ADA ORANG SAKIT HATI KA...


JABATAN PENJARA: TIDAK MUNGKIN AZILAH TEMUI VVIP

UJIAN POLIGRAF UNTUK PENUDUH...JANGAN NGEK NGOK


Setelah Mohamad Yusoff Rawther menjalani ujian poligraf semalam di Bukit Aman, ramai yang mendesak agar Anwar Ibrahim juga menjalani ujian yang sama.
Kata mereka, jika Yusoff berani menjalani ujian itu, tidak ada sebab Presiden PKR itu takut melakukannya.
Menyedapkan lagi rencah penceritaan, mereka menambah, sebagai bakal PM8 adalah penting untuk Anwar memperlihatkan keberanian dan kredibilitinya dalam perkara itu dengan turut sama berani melakukan ujian poligraf terhadapnya.
Seolah-olah, pada tanggapan sesetengah orang, hanya dengan berani menjalani ujian tersebut, kebenaran sudah dapat diserlahkan.
Harus difahami bahawa ujian poligraf adalah untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar atau tidak dalam sesuatu penyiasatan.
Ketika menjalani ujian poligraf, seseorang akan diletakkan beberapa sensor di badannya, biasanya antara 4 hingga 6, bagi tujuan merekodkan kadar degupan jantung, denyutan nadi, tekanan darah dan perpeluhan.
Ketika ujian dijalankan, pergerakan kaki dan tangan juga direkodkan.
Semua dapatan pada sensor dan pergerakan kaki serta tangan akan dianalisa untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar atau bohong.
Begitu pun, ujian poligraf ini bukanlah 100 peratus tepat kerana seseorang yang berlatih berhari-hari atau biasa dengan sesuatu perkara mungkin berjaya meminimakan degupan jantung dan denyutan nadinya, sekaligus kadar berpeluh di badannya akan berkurangan.
Dengan yang demikian, sebagaimana biasa kita tonton dalam filem-filem Hollywood, ramai yang terlepas dalam ujian poligraf ini.
Adakah Anwar benar-benar perlu menjalani ujian poligraf?
Dalam kes ini, yang sangat perlu menjalani ujian poligraf ialah Yusoff dan bukannya Anwar.
Ini kerana beliau adalah pihak yang membuat tuduhan, maka jika tuduhannya menimbulkan keraguan, ia mestilah dipastikan benar terlebih dahulu.
Di pihak Anwar, keperluannya adalah menyediakan pembelaan atau alibi terhadap tuduhan yang ditujukan kepadanya, bukan ditentukan sama ada beliau bercakap benar atau sebaliknya.
Namun demikian, jika pihak berkuasa mendapati Anwar juga perlu menjalani ujian itu, sama seperti yang telah dilalui oleh Yusoff, pastinya beliau tidak akan menolak ujian seperti itu.
Anwar adalah pejuang kebenaran dan beliau tidak pernah takut kepada kebenaran. (ShahbudinHusin 18/12/2019)

HARAP NI BUKAN AKAUN LEBAI KELARAH...


DIPENJARA KERANA MENENTANG PEMERINTAH



Ezam Md Nor




PENJARA KAJANG - sehari dua ini banyak kisah Penjara Kajang.Akuan bersumpah Azilah dr Penjara Kajang. Kisah banduan Abdullah Ang boleh pergi kantor dan shopping juga dari Penjara Kajang.

Foto ini diambil secara sulit oleh ahli keluarga saya semasa ziarah AidilFitri.Itulah cara kami salam raya.Pakai intercom sahaja.Hanya Allah yg tahu perasaan beraya bersama anak usia 3-7tahun kaedah itu.

Saya bukan kawan PM masa tu.Malah musuh PM.Makanya beraya pun tak dibenar 'sentuhan' anak2.Abdullah Ang banduan istimewa dan kawan PM.Dia boleh shopping,balik rumah walaupun banduan Jenayah pecah amanah wang.Saya banduan bongkar menteri pecah amanah.Dan itu layanan saya terima.

Nota: Azilah adalah banduan akhir di Blok Akhir bersebelahan dengan Blok Asingan.Blok dimana saya ditempatkan.Dari kedua Blok ini ke pintu utama Penjara perlu melalui 4 pintu keselamatan yang kesemuanya berkunci 24 jam.


SEJARAH DITULIS OLEH PEMENANG



Oleh:Sani Ahmad

"History has been written by the victors” atau dalam bahasa Melayu disebut, “Sejarah ditulis oleh pemenang”. Ungkapan ini kononnya pertama kali dike­mu­kakan oleh Winston Churchill dan ada pula menegaskan ianya berasal dari Napoleon.

Apa yang lebih penting bukannya sejarah itu ditulis oleh pemenang atau yang kecundang, tetapi kebenaran. Disebabkan itulahsejarah amat penting dalam menentukan keputusan yang bakal diambil. 

Kegagalan memahami dan dan mengetahui sejarah akan mengakibatkan sesuatu persoalan atau isu dikupas secara sembrono dan mengikut acuan yang telah dibentuk oleh pemenang.

Lantaran itulah pemikiran masyarakat kita adalah hasil dari acuan pihak luar khususnya penjajah kerana sejarah ditulis oleh mereka. Seperti ketika Pramoedya Ananta Toer ditemubual oleh wartawan tentang sejarah yang dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem pendidikan, jawab Pram, "Pendidikan? Sekarang dididik untuk jadi penganut yang berkuasa soalnya, ha... ha... ha.. Habis gimana? Yang membikin program pendidikan ya sama aja nggak tahu. Sori, saya menganggap semua goblok. Sori ya, he.. he.. he..."

Sistem pendidikan kita sejak merdeka adalah mendidik rakyat menjadi penganut pihak berkuasa dan pemerintah seperti dikatakan oleh Pram. Jika ada pandangan berbeza dari pemerintah dan yang berkuasa, bersedialah samada menerima akibat dari sudut fizikal, serangan di media sosial mahupun fitnah untuk membunuh karektor pengkritik.

Sekarang heboh isu Akuan Bersumpah Azilah Hadri yang dijatuhkan hukuman atas kesalahan membunuh wanita Mongolia bernama Altantuya. Berbagai-bagai reaksi yang dizahirkan samada melalui medsos mahupun media tradisi seperti akhbar bercetak dan atas talian malah televisyen. Semua reaksi ini jika dikumpul boleh menumbuhkan pokok buah-buahan dengan begitu banyak ranting dan berbeza buahnya mengikut ranting fikiran dan latarbelakang pendidikan, kecenderungan politik, bangsa, agama dan banyak lagi.

Puncanya kerana kes ini sebelum muncul Akuan Bersumpah tersebut sudah ditulis sejarahnya menurut kehendak pemenang. Siapa pemenangnya jika bukan mereka yang berada di tampuk kekuasaan ketika itu.

Bayangkan sejarah yang telah tertulis bahawa rekod perjalanan keluar masuk wanita Mongolia ini boleh dipadam dan jika ianya angkara virus atau digodam, kenapa hanya rekod mangsa sahaja berlaku sebegitu? 

Sejarah kes ini juga telah menunjukkan tidak ada kesungguhan untuk mengetahui motif wanita malang ini dibunuh. Apabila dibangkitkan soal motif, ianya dibantah dan samada pihak pendakwaan mahupun pembelaan tidak bermati-matian untuk merungkai soal motif ini. Malah lebih mengecewakan adalah apabila Razak Baginda pada 31 Oktober 2008 telah dilepaskan dan dibebaskan, tidak ada rayuan dibuat oleh pasukan pendakwa apatah lagi pihak pembelaan.

Jika benar wanita malang ini adalah perisik asing, kenapa bukan Cawangan Khas yang diarah bertindak kerana sudah wujud unit counter espionage dalam Cawangan Khas? Kenapa pemimpin itu dan Razak Baginda yang begitu gelabah dengan 'perisik asing' ini? Tak perlu 007 atau James Bond atau Jason Bourne untuk melangsaikan ancaman ini. Jebon sudah memadai. 

Perjalanan kes ini dan sejarahnya telah membentuk pendapat umum bahawa wujudnya tangan ghaib yang mencorakkan perbicaraan ini berjalan seperti yang dikehendaki oleh pemenang. 

Oleh itu, sejarah kes ini perlu dikaji dan ditulis semula dengan membenarkan permohonan Azilah Hadri untuk 'review' kes tersebut apabila beliau melakukan kejutan dengan dakwaan begitu 'daring' terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa mengarahkan beliau menjalankan misi menghapuskan 'perisik asing' yang amat merbahaya kepada negara walaupun hakikatnya paling merbahaya kepada dirinya dan Razak Baginda jika menurut sumber-sumber tertutup dan terbuka yang boleh diakses sebelum ini termasuk juga Akuan Bersumpah Azilah terkini.

Samada kita mahu terus meyakini sejarah yang ditulis oleh pemenang sebelum ini dengan fakta yang dimanipulasi atau mengkaji semula bukti-bukti sejarah bagi membetulkan semula fakta yang diselewengkan sekaligus menyelamatkan nyawa dua orang insan yang dikambinghitamkan, atau melihat secara positif bahawa langkah mengkaji semula kes ini adalah untuk membuktikan sejarah ditulis pemenang sebelum ini adalah benar dan sejarah baharu mahu ditulis ini adalah rekaan dan fitnah semata-mata. 
                                                                  
Lebih baik tersilap hukuman melepaskan pesalah daripada tersilap menghukum insan tidak bersalah.

Selamat malam dan renung-renungkan.




KONFLIK PERKAUMAN PENENTU JATUH-BANGUN EKONOMI 2020

AKUAN AZILAH BOLEH JELASKAN MOTIF PI BALA LARIKAN DIRI

Puak Umno kata kalau Najib bersalah KENAPA dah lebih setahun DIA MASIH berlegar BEBAS KESANA kesini..?


Oleh: Sentum selalu..

Puak Umno kata kalau Najib bersalah KENAPA dah lebih setahun DIA MASIH berlegar BEBAS KESANA kesini..?

Ni CARA kita NAK JAWAB...

1. Kalau kita negara komunis KITA BOLEH tangkap NAJI hari ni DAN subuh ESOK JATUH HUKUM tembak. Syukur KITA bukan NEGARA komunis. KITA negara demokrasi berlandaskan keluhuran undang undang. Dimana SETIAP YANG tertuduh diberi ruang DAN peluang secukupnya UNTUK membela DIRI. BOLEH MINTA TUKAR hakim. MINTA TUKAR pendakwa. MINTA ini. MINTA itu.

2. Kes CURI telor ayam PUN boleh AMBIL MASA berbulan. DARI penyiasatan, pendakwaan hinggalah JATUH hukum. Tu PUN KALAU tertuduh tak ADA setengah dozen loyer DAN manjang SAKIT mata DAN lawyer manjang kena gigit anjing.

3. WANG 1MDB banyak dipindahkan ke akaun pesisir DAN dibelanjakan diluarnegara. SEMUA rekod dan bukti transaksi HANYA ADA pada DOJ Amerika. Sebab HANYA Amerika YANG ADA kuasa UNTUK siasat SEBAB IANYA melibatkan matawang dollar Amerika.

Selain DARI Amerika bukti JUGA PERLU diperolehi dari Singapura DIMANA perbicaraan KES berkaitan 1MDB TELAH berjalan SEJAK DUA TAHUN lepas. Dimana 5 telah dihukum penjara, SATU bank ditarik LESEN perniagaannya DAN TIGA bank LAGI didenda.

Negara KETIGA ialah Switzerland DIMANA sebahagian WANG 1MDB YANG disamun di sembunyikan.

4. DAN kesemua BUKTI tersebut HANYA BOLEH diperolehi melalui permohonan Mutual Legal Assistance (MLA) kepada NEGARA terbabit.

Setelah hampir setahun KINI semua BUKTI TELAH kita perolehi DARI NEGARA terbabit DAN perbicaraan KES 1MDB bermula BULAN NI.

5. Dan Najib TAHU kita DAH ADA cukup BUKTI UNTUK humban DIA ke Sg. Buloh. SEBAB tu lah kalau sebelum ni DIA bermatian KATA DUIT DALAM akaun DIA  duit DERMA Pak Arab, sekarang DIA dah mengaku DUIT tu duit 1MDB. Cuma muslihat terbarunya KONON dia JUGA mangsa KEPADA penipuan Jho Low.

6. Apapun kes pendakwaan SRC dah SELESAI bulan lepas. Bulan DEPAN in sya ALLAH MUNGKIN mahkamah AKAN jatuh HUKUM selepas NAJIB dipanggil membela DIRI. KALAU bersalah NAJIB BOLEH MINTA penangguhan hukuman sehingga proses rayuan selesai. TAPI denda RM200 juta (5 kali DARI jumlah suapan) mesti dijelaskan serta merta. KALAU TAK BOLEH bayar, NAJIB kenalah merayu DARI DALAM PENJARA.

7. Perbicaraan KES 1MDB pulak dijadualkan selesai AWAL TAHUN depan. Tu PUN JIKA NAJIB manjang tak sakit MATA DAN loyer manjang kena GIGIT ANJING.

*TERBUKTI AKHIRNYA ULAMA2 PAS TIDAK TAHU MEMERINTAH!!!*



Baru2 ini Lim Guan Eng, Menteri Kewangan membuat kenyataan bahawa beliau terpaksa meluluskan "Emergency Fund" sebanyak dua kali berjumlah RM192 juta semata-mata untuk membayar gaji. Ucapan beliau di Konvensyen DAP itu mengejutkan ramai pihak kerana disangka selama ini ulama-ulama PAS dianggap mengetahui bagaiamana mentadbir negeri.

Di zaman Tok Guru Nik Aziz dahlu di mana Husam Musa diberikan tugas mentadbir kewangan negeri. Sepanjang Tok Guru menjadi MB Kelantan, tidak pernah Kerajaan Kelantan meminta wang dari Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.

Di bawah ulama yang ada sekarang tanpa Husam Musa, keadaan kewangan semakin buruk dan nampak benar-benar ulama PAS tidak mampu membayar gaji kakitangan.

Itu adalah bukti bahawa ulama2 PAS menggunakan title mereka sebagai ulama untuk merebut jawatan.

Sebelum ini Tulang Besi telah pun mendedahkan bahawa ramai ulama dalam PAS adalah menyamar dalam artikel bertajuk "Adakah Ulama-Ulama PAS Benar-Benar Ulama?"

Sebagai ulama pun mereka banyak berbohong, inikan pula sebagai pentadbir negeri.

Namun, ulama2 PAS yg mentadbir Kelantan itu dikhabarkan kuat berjalan dan melawat ke luar negara. Dahulu ada gambar lawatan ke Norway. Sekarang ini dkhabarkan keseluruhan exco akan melawat New Zealand pula.

Mereka mencapai jawatan mereka bukan kerana mereka layak tapi kerana menjual title ulama mereka seluruh parti. Dan mereka bukan ulama yang sebenar2 ulama pun.

Di Terengganu pula hampir kesemua janji Manifesto PAS di sana tidak dilaksanakan. Banyak syarikat2 anak negeri telah ditutup akibat ketidak upayaan kerjaaan negeri mentadbir.

Berbalik kepada Kelantan pula, tiada apa2 projek ataupun pembangunan yang jelas dan berdaya maju yg dilaksanakan oleh ulama2 PAS di sana.

KESIMPULAN: Ulama2 PAS tidak mampu memerintah. Mereka selama ini pun diselamatkan oleh professional2 dalam PAS, Sekarang ini professional2 yang ada dalam PAS sudah pun keluar dan menyertai Amanah. Yg tinggal dalam PAS semuanya tidak boleh diharap.

Maka, kesudahan yang jelas yang akan berlaku adalah negeri2 Kelantan dan Terengganu akan terus ketinggalan dan terabai.

Bayar gaji pun ulama2 PAS ni tak mampu,inikan pula hendak membangunkan negeri.

Seharusnya Kerajaan Pusat mesti merampas semula pemerintahan KElantan dan Terengganu atas nama Darurat kerana kerajaan negeri mereka sudah tidak mampu berfungsi lagi.

TULANG BESI

PH perlu tumpu agenda rakyat, tunai janji manifesto – CEC DAP



Kerajaan PH perlu memberi tumpuan terhadap isu nasional membabitkan agenda rakyat dan menunaikan janji manifesto pilihan raya umum lalu, kata Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP hari ini. 
Menurutnya, kerajaan perlu lebih mendengar suara hati dan nurani rakyat serta bekerja lebih keras bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka baik dari segi ekonomi, pendidikan, pekerjaan dan penjagaan kesihatan. 
Katanya lagi, janji manifesto PRU harus ditunaikan supaya kepercayaan di kalangan rakyat terhadap kerajaan dapat terbina. 
“Di samping itu, rakyat harus dapat melihat bahawa kuasa yang digunakan bukan untuk meraih sebarang kedudukan, sebaliknya untuk kepentingan rakyat. 
“Atas sebab ini, PH perlu menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya umum. 
“Kerajaan PH juga perlu mengambil jalan tengah dalam mentadbir supaya dapat mewakili semua rakyat Malaysia tak kira agama, kaum atau geografi,” kata CEC DAP dalam kenyataan, hari ini. 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Ahad lalu berkata, 2020 merupakan tahun penting bagi kerajaan PH melaksanakan baki 40 peratus janji dalam manifesto PH yang masih belum ditunaikan.
Beliau berkata berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyebut bahawa 60 peratus daripada janji manifesto PH telahpun ditunaikan dan tinggal 40 peratus baki yang perlu dilaksanakan sebelum 2023.
Malaysia untuk rakyat Malaysia
Dalam pada itu, jawatankuasa pusat turut mengecam tindakan pihak lawan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan ekstremisme agama yang memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini. 
“Negara ini bukan milik satu-satu kaum atau agama, dan tidak ada rakyat Malaysia yang boleh hidup terpisah dalam komuniti mereka sendiri tanpa berinteraksi dan bekerjasama dengan yang lain,” ujarnya. 
CEC DAP turut menempelak media arus perdana yang dikawal Barisan Nasional (BN) dan MCA yang menerbitkan dan melaporkan kenyataan-kenyataan pemimpin mereka yang dilihat boleh menggugat perpaduan rakyat negara ini. 
“DAP menggesa pihak berkuasa agar tidak berpuas hati tetapi bertindak tegas demi kepentingan perpaduan negara, keharmonian kaum dan agama,” katanya

JANGAN SYOK SENDIRI



Oleh:Ahmad shahril

Setelah PH menang dan jadi kerajaan, muncul satu dua kerat pecacai tun m yang tak sedar diri dan dengan kurang ajar mengulang2 cerita fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim...

Aku sendiri sejak awal beri sokongan kerana mahu lihat umno bn dijatuhkan dengan ketepikan pertelingkahan 20 tahun lalu.. tapi belum sampai tahap utk mewarwarkan atau mainkan isu utk aibkan tun m..

Puak satu dua kerat bangsat seperti ini lah yg jadi gunting dlm lipatan.. jadi parasit dalam PH..

'Kamu nk sokong tun m tu kamu punya hal.. tapi jangan sampai terdesak jaja fitnah utk wujudkan tanggapan buruk masyarakat terhadap DS Anwar Ibrahim hanya kerana nk tun m terus kekal berkuasa..'

Bagi aku, aku anggap puak2 bangsat yg akui diri cytro PH dan sebagainya ini sebagai budak mentah yg tak ikuti dari awal penubuhan PH...
puak2 celaka ini turut memperlekeh kumpulan reformis pro Anwar dgn melebel sebagai kumpulan yg terlalu kemaruk utk Angkat DS Anwar Ibrahim sbg pm ke8... sepatutnya celaka2 ini cerminkan diri terlbh dulu...

jika tak kerana DS Anwar Ibrahim. Tun dan Bersatu blm tentu ada dlm PH...
Ini kerana DS Anwar lebih utamakan soal rakyat, soal negara dari dendam silam.. jangan cuba nafikan.. untuk capai usaha ke arah itu, tun m sendiri sanggup ke mahkamah utk berjumpa DS Anwar Ibrahim.. malah kirim utusan utk jumpa DS Anwar sewaktu di penjara...

Kemarahan kumpulan Rreformis adalah kerana sikap tun sendiri yg tidak mengotakan janji dan sengaja beri berbagai alasan hanya kerana dh peroleh sedikit kuasa...

Pada konvensyen Reformis 2017.. Tun m dan budak angkut bag nya, si khairuddin terhegeh2 pergi menghadap kumpulan reformis bg dptkan restu.. konon demi negara, demi utk jatuhkan najib razak.. dan minta supaya dpt utk sama2 bersatu dan ketepikan permusuhan lampau...

Pru14 lalu.. parti tun sdri gagal dlm usaha utk daftarkan Bersatu.. lalu DS Wan Azizah dgn restu DS Anwar Ibrahim sedia bersetuju utk semua parti dlm PH utk gunakan logo Keadilan.. malah watikah yg tun m tanding di langkawi pun ditandatangani oleh DS Wan Azizah...  oleh itu jgn lupa sejarah.. jangan cepat jadi besar kepala..

Setelah menang dan sewaktu DS Wan Azizah mengadap YDPA utk menamakan calon pm.. YDPA memilih DS Wan Azizah utk mengisi jawatan tersebut, tapi ditolak dengan baik kerana prinsip berpegang pada janji...

Kepada pecacai2 tun, satu dua kerat yg syok sendiri di facebook.. belajar lah cerminkan diri...


Mujahid serah peruntukan RM75 juta kepada sekolah pondok, tahfiz

Mujahid serah peruntukan RM75 juta kepada sekolah pondok, tahfiz
Tarikh kemaskini: 17/12/2019

PUTRAJAYA, 17 Dis -- Kerajaan hari ini menyerahkan peruntukan sebanyak RM75 juta kepada sekolah pondok berdaftar dan institusi tahfiz bagi memperkasa serta memperkukuh institusi pendidikan agama terbabit ke arah lebih cemerlang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata peruntukan daripada belanjawan 2019 dengan jumlah RM25 juta kepada tahfiz dan RM50 juta kepada sekolah pondok itu diagihkan sebagai komitmen kerajaan memastikan pembangunan institusi pondok dan tahfiz terus lestari dan diberi perhatian sepenuhnya.

Beliau berkata peruntukan yang memberi manfaat kepada 617 institusi tahfiz dan 130 pondok berdaftar itu boleh digunakan untuk tujuan yang ditetapkan seperti pendidikan, keselamatan, kesihatan serta kebersihan.

"Sebagai institusi yang memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan terpuji, kerajaan sangat komited dalam memastikan pembangunannya terus lestari selari dengan situasi semasa permintaan masyarakat terhadap institusi tersebut.

"Peruntukan ini diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya mengikut tujuan ditetapkan termasuk menaiktaraf kemudahan prasarana agar kedua-dua institusi itu tidak terus diberi persepsi negatif," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan peruntukan tersebut di sini hari ini.

Mujahid berkata komitmen kerajaan terhadap pembangunan institusi pondok dan tahfiz adalah satu agenda berterusan apabila kerajaan melalui Belanjawan 2020 mengumumkan peruntukan dalam jumlah yang sama bagi kedua-dua institusi itu, tahun hadapan.



-- BERNAMA

PEGUAM NEGARA PUN DIPECAT SERTA MERTA...



Pada tahun 2015 mantan PEGUAM NEGARA Tan Sri Gani Patail yang menyiasat kes rasuah dan seleweng 1MDB dan Perdana Menteri dipecat serta merta, diarah kosongkan pejabat tanpa ambil apa² dokumen dan pejabatnya dikawal ketat oleh anggota keselamatan bersenjatakan mesin gun.

Peguam Mathias Chang yang membantu anak guamnya membuat laporan polis terhadap Najib pula telah dilokap bersama dengan anak guamnya selama hampir sebulan tanpa dibicarakan.

Agak²nya dalam tempoh lebih 10 tahun dari 2006 hingga awal 2018 siapa berani sentuh TPM dan PM Najib ketika itu?

Siapa sahaja yang cuba sentuh dia pasti kena.

Kena tutup mulut
Kena tukar kerja
Kena pencen
Kena turun pangkat
Kena buang parti
Kena pecat jawatan
Kena lokap tanpa bicara
Kena lari sembunyi 

Syarikat² yang cuba buat audit account dengan telus dan betul pun ditamatkan perkhidmatan.

Ada penerbitan dan akhbar digantung permit.

Ada wartawan asing dihalau keluar dan dilarang masuk ke negara.

Ada permintaan bantuan kerjasama undang² oleh pihak² berkuasa dari dalam dan luar negara ditolak. 

Yang kena simen, kena tembak, mati sakit jantung, jatuh helikopter, kena bom dan kena sorok pun berlaku tapi belum terbukti ada kaitan dengan mana² mafia atau malaun sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal. 😎 

Yang pastinya, Najib telah arahkan supaya Gani Patail dipecat serta merta bukan kerana Gani jatuh sakit dan tidak mampu lagi menjalankan tugas.

Tetapi dipecat kerana Gani siasat dan hendak ambil tindakan terhadap dia.

So, siapa dapat sentuh dia ketika dia sangat berkuasa?

Tiada siapa pun sehinggalah 9 Mei 2018 apabila rakyat bangkit untuk sentuh dia keluar.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-arah-saya-pecat-gani-patail-ali-hamsa-223093

Credit kpd pn shesal.

BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT


Oleh:Salam Mamu

Salam.Zuraida memegang jawatan menteri perumahan dan azmin memegang jawatan m.b selangor,lupakah bagaimana  jawatan-jawatan itu diperolehi,lupakah saudara saudara seangkatan dgn mu yg merentasi cabaran onak,duri dan rintangan,bersusah payah sikian lama dari bawah hingga keatas bersama sama mereka dan dgn secara tiba-tiba kamu berubah sekelip mata.

Tidak cukupkah apa yg kamu perolehi hingga sanggup menjadi pengkhianat.tidak cukopkah harta yg kamu kumpul,apakah harta tg kamu kumpul itu utk keluarga kamu hingga generasi terakhir.apa yg menyebabkan kamu berubah hingga dipanggil pengkhianat.mengapa kamu sanggup lakukan pengkhianatan terhadap saudara kamu,sedih melihat bangsa sendiri menjadi pengkhianat.mengumpul ahli ahli lalu mencaci,mencela dan mengkhinati saudara kamu yg menjadi asbab kamu dipangkat sekarang ini.

begitu sedih dengan bangsa sendiri hanya diumpan dgn wang ringgit sanggup menjadi pengkhianat menikam bangsa sendiri agar diri puas dgn nafsu.memang sedih dari dulu lg kita hanya dikhianati dari bangsa sendiri,hanya kerana nafsu dunia sanggup menikam saudara sendiri,tidak cukop dgn itu kamu mengumpul ahli ahli agar bersama sama terjerumus menjadi pengkhinat dan mengkhianati Dato sri Anuar.

hanya wang ringgit dan kontrak kontrak diumpan agar Ahli ahli gelap mata lalu mengkhianati pemimpin dan berjuangan palsu kamu wahai Azmin dan zuraida.apakah pepatah melepas kan anjing yg tersepit lalu mengigit tuannya,adakah empunya pepatah itu pemiliknya kamu.memang latak utk kamu.kamu sajikan wang ringgit dan kontrak berbillion ringgit utk bakal pengkhianat.kamu adalah guru yg mengajar cara menjilat nafsu dunia dan mengajar cara megkhianati saudara kamu.akhirnya para menteri kaya raya,para kontraktor kaya raya,rakyat yg mengemis.kamulah pemusnah pemusnah manifesto.

semoga Allah membuka hati kamu agar kembali kejalan yg benar.  perjalanan Dato Sri Anuar dulu hingga kehari hanyalah dibentangi permaidani duri dan kaca yg dianyam oleh bangsa sendiri.bersabarlah dgn dugaan ini,setiap kesusahan akan disudahai dgn kesenangan.in shaa Allah parti pkr,amanah dan dap akan bergabung didlm satu parti dan logo.dan dimasa itulah baru mereka tahu akan langit tinggi atau pun rendah.semoga Allah melindungi dan memberi ketabahan yg kebal dari segala rintangan kpd Dato Sri Anuar.in shaa ALLAH.


DI KELANTAN PEMANDU MOGOK,DI BEBERAPA NEGERI LAIN BAS PERCUMA.



Di Selangor, Wilayah, Melaka, N.Sembilan,Penang ada bas percuma tapi di Kelantan, bas berbayar, pemandu mogok sebab tak bayar gaji dua bulan.. Diharap Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, beri  pinjaman kepada kerajaan Kelantan untuk lunaskan gaji pemandu bas.. Ustaz Haji Ahmad Albab sila take note/
Nak bayar gaji kakitangan kerajaan, kantung kering. Bila dah paw dekat Lim Guan Eng dan bajet lulus, maka panjanglah kaki para pembesar negeri yang mewakili parti kuat pembohong itu. Kalau hari tu ke negeri tengah bersalji, kali ini ke negeri Kiwi la pulak.. Angkat geng rombongan, guna travel agent lagi..

Hebat kan lebai?


Status ini malas nak maki 😁🤪🤭


.
SELANGOR
Image result for bas percuma di negeri kerajaan
Image result for bas percuma di negeri kerajaan
NEGERI SEMBILAN
Image result for bas percuma di negeri kerajaan

MELAKA

Image result for bas percuma di negeri kerajaan
PENANG


KELANTAN .....MOGOK...MOGOK.....
Image result for bas di kelantan

HARAPAN RAKYAT MELESET


Oleh:Aman Shah 11

Lepas PH menang dlm pru14.. harapan cukup mengunung utk lihat perubahan besar berlaku..
tak ada lagi corak politik kotor, jijik.. yg sarat dengan fitnah seperti mana yg dilakukan terhadap DS Anwar Ibrahim 20 tahun lalu...

Tapi harapan meleset.. disangka kerajaan baru akan lebih mesra rakyat.. tapi belum apa2 dah ada menteri yg sibuk cipta populariti diri.. wujudkan peraturan, idea baru yg bangkitkan kemarahan dan rasa meluat rakyat. . media yg bebas hinggakan pembangkang amat mudah sebarkan tohmahan dan adu domba sesuka hati... malah media arus perdana bagai tiada kawalan langsung..

Kalangan pemimpin pula lebih sibuk pamer kemewahan hidup. sedangkan itu lah yg kita lawan habis habisan dulu..
Tak terkecuali, DS Anwar Ibrahim sekali lagi.. dan lagi cuba untuk terus diaibkan tanpa ada sedikit rasa kemanusiaan dgn tuduhan yg tidak berasas..
kalah menang bukan jadi soal bagi mereka.. apa yg jelas, hanyalah untuk pamirkan kepada umum bahawa DS Anwar Ibrahim tak layak untuk diangkat sbg perdana menteri...

Kenapa ini berlaku? ini tak lbh kerana rasa iri hati.. khianat.. kemaruk kuasa.. sedangkan umum tahu dan tak siapa blh nafikan bahawa telah ada persepakatan sejak sblm pru14, bahawa DS Anwar Ibrahim adalah calon perdana menteri ke8 yg akan diangkat sebagai perdana menteri ke8 seberapa segera setelah dibebaskan dan selepas tun mahathir melengkapi satu tempoh sementara seperti yg telah dijanjikan.

Untuk apa lagi ada usaha2 utk halang ini berlaku?

Kepada para pemimpin yg dipuncak kuasa.. kamu mgkn boleh pergunakan apa cara melalui kuasa kamu.. tapi jangan sesekali lupa.. Suara rakyat, suara Keramat...

#AkuMarhaen
#JanganPerbodohRakyat

Perkongsian YB Hasnul Zulkarnain.



Perkongsian YB Hasnul Zulkarnain..

Kisah Rakyat.

Saya ke pejabat seperti biasa pagi ini atas urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Beberapa surat saya minitkan untuk tindakan pegawai-pegawai saya. Sekeping surat ini menyentuh hati saya.

Datangnya dari seorang ibu yang tidak bekerja, surirumah sepenuh masa. Memohon untuk diberi bantuan persekolahan kepada 3 daripada 5 orang anaknya.

Katanya kos untuk menampung keperluan persekolahan agak tinggi dan tidak mampu ditanggung suaminya yang bekerja sebagai pekerja kilang.

Ini sebahagian kehidupan sebenar rakyat di bawah yang perlu untuk saya sebagai pemimpin dan yang lain ambil perhatian.

Bagi saya walau apa pun halangan, sebesar mana cabaran hidup, pendidikan anak-anak adalah paling utama.

InsyaAllah permohonan keluarga ini akan saya usahakan untuk diberi bantuan selayaknya.