SPM: Wajib lulus BI, pelajar luar bandar jadi mangsa

SPM: Wajib lulus BI, pelajar luar bandar jadi mangsa


KUALA LUMPUR- Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak setuju Bahasa Inggeris (BI) dijadikan subjek wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia bukan pendekatan yang boleh menjamin pelajar dapat menguasai BI.

“Kami berpendapat syarat BI lulus akan menyebabkan ramai pelajar yang akan terkandas dalam SPM dan dengan itu menyebabkan masa depan mereka terjejas.

“Kami dengan itu juga mendapati pihak Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM pada 2016 tidak menjelaskan kenapa penguasaan BI masih lemah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan apakan kajian yang telah dilaksanakan untuk merasionalkan keputusan tersebut.
Justeru, ujarnya, pihak kementerian perlu membuktikan perkaitan mensyaratkan lulus BI untuk mendapat sijil SPM dengan keupayaan pelajar untuk menguasai BI.

Menurutnya, penguasaan BI sepatutnya boleh dilakukan secara berterusan dan tidak perlu ia menjadi faktor yang menghadkan seseorang pelajar mendapat sijil SPM dan dengan itu merumitkannya untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.

Katanya, harus diingatkan pelajar di sekolah luar bandar akan menjadi mangsa kepada dasar yang baru ini jika ia tidak diteliti dengan halusi.

Beliau berkata, suasana masyarakat di luar bandar bukan persekitaran pelajar yang kondusif untuk mengguna BI.

“Adalah lebih bijak semakan dilakukan ke atas teknik pengajaran dan pembelajaran serta kualiti guru yang mengajar BI daripada mensyaratkan BI mesti lulus untuk mendapat sijil SPM,” ujarnya lagi.

Menurutnya, dalam jangka panjang adalah sangat penting dipertimbangkan mereka yang tidak lulus dan gagal mendapat sijil SPM mungkin akan menghasilkan ramai pelajar yang tercicir dari arus perdana.

“Kami berpendapat syarat lulus BI akan menjadi beban kepada pelajar kerana fokus yang seharusnya diberi perhatian iaitu menguasai ilmu dalam bahasa ibunda perlu diutamakan.

“Lulus BI tidak boleh dijadi merit untuk menggagalkan seseorang pelajar dalam SPM,” katanya.


-Harakahdaily

VIDEO: DSAI KESAL DENGAN TINDAKAN POLIS KEATAS PAK SAMAD






PENIPUAN YANG NYATA


KISAH HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI....

"Kita semua tahu dua pemimpin itu mempunyai suara yang cukup lantang terutama dalam mempertahankan Umno serta nasib orang Melayu di Pulau Pinang," katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan Sambutan Merdeka Wanita Umno Pulau Pinang, di perkarangan pejabat Umno Kepala Batas hari ini.

Ini ayat yang dikatakan oleh Shahrizat Jalil bagi menyokong 2 ahli Umno Pulau Pinang. Bukan apa, ayat itu menunjukkan bahawa  Melayu Pulau Pinang teruk.Teruknya Melayu Pulau Pinang kerana Umno pakat-pakat tibai tanah jual.Malas aku nak ulas sebab 2 malaun ni pernah didedahkan dengan temberang mereka.Temberang orang Melayu dan pekena Melayu, tapi senang lenang ketika menjadi pemimpin Melayu.Baca kisah yang didedahkan oleh Anak Sungai Derhaka yang lalu.Carila entri pimpinan jual tanah Melayu.

Bagi aku bukan isu Pulau Pinang dan nasib orang Melayu Pulau Pinang yang digambarkan kononnya merempat tepi jalan.Kononnya Melayu Pulau Pinang susah nak mampus. Kalau lihat video dibawah , penyokong Umno sendiri di Kuala Lumpur dan Selangor, Umno jual tanah Melayu sejak zaman berzaman....
Jadi kalau  Melayu Pulau Pinang merempat, Melayu Lain senang lenang kah?

Yang kaya raya Melayu Umno...yang merempat Melayu Umno yang meminta BR!M , sebab memang susah lah kalau Melayu kena terima BRIM dan selagi Melayu susah, Melayu yang kurang cerdik inlah yang akan memberikan undi kepada Umno.