JANGAN BERGADUH...MEREKA BERDUA SEDANG BERUSAHA MENYESUAIKAN


AZHAR ARCHIL

Kepada penyokong PH yang bergaduh kerana pertahankan Tun Mahathir. Berhentilah berbuat demikian. Sudah cukup kerosakan yang Tun buat ke atas PH. Jangan ditambahkan lagi.
Ini bukan masanya menambahkan musuh dan kekalutan. Sepatutnya semua kena berganding bahu dan focus melawan PNipu.
Bak kata penulis screen shot ini. Admin sangat bersetuju. Anwar sentiasa mengalah. Sentiasa bersabar. Sehingga mendapatkan gelaran sabar tahap dewa.
Tun dalam jelajah kutuk Anwar gila kuasa. Berapa banyak kali Anwar jadi PM?
Berapa banyak kali pula Tun nak jadi PM?
Lepas tu masih Anwar yang jahat? Yang salah? Yang biadap?
Siapa yang perintah sampai rakyat hilang kepercayaan terhadap PH? Pun salah Anwar juga? Yang cakap melayu malas, Anwar? Yang potong subsidi, Anwar? Yang lantik Waytha, Anwar? Yang beragenda nak lemahkan DAP dengan arahkan Hamzah, Anwar? Yang bawa MP UMNO ke dalam PPBM? Yang pertahankan video semburit? Semua salah Anwar? Apa beza yang ratib semua salah DAP dengan semua salah Anwar?
Pada malam Anwar berzikir, mereka buat agenda nak keluar PH. Paginya, hantar surat resign. Kenapa tak cari Anwar & berbincang? Kenapa tak berunding? Jika nak cari salah dan dihimpunkan satu persatu, lebih bersalah lagi orang yang nak diangkat menjadi PM sekali lagi. Anwar pun ada kekurangan yang perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa. Tetapi bukan Anwar yang rosakkan imej, intergriti dan kerajaan PH. Itu adalah fakta!
Maaflah. Admin penyokong Anwar dan PKR tak gila kuasa dan terdesak nak jadi semula kerajaan secara terburu-buru. Admin lebih rela bekerja sebagai pembangkang jika itu boleh memperbaiki kelemahan PH.
Admin juga faham. Sesetengah penyokong PH kini terjejas teruk dari segi kewangan dan pendapatan akibat hilang kerja kerana perubahan kerajaan. Tambah pula masalah covid19. Pastinya ia menjejaskan emosi kita serba sedikit.
Tetapi itu bukan alasannya untuk kita berterusan pertahankan Tun Mahathir sebagai PM9.
Admin menghormati jasa Tun Mahathir. Tetapi tak bermakna admin perlu menghalalkan tindakannya terhadap PH.
Admin harap semua maklum dengan pendirian admin.