Che Ibrahim
Kadang kadang ada kebodohan yang tidak boleh disembunyikan....
Ini macam budak nerd yang baru angkat berat 10kg dah berangan boleh kalahkan Mike Tyson. Cita-cita kena tinggi walaupun kedengaran kelakar.
Tapi apa nak pelik. Pemimpin PAS, kan? Mana ada pemimpin PAS yang boleh bercakap perkara yang logik atau rasional? Mengarut pandai la.
Kalau ekonomi 4 negeri Mahathir tu hebat, buat apa DS Anwar nak takut? Patut lega la. Dapat kutip lebih banyak cukai dan tak payah lagi beri bantuan. Kan bagus tu. Guane boh?
Raja Gelap II
.
LEMAH BETUL. PARTI YANG TUMPANG KEKUATAN PARTI KAU JADI PM. KAU JADI DUTA SAJA.MEMANG TAK LAYAK KA APA NAK JADI PM?
Dia macam ni... Orang tua tu, sudah la tak masuk sidang, dia tak ambik tahu langsung tentang apa yang terjadi dalam parlimen tu.
Tiba-tiba wartawan tanya. Dia nak jawab apa? Dia pun tak tahu PMX ada sentuh ke tak pasal Palestin. Tu dia kata tak cukup kuat tu.
Orang tua ni dah tak relevan dah. Dah la ketinggalan semua isu semasa, datang parlimen pulak malas. Sebab tu jawab sentiasa merapu je.
Perjuangan DS Anwar dalam isu Palestin memang tak terlawan oleh sesiapa di Malaysia. Dari usia muda sampailah sekarang ini.
Di UNGA pun DS Anwar tegas mengutuk perbuatan Israel menyiksa dan merampas hak rakyat Palestin. Siapa orang tua nyanyuk ni nak mengata DS Anwar? Guane boh?
Raja Gelap II
.
Ni aku nak kata, seorang bekas banduan tu lebih baik sebab dia dah dihukum atas kesalahannya. Dia lebih mulia daripada manusia bertopengkan kopiah dan serban, nampak suci tapi menipu, memfitnah, amalkan rasuah dan masih tak terhukum.
Apa lagi kalau bekas banduan tu dipenjara kerana fitnah dan konspirasi. Hadi lupa, Nabi Yusof as juga pernah dipenjara sebelum menjadi pemerintah juga atas sebab fitnah. Hadi nak kata Nabi Yusof as pun tak layak jadi pemerintah ke macamana?
Satu lagi, dosa apa pun, zina ke, mencuri ke, kalau telah dihukum, dengan taubat nasuha, insyaAllah pelaku akan bersih semula. Tapi dosa fitnah, qazaf takkan terampun sampailah mangsa yang difitnah itu memaafkan. Apa lagi qazaf, walau dimaafkan pun, tetap tak diterima kesaksiannya.
Masalah dengan Hadi ni, sentiasa rasa dirinya suci. Padahal banyak cela di seluruh tubuhnya sendiri. Ego. Manusia ego begini, jika diberi kuasa pastinya akan merosakkan negara kerana enggan mengaku salah dan tak boleh terima teguran. Jauhi melantik makhluk begini sebagai pemimpin. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Anwar Ibrahim.
Di sela acara-acara rasmi yang padat sewaktu kunjungan ke Riyadh, saya meluangkan masa meraikan keluarga Almarhum Syeikh Prof Abu Hamid Abu Sulayman, pemikir Islam tersohor yang juga merupakan mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Antara karya penting beliau yang sering dirujuk ialah ialah Crisis in the Muslim Mind dan Islamization of Knowledge.
Pertemuan dengan Faekah dan anak-anak menggamit kembali memori persahabatan lama keluarga kami sejak 1970-an dan khususnya pengalaman bersama membangunkan UIAM sebagai institusi pendidikan tinggi yang telah melahirkan sekian ramai graduan dari seluruh dunia.
#MalaysiaMADANI
ORANG BUSUK PERUT DAN BERHASAT DENGKI AKAN MELALAK BAGAI ANJING MENYALAK BUKIT.
Ahmad Mursi
1. Hj Hadi kata dia akan pilih penjara jika dihukum bersalah kelak. Duit denda akan bagi PASTI.
2. MP Arau puji hebatnya ucapan Hj Hadi di parlimen. Sanggup dipenjara kerana kes hasutan pertikai kuasa lembaga pengampunan.
3. Banyak kali ucapan dan tulisan Hj Hadi menyindir PMX 'Bekas Banduan'. Rupanya jauh di sudut hati dia juga 'teringin'.
4. Tersenyum saya setiap kali dengar sindirannya. Tiada hinanya status 'banduan' itu bagi seorang pejuang.
5. Sebab sejarah Pemimpin2 dan Ulama2 ulung banyak mendapat 'tarbiyyah penjara' oleh Allah.
6. Hairan saya, pejuang hebat sepertinya menentang 'kerajaan zalim', lantang berpidato (isu kafir mengkafir), tapi tak pernah dipenjara.
7. Mungkin Allah belum ingin kurniakan 'tarbiyyah' itu untuknya.
8. Anwar ditarbiyyah 20 bulan dalam penjara ISA Kamunting kerana berjuang isu rakyat seawal umur 27 tahun. Total 10 tahun PMX dalam penjara yang diisi dgn membaca dan beruzlah.
9. Begitulah Lim Kit Siang, Karpal, Mat Sabu, Salahudin Ayub, Mahfuz, Lim Guan Eng banyak lagi dipenjara.
10. Nabi Yusuf, 4 Imam Mazhab, Ibn Taymiyyah, Imam Nawawi, Imam Bukhari, Hamka, Erdogan, Erbakan, Al-Qardhawi, Syed Qutb, Hassan Hudhaibi, Rached Ganoushi sekadar petik beberapa nama pernah jadi 'banduan'.
11. Walaun akan kata: tapi PMX banduan kes fitnah peribadi. Begitulah juga Nabi Yusuf difitnah oleh Zulaikha.
12. Tentulah tak semua pemimpin hebat perlu jadi banduan, tapi setiap kali Hj Hadi sindir PMX 'bekas banduan', itu mengeletek jiwa saya.
Ahmad Mursi
Che Ibrahim.
Ambo ada la 2-3x gi ke Genting Highlands, tapi pah ke sudah ambo tak tahu apa tujuan gi ke Getting..... Molek la kerajaan ambil tol pun, orang pitis banyak jah gi ke Genting ni...
UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA
HAJI HADI HARUS HENTIKAN POLITIK EKSTRIM!
Saya menzahirkan rasa kecewa dengan kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang secara sinis mendakwa seolah-olah Kerajaan Madani tidak dapat disucikan lagi kerana dikelilingi bekas banduan dan perasuah.
Kenyataan yang dikeluarkan sewaktu Muktamar PAS ke-69 pada 20 Oktober 2023 itu secara jelas menunjukkan bahawa Presiden PAS selaku seorang agamawan tidak mencerminkan nilai sebenar diterapkan Islam.
Seharusnya sebagai seorang agamawan, beliau perlu menguar-uarkan nilai kebersamaan, kesatuan dan kekitaan. Hal ini kerana agama Islam telah tersebar melalui penyatuan manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang.
Lantaran itu, saya berpandangan bahawa dalam ketika kita hendak berpolitik, biarlah ia bersifat sederhana dan jangan sampai kita memecah-belahkan umat, melontarkan fitnah dan mengadu domba.
Sementelahan itu, jangan hanya kerana kita mengenakan kopiah di atas kepala dan mengemudi Parti yang tertera nama Islam, kita merasakan seolah-olah pihak lain tidak suci mahupun tidak 'Islam' sepenuhnya.
Lantaran itu, saya ingin mengajak Haji Hadi untuk mengkaji semula pandangan beliau dengan menghayati Firman Allah Swt dalam Surah An-Najm, 53:32,
"Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.."
Demikian itu, hanya Allah SWT yang layak untuk menilai kesucian seseorang. Sebagai agamawan, beliau sepatutnya memahami lebih mendalam perihal ini. Oleh itu, saya berharap hal ini akan menjadi pengajaran kepada semua untuk bersederhana dalam berpolitik dan tidak merendahkan pihak yang berbeza ideologi dengan kita.
Ahmad Farhan Fauzi
Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri
Berucap merasmikan Mukfamar Pas semalam, Hadi Awang mengarahkan ahli parti itu supaya berusaha menarik sokongan pengundi bukan Melayu setelah berjaya menguasai sokongan pengundi Melayu.
Kata Presiden Pas itu, bedah siasat mendapati bahawa mereka masih lemah dalam menarik sokongan bukan Melayu.
“Kita sudah berjaya menarik sokongan pengundi Melayu Islam dalam PRU15, maka usaha yang penting dan berat yang mesti dilakukan sekarang adalah menarik sokongan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu dalam menghadapi PRU16 akan datang.
“Perkara ini penting untuk dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, tersusun dan bijaksana,” kata beliau.
Menurut Hadi lagi, disebabkan lemah dalam sokongan bukan Melayu itu, Pas dan PN gagal memperolehi kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.
Berdasarkan arahan serta penegasaan terbaru ini, ia menunjukkan Hadi akhirnya sedar bahawa Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa dan semua kaum adalah penting untuk disantuni.
Menoleh ke belakang, terutama sejak Pas meninggalkan Pakatan Rakyat atau PR pada 2015, Pas yang dibawah kepimpinan Hadi sebenarnya mulai rosak dalam arah tuju dalam perjuangannya.
Sejak itu, Pas bukan saja banyak menghentam bukan Melayu, malah menjadikan bukan Melayu sebagai musuh mereka dengan pelbagai sentimen serta retorik bersifat perkauman.
Sentimen Melayu/Islam yang ekstrem sering dimainkan dengan sewenang-wenangnya dan tanpa kawalan sehingga seolah-olah semua masalah dalam negara ini dicetuskan oleh bukan Melayu.
Tidak cukup dengan Pas seronok mengatakan bukan Melayu sebagai punca berlakunya rasuah di negara ini, label kafir harbi juga turut dijaja dengan meluas dan digunakan di luar konteks tanpa hikmah.
Slogan Islam For All yang pernah dilaungkan sebelum ini lantas dikebumkan tanpa nisan.
Semua ini, mahu tidak mahu, walaupun berjaya menjadikan sokongan Melayu melimpah, tetapi dalam masa yang sama menyebabkan undi bukan Melayu makin menjauh.
Akhirnya siapa yang rugi?
Agaknya setelah berjaya berada dalam kerajaan selama 33 bulan sebelum ini dan keseronokan mendapat pelbagai nikmat masih menghantui kenangan, Pas kini akhirnya tersedar bahawa sokongan pengundi Melayu saja tidak mencukupi untuk memegang kuasa dan mengecap kembali nikmat dunia.
Selama ini mereka ingat dengan sokongan pengundi Melayu saja sudah cukup untuk beroleh kuasa.
Mentadir Kelangan dan Terengganu saja bolehlah dengan sokongan pengundi Melayu semata-mata.
Bolehkah Pas mendapat sokongan bukan Melayu dalam keadaan sekarang ini?
Harus diakui, sejak Hadi memimpin Pas, khususnya selepas 2015, orang bukan Melayu di negara ini sebenarnya sudah banyak terluka dan dilukakan hati mereka oleh Ahli Parlimen Marang itu.
Penyebabnya tidak lain melainkan disebabkan cara pemikiran dan keceluparan insan yang bernama Hadi Awang yang ingin bermusuh dengan bukan Melayu dan bukan Islam.
Untuk itu, jika ingin terbuka laluan dan terlihat kemungkinan ada lorong untuk Pas memperolehi sokongan bukan Melayu, ia hanya boleh berlaku jika setelah Hadi bukan lagi memimpin Pas.
Pilihannya adalah salah satu – tunggu dua tahun lagi dan ketika itu Hadi mesti tidak menawarkan bertanding lagi sebagai Presiden Pas atau, beliau secara sukarela, sedia meletak jawatan dalam waktu terdekat ini.
Hanya jika Pas dipimpin oleh pemimpin yang sederhana saja memberi kemungkinan pengundi bukan Melayu boleh didekati.
Selagi Hadi memimpin Pas, selagi itu bukan Melayu akan menjauhi Pas dan impian untuk beroleh sokongan bukan Melayu tak ubah umpama mimpi akibat terlelap selepas waktu Asar. – ShahbudinHusin 21/10/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/10/21/pas-tak-mungkin-berjaya-tarik-pengundi-bukan-melayu-kecuali-jika-hadi-awang-undur-diri.html
W.Faudzidin.
Hadi kata, sokongan PMX kepada palestine tak kuat, sebab tak berani sebut sokongan kepada Hamas.
Nampak tak Hadi ni bodo tak tau apa? Dia tahu tak, PMX siap Call pemimpin Hamas lagi bahkan dalam parlimen PMX beritahu Msia tak tunduk kpd tekanan barat untuk Msia tarik sokongan kpd Hamas. Lain kali jgn ponteng parlimen, lebai Hadi. Bodo nanang mung!!
PAS tak dapat sokongan orang bukan Islam bukan sebab maklumat tepat tak sampai tapi sebaliknya sebab maklumat yang mereka dapat tu tepat
Pihak lawan tak perlu bersusah payah berkempen burukkan PAS di mata orang bukan Islam kerana walaun dan lebai dah buat sendiri.
Yang kata orang bukan Islam nak gugurkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tu lebai sendiri, bukan fitnah pihak lawan. Dan lebai pertahankan kenyataan mereka.
Yang kata orang bukan Islam/bukan Melayu mahu rampas negara ini pun lebai dan walau juga. Bukan fitnah dari mana-mana pihak lain
Itu belum cerita perangai buruk lebai yang kerap ponteng sidang, berhujah secara bodoh di parlimen, buat usul mengarut dan banyak lagi.
PAS berkempen dengan menunggang sentimen kaum dan agama, gunakan istilah Melayu dan Islam terancam. Macamana orang bukan Islam nak terima PAS? Menakutkan mereka.
Kalau PAS kembali seperti zaman Almarhum TG Nik Aziz sebagai Mursyidul Am, almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai presiden, PAS boleh dapat sokongan orang bukan Islam.
Sebab masa tu PAS berjuang atas nama keadilan untuk semua. Ceritanya tentang good governance, tentang melawan rasuah dan kronisme.
Tapi hari ini, PAS tak sebut dah soal keadilan untuk semua. Malah PAS seolah menghalalkan rasuah dengan menukarnya menjadi sedekah.
Sayang sekali, sebelum peristiwa gugur setandan tahun 2015 dahulu, PAS boleh jadi parti terkuat di negara ini. Tapi disebabkan sekumpulan manusia tamak kuasa, PAS kini jadi parti tanpa hala tuju.
Kalau PAS nak kembali memenangi hari orang bukan Islam, PAS kena kembali ke perjuangan asal seperti zaman Almarhum dulu.
Tapi melihatkan barisan kepimpinan PAS yang ada sekarang ni, rasanya itu tak mungkin akan terjadi. At least pada masa ini. Guane boh?
Raja Gelap II
.
JAMZURI ARDANI
Penurunan nilai matawang berbanding US dollar adalah fenomena global yang melibatkan hampir kesemua matawang utama dunia.
Keadaan ini tidak sama dengan apa yang berlaku sebelum ini bilamana nilai ringgit menurun berbanding US dollar secara terpencil.
Walaun cari laa isu lain yer ... 😀😀
USD sekarang ini berada pada kedudukan paling kukuh sejak tahun 2000 berbanding semua matawang utama dunia. Ia meningkat 22% berbanding Yen, 13 peratus berbanding Euro, dan 6 % berbanding pasaran matawang utama lain sejak awal tahun ini.
Jadi bila pemimpin parti lebai kata kerajaan madani gagal hanya dengan mengambil indikator nilai ringgit berbanding USD, itu bermakna mereka sebenarnya sudah kekeringan isu.
Padahal, secara relatif kedudukan ringgit berbanding USD adalah lebih baik dari Won Korea, Yen Japan, Yuan China, Euro, Pound UK, Peso Filipina, dan banyak lagi.
Aku tak ada MyTV dan tak pernah tengok Awesome TV ni. Tapi bila banyak portal cover berita ni, aku pun baca la. Rupanya Awesome TV tak bayar fee ke MyTV walau dah banyak perbincangan dibuat.
Nampak macam Awesome TV ni jenis sombong la pulak. Tak pasti kalau ini stesen yang banyak isu bayaran dengan artis dan penerbit dan yang dengan angkuhnya sound Menteri KKD Fahmi Fadzil dulu.
Menjengah ke ruangan komen, punya ramai walaun yang buat cerita versi sendiri. Kebanyakannya kata MyTV milik kerajaan jadi kerajaan sengaja nak tutup Awesome TV sebab berita saluran tu tak sebelahi kerajaan.
Pelik betul aku. Dah terang diberitahu Awesome TV tak bayar fee. Benda bukan boleh main tuduh. Mesti ada buktinya. Kalau tak betul tentulah Awesome TV boleh saman MyTV. Tapi walaun pusing cerita gak. Fitnah lagi.
Lepas tu ada pula yang salahkan kerajaan sebab tak beri subsidi. Yuran terlalu mahal. Alahai... Parah kalau semua benda nak disubsidikan. Kalau untung makan sendiri. Bab bayar itu ini nak mintak subsidi kerajaan.
Nak meniaga ni, kena la pandai planning. Kena kira ROI. Bukan main belasah je lepas tu harap subsidi kerajaan. Mampus la bisnes macam tu. Habis kalau marhaen meniaga kedai runcit boleh mintak subsidi jugak tak?
Berdasarkan komen, aku simpulkan yang Awesome TV ni tv walaun. Patut pun buruk perangai. Bagus la kena gantung. Harap boleh tutup terus kalau betul memang TV walaun. Tu rahmat untuk rakyat gak tu. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Kutipan tol bakal dikenakan kepada pengunjung Genting Highlands. Tapi aku tak pasti tol tu oleh kerajaan atau syarikat Genting.
Tak kisah siapa kutip tol, aku cuma pelik dengan walaun yang marah dengan kutipan tol ni. Apa yang dia bengang sangat agaknya?
Genting tu berkait rapat dengan kasino. Selain itu Genting juga terkenal dengan taman tema. Aku tak pasti kalau ada perkara lain di sana.
Jadi yang pergi ke Genting ni adalah orang berduit. Golongan maha kaya. B40 kalau pergi Genting rasa tak logik la. Nak beli beras pun maki kerajaan sebab konon tak mampu, boleh naik Genting pulak. Kan?
Tapi tetap mereka marah. Itulah hebatnya Malaysia ni. Cubit paha maha kaya paha B40 terasa sakitnya. Baik B40 ni. Risaukan maha kaya.
Bagi aku, langkah ini tak beri sebarang kesan pada aku. Lantaklah. Ini lebih baik dari gari orang yang solat di masjid macam masa Mahiaddin PM dulu.
Cuma aku kesian kat walaun. Makin lama makin hilang kewarasan mereka sampaikan tak boleh lagi berfikiran positif. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi tepat jam 8 malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak GCC-ASEAN yang akan berlangsung awal pagi esok.
Lawatan kerja ini akan berlangsung dari 19 hingga 21 Oktober. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik demi Malaysia tercinta.
🇲🇾🇸🇦
#MalaysiaMADANI
Pagi ini di Riyadh berpeluang bersama dalam Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Riyadh, Arab Saudi.
Saya mulakan pernyataan negara dengan menyatakan penghargaan kepada Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Muhammad Bin Salman kerana mengambil inisiatif yang menggabungkan dua ketumbukan yakni negara-negara ASEAN dan negara-negara teluk. Kerajaan Arab Saudi juga telah lebih awal mengambil inisiatif yang sama berkaitan Palestin di peringkat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) beberapa hari yang lalu.
Hal Palestin ternyata menjadi tumpuan utama tatkala persidangan ini diadakan semasa Palestin, terutamanya Semenanjung Gaza terus dibedil tanpa henti dan meletakkan kedudukan hak, harta dan nyawa warga Palestin semakin terancam. Menyekat akses kepada keperluan asas ternyata memburukkan keadaan.
Malaysia menegaskan bahawa prinsip dan hukum antarabangsa mesti diperteguh selain mengecam kemunafikan komuniti antarabangsa terhadap pencabulan hak asasi manusia dan pembantaian ke atas warga Palestin.
Malaysia sekali lagi menekankan bahawa rakyat Palestin mesti dikembalikan haknya, diiktiraf hak kenegaraannya, dan juga mengakui sempadan pra-1967 dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara. Malaysia juga menggesa agar koridor bantuan kemanusiaan mesti segera digerakkan bagi memudahkan kemasukan bantuan makanan dan perubatan.
Saya turut menyentuh mengenai hubungan istimewa ASEAN-GCC serta tantangan yang melingkunginya terutamanya aspek geopolitik yang pasti mengesankan hubungan ekonomi antara kedua-dua benua, dan ia mesti segera didepani bagi memaksimakan potensi ekonomi.
Saya mengakhiri pernyataan saya dengan mengusulkan ASEAN-GCC Comprehensive Economic Partnership Agreement (CEPA) sebagai langkah ke depan demi rakyat kedua-dua rantau dan akan menjadi perjanjian hubungan perdagangan bebas (FTA) yang pertama yang akan menggabungkan ASEAN dan negara-negara Teluk.
#MalaysiaMADANI
Anwar Ibrahim.
Menunaikan solat Jumaat seusai mesyuarat sidang kemuncak ASEAN-GCC tengah hari tadi.
#MalaysiaMADANI
Dari kiri..
Pemimpin ke-17 paling berpengaruh dunia(Islam), PM Malaysia Anwar Ibrahim.
No 12, PM Arab Saudi Putera Mahkota Mohamad bin Salman
No 13, Presiden Indonesia, Joko Widodo
Semoga pertemuan mereka ini membuahkan hasil untuk kebaikan umat.
#KPKualaKrau
#PeneranganPKRPahang
#MalaysiaMadani
#KerajaanPerpaduan
#PMX
BEGITULAH BILA HATI DENGKI DAN BUSUK HATI PERUT
W.Faudzidin
Bila tak bersama dia, hukum dia najis. Dia tak sedar ke sekarang ni dia dok bergelumang dgn najis? pengkhianat, semburit, kluster mahkamah, penjual kaum dan agama, berlonggok dalam tu? macam taik berlonggok