PM bertemu Panglima Tentera Darat baharu, tegaskan tentang amanah


 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak ada kompromi terhadap pelanggaran amanah termasuk isu salah guna kuasa membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Perkara itu disampaikan beliau kepada Panglima Tentera Darat baharu, Datuk Azhan Md Othman dalam pertemuan antara mereka hari ini.

Perdana Menteri menekankan, kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara ini tidak boleh dibina dengan slogan semata-mata.


Sebaliknya kata beliau, mesti diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tegas serta konsisten dalam setiap lapisan pentadbiran dan operasi


“Dalam konteks cabaran semasa, termasuk isu salah guna kuasa dan rasuah yang boleh mencalar imej institusi, saya menekankan bahawa tiada kompromi terhadap pelanggaran amanah lantas menuntut ketelusan, kejujuran dan keberanian untuk membersihkan kelemahan demi memelihara maruah Angkatan Tentera Malaysia.

“Kerajaan MADANI akan terus mendukung usaha Tentera Darat untuk kekal sebagai pasukan yang berwibawa, profesional dan disegani, di samping memastikan kebajikan pegawai, anggota, keluarga serta para veteran sentiasa diberi perhatian sewajarnya,” katanya dalam catatan di Facebook.





"KENAPA PROJEK JANA WIBAWA ADA SYARIKAT CINA" ? YB PAGOH KOYAK TERUS !

Mesyuarat PN Khamis ini tiba-tiba batal, berpindah ke rumah Muhyiddin

PENDEDAHAN PANAS TAKI BERSAMA HAMZAH SURAT MUHYIDDIN! DOA QUNUT NAZILAH!

PENDEDAHAN PANAS TAKI BERSAMA HAMZAH SURAT MUHYIDDIN! DOA QUNUT NAZILAH!

KEH.KEH.KEH...BUKAN TU LA LEBAI,..MEMANG PAS N PN NI PENGECUT NAK JADI PENGERUSI


 

PARLIMEN! PENGECUT 3 PEMIMPIN KANAN PN! TIDAK BERANI BERSEMUKA DENGAN PMX!

KENAPA BILA JADI LEBAI PAS, MESTI TAK CERDIK. CAKAP TANPA ADA KAJIAN DAN DATA.


 

SELURUH RAK YAT MALAYSIA ,KECUALI WALAUN, SOKONG TERUSKAN TINDAKAN SAMAN. BUAQ SAMPAI TINGGAL TELUR.


 

TAK BOLEH LAKSANA DENGAN BAIK, BAIK LEPASKAN.


 

PMX SUDAH HILANG SABAR DENGAN PEGAWAI KANAN KERAJAAN MEMBUKTIKAN KRITIKAN KITA BENAR








1) Saya dah malas nak ulang balik bagi link artikel terdahulu di mana saya berkali-kali mengkritik bahawa Menteri dan Kerajaan MADANI perlu tegas kerana Rakyat terutama Kontraktor dan Perunding sdg bercakap menenai dakwaan bhw projek diatur oleh pegawai2 kerajaan dan turut melibatkan rasuah yg dianggap semakin teruk di era MADANI.


2) MESKIPUN kedengaran ia seperti "rumours", khanar angin, hoax namun Anwar perlu tegas meneliti sbb ianya boleh membina Persepsi buruk terhadap PH, Kerajaan MADANI dan mengakibatkan TRUST DEFICIT di kalangan PAP. Apa peranan dan tindakan pegawai-pegawai tinggi terutama agensi2 Penguatkuasaan?? Tak nampak apa2?? Semuanya ok2 shj?? Sbb itu rasuah berleluasa dan Anwar tidak berpuashati.


3) NAMUN kritikan dan teguran saya begitu hanya mendapat EJEKAN, dan MAKI HAMUN  Ceplos golongan PENJILAT, PEMBODEK, PENGAMPU dan PENYEMBAH Anwar Ibrahim. BUKAN salah Anwar sbb Anwar TAK suruh Ceplos jadi mcmtu tetapi puak TAKSUB dan FANATIK itu buta hati kerana KEJAHILAN mereka sendiri.


4) Ceplos PENJILAT, PEMBODEK, PENGAMPU terlalu berTuhankan Anwar sehingga buta utk melihat teguran, kritikan DSRR dan Team HIRUK adalah utk kebaikan Anwar, PKR, PH, Kerajaan MADANI dan Rakyat terutamanya jika diambil secara positif.


5) Nah....skrg Anwar sendiri sudah hilang sabar dgn pegawai-pegawai tinggi Kerajaan MADANI khususnya agensi penguatkuasaan dan beri tempoh seminggu utk melihat perubahan atau "OFF YOU GO" bermakna mereka patut berundur dari jawatan dan tangungjawab masing2.


6) Sekaligus membuktikan kritikan kita selama ini benar bhw wujud kepincangan dan "Deep State" dlm pentadbiran Anwar dan Kerajaan MADANI yg perlu ditangani dgn tuntas dan keras. TAPI...Ceplos anggap Anwar dan Kerajaan MADANI "PERFECT" dan tidak boleh dikritik.


7) Selain itu saya juga pernah sebut bhw antara REFORM penting yg sepatutnya dibuat ialah memberi punca kuasa kpd J/K Pemilihan Khas Parlimen utk mengesyorkan perlantikan Ketua2 Agensi Kerajaan (terutama Penguatkuasaan)  agar mereka lebih bertanggungjawab terhadap Rakyat. 


8.) Selain OMBUDSMAN (hanya kecoh baru2 ini) Kerajaan juga patut mengkaji "Impeachment Act" bg mengekang salahguna kuasa di kalangan Ketua2 Agensi Kerajaan, Pegawai Kanan Kerajaan, PM dan Menteri-menteri sendiri agar mereka lebih bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan oleh Parlimen.


-Zus Din

29/01/2026