𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗔𝗞, 𝗨𝗚𝗨𝗧 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜, 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗚𝗨𝗧 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗟𝗨𝗖𝗔𝗛
KEH KEH KEH
Bob Kelanang
Nicky Doremon kata syarat nak jadi PM cuma jangan gila... si-katik tak gila tapi bodoh melayakkan dia jadi calon pm-11...yang lain dalam pas semua gila, tu sebab xlayak dicalonkan...
KOH KOH KOH... jilaker!!
CALON PM DARI PARTI PAS
1- Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Muktamar PAS yang berkata “kalau kita tak setuju dengan perkara sebelum ini, kita boleh perbetulkan” ternyata memakan diri. Apakah beliau terlupa isu Kampung Sungai Baru di warta kan ketika zaman Perikatan Nasional di mana PAS turut berada dalam kerajaan pusat.
2- Ketika itu, keputusan pengambilan tanah menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat dalam fasa negara berada dalam fasa lockdown dan Parlimen tidak boleh bersidang dan pampasan yang ditawarkan menimbulkan bantahan kerana dianggap tidak adil. Semua ini berlaku ketika PAS berkuasa, tetapi kini cuba dialihkan beban kesalahan kepada kerajaan sekarang.
3- Inilah wajah kepimpinan PAS, sewaktu memegang kuasa, mereka mendiamkan diri dan menyokong keputusan yang menekan rakyat. Namun apabila berada di luar kerajaan, mereka dengan mudah meletakkan tanggungjawab kepada pihak lain, seolah-olah tiada kaitan langsung dengan diri mereka.
4- Sebagai seorang calon PM yang di yakini Parti beliau, sepatutnya berani bertanggungjawab atas keputusan yang di buat ketika mereka berkuasa, bukan hanya petah menuding jari semata-mata untuk menunggang isu. Rakyat tidak perlukan retorik, mereka perlukan keberanian untuk mengaku salah dan memperbaikinya.
5- Malah, kelemahan pemikiran begini juga menjelaskan mengapa negeri-negeri di bawah pentadbiran PAS terus ketinggalan. Ekonomi semakin menguncup, peluang pekerjaan terbatas, pelaburan asing tidak masuk, dan rakyat terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki.
6- Sikap kerajaan negeri PAS yang tidak cakna terhadap rakyat dapat dilihat dalam kes di Kampung Jalan Atas Paloh, Kota Bharu, di mana penduduk hanya ditawarkan pampasan RM500 sebelum rumah mereka dirobohkan, dan RM500 lagi selepas itu. Pampasan serendah RM1,000 untuk sebuah rumah jelas penghinaan terhadap maruah rakyat.
7- Kejadian seperti ini bukan terpencil. Ia mencerminkan bagaimana rakyat bawahan sering menjadi mangsa, sementara pemimpin terus bermain politik. Bagaimana rakyat mahu yakin dengan PAS di peringkat nasional, jika di negeri sendiri pun hak rakyat tidak dapat dibela dengan adil?
8- Jika inilah calon Perdana Menteri yang ditawarkan PAS, jelas sekali PAS sebenarnya ketandusan pemimpin yang layak untuk di angkat menjadi Nakhoda dalam mengemudi kepimpinan atasan. Malaysia memerlukan pemimpin yang jujur, bertanggungjawab, dan konsisten dalam membela rakyat, bukan pemimpin yang gagal menjaga negeri sendiri, apatah lagi mahu menggalas amanah negara.
HAMZAH VS MUHYIDDIN
Adrian Lim
1. Perpecahan di antara Muhyiddin dan Hamzah semakin ketara. Semasa Majlis Makan Malam Ulangtahun Bersatu berlangsung, Muhyiddin dan Hamzah kelihatan tidak duduk semeja. Muhyiddin duduk bersama pimpinan utama Bersatu manakala Hamzah duduk seorang-seorang di meja berasingan.
2. Walaupun dipulaukan oleh pimpinan tertinggi Bersatu, Hamzah tidak gentar kerana disokong oleh majoriti Ketua Bahagian Bersatu. 120 Ketua Bahagian Bersatu ini telah tandatangan Akuan Bersumpah mendesak Muhyiddin berundur.
3. Antara sebab 120 orang Ketua Bahagian Bersatu berani melanggar Muhyiddin dan menyokong Hamzah adalah kerana Hamzah dikatakan mempunyai sokongan Presiden PAS Hadi.
4. Salah satu isyarat jelas kecenderungan Presiden PAS terhadap Hamzah adalah semasa pencalonan Ketua Pembangkang dibuat. Meskipun Muhyiddin merupakan Pengerusi PN, Muhyiddin tidak dicalonkan sebagai Ketua Pembangkang. Sebaliknya Hamzah pula yang dicalonkan.
5. Kenapa Presiden PAS dikatakan cenderung terhadap Hamzah? Antara sebabnya, Muhyiddin telah membelakangkan PAS dalam beberapa hal mustahak seperti lantikan Majlis Presiden PN. Muhyiddin telah membelakangkan PAS dan melantik Azmin (sebagai Setiausaha Agung PN) dan Faizal Azumu (sebagai Ketua Penerangan PN). Sebagai tindakan balas, Naib Presiden PAS Samsuri Mokhtar telah meletak jawatan sebagai Bendahari Agung dan jawatan tersebut telah kosong selama 9 bulan sampailah sekarang.
6. Meskipun Bersatu telah mencalonkan Muhyiddin sebagai PM dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini, PAS telah menyatakan kritikan terhadap pencalonan tersebut. Antara pemimpin utama PAS yang menyuarakan bantahan itu merupakan MB Kedah, Sanusi.
Dalam pertembungan di antara Hamzah dan Muhyiddin, siapakah yang korang rasa akan menang?
KEH KEH KEH....
Che Ibrahim.
Orang macam Anwar/PMX pun Pas ada 3-4 lori, apa la sangat kalau setakat macam Muhyidin, Hamzah dll...
Satu isyarat tersirat Pas bukan sahaja akan menerajui PN ganti Muhyidin, menjadi Ketua Pembangkang ganti Hamzah, bahkan sebagai PM ke 11 selepas PRU 16 nanti.
NAK TUNJUK APA MP QAZAF NI PADA PERWAKILAN. BAIK HANG USUL EKONOMI MACAMANA HANGPA NAK BAGI UNYUK NEGERI SG 4
Alif Jamil
Alhamdulillah…
PAS harini semakin berevolusi.
Dulu perjuangan RUU355,
Sekarang perjuangan RXZ 135.
Dulu slogan Islam Memimpin,
Sekarang RXZ konar baring.
Syukur abam tengok muktamar harini dah menjadi seperti konvoi club² permotoran..
Moga PAS terus istiqamah begini hingga ke tiupan sangkakala yang pertama 🤲
PN PAS...TAK MAU JAWABKAH DAKWAAN INI?
Tanah Kg Sungai Baru “dirampas” zaman PERIKATAN NASIONAL berkuasa menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960!!!
Ia digazet pada 21 Jun 2021.
Siapa Perdana Menteri, Menteri Wilayah, Menteri Undang Undang, Duta Timur Tengah masa ini?
ULAMAK POLITIK TAK LEH PAKAI. IKUT SUKA DIA JA NAK TAFSIR HUKUM..
𝗝𝗶𝗷𝗶𝗸 betul aku bila keluar perkataan 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗔𝗦 ni. Siapa yang iktiraf mereka sebagai ulama. Ada pernah mereka pamerkan 𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.
Cabaran mesti dibuat supaya mereka ini dedahkan kelayakan yang mereka ada untuk digelar ulama. Tak setakat sijil. Kena tunjuk sekali 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 ataupun 𝙥𝙤𝙞𝙣𝙩𝙚𝙧 mereka. Supaya pengikut tak tertipu. Jangan ada 𝙥𝙤𝙞𝙣𝙩𝙚𝙧 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 tapi lagak pandai sangat.
Dah lama aku harap kerajaan ambil tindakan. Perkara ini 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂. Gelar ulama tak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Boleh cemarkan imej Islam.
Ulama pun ada 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴. Macam kedoktoran juga. Bukan di boleh cakap semua bidang. Contohnya lulusan qiraat 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 mengajar bidang 𝗳𝗶𝗾𝗵.
Sekarang ni terlampau bebas. Jangan sampai yang mengaji qiraat pun mengajar fiqh. Dah la lain bidang, 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 pulak tu. Dibuang sebab gagal. Sekadar sebut secara 𝘨𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘭 je. Tak kata sesiapa.
Kena tubuhkan 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗳𝗮𝗻. Hanya yang dapat pengiktirafan dari badan ini saja boleh guna gelaran ulama tu. Kalau tak, imej Islam akan terus tercemar oleh 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗰𝗲𝗹𝘂𝗽 dan 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Guane boh?
Raja Gelap II
.
4 LORI PUN MELINGKUP..ADA KES RASUAH PULAK.
Bila orang yang 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘁𝗶 bersuara. PAS kata boleh cari 3, 4 lari yang macam DS Anwar? Sah-sah dia ni 𝗻𝘆𝗮𝗻𝘆𝘂𝗸. Kalau tak nyanyuk, 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹.
𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴 sendiri tak reti memerintah. Dia jadi MB Terengganu sepenggal je, 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸. Tak ada satu apa pun 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 yang boleh dikenang.
𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 dan 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶? Pak lawak je sorang tu. Kalau boleh senaraikan 5 (𝗹𝗶𝗺𝗮), 5 je pembaharuan serta pembangunan yang mereka buat untuk negeri mereka lepas hampir 2 penggal jadi MB, pun dah cukup baik.
Masalahnya PAS ni ada 𝘀𝗲𝗻𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗰𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴. Asal PAS perintah, hancur la. 33 bulan dulu sebagai bukti. Musnah ekonomi negara. Nak 𝗲𝗸𝘀𝗲𝗻 lagi? Betul tak sedar diri. Guane boh?
Raja Gelap II
.
TERKINI...LAGI MAKLUK TAK BERAKAL DITAHAN.
KO HINA YDP AGONG. KO INGAT KO NI TERPALING HEBAT ?
De De
Yang terbaru...
Next..!? Sila silaaaa.. ☺️
Syabas dan Terimakasih PDRM Polis Diraja Malaysia.
YANG DUNGU DAN TAK CERDIK
Sebelum ni 𝗙𝗮𝗱𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 kata isu Kg. Sungai Baru ni 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗥𝗨𝗨 𝗣𝗦𝗕 (𝗨𝗥𝗔). Manakala 𝗥𝗮𝗳𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 pula kata ini 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝗨𝗥𝗔 sebab masa tu 𝗨𝗥𝗔 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗱𝗮. Dah, macamana tu?
Walaupun kedua-duanya 𝗯𝗲𝗻𝗴𝗼𝗻𝗴, tapi dalam hal ni, nampak Rafidah ni 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗹 𝘀𝗶𝗸𝗶𝘁.
Sebenarnya betul, kes Kg. Sg. Baru ni, pengambilan tanah adalah berdasarkan 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 1960. Menurut akta itu, kerajaan boleh ambil tanah 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 asalkan pampasan 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽𝗶.
Jadi, dakwaan Fadhli adalah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝘁. Kes Kg. Sg. Baru ini adalah 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 mengapa URA diperlukan. Agar tanah rakyat 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶. Perlu lepasi 𝗮𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 terlebih dahulu.
Ironinya, pengambilan tanah secara paksa ini, dibuat ketika 𝗣𝗡 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵. Masa tu 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗣𝗠 dan Fadhli sendiri 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Tapi masa tu dia jadi 𝘀𝘆𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗯𝗶𝘀𝘂. Tak bersuara pulak dia.
Mungkin juga ini puncanya PN tolak URA. Sebab dia 𝗯𝗮𝗷𝗲𝘁 kalau dapat jadi kerajaan, boleh la dia 𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 sesuka hati. Boleh buat rumah untuk bini-bini lebai. Ye la. Bini masing-masing ramai.
Tapi apa pun, Rafidah ni pun bengong juga. Pemilikan di situ adalah 𝗽𝗮𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻 99 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻. Tak salah aku dah 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 50 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 dah. Maknanya tak lama lagi tempoh pajakan nak habis dah.
Pajakan ni 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗸 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹. Jadi jangan fikir nak buat warisan bagai. Kena sedar diri. Guane boh?
Raja Gelap II
.
PENERANGAN TENTANG ISMAIL SABRI
Zulqarnain Lokman
Ramai orang tidak puas hati kenapa DS Ismail Sabri tidak didakwa di Mahkamah. Baru-baru ini Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Adlan Adam Muhammad juga telah dilepaskan daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Lebih awal sebelum ini, DS Ahmad Maslan pernah dikenakan kompaun pada Oktober 2019 tetapi dia memilih untuk dibicarakan di Mahkamah. Kemudian, dia didakwa dengan dua pendakwaan di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(c) AMLATFPUAA 2001 pada 20 Januari 2020 dan telah mengaku tidak bersalah. Semasa tempoh perbicaraan dijalankan, beliau telah mengemukakan representasi dan bersetuju semula untuk membayar kompaun tersebut sebanyak RM1.1 juta.
Ada orang yang tidak puas hati dengan keadaan sebegini dan menyatakan adakah selepas seseorang itu menyakau duit rasuah dan selepas itu boleh dibebaskan begitu sahaja.
Pandangan ini bukan sahaja berlegar di kalangan orang kebanyakan bahkan ada Ahli Parlimen yang sepatutnya lebih faham undang-undang (kerana mereka penggubal undang-undang) pun menyoal perkara yang sama. Contohnya, YB Rafizi Ramli menyindir hal ini dan menyatakan 'bisnes rasuah adalah paling untung.'
Isu ini pernah dijelaskan oleh Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin.
https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=103&contentid=2105&cat=BKH
Katanya, orang sering salah faham mengenai penggunaan kompaun sebagai strategi pemulihan aset. Dalam pemikiran biasa, seseorang yang telah didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram perlu dihukum dengan hukuman penjara, denda yang tinggi serta pemulihan keseluruhan aset yang dicuri.
Namun, realitinya jauh berbeza. Pemulihan wang haram menjadi lebih rumit disebabkan perubahan modus operandi penjenayah yang beroperasi dalam sindiket dan mengubah hasil pendapatan haram mereka melalui syarikat yang didaftar secara sah dengan wakil serta penama sebagai topeng untuk menyembunyikan harta mereka.
Ini menjadikan rasuah telah berubah dari ‘duit kopi’ kepada rasuah ‘di bawah meja’ kemudian gratifikasi ‘melangkaui meja’ sehingga menjadi transaksi kewangan rentas sempadan yang bertambah kompleks. Selalunya, ia dilakukan melalui transaksi kewangan yang kelihatan sah sementara hasil pendapatan haram dibelanjakan atau digunakan untuk tujuan sah atau haram bagi meningkatkan lagi hasil pendapatan. Ia juga boleh diderma kepada pertubuhan amal atau dijadikan sebagai bayaran untuk perkhidmatan atau pembelian yang sah ataupun bagi tujuan pembiayaan politik.
Kerumitan dan kecairan pengubahan wang haram ini menjadikan proses pemulihan aset lebih mencabar. Oleh itu, Akta Pengubahan Wang Haram, AMLATFPUAA 2001 telah memberikan mekanisme bagi pemulihan aset. Intipati atau semangat Akta Pengubahan Wang Haram yang berbeza daripada Akta-Akta lain.
Ia berbeza dari segi semangat Kanun Keseksaan yang digunakan untuk mendakwa dan menjatuhkan hukuman setimpal bagi mencegah penjenayah baharu.
Kesalahan kompaun sama sekali tidak menyatakan bahawa tertuduh itu tidak bersalah. Ia merupakan tindakan punitif dan tindakan membayar kompaun tersebut merupakan satu pengakuan kesalahan. Strategi ini menjimatkan kos dan masa mahkamah dengan pemulihan sebahagian aset yang dipertikaikan tanpa perlu melalui proses mahkamah yang panjang. Namun, jika tertuduh gagal membayar kompaun tersebut, dia boleh didakwa dalam perbicaraan penuh dalam mahkamah.
Mengikut Seksyen 92(1) AMLATFPUAA 2001, pihak berkuasa atau agensi penguat kuasa berkaitan, boleh dengan keizinan pendakwa raya, mengkompaun mana-mana kesalahan mengikut akta itu dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu, apa-apa jumlah yang tidak melebihi 50% daripada jumlah denda maksimum bagi kesalahan itu.
*KESIMPULAN*
Jadi bagaimana pandangan tuan/puan. Adakah bersetuju dengan tindakan kompaun sebagai penebus kesalahan atau mahukan orang-orang ini terus didakwa dan dibicarakan.
Jika kompaun dibayar maka pertuduhan boleh ditarik balik atau dalam kes DS Ismail Sabri ini langsung tidak dituduh. Atau kita mahu satu proses yang panjang daripada Mahkamah Tinggi kemudian rayu ke Mahkamah Rayuan dan kemudian rayu ke Mahkamah Persekutuan. Dan juga SPRM mungkin berisiko kalah kes jika berlaku sesuatu perkara terhadap keterangan-keterangan itu.
Jika kita kata biarlah orang politik sahaja dibicarakan dan orang biasa dikompaun ini pula bertentangan dengan hak kesamarataan. Undang-undang tidak boleh pilih kasih. Setiap orang perlu menerima kesan yang sama terhadap undang-undang.
Satu lagi salah faham adalah orang buat perbandingan curi 1 tin milo daripada supermarket kena penjara tetapi sakau duit juta-juta boleh bayar. Ini adalah perbandingan pak pandir sebab yang curi tin milo itu tidak dituduh di bawah AMLATFPUAA sebab itu dia tidak dikompaun.
Sebenarnya perbandingan yang lebih adil adalah berkaitan kesalahan trafik. Contohnya, jika kita melanggar lampu merah dan ditahan oleh polis maka polis boleh mengeluarkan notis kompaun dan jika ingkar bayar maka pemandu tadi diberikan pilihan untuk pergi ke Mahkamah.
Jadi sebenarnya kita perlu lihat keutamaan sama ada ingin wang yang digubah secara haram itu dikembalikan kepada negara atau kita mahu pelaku itu dipenjarakan (dan mungkin dibebaskan jika kes ada kelemahan) dan wang itu hilang begitu sahaja sementara hendak tunggu habis perbicaraan.
Satu hal lagi adalah teguran kepada SPRM. Jika ada kes-kes berprofil tinggi yang dikenakan kompaun sebaiknya SPRM mengeluarkan satu kenyataan media supaya orang ramai faham tindakan tersebut dengan lebih jelas dan tidak hanya berharap kepada maklumat medsos semata-mata.
PM ANWAR RASAI KEDUKAAN MANGSA BANJIR DAN TINGKATKAN BANTUAN KESELAMATN DAN KEPERLUAN
Saya berduka dengan perkhabaran bencana banjir yang semakin memburuk di Sabah, tatkala lebih daripada 400 mangsa di Penampang dan Beaufort terpaksa meninggalkan kediaman untuk berlindung di pusat pemindahan sementara.
Saya mohon penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah apabila diarahkan kerana keselamatan nyawa keluarga adalah keutamaan.
Pihak berkuasa dan agensi keselamatan harus terus dan tingkatkan usaha menyelamat, pastikan kebajikan serta keperluan asas mangsa dipenuhi dan berikan perlindungan terbaik sehingga keadaan kembali pulih.
Doa kami sentiasa bersama kalian.
ANWAR IBRAHIM
Foto: BERNAMA
ISU KG SG BARU, DI MANA ZALIMNYA??
Che Ibrahim
👉 Pemilik dapat 3 unit rumah baru (kondo):
• 2 unit Jenis A (969 kaki persegi)
• 1 unit Jenis B (1,200 kaki persegi)
👉 Sementara tunggu rumah baru siap, pemaju sediakan pilihan:
• Rumah kediaman sementara PERCUMA lengkap dengan parkir kereta di Residensi Kerinchi.
• ATAU ganti rugi tunai sewa bulanan RM2,500.
👉 Bukan itu saja, pemilik juga dah terima pampasan tunai antara RM1j hingga RM3.8j.
Jadi di mana zalimnya?
Semoga Allah menghukum dengan setimpal kepada penfitnah dan penghasut.
MASA ADA... TAK GILA SANGAT... MASA SUSAH.. GILA OOOOO... MEROYAN HABIS
Alif Jamil
Mercedes Benz.
Mercedes adalah sebuah jentera idaman abam sejak dari budak lagi.
Alhamdulillah.. harini abam boleh la merasa pakai merc model lama yg eksiden tempoh hari tu.
Abam pon ada join jugak group² kereta conti nih.
Boleh la belajar sikit² dari otai² conti dalam tu.
Kawan² abam hat umur baya² abam ni kebanyakannya pakai BMW dan Volkswagen.
Dan depa ni selalu dah duk racun abam suruh tukar pakai BMW tapi malangnya racun itu tidak lut pada abam.
Kenkawan abam hat pakai Merc pulak semua umur dah stok abah² belaka..
Bagi abam , walaupon BMW ni sedap dan laju , tapi ianya takkan mampu menakluki hati abam seperti Mercedes..
Kerana Merc ni dia balance dalam semua aspek.
Dia balance dalam performance , luxury , reliability, durability dan enjin dia mmg tahan lasak.
Setakat harini , merc abam tu pecut atas highway belom lagi berakhir dibengkel.
Tak mcm BMW , sekali tekan atas highway kompom esok lusa masuk bengkel 😂
Tapi apapun , abam tak nafikan mmg bukan semua model Merc ni mesra pengguna.
Ada model yg patut dielakkan kerana kos maintenance yg terlalu mahal.
Gambar dibawah adalah contoh model Merc yg wajib dielakkan.
Model dibawah adalah model Merc CLS.
Keluaran kereta ni dari tahun 2004 - 2010.
Masa memula keluar dulu harga dia setengah juta.
Dia dtg dgn enjin 2.8L V6 , 3.0L & 3.5L V6 dan 5.0L V8.
Enjin² ini semuanya diambil dari model S-Class, cuma masalahnya enjin² ini di tune supaya lebih ganas lagi.
Ini yg menjadikan kos maintenance nya 3 kali ganda lebih mahal dari harga kos asal.
Hanya org yg betul² banyak pitih atau jenis pitih tak abis saja yg boleh pakai Merc model nih..
Kalu takat keja makan gaji mcm abam ni toksah duk angin la nak pakai..
Memang cari nyakit laa 😢🤲
MANA SUAMI RAFIDAH
@abe.long
Anak Rafidah ada kat atas takkan la nak bawa dia ke balai polis tetapi... siapa pula yang peluk Rafidah tu? Humm jom bongkar...
#malaysiamadani #PKPM #KetuaPeneranganRembau #madanibekerja #anwaribrahimofficial
BUDAK MATRIK..NAK HAPIS MATRIK
Asal budak Matrik.
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pulak tu
Lps jadi walaun, terus nak hapus Matrik.
Bagi kat dia korang ahli BERSATU ataupun join MCA saja. 😄

























