Tun Mahathir mengalahlah kali ini kepada Anwar Ibrahim demi mengembalikan mandat rakyat.
Di tengah² kehangatan khabar² pertukaran kerajaan dan cakap² tentang calon PM PH ni, ada terbaca komen² kata DSAI susah, tak mahu mengalah dengan Tun M.
Mereka seakan² mendesak DSAI supaya mengalah dan beri peluang pada Tun M untuk menjadi PM buat kali ketiga.
Yang hairannya, mereka tidak pula meminta supaya Tun M yang mengalah. Sepatutnya mereka mintalah kepada Tun M supaya mengalah dan beri peluang pula pada DSAI kan.
Sebab, Tun M pun sehingga kini beliau tidak pernah mahu mengalah, walaupun Tun M itu bukanlah lagi sebahagian dari PH malah beliau pun tiada parti pula kini.
Jika kita mahu berbicara bab "mengalah" ini. Sebenarnya, DSAI sudah banyak kali mengalah.
DSAI, Wan Azizah, Nurul Izzah pernah menceritakan betapa sukarnya untuk mereka ketika menerima permintaan Tun M untuk bekerjasama bagi menumbangkan Najib, tapi mereka sekeluarga mengalah dan mengenepikan perasaan peribadi demi negara.
Juga mungkin masih ramai yg tidak tahu bahawa pada malam kedua kemenangan PH pada PRU14, 2 tahun lepas, YDP Agong menelefon DSAI bagi memaklumkan baginda berkenan melantik Kak Wan sebagai PM. (DSAI ketika itu di hospital bawah kawalan pihak penjara)
Ketika itu Agong mendapati Kak Wan adalah individu yg paling layak dan berhak kerana Kak Wan adalah Presiden KEADILAN, kesemua MP PH bertanding di bawah bendera parti KEADILAN, Kak Wan lah yang menandatangani watikah semua calon PH termasuklah Tun M sendiri, pada malam itu, Kak Wan mengalah dan DSAI juga mengalah, kedua mereka meminta Agong melantik Tun M sebagai PM kerana itu adalah konsensus PH.
Apabila KEADILAN menghantar nama² pemimpin mereka untuk sertai kabinet selepas PRU14, banyak nama yg Tun M tolak, tidak cukup dengan itu Tun M melantik pula nama yg tiada dalam senarai sebagai menteri, antaranya ialah Azmin Ali, namanya tiada dalam senarai yg dihantar oleh KEADILAN untuk menjadi Menteri kabinet, kerana Azmin Ali pada waktu itu adalah MB Selangor..
Tindakan Tun M itu dibalas DSAI dengan terpaksa mengalah sekali lagi demi tidak mahu PH retak, Rafizi ada suarakan bantahan tapi kemudiannya ditenteramkan DSAI.
Ketika Tun M mahukan tempoh memegang jawatan PM dilanjutkan dari 1 tahun kepada 2 tahun, DSAI mengalah.
Kemudian Tun M mahu jawatan PM yang disandang beliau dilanjutkan dari 2 tahun kepada 2 tahun setengah pula, DSAI tetap mengalah.
Tidak cukup dengan itu, ketika Tun M mahu pula jawatan PM dilanjutkan dari 2 tahun setengah kepada tiada tarikh khusus perletakan jawatannya meskipun ianya bermakna boleh jadi Tun M meletakkan jawatan sehari sebelum PRU15, DSAI masih mengalah.
Selepas Tun M meletakkan jawatan PM pada 24 Februari, ketika Agong memanggil kesemua MP untuk memilih individu yg bakal menjadi PM, ketika itu undi ke atas DSAI mengatasi Tun M, Namun pada akhirnya PH memutuskan untuk menerima semula Tun M sebagai calon PM bagi PH, DSAI mengalah untuk kesekian kalinya, namun ketika itu cubaan Tun M untuk jadi PM kali ketiga gagal apabila Agong enggan lagi untuk bertemu Tun M.
Banyak kali DSAI mengalah. Namun dalam perjalanan 22 bulan PH itu, tidak sekali pun Tun M mahu mengalah, tidak pernah sekali.
Jadi mengapakah kalian masih mendesak supaya DSAI mengalah? Mengapa tidak minta Tun M yang mengalah? Tun M sudah diberi peluang menjadi PM selama 22 bulan dan akibat dari itu PH menerima imej buruk dengan pelbagai tindakan dari Tun M yang tidak selari dengan prinsip perjuangan PH.
Akhirnya PH tumbang akibat tindakan Tun M sendiri.
Jika Tun M kata bahawa DSAI tidak cukup sokongan, apakah Tun M juga cukup sokongan pula tanpa KEADILAN?
Jika tidak berani untuk bersuara meminta supaya Tun M mengalah buat pertama kalinya, janganlah kalian mendesak DSAI supaya mengalah pula.
Jalan terbaik Tun M mengalahla buat pertama kali. Capai kesepakatan seperti dalam perjanjian, DSAI sebagai PM. Tun M boleh dilantik sebagai Menteri Mentor. Kita kasihani Tun M juga yang sudah berusia 95 tahun tapi terus berkerja keras untuk negara. Sebagai balasan juga jawatan TPM kita berikan pada DS Mukhriz untuk meneruskan legasi Tun M.
Saya yakin semua permasalahan ini dapat diselesaikan dan insha'Allah mandat rakyat yg diberikan pada PRU lalu akan dapat diambil dari pengkhianat dengan segera. Itulah jalan terbaik.
Kita sama-sama doakan semuanya dipermudahkan.