KEH, KEH..JENIS BACA TAK MAHU.....MALAS DARI SEKOLAH BAWA KE TUA...IKUT SUKA JA NAK BERCAKAP.....KATA BODO MARAH

 


Aku tak ada MyTV dan tak pernah tengok Awesome TV ni. Tapi bila banyak portal cover berita ni, aku pun baca la. Rupanya Awesome TV tak bayar fee ke MyTV walau dah banyak perbincangan dibuat.


Nampak macam Awesome TV ni jenis sombong la pulak. Tak pasti kalau ini stesen yang banyak isu bayaran dengan artis dan penerbit dan yang dengan angkuhnya sound Menteri KKD Fahmi Fadzil dulu.


Menjengah ke ruangan komen, punya ramai walaun yang buat cerita versi sendiri. Kebanyakannya kata MyTV milik kerajaan jadi kerajaan sengaja nak tutup Awesome TV sebab berita saluran tu tak sebelahi kerajaan.


Pelik betul aku. Dah terang diberitahu Awesome TV tak bayar fee. Benda bukan boleh main tuduh. Mesti ada buktinya. Kalau tak betul tentulah Awesome TV boleh saman MyTV. Tapi walaun pusing cerita gak. Fitnah lagi.


Lepas tu ada pula yang salahkan kerajaan sebab tak beri subsidi. Yuran terlalu mahal. Alahai... Parah kalau semua benda nak disubsidikan. Kalau untung makan sendiri. Bab bayar itu ini nak mintak subsidi kerajaan.


Nak meniaga ni, kena la pandai planning. Kena kira ROI. Bukan main belasah je lepas tu harap subsidi kerajaan. Mampus la bisnes macam tu. Habis kalau marhaen meniaga kedai runcit boleh mintak subsidi jugak tak?


Berdasarkan komen, aku simpulkan yang Awesome TV ni tv walaun. Patut pun buruk perangai. Bagus la kena gantung. Harap boleh tutup terus kalau betul memang TV walaun. Tu rahmat untuk rakyat gak tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: