggar SOP oleh rakan menterinya sendiri dalam kerajaan persekutuan.

9.Begitu juga pihak Polis Diraja Malaysia PDRM perlulah segera membuka kertas siasatan sekiranya telah ada aduan polis dibuat ke atas Menteri berkenaan. Menteri tersebut perlu dipanggil untuk siasatan dan tindakaan selanjutnya perlulah segera dikemukakan kepada Pendakwa Raya untuk tindakan pendakwaan. Rakyat sedang memerhati sekarang setiap institusi yang terlibat.

10. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh alpa dan melakukan omisssion kerana tidak bertindak. Menteri berkenaan yang pulang dari Turki pada 7hb Julai dan datang ke Parlimen pada 13 Julai telah meletakkaan risiko dan bahaya seluruh jemaah menteri kerajaan persekutuan, para backbencher kerajaan, ahli-ahli parlimen pembangkang, speaker dan para pegawai parlimen kepada bahaya jangkitan Covid-19 dan menjurus kepada risiko wujudnya satu kluster baru iaitu kluster Parlimen.Tidakkah ini satu risiko yang amat besar dan parah.Sebuah kerajaan akan runtuh bukan kerana hilang undi kepercayaan tetapi kerana seluruh anggota kerajaannya dijangkiti dengan Covid-19. Nahas yang bahaya itu tidak berlaku bukan bermakna Menteri berkenaan terlepas dari kesalahan.

11. Perdana Menteri wajar membuat keputusan memecat Menteri berkenaan atas kesalahaan tidak menghormati prinsip kebertanggunjawaban bersama para menteri (collective responsibility). Menteri tersebut telah melanggar keputusan kerajaan yaang dianggotainya dengan melanggar SOP yang telah diputusakan. Beliau patut dipecat dari jawatannya kerana ingkar terhadap Perintah SOP. Sedangkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semuanya akur dengan SOP dan kesemuanya pernah dengan patuhnya menjalani Perintah Kuarantin di Istana Negara dan di kediaman masing-masing, tetapi mengapakah Menteri berkenaan tidak mengikuti contoh yang sama sebagai pemimpin, sebaliknya ke sana ke mari membahayakan keselamatan dan kesihatan orang awam dengan melanggar Perintah Kuarantin?

12.Tetapi adalah terlebih baik dan mulia serta berintegriti sekiranya Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi tersebut memikul tanggungjawabnya. Beliau patut berdiri sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang menteri mengaku bersalah, meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan meletakkan jawatannya secara terhormat.

Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
21hb Ogos 2020




BUAT BODO MERAYAP SATU NEGARA



Rina Hamzah

Image may contain: 6 people, text that says "Ghanaian minister resigns over COVID-19 protocol breach ONLINE Penasihat Mlanggar perintah berkurung COVID-19 menteriU UKle etakj awatan DU BHONLINE 2 ahli politik Ireland langgar jawatan peraturan Ghana COVID-19 reland letak Menteri Kesihatan New Zealand letak jawatan Harakahdaily diketual Perdana eletakkan.i 2/7/2020 MINISTRYOF HEALTH MANATIIH Nasional Serangan DAP kepada Dr Khairuddin gagal! Kerla August2 2020 Provided Berita Harian Kesihatan Zealand, Davic Clark WELLINGTON: Menteri Kesihatan. ealand Zealand, David New peletakanj susulan tindakannya perintah berkurung. Harakahdally"
Pemimpin bukan Islam di negara bukan Islam, sanggup minta maaf & letak jawatan selpas mereka langgar peraturan COVID-19 di negara mereka.
TETAPI.. yang berkopiah mengaku kerajaan ISLE langgar SOP kerajaan ingkar kuarantin kendiri, MASIH DEGIL TAK MAHU MINTA MAAF, TAK MAHU LETAK JAWATAN tu kenapa !!
Walaupun dah berhari-hari dikecam oleh rakyat boleh pula muka buat bodoh jer MERAYAP SATU NEGARA..
#PasPartiAjaranSesat


Image may contain: 3 people, beard, text that says "BH 2 ahli politik Ireland langgar peraturan COVID-19 ONLINE letak jawatan August 21, 2020 5:51 PM Di Malaysia Menteri Langgar Peraturan Buat Bodoh Jerr... SR suara akyat"

AGONG,PM DAN BEKAS PM PUN JALANIKUARANTIN,KENAPA KHAIRUDDIN BERLAGAK SANGAT?



DYMM Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tidak mengelak daripada menjalani kuarantin diri selama 14 hari berikutan terdapat seorang kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19.
Baginda berdua menjalani kuarantin setelah diuji dan disahkan negatif Covid-19.
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin juga menjalani kuarantin diri 14 selama hari di rumah setelah didapati bermesyuarat dengan seseorang yang disahkan positif Covid-19 di Pejabat Perdana Menteri.
Sebelum menjalani kuarantin, Muhyiddin telah diuji negatif Covid-19.
Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turut menjalani kuarantin diri 14 hari setelah didapati berada dalam kontak dekat dengan seorang Ahli Parlimen yang disahkan positif Covid-19.
Tun Mahathir bagaimanapun disahkan negatif sebelum menjalani kuarantin tersebut.
Kenapa orang-orang besar itu menjalani kuarantin?
Sebabnya itulah ketetapan kerajaan dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19 daripada terus menggila dalam negara.
Tetapi, Khairuddin Attakiri yang baru balik dari Turki pada 7 Julai lalu, bukan saja tidak menjalani kuarantin diri, malah pergi ke sana sini menghadiri pelbagai program.
Walhal, bermula 10 Jun, kerajaan telah menetapkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara wajib menjalani kuarantin diri selama 14 hari di rumah masing-masing.
Ketika isu berkaitan dirinya tidak menjalani kuarantin itu hangat diperkatakan, Attakiri berkata, beliau telah menjalani tiga ujian Covid-19 dan disahkan negatif.
Malah, dengan bangga, beliau mengatakan turut dibenarkan menghadiri suatu majlis di Istana Negara lantaran ujian terhadapnya disahkan negatif.
Attakiri ni faham ke tidak tentang ketetapan kerajaan dalam mencegah Covid-19?
Tahukah beliau bahawa sebab diuji negatiflah, maka seseorang itu kena dikuarantin selama 14 hari, manakala kalau positif akan terus dimasukkan ke hospital menerima rawatan?
Apa yang dia buat dalam mesyuarat kabinet setiap Rabu?
Kalau Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri boleh menjalani kuarantin, apa yang beliau berlagak sangat dan rasa begitu istimewa sampai tak mahu dikuarantin?
Sedangkan jika Yang Dipertuan Agong, Muhyiddin atau Tun Mahathir tidak mahu menjalani kuarantin pun, siapa yang tahu dan siapa yang boleh memaksa?
Tetapi, kenapa mereka masih sanggup menjalani kuarantin selama 14 hari dengan senang hati?
Tentulah sebabnya kerana mereka itu adalah insan-insan terpuji, berhati luhur, patuh kepada ketetapan kerajaan dan tidak berlagak dalam kehidupan?
Maka, berbanding mereka itu, apa yang Attakiri nak berlagak sangat sampai tak mahu menjalani kuarantin kalau dapat jadi menteri pun sekadar melalui tebuk atap?
Kalau beberapa menteri di luar negara sanggup meletakkan jawatan kerana didapati melanggar peraturan Covid-19, susah sangatkah sebagai pemimpin parti Islam untuk beliau bertindak mulia seperti itu? (Shahbudindotcom 22/08/2020)