DARI : Yong suka kuning
CUMA IBU LAIN TAK DIFITNAH SUAMI KAKI LIWAT....SUAMI DIPENJARA ENAM TAHUN...SUAMI DITUMBUK MATA...ANAK2 BAGAIMANA NAK KE SEKOLAH SEBAB SEMUA ORANG TAHU BAPA KAKI LIWAT...TERMASUK BAPANYA DIKATAKAN MENYALAH GUNA KUASA
Penulis ini selalanya bias apabila membicarakan tentang Anwar Ibrahim. Namun sebagai penulis sikap bias atau tidak adalah pandangan peribadi, dan kita pun apabila membaca harusnya mempunyai fiter untuk menilai kecerdikan penulisan sebegini........
Ibu Nurul lebih baik dari Khalid, ibu-ibu lain pula lebih baik dari ibu Nurul
“My mum is better than Khalid”
kata Nurul Izzah Anwar kepada media dua hari yang lepas. Perasaan dan
penilaian
seorang anak kepada ibunya sememangnya begitu, kerana seorang anak yang
baik
tidak akan mengatakan ibunya kurang baik dari orang lain. Apabila ibunya
disebut akan menggantikan Khalid, sudah tentulah beliau akan
berpendapat ibunya
lebih baik dari Khalid.
Saya sudah ketiadaan ibu lagi.
Jika ibu saya masih hidup, tentu saya akan berkata yang ibu saya lebih baik
dari Khalid, malahan lebih baik dari Wan Azizah atau Rosmah Mansor.
Apa tidaknya, sebagai ibu tunggal puluhan tahun lamanya dan hidup membesarkan anak-anak nun jauh di pedalaman, ibu saya boleh membesarkan anak-anak dalam keadaan serba serbi kekurangan dan akhirnya mempunyai puluhan cucu dan cicit.
Apa tidaknya, sebagai ibu tunggal puluhan tahun lamanya dan hidup membesarkan anak-anak nun jauh di pedalaman, ibu saya boleh membesarkan anak-anak dalam keadaan serba serbi kekurangan dan akhirnya mempunyai puluhan cucu dan cicit.
Ibu saya boleh menghantar
anak-anaknya kesekolah sampai ketahap yang termampu oleh anak-anaknya
untuk
pergi tanpa halangan walaupun dalam keadaan kekurangan sumber untuk
menghantar
anak-anaknya ke sekolah dan keperingkat pengajian tinggi. Hasilnya saya
dan adik beradik bolehlah membaca perlahan-lahan dan menulis sikit-sikit
sekarang ini.
Ramai ibu-ibu yang lebih baik
dari Wan Azizah jika didasarkan kepada keadaan kehidupan mereka yang
kekurangan, telah berjaya menjadikan anak-anak mereka menjadi pemimpin dan
orang-orang yang berjasa kepada negara. Ada
anak-anak mereka yang ,menjadi ‘corporate captains’ dan ada yang menjadi
pemimpin negara.
Abdul Ghaffar Baba seorang yang
datang dari keluarga yang miskin, tetapi ibu dan keluarganya telah
membesarkan
beliau dan dengan izin Allah telah menjadi Timbalan Perdana Menteri yang
ditumbangkan tanpa belas ehsan oleh Anwar Ibrahim pada November 1993
dahulu.
Sesungguhnya memang lebih ramai
ibu-ibu yang lebih baik dari Khalid, kerana fungsi seorang ibu dengan Khalid
seorang lelaki itu sememangnya berbeza. Khalid telah berjaya bukan sebagai
seorang ibu dan wanita, tetapi Khalid telah berjaya membawa ke depan segala
perkara dan niat tidak baik setengah pihak setelah diberikan mandat oleh
rakyat.
Jika ditinjau dari sudut itu,
ibu Khalid telah berjaya dan mungkin lebih baik dari ibu Nurul Izzah kerana
membentuk beliau bersabar menghadapi situasi di mana beliau dicungkil segala
kesalahannya untuk diturunkan dan dimusnahkan karier politiknya.
Ibu Khalid telah membentuk Khalid
walaupun dengan kelemahan biasa sebagai manusia tetapi oleh kerana didikan ibu
beliaulah yang membuatkan beliau berani dan bergaya menambahkan risab negeri
ke tahap yang belum pernah dicapai oleh negeri Selangor.
Jadi, ibu Nurul Izzah dan ibu
Khalid sememangnya lebih baik dari Nurul Izzah dan Khalid sendiri kerana
kejayaan Nurul Izzah adalah kerana didikan ibunya dan kejayaan Khalid pula
adalah di atas didikan ibu beliau juga.
Yang belum tentu lagi ialah
kejayaan Nurul itu sendiri samada akan berjaya sebagai ibu kepada anak-anaknya
seperti kejayaan ibunya membentuk beliau menjadi seorang pemimpin Dewan
‘Legislature’ negara.
Apa yang disebut oleh Nurul itu
adalah satu yang biasa dan tidak jauh bezanya dengan kejayaan ramai ibu-ibu
yang lain.
Hanya yang belum tentu ialah
samada ibu Nurul ini akan berjaya membina satu kerajaan yang kuat jika ibunya
ini dijadikan Menteri Besar negeri terkaya di negara ini. Sesungguhnya Nurul
seorang anak yang baik dan solih terhadap ibunya.
Hanya yang menjadi persoalannya
samada tindakan ibunya merampas kerusi dan jawatan secara ‘hostile’ itu akan
menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin yang tahan menghadapi risiko
kepimpinannya setelah tercapai apa yang dihajati beliau itu.
Takut-takut semasa dalam keadaan
sekarang semuanya baik, tetapi apabila sudah ,mendapatnya keadaan akan menjadi
sebaliknya. Itu jugalah yang berlaku kepada Khalid yang telah diberikan imej
‘the best MB the nation ever had’ dalam sekelip mata dipanggil sebagai MB yang
paling tidak bermoral.