MANA NAK LAYAK KALAU MACAM SAMSENG ??? MALU BANGSA SAJA
Umno senarai 7 calon Sungai Besar, nama saya tiada, kata Jamal
| DALIA ISMAIL
Pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos berkata, senarai nama calon itu telah dibuat oleh Umno Bahagian Sungai Besar bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 akan datang.
Kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada calon Umno itu turut menyenaraikan nama bekas menteri besar Selangor Dr Khir Toyo sebagai ahli parlimen selain calon dari pergerakan wanita,pemuda dan puteri di bahagian itu yang berpotensi untuk diketengahkan untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut tidak didedahkan.
“Sebagai Pengerusi BN di Parlimen Sungai Besar saya telah meletakkan tujuh nama calon bagi kerusi Parlimen dan 10 nama calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Panjang dan Sekinchan untuk PRU14 kelak.
"Dalam senarai tujuh nama bagi kerui MP kita ada senaraikan Dr Khir Toyo bukan saudaranya yang lain rahsia.
“Sungai Besar adalah bahagian yang paling awal menghantar nama calon untuk PRU 14. Gerak kerja kami dan jentera telah digerakkan selepas kami menang tipis majoriti 399 undi dalam PRU13 lalu.
“Dalam senarai 17 calon di Parlimen dan Dun itu nama saya tidak ada pun dalam senarai tersebut.
“Saya buat gerak kerja kenal pasti calon yang sesuai untuk Parlimen dan Dun sejak setahun lalu untuk memastikan BN akan menang dalam PRU mahupun PRK dengan trajedi sedih yang menimpa kepada MP Sungai Besar,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Jamal diminta mengulas khabar angin kononnya beliau sedang melobi untuk mendapatkan pencalonan dirinya di kerusi parlimen tersebut yang dikaitkan dengan program makan burger percuma di Sungai Besar pada 14 Mei ini seperti di lapor portal malaysianmirror.com hari ini.
Turut dilaporkan kononnya saudara kepada Khir Toyo juga akan disenaraikan sebagai calon MP.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, program burger percuma kepada pengundi sudahpun dilakukan kali pertama di Dun Sekinchan pada 24 April yang dihadiri lebih daripada 5,000 orang.
“Program makan burger ini adalah program tahunan yang diatur di bahagian sebagaimana kami memberi sekampit beras kepada 1,000 buah rumah melalui Program Bagi Barang Dapur dari Rumah ke Rumah.
“Tidak timbul soal kononnya saya nak melobi dan sedang mengerakkan jentera akar umbi dengan menganjurkan program makan burger percuma.
“ Saya berkempen untuk diri sendiri nak jadi calon? itu semua tidak betul!.
“Program makan burger percuma itu sudah dirancang lebih awal bukan dirancang selepas berlaku kematian MP Sungai Besar,” tegasnya.
Ditanya apa motif memberi makan burger percuma?
Ditanya apa motif memberi makan burger percuma?
Jamal berkata, program itu semata-mata mahu mengimbau sejarah bagaimana beliau mula berniaga selepas tamat persekolahan dengan menjual burger dan kini menjadi usahawan.
“Lagipun mengadakan program makan burger lebih jimat perbelanjaan berbanding majlis makan tengahari atau kenduri untuk rakyat.
“Program yang kami rancang dua kali bagi tahun ini hanya berbelanja RM5,000 dengan 4,000 biji burger diberikan percuma. Malah ‘burger’ itu sendiri menarik minat semua bangsa untuk datang dalam program yang diaturkan Umno-BN di Sungai Besar,” ujarnya.
Jamal yang pernah menimbulkan kontroversi kerana menjadi Penganjur Himpunan Baju Merah menentang beberapa kali penganjuran himpunan Bersih di ibu negara menolak dakwaan beliau mempunyai potensi untuk dipilih sebagai calon MP dalam PRK kelak.
“Saya tidak peduli apa orang nak kata, orang Sungai Besar kenal siapa saya. Cakap-cakap kosong, persepsi negatif atau buruk sangka tidak akan memberi sumbangan apa-apa dalam pilihan raya di Sungai Besar ini.
“Saya telah beberapa kali dalam ucapan di setiap program bahawa saya tidak meletakkan hasrat untuk bertanding dan saya lebih selesa untuk kekal dengan kerja saya untuk terus memimpin Umno bahagian pada masa akan datang.
“ Siapa yang akan menjadi wakil rakyat bergantung kepada pilihan pucuk pimpinan. Jika ada calon yang ke 10 saya adalah calon yang ke 11.
“ Tujuan saya masuk politik untuk bantu parti, apabila saya merasakan kemampuan dari segi pendekatan dan pemikiran baru yang agak agresif selama ini, saya percaya ahli Umno pun sukar menerima pada awalnya tetapi kini mereka tahu mengapa saya lakukannya,” terangnya.
Jamal merujuk kepada tindakannya mendesak Umno Bahagian Sungai Besar untuk mengemukakan usul dalam mesyuarat peringkat bahagian tahun lalu agar Presiden dan Majlis Tertinggi Umno memecat Tan Sri Muhyiddin juga tidak disenangi dikalangan ahli jawatankuasa bahagian itu.
KISAH DAN PERANAN INSAN-INSAN YANG MENGANIAYAI ANWAR
Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar
Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.
Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis.
Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.
Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.
Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:
”Dalam keadaan ini, apakah beliau (“Anwar”) dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?”
Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!
Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia.
Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan – laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku “bersalah” hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya ( Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden ).
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan:
“Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang.”
Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.
Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi (Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.
Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela.
Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.
Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini
Gani Patail sekarang(TELAH DI PECAT AKIBAT 1MBD-CUBAAN MENGADAP YDA) merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar.
Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.
Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatkan sampel DNA dari tubuh beliau.
Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.
Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual). Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan.
Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.
Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil
Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.
Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.
Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.
Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan.
Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.
Konspirasi politik
Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.
Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.
Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.
Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.
Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.
1. MUSA HASSAN KINI TELAH BERSARA
2. GANI PATAIL DIPECAT
3. KES QAZAF KINI DALAM PERBICARAAN KERANA RAYUAN ANWAR.
2. GANI PATAIL DIPECAT
3. KES QAZAF KINI DALAM PERBICARAAN KERANA RAYUAN ANWAR.
4. PAS KINI LEBIH MESRA UMNO DAN DIDAPATI BEBERAPA INSAN DALAM PAS MASIH BERBINCANG.PERANTARA NASARUDDIN, DAN BEBERAPA NAMA LAIN YANG DIKAITKAN DENGAN PERBINCANGAN DENGAN UMNO.
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS
HUSAM MILIKI IDEA LUAR BIASA, MASA DEPAN CERAH TANPA PAS – WAN JI
Husam miliki idea luar biasa, masa depan cerah tanpa Pas – Wan Ji
Dipecat dari parti bukan titik noktah bagi tokoh pembela rakyat seperti Adun Salor, Datuk Husam Musa kata pendakwah muda yang kini ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ustaz Wan Ji Wan Husin.
Husam menurut beliau adalah satu simbol kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan pembela rakyat tertindas di negara ini yang sepatutnya jadi idaman kepada mana-mana parti atau kumpulan untuk duduk bersama mereka.
Sebuah parti yang mengaku berjuang Islam dan memecat orang seperti Husam adalah pelik dan luar biasa,” katanya.
Bagi Wan Ji, rakyat Malaysia mula melihat bintang Husam ketika beliau berada di parlimen sesi 1999 – 2004.
“Ketika itu beliau satu-satunya ahli parlimen yang dilihat mampu berhadapan dengan kelicikan dan kemampuan Dr. Mahathir Mohamad yang berjaya mengekalkan dirinya sebagai perdana menteri hingga 22 tahun,” katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Maqasid.
Pendedahan-pendedahan Husam di parlimen kata beliau bukan sahaja menjadi perhatian dan kepuasan rakyat umum kerana membela mereka malah sekali sekala menarik perhatian Mahathir sendiri yang melihat Husam kerkebolehan tinggi.
Menurutnya lagi sebaik di bawa balik oleh arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjadi Exco Kelantan pada 2004, Husam melakar sejarah demi sejarah mengemudi ekonomi Kelantan yang disisih dan ditekan dari segenap penjuru oleh kerajaan pusat Barisan Nasional.
“Dengan sumber terhad khususnya dinafikan royalti minyak, beliau telah menggerakkan program kebajikan untuk rakyat dan inisiatif-inisiatif ekonomi negeri yang jelas luar biasa dan bukan jenis berfikir secara biasa-biasa,” katanya.
Semua ini katanya diakui banyak pihak dan hampir semua setuju bahawa kerajaan Kelantan yang tinggal majoriti satu kerusi selepas pilihan raya 2004, berjaya menang selesa pada 2008 hasil inisiatif-inisiatif kebajikan dan ekonomi yang diketuai Husam.
“Saya langsung tidak risau pemimpin jenis berfikir luar biasa seperti ini untuk bergerak dengan parti atau tanpa parti,” kata beliau ketika ditemui selepas program pelancaran tiga cawangan sulung Amanah kawansan Kubang Kerian malam tadi.
Semasa menyampaikan ceramah pada majlis itu beliau yakin rakyat Kelantan mampu membuat pilihan terbaik dalam pilihan raya akan datang.
“Saya yakin Pakatan Harapan, yang tentunya akan diketuai Amanah di Kelantan akan turun bertanding di semua kerusi bagi memastikan Umno dihalang dari berkuasa di Kelantan.
“Kalau kerajaan negeri sekarang telah gagal meyakinkan rakyat untuk meneruskan legasi Tok Guru Nik Aziz, Pakatan mesti turun menawarkan sebuah kerajaan Islam yang lebih baik menggantikan pentadbiran yang semakin tidak disukai rakyat di negeri ini,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)