LIVE : MUHYIDDIN AKHIRNYA MENJADI MANGSA NIAT JAHAT DIRI SENDIRI MAHU ME...

[Penuh] PANAS! Sidang Parlimen bahas mengenai isu 6 Ahli Parlimen Bersatu

Anwar dan Muhyiddin 'berbalah', Keputusan boleh 'makan diri', 6 MP bersu...


Antara paparan Sekilas Fakta 11 Julai 2024: 1)'Sarang pelacuran, judi dibiarkan, termasuk semasa kerajaan dulu' 2) Anwar salahkan Bersatu 6 MP kekal kerusi masing-masing 3)‘Saya faham betul peruntukan perlembagaan, yang tak faham ialah Anwar’ 4)Keputusan speaker boleh 'makan diri' buat kerajaan, kata Shahrir 5)'Kami tak angkat sumpah depan presiden, tapi depan speaker' 6)Pengumuman 'mengejut' untuk elak peniaga ambil kesempatan - Rafizi 7)Puad nasihat Saddiq: Inilah bahana obses nak populis








ISU SURAT TULAR TERNYATA PALSU, AKHIRNYA SADIK DENGAN BERITA PALSU INI!

LUAHAN RASA TOK GURU


 

JOM KITA IKUT APA HARAKAHDAILY CAKAP.

 



Mari kita ikut pencerahan yang bertarikh 31 Oktober 2022 yang disiarkan di akhbar Harakahdaily untuk memahami situasi di Dewan Rakyat mutakhir ini. Pencerahan yang cukup jelas, bak kata orang, "hari itu faham hari ini buat-buat tak faham."


***********************

Artikel

Apa sebenarnya definisi lompat parti? 

October 31, 2022


DEWAN Rakyat telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan dengan undian dua pertiga majoriti pada 28 Julai 2022.


Namun, tidak ramai yang aware apa definisi sebenar lompat parti yang telah dipersetujui.


Definisi ini tidak dilakukan secara unilateral. Ia adalah syor daripada Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) dengan keanggotaan rentas parti.


Antaranya ahli PSC adalah Azalina Othman (BN), Takiyuddin Hassan (PAS), Saifuddin Nasution (PKR-PH) serta Gobind Singh (DAP-PH).


Pindaan Perlembagaan Persekutuan ini sebahagiannya melibatkan tambahan peruntukan 49A iaitu Pertukaran Parti Politik Anggota.


Perkara 49A(1) menjelaskan sebab keanggotaan Dewan Rakyat gugur bermaksud seseorang itu telah dianggap melompat parti. 


(a)(i) dia melepaskan keanggotaan parti politik itu;


(a)(ii) dia tidak lagi menjadi anggota parti itu;


(b) setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota.


Perkara 49A(2) sebaliknya mengecualikan maksud lompat parti bagi tindakan berikut;


(a) pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya;


(b) pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua;


(c) pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya. 


Prinsip asas dalam mendefinisikan lompat parti adalah berdasarkan tindakan seseorang wakil rakyat itu sendiri untuk keluar parti yang dianggotainya.


Fahami situasi berikut.


Situasi 1:


Ali menang atas tiket Bebas. Selepas menang beliau sertai Gerakan. Maka dia dikira lompat parti. 


Situasi 2:


Ali menang atas tiket DAP, kemudian keluar menjadi Bebas. Dia dikira lompat parti. 


Situasi 3:


Ali menang atas kerusi BERSATU dalam PERIKATAN NASIONAL. Dia keluar parti dan sertai PAS juga dalam PERIKATAN NASIONAL. 


Dia tetap dianggap lompat parti kerana prinsip asas adalah partinya, bukan gabungan parti.


Situasi 4:


Ali menang atas kerusi PAN. Selepas menang dia keluar parti dan sertai PAS. Dia dikira lompat parti. 


Situasi 5:


Ali menang atas kerusi Umno. Tiba-tiba parti Umno membuat keputusan menyertai PERIKATAN NASIONAL. Maka, kerusi Ali dan Ahli Parlimen Umno tadi kekal dan tidak dianggap lompat parti.


Kerana tindakan melompat parti hanya ‘accountable’ atas individu yang keluar parti. 


Situasi 6:


Ali menang atas kerusi Pejuang. Dia dipecat oleh partinya atas sebab-sebab tertentu. Maka, dia tidak dianggap lompat parti kerana dipecat oleh parti.


Dipecat daripada parti tidak dianggap lompat parti. 


Situasi 7:


Tetapi, jika Ali melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan berdasarkan Perlembagaan parti dia digugurkan keahlian, maka dia dianggap lompat parti.


Kerana keahlian partinya tergugur bukan sebaliknya dipecat.


Situasi 8:


Ali parti PAN tetapi bertanding dengan logo PKR. Dia tetap dikira menang dengan nama PAN, bukan PKR. 


Jika dia bertanding sebagai calon PKR. Kemudian bertukar parti daripada PAN kepada PKR. Maka, dia dianggap lompat parti. 


Ia bergantung kepada apa keahlian parti Ali sebenarnya. 


Situasi 9:


Ali calon Bebas, tetapi meminjam logo MIC. Selepas menang status dia adalah Bebas dan bukannya MIC. 


Jika dia menyertai MIC, dia dianggap telah melompat parti walaupun asalnya dia bertanding dengan logo MIC. 


Jadi, kesimpulannya mudah. 


Lompat parti adalah mereka yang keluar daripada parti yang disertainya.


Lompat parti tidak dirujuk ke atas gabungan parti, tetapi parti.


Seseorang wakil rakyat juga tertakluk kepada Perlembagaan partinya. Jika dia melanggar disiplin parti dan disebabkan itu keahlian tergugur, maka dia dianggap telah melompat parti. 


Sebaliknya jika dia dipecat, dia tidak dianggap lompat parti. 


Soal logo parti dalam PRU tidak menjadi isu dalam undang-undang lompat parti, tetapi keahlian hakiki calon yang bertanding. 


Jadi, apa sebenarnya status Langkah Sheraton? 


HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 31/10/2022


Sumber:


1. Kertas pindaan RUU Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 DR15/2022.


2. Hansard Dewan Rakyat 28 Julai 2022.


3. Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang RUU Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.


Sumber HAFIZ MANSOR



TERBARU 12 MUFTI MENYOKONG

 [KEMASKINI • 11 JULAI 2024] 

Ustaz Wadi Anuar & Ustaz Muhaizat


TERBARU 12 MUFTI MENYOKONG



Alhamdulillah, RUU Wilayah Persekutuan 2024 Perkara 4 yang akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat telah mendapat sokongan majoriti mufti negeri di Malaysia. Mereka adalah:


1. Jabatan Mufti Negeri Perak


2. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sabah 


3. Jabatan Mufti Negeri Melaka


4. Jabatan Mufti Negeri Kedah


5. Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan


6. Jabatan Mufti Negeri Terengganu


7. Jabatan Mufti Negeri Selangor


8. Jabatan Mufti Negeri, Negeri Sembilan


9. Jabatan Mufti Negeri Pahang


10. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang


11. ⁠Jabatan Mufti Negeri Johor


12. Jabatan Mufti Negeri Kelantan


Sokongan padu ini adalah selaras dengan Keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang telah memperkenan takrif Ahli Sunnah Waljamaah itu ertinya golongan yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah dari segi akidah hendaklah berdasarkan pegangan yang bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah, dari segi syariah mengikut Mazhab Syafie atau keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali atau melalui ijtihad hukum yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa dan dari segi tasawuf mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.


Kami berharap RUU Mufti Wilayah Persekutuan ini diluluskan tanpa sebarang pindaan untuk menyelaraskan dengan keputusan Majlis Raja-Raja dan memperkukuhkan institusi Ahli Sunnah Waljamaah di negara ini. 


Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada tanah air Malaysia yang kita cintai. Amin.


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


*Dikemaskini pada 11 Julai 2024 | 3.20 Petang



NAMA NAMA NAK SELAMATKAN MALAYSIA. TU BARU ANAK MENANTU. BLOM MUKA MUKA TU SENDIRI LAGI.


Desa HM


 Muka2 yg kononnya nak 'Selamatkan Malaysia'....



Korang agak... dlm ramai2 tu, sapa yg paling layak jadi PM 11?


Yg 2 kat atas dan satu kat tengah tu... ada menantu pun mcm hantu... 


Campur satu yg kat tengah tu, anak songlap minyak masak subsidi... 


Mcm tu pun ada hati nk selamatkan Malaysia...


Tuihhhh....


🤣🤣🤣🤣🤣🤣



SELAMATKAN MALAYSIA


 ZUWAIRI MD YUSOF


Perbankan Nantu (PN) 

Parti Anak Menantu Sakau (PAS)

Bersama Sakau Terus Untung (BERSATU)





Yang pasti -

Baris teratas~ dua² menantu mereka yg nak kena selamat!

Baris dua~ anak & menantu dalam bahaya.

Baris tiga~ pemfitnah tegar yg belum tentu dapat di selamatkan!


Selamatkan Malaysia? 🤣


Kiri: muka corporate

Tengah: muka suci

Kanan: muka gayboy


Conclusion: semua scammer


Beratur anak menantu PN nak ambil peperiksaan SPRM.Semoga tenang menghadapinya,huhuhu.Dah cukup jomlah,melebihi dari cukop.3 Menantu jadi Hantu Raya 


1.Menantu Mahiaddin

2.Menantu Hadi Awang 

3.Menantu Idris Ahmad



Amanah dan kemanusiaan.


MSO





Gambar ini dicuplik dari dalam FB Menteri Wilayah Dr Zalina Mustafa ia menerakan gambar semasa beliau buat lawatan tinjauan ke bawah. Mungkin lepas lawatan dia berihat sambil minum bersama orang ramai.


Sekejap kemudian datang seorang pengaman dari belakang siap untuk dendang lagu. Dr Z nampak hulur sumbangan kemudian pengaman itu dendangkan lagu. Grin grinnn.


Disini ada dua keadaan yang berbeza. Sebagai manusia yang mengerti seni / peri kemanusiaan Dr Z hulurkan sumbangan kepada pengaman berkenaan. Itu terbaik sebab kita disaran menderma.


Dari sudut kerja dan tanggungjawab Dr Z perlu tengok pengaman atau gelandagan sebagai satu fenomena yang merosoan masyarakat dan alam sekitar. Kuala Lumpur Madani rasanya tidak mahu melihatan gambaran sosial seperti kerana ia merosakkan imej.


Pada saya paling afdal untuk Dr Z cuba mengatasi macam mana untuk kurangkan kalaupun tiadakan langsung peminta sedekah berpasangan dan para pengaman yang bertaburan di kedai dan gerai makan hari ini. 


Budaya import ini perlu diawasi bukan dibantu atas rasa kemanuisaan tetapi ia merosakan organ masyarakar Madani. 

Mari pakar fikir bagaimana untuk membendungnya. Trims.



KENAPA 6 "KATAK" BERSATU TIDAK KEHILANGAN KERUSI MEREKA?



Adrian Lim Chee An


Berdasarkan Perkara 49A(2)(C) Perlembagaan Persekutuan yang dipinda pada tahun 2022, seorang wakil rakyat TIDAK kehilangan kerusi sekiranya dipecat oleh parti.


Ertinya...

A. YB "TIDAK KEHILANGAN KERUSI" sekiranya dipecat

B. YB hanya kehilangan kerusi sekiranya membuat keputusan sendiri untuk melompat ke parti lain


Kenapa pelik sangat Akta Anti Katak ini?


Sebabnya semasa dipinda pada tahun 2022, Bersatu MENOLAK DAN TIDAK BERSETUJU bahawa seseorang YB akan kehilangan kerusi sekiranya dipecat oleh partinya.


Bersatu bertegas dan menegaskan supaya sekiranya seseorang YB dipecat oleh parti, YB tersebut tidak kehilangan kerusi beliau dan masih kekal sebagai YB.


Kenapa Bersatu membuat pendirian sebegitu?


Sebabnya mudah.


Pada ketika itu, menjelang PRU15, Bersatu sedar bahawa buat macam mana pun, Bersatu tidak mampu meraih majoriti mudah 112 kerusi untuk membetuk kerajaan.


Maka strategi Bersatu untuk membetuk kerajaan adalah dengan cara supaya PN memenangi sebilangan kerusi (katakan 80 kerusi), kemudian bergantung lagi pada pengkhianatan wakil-wakil rakyat UMNO (katakan 30 40 kerusi) untuk mencapai jumlah 112.


Namun, Bersatu juga sedar bahawa strategi ini akan total fail sekiranya Zahid Hamidi pecat YB-YB UMNO yang mengkhianat UMNO.


Bersatu mahu supaya YB-YB UMNO dibenarkan mengekalkan kerusi mereka dalam keadaan YB-YB UMNO tersebut mengkhianat mandat parti dan menyokong Muhyiddin sebagai PM.


So, Bersatu mendesak supaya kedudukan Akta Anti Katak mencerminkan keadaan di mana seseorang wakil rakyat (YB UMNO) TIDAK KEHILANGAN KERUSI sekiranya dipecat oleh parti (Zahid).


Tetapi Zahid lebih pintar daripada Bersatu.


Calon-calon BN telah menandatangani perjanjian bersama parti agar kuasa berunding dengan gabungan atau parti lain diberi kepada Zahid.


Maka pelan Bersatu pun gagal lah.


Selesainya PRU15, tiada satu pun wakil rakyat UMNO berani khianat parti kerana sedar masing-masing akan kehilangan keahlian (dan kehilangan kerusi) secara automatik sekiranya mengkhianat.


Ada usaha mengkhianat, tetapi dibuat secara senyap-senyap. Tak berani buat secara berdepan.


Manusia boleh merancang apa sahaja, tetapi Tuhan adalah sebaik-baik perancangNya.


Selesai PRU15, bukan saja Bersatu gagal dengan strategi mereka yang mengharapkan pengkhianatan wakil rakyat UMNO.


Malah wakil rakyat Bersatu sendiri pun mengkhianati Bersatu.


So, pelan Bersatu yang ditujukan pada UMNO, akhirnya memakan diri. Ibarat senjata Bersatu makan Bersatu lah.


Berdasarkan kedudukan undang-undang sedia ada, enam wakil rakyat Bersatu yang menyokong PMX TIDAK kehilangan kerusi mereka.


Kenapa?


Sebab semasa enam wakil rakyat Bersatu ini mengkhianat Bersatu, kedudukan undang-undang adalah MEMBENARKAN katak-katak itu kekal dengan kerusi mereka sepertimana yang didesak oleh Muhyiddin sendiri pada tahun 2022.


Menyedari Bersatu semakin berkecai, Muhyiddin pun membuat lah u-turn supaya siri pengkhianatan wakil-wakil rakyat Bersatu itu berhenti.


Maka Perlembagaan Bersatu pun dipinda dan diluluskan oleh ROS pada April 2024, agar wakil rakyat Bersatu yang berpaling tadah kehilangan keahlian secara automatik.


Namun, pindaan ini hanya dibuat parti SELEPAS berlaku pengkhianatan.


Benar, wakil-wakil rakyat Bersatu yang mengkhianat akan kehilangan kerusi secara automatik. Tetapi itu adalah untuk kes-kes SELEPAS April 2024.


Untuk kes-kes yang berlaku SEBELUM April 2024, ianya tidak terpakai.


6 wakil rakyat Bersatu yang menyokong PMX boleh kekal dengan kerusi mereka kerana mereka telah melompat SEBELUM pindaan Perlembagaan Bersatu dibuat dan diluluskan pada April 2024.


Perbezaan sebelum dan selepas adalah penting kerana...... Antara tonggak utama penguatkuasaan undang-undang adalah ianya tidak boleh dikuatkuasakan secara retrospektif.


Tidak boleh dilaksanakan secara retrospektif bermakna, undang-undang masa depan TIDAK BOLEH digunapakai untuk kelakuan di masa lampau.


Contohnya, jika undang-undang langgar lampu merah dikuatkuasakan pada 1 April 2024, ianya tidak boleh dipakai ke atas kelakuan sebelum 1 April 2024. Ia hanya boleh dipakai untuk kelakuan-kelakuan SELEPAS 1 April 2024.


Sebab itu dalam mana-mana pindaan atau penggubalan Perlembagaan, tarikh penguatkuasaan itu penting. Ianya tarikh bermulanya undang-undang itu dikuatkuasakan.


Faham?



MENARIK UNTUK DIBACA-KISAH MB JAHAT DAN ISLE TERANCAM DI KESAH.

 

Miqdad Zakaria. 


Jika engkau ingin menguasai orang bodoh, bungkuslah segala sesuatu yang batil dengan keemasan agama - Ibnu Rusyd.

.



Dimulakan tulisan pada pagi Jumaat yang mulia ini, dengan kata kata dari Ibnu Rusyd, seorang ahli falsafah Islam yang lahir di Cordova, Sepanyol tahun 1126. Bidang ilmu kajian beliau ialah falsafah, matematik, teologi, astronomi dan geografi.

.

Beliau juga bermazhab (berpegang) dengan pandangan Imam Maliki dan menjadi sebahagian dari ahli feqah yang mengeluarkan pandangan dalam cabang mazhab berkenaan.

.

Pada tahun 2021, sewaktu rakyat Malaysia dikurung rapat oleh Mahaidin melalui perlaksanaan PKP, MB Kedah yang ini memandu ke Juru untuk mencuba Ford Raptor yang baru di salah sebuah bilik pameran kereta.

.

Bayangkan, dalam PKP, siapa yang bergerak akan di kompaun bukan sikit anak punya nilai, tiba tiba MB Kedah boleh datang ke bilik pameran untuk mencuba Ford Ranger. Perbuatan itu dilihat oleh Puan Nini Siron.

.

Mengambil tanggungjawab sebagai rakyat, Puan ini melaporkan kepada polis akan perbuatan pemimpin ini dan memuat naik status bagaimana pemimpin ini boleh bersenang lenang menguji Ford Ranger dalam keadaan rakyat dikurung rapat dan diancam dengan kompaun bernilai gila jika langgar PKP.

.

Apa yang berlaku?

.

Tiba tiba, puan ini dihujani dengan kata kata jahat, kata kata mengejek dan kata kata yang kalau haiwan boleh membaca, mereka pun akan malu kerana tak sangka kata kata itu diucapkan oleh manusia yang dikatakan menyokong perjuangan Islam.

.

FB Puan Nini Seron diserang oleh Walaun politik. Kiri dan kanan, tak cukup dengan itu, ruang mesengger penuh dengan cerca maki. Tak cukup dengan itu, pemimpin PAS kedah mengeluarkan kata cerca pada nya.

.

Saya tak mahu cerita hal pihak berkuasa yang memujuk agar laporan polis ditarik balik. Puan ini melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh rakyat yang bertanggungjawab, tapi dihina sebegitu rupa oleh “coordinated attack” bertalu talu dengan tujuan untuk memusnahkan terus emosi puan ini.

.

Siapa yang menggerakkan “coordinated attack” terhadap puan ini? Saya tak mahu komen kerana kes sudah masuk dalam Mahkamah Pulau Pinang.

.

Anak haram, perempuan sundal, jalang, betina babi, apa lagi kata kata “baik” dari sosok sosok yang menyerang emosi Puan ini? Banyak sampai puan ini nak pegang HP pun takut.

.

Puan ini sampai nak tutup akaun FB nya punya trauma. Mujur dia tak tutup. Membaca makian yang diterima, “tak boleh jadi, aku mesti bantu puan ini”.

.

Dua peguam baik hati, Tuan Faizal Rahman dan Tuan Saiful Izham Ramli menyatakan akan memberikan bantuan pro bono kepada Puan Nini Seron, jika saya berjaya menghubungi beliau.

.

Saya mesej Puan Nini melalui mesengger, bukan sekali, berkali kali. Seminggu baru beliau balas. Saya minta no telefon nak hubungi. Beliau tak mau bagi takut saya ini pun salah seorang pembuli siber.

.

Puas saya pujuk, baru beliau bagi. Bila saya telefon beliau, menangis beliau, tak sangka sebegitu rupa beliau menerima serangan kerana bertanggungjawab untuk menjadi rakyat yang baik.

.

Saya cakapkan kepada puan ini bahawa ada peguam yang ingin bantu beliau. Pun beliau tak percaya sebab ada juga NGO yang hubungi beliau, tawarkan benda yang sama tapi ada udang sebalik batu. Hanya nak mempergunakan beliau untuk perbatuan politik.

.

Bersungguh sungguh saya cuba yakinkan beliau. Akhirnya beliau setuju. Saya berikan no telefon Tuan Faizal Rahman kepada beliau. Saya nyatakan hubungi cepat untuk kita ajar pemimpin jahat ini.

.

Dipendekkan cerita, MB Kedah ini diheret ke Mahkamah Pulau Pinang bersama beberapa orang pembuli cyber. Ada pembuli cyber yang terus tutup akaun FB selepas diheret ke mahkamah.

.

Dan kes sedang berjalan sehingga sekarang.

.

Kenapa saya lampirkan ucapan Ibnu Rusyd pada permulaan tulisan?

.

Perniagaan Tikam judi ekor merupakan perniagaan yang dikawal selia keras oleh MOF. Malah hanya beberapa operator sahaja diberikan kebenaran untuk mengoperasi judi ekor ini.

.

Lesen premis judi ekor memang dibawah PBT, jika operator ini nak membuka premis baru, prosesnya memang akan disukarkan oleh PBT sepertimana proses lesen menjual arak, memang disukarkan oleh PBT.

.

Namun, apabila lesen premis diperolehi dengan semua syarat yang sungguh ketat, memperbaharuinya pula tidak mempunyai kesukaran.

.

Apabila MB Kedah ini tiba tiba cakap “saya tak mahu memperbaharui lesen premis judi” secara automatik ianya sendiri melanggar bukan sahaja undang-undang PBT malah perlembagaan Malaysia itu sendiri.

.

Sebab operator judi pada awalnya sudah dapat lesen premis judi. Kalau tak boleh sambung, apa sebab musabab? Sebab itu operator judi mengheret Kerajaan Kedah ke Mahkamah.

.

Perbuatan MB Kedah ini, dalam bisnes, kita panggil “Calculated Move”.

.

Dia memang tahu operator judi akan bawa ke mahkamah, dia juga akan tahu kerajaan Kedah akan kalah kes walaupun merayu macam mana sekalipun. Tapi untuk membodohkan penyokong, akhir sekali ucapannya:

.

“Kerajaan negeri telah laksanakan tuntutan perintah Allah”.

.

Mudah kan? Yang dalam ruang komen ini berbodong bodonglah sokong dan bagi komen yang memuji Miji MB Kedah ini. Lihatlah bagaimana MB Kedah ini membungkus kebatilan dengan bungkusan agama.

.

Kalau tak bungkus dengan hujah agama, bagaimana nak tunjuk hero depan penyokong, kan?

.

Sebab itu lah, penting untuk buat kajian terlebih dahulu bagaimana nak diuruskan premis judi ekor ini. Saya bagi contoh mudah, kata kan lah, jika kedai judi di Pokok Sena kita nak dia tutup, maka kita ubah undang undang PBT agar premis judi ekor mesti beroperasi 30 km jauh dari mana mana penempatan taman.

.

Jadi bila bangun taman baru, tiba tiba dekat dengan premis judi ekor, untuk memperbaharui lesen, mereka kena berpindah jauh. Setiap kali nak memperbaharui lesen, kena pindah. Setiap kali kena pindah.

.

Lama lama tak buka dah lah permis judi ekor itu. Kerajaan Negeri tak halang nak buka premis judi, tapi itu syaratnya. Nak buka? Ikut syarat itu. Operator judi pun tak boleh nak bawa ke Mahkamah, atas kes apa nak bawa? Bukan Kerajaan Negeri tak bagi buka.

.

Ini buta buta kena saman, nanti kalau kena bayar, duit siapa nak pakai? Duit sendiri atau duit rakyat Kedah?

.

Maka, kenapa saya cerita pasal Puan Nini dan apa hubung kait dengan cerita Kerajaan Kedah kena seret ke Mahkamah?

.

Bila buat kerja tak fikir, maka ke mahkamah lah medan berfikir. Kedua, ingat di akhirat esok Tuhan akan tanya pasal judi sahaja kah?

.

Pasal coordinated attack kepada Puan Nini ini, ingat Tuhan akan lupa ke?

.

Tak sangka, pemikiran Ibnu Rusyd ini benar benar melangkau zaman. Apa sahaja kebodohan, kalau bungkus dengan hujah agama, terus mudah dapat sokong.

.

Sebab itu calon ISO di sungai bakap boleh menang. Calon Dr tak pandai nak jual agama. Padan muka.



PUCUK MUDA

 


Media sosial kecoh dengan berita bintang Spiderman, Tobey Maguire, 49, yang dikatakan menjalin hubungan dengan seorang model, Lily Chee yang baru berusia 20 tahun.



Ia mula diperkatakan selepas pasangan itu dilihat bersama di sebuah parti anjuran jutawan, Michael Rubin, minggu lalu.




Peminat rata-ratanya terkejut dengan jarak usia 29 tahun antara mereka, apatah lagi Maguire mempunyai seorang anak perempuan yang hanya tiga tahun lebih muda daripada Chee.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



NI APA CRITA PULAK

 


#BHbisnes Kerugian atas kertas RM18.52 juta dilaporkan daripada pelaburan dalam saham syarikat pembinaan itu, yang dibeli pada 2020 melalui perjanjian opsyen jual dan beli.




ISLE TERANCAM DI KEDAH NOH... AWAT BIAQ GERAKAN..

 

Desa HM


PAS Kedah tak puas hati dgn GERAKAN yg menyokong malah memuji tindakan mahkamah, kes pembatalan arahan tutup kedai judi...


Apa yg payah sngat... putuskan jer hubungan dgn GERAKAN tu... simpan buat jadi duri dlm daging jer.


PAS kalau tanpa GERAKAN pun, aku rasa tak dak masalah utk kekalkan Kedah.. 


So, angpa nak tunggu apa lagi. Tak kan nak tunggu smpai GERAKAN bwk usul bantah azan guna pembesar suara, baru nak ambik tindakan?.


Hishhhh....


Kalau aku yg jadi Ketua PAS Kedah... 3 hari yg lalu, aku dah terajang keluar GERAKAN ni...


Islam dah terancam... tak kan angpa  dok nganga lagi..


🤭🤭🤭🤭🤭



Pernah dengar kisah Khalifah Umar Abdul Aziz?


Islah


Bagaimana beliau enggan menggunakan lilin milik negara untuk urusan peribadi? 



Begitu telitinya beliau tadbir negara, hingga lebih rela menggunakan lilin miliknya sendiri untuk memastikan harta negara tidak disalahguna?


Bandingkan pula dengan pemimpin kita hari ini. 


Andai kata pemimpin hari ini contohi integriti Khalifah Umar Abdul Aziz, pastinya rakyat akan lebih sejahtera.



SALAHGUNA TERMASUK KUTIP DUIT DARI ORANG RAMAI GUNA AGAMA.

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agama sering disalah guna untuk memanfaatkan kumpulan kecil tertentu akibat kejahilan atau salah faham.



Justeru itu, beliau berkata setiap individu perlu mempunyai kefahaman yang lebih mendalam dan betul mengenai agama bagi memastikan ia mampu berfungsi secara positif serta inklusif untuk semua.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



Pakat berkelai pulak dahh...


Desa HM


Pakat tuduh hang aku... sapa yg keluarkan gambar perjumpaan pimpinan PN yg di buat kat Bilik Mesyuarat pej SUK Perlis smlm...


Arahan sudah diberikan awal... Jangan dipost apa2 dan di mana2 medsos gambar perjumpaan. Tp ada yg ketegaq. 


Bagi pulak kat madanon... habis la.. Pecah lubang.


Desa HM


Parti cap bulan kata kat parti cap bunga,... cap bunga ramai pengkhianat.. 





Parti cap bunga kata, dlm parti cap bulan, bnyk lidah bercabang... lebai pun tak leh percaya...


Matahari pun tak naik lagi.... angpa berkelai dah...


🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣



APA JADI PERLIS?


 

LEBAI NI HANGPA PERCAYA?


 

3 SOALAN UNTUK PN


 

KRITIK TAK APA, JANGAN FITNAH


 

TU DIA 33 BULAN.


 

ELOK... CINA MATI PAKAI LILIT KAT KEPALA GAK... ORANG UTARA KATA CINA MAMPOIH PAKAI LILIT KEPALA.

 


Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan memakai lilitan putih di lengan di Sidang Dewan Rakyat minggu depan sebagai protes keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi enam bekas wakil rakyat Bersatu.



Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ 


#AWANInews



MEETING DI SUK PERLIS...

 


Wow meeting Perikatan Nasional di Pejabat SUK Perlis, premis kerajaan. Lengkap berbusana parti. Sekadar mengeruhkan keadaan.


Silalah komen yang murni-murni.






TARBIAH TAK SAMPAI KE ANAK MENANTU

 

Zuwairi Md Yusof


Keluarga Penunggang ISLAM memang ramai kaki sakau jadi SCAMMER nampaknya.Tiada beza dengan pemilik AMAN PALESTIN yang salah guna kutipan derma orang ramai untuk beli harta,beli emas,saham.Sama macam Syed Sadiq yang scam orang ramai larian 200 km baru2 ini.







Bagi kita 5 hari saja tuan puan tengok habis berubah semuanya - IDRIS AHMAD 


Ya,menantu ke dalam lokap 5 hari.


Bagi 5 hari je SPRM selesai kes menantu,hari ke 6 dakwa di mahkamah,kehkehkeh



KENA BAYAR LAGI.



 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie untuk membayar RM10 juta kepada dua syarikat dalam kes saman membabitkan pinjaman persahabatan.



Berdasarkan dokumen yang diperoleh media hari ini, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin membuat keputusan itu pada 2 dan 4 April selepas membenarkan permohonan Bina Pragmatik Sdn Berhad dan Cekap Air Sdn Bhd untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Jovian.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews

MUKA ADA SENYUM


.Mukhlis Eddy


 Lebai² PAS yang berkerjaya kutip derma manjang harus d siasat pihak SPRM.



ADA BEBERAPA AHLI PARLIMEN TERLIUR


MSO



Enam ahli parlimen Bersatu yang dipecat kerana sokong PM kemudian diumumkan kerusi mereka tidak kosong, tetap kemas dan tidak berganjak dengan pendirian mereka seperti sebelum ini.


Speaker Johari Abdul telah mengumumkan bahawa kerusi mereka tidak kosong dan keputusan itu muktamad, menggembirakan mereka berenam.


Bagaima status mereka dalam parlimen kekal sebagai ahli paliimen bebas yang sokong PM dan kerajaan Madani. 


Keputusan Speaker itu boleh mempengaruhi ahli parlimen pembangkang lain untuk mengambil sikap seperti mereka demi rakyat kerana status mereka tidak akan terjejas. Sebelum ini diberitakan ada antara lima hingga lapan orang ahli parlimen pembangkang bercadang untuk menyokong Perdana Menteri atas alasan bagi mendapatkan peruntukan. 


Bagaimana pun langkah mereka terganggu apabila bimbang tindakan itu menyebabkan kerusi mereka menjadi kosong. Dengan pengumuman Speaker mengenai kedudukan enam ahli parlimen itu mungkin mereka akan memikirkan semula bagi menjejak enam ahli parlimen tersebut. 


Jadi jangan pelik kalau selepas ini ada dua atau tiga orang lagi ahli parlimen PN termasuk daripada Pas mengambil sikap demikian. 


Hari ini mereka tampil memberi sidang akhabr menjelaskan kedudukan dan iktizam mereka, bagaimana pun ahli parlimen  Bukit Gantang tidak hadir kerana kurang sihat. Trims



Sama ada kerana,



Chinese Schools Record Nearly 20% Bumiputera Student Enrolment In 2024


Ahmad Norazlan


1. Sekolah Cina lebih baik untuk prospek masa hadapan anak-anak.


2. Kadar kelahiran kaum Cina kini semakin kurang dan lebih terbuka kepada kaum lain untuk tidak menyebabkan kekurangan murid dan apatah lagi sekolah ditutup.


3. Perubahan sikap Melayu baru, jika gagal mengalahkan, sertai pihak tersebut.Ianya lebih baik daripada kecoh-kecoh dengan retorik tetapi tiada hasil.


Hakikatnya selain ramai pelajar Melayu cemerlang di sekolah Cina, lebih ramai yang cemerlang di sekolah kebangsaan.


Dan tidak semua pelajar Cina sendiri yang cemerlang di sekolah Cina.


Semuanya bergantung kepada iltizam murid dan ibubapa itu sendiri.



BERAKHIR 24 DENGAN SUWEY

 



Pengajaran kalau follow politik Malaysia ni , dalam hidup kita jangan khianat orang .

Kelak akan berbalik pada diri kita balik .


Begitulah yang terjadi kepada Perikatan Nasional.

Dari jomlah 74 , hilang 6 kerusi .


Cytro kat bawah baloh sesama sendiri sebab paymaster takdop pitih , banyak deep state H.o.N yang senyap² amek duit kerajaan dah kantoi.


Menantu pemimpin kanan PAS juga dah join kluster mahkamah.

Terbukti tahun 2024 tahun yang amat malang , simbol ending 4 itu tanda mati kepada para² scammer yang berselindung sebalik agama.


Cucu Atok sakau duit masuk ASB , terus salah jalan , award kena tarik balik 😂

Atok plak happy BERSATU hilang 6 kerusi. Sekaligus akan lemahkan BERSATU dan H.o.N akan join Perikatan Nasional yang Isham J adalah playmaker , Eric See pula conquer medsos.


Jadi plan GrandMaster dia akan hijack PN dan tendang proksi yang paling dipercayainya sekian lama iaitu MAHiaddin.

Tanpa walaun PAS Mahathir is nothing.

Jadi jangan pelik satu hari nanti H.o.N yang lead pembangkang. Walaun PAS dan MAHathir dibelakangnya . 


Mahathir GrandMaster Freemas0n dah ikat baiknya lebai PAS dengan fulus, sama macam mas0n di Scotland ikat negara arab dengan hulur banyak pitih.


So kepada PMX , jangan mimpi la dapat tarik PAS join kerajaan madani.

MAHathir dan H.o.N tahu kelemahan lebai PAS, suap je yang penting bagi mereka kaya , bagi title tan sri dato seri, boleh gi solat kat masjid , boleh kawen banyak , dan duit berkepuk bila bersara nanti.

So selagi combo MAHADI ada ,

selagi itu PAS kena doomed.


Anwar plak bukan jenis hulur pitih.

Lebai PAS dia tak nak susah..

Roh Pakatan Rakyat dah lama mati dibunuh House of Najib.

Dan dari titik ini wisata bermusuh dengan H.o.N sampai ke liang lahad.


Pertempuran di alam sebalik mata tu sengit.

Dan terbukti leluhur melayu kita menang dan pelaku orang nombor satu ending mereput dalam penjara.


Wisata gelar sihir BR

Sihir BlackRose , Najib rotarian ikat 90 juta Cash is King.

Sihir BlackRock , MAHathir dan H.o.N ikat lebai PAS guna dadah.

Religion is a Drug.


Yeah agama adalah candu.

Mas0n melayu tahu tang ni ,

so sebagaimana warlord arab middle east tak peduli langsung tentang masjidil aqsa , yang penting ulamak suk mereka kaya .

Begitulah skill yang digunakan MAHathir dan H.o.N skang ni , ikat ulamak suk , undi PAS jangan kasi pecah , conquer undi melayu dan kayakan negeri SG4.


So dalam kerajaan mas0n melayu cuba kontrol melalui sekte wahabi, tapi gagal..

Sebab PMX bukan macam PM sebelum² ni.

Dan di luar kerajaan mereka cuba kontrol melalui sekte khawarij, dan mereka berjaya..


Penghalangnya skang bendahari hok pegang kantung negara ,

MOF dipegang oleh sosok Anwar Ibrahim yang cukup strategis lawan mas0n melayu.

Di sekeliling Pak Sheikh semua para asatizah dan cendekiawan yang bertungkus lumus lawan korupsi yang sudah lama berakar umbi.


So nak kawal nusantara kena pegang Malaysia Indonesia.

Nak kawal dunia kena pegang middle east , baru la boleh decipher temple of solomon.


Mereka cipta sekte wahabi dalam agama islam dan mereka cipta sekte vatican dalam agama kristian.

Untuk kasi bani Adam berantakan , mereka cipta sekte khawarij(pemberontak).


Mereka bekal duit mereka bekal senjata.

Jadi manusia akan jauh dari beragama..

Itu matlamat toghut di bumi atas.


Hal ini kerana agama berdiri dengan fakta.

So mereka akan hipnotis semua hadis dan law dalam agama islam dan kristian,

dan kedua agama ini akan berperang.


Bagi negara yang tidak beragama,

mereka pecahkan atheis kepada agnostik.

Dan kedua negara Ukraine dan Russia akan berperang.

Middle east akan terus berdarah.

Supaya bumi aqsa mereka dapat.


Cerita pasal Aqsa,

Mas0n cina dan india dalam PH juga cukup marah bila PMX bekap Hamas dan jadi pemimpin paling lantang bela Palestin.

So mereka hijack suntik jarum dalam parti DAP, mereka berjaya , 28% boikot tak keluar mengundi.


Tetapi Alhamdulillah lebih dari separuh non malay masih setia dengan Anwar , jawapannya tetap sama dan mereka yakin , satu hari nanti Anwar akan berjaya .


So dibelakang Anwar bukan ada semangat roh bani melayu , tetapi semua anak² tanpa mengira bangsa ada bersamanya.


Bukan senang 4 Mah nak jatuhkan dia.

Mengikut hukum angka simbol dan kira-kira.

24 tahun dia di PM tepi , 24 tahun juga hatersnya akan kalah dan kalah.


Harap PN dapat bertahan , sebab bila salah sorang dari combo MAHADI pergi dulu , mereka tidak ada tokoh pelapis.


2024 end game 💥


Sikit lagi guysss 🤣🤣🤣


WR



LAMA BARU CELIK.

 




Adoi. Dari tahun 2018 sampai 2024, dah 6 tahun jadi Menteri Besar Terengganu, 𝗯𝗲𝗿𝘂 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 supaya tak bergantung kepada royalti petroleum?


Dah 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮-𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗻𝗶 𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁? Ini yang walaun banggakan sangat kata layak jadi PM ni? Kalau macam ni punya cara jadi PM, jahanam masa depan rakyat. 6 tahun 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮.


MB Selangor Amirudin Shari yang jauh lebih muda tu 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗿𝗲𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗼𝘃𝗮𝘁𝗶𝗳. Memang sah dalam PN tak ada seorang pun yang boleh diharap untuk mentadbir. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KENAPA 2 ORANG NI DITAHAN SPRM


Desa HM


 Kenapa Aliff Teega dan Aishah Hijanah direman SPRM? Kenapa bukan PDRM? Kenapa bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009?







Kenapa tak kesalahan tipu orang bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan? Jom kita selidik undang-undang.


Bab undang-undang ini, kalau perhati betul-betul memang menarik. Mengikut laporan media mereka berdua ditahan reman bagi siasatan bawah S.23 Akta SPRM.


Jadi kita semua tahu, tahanan reman bukanlah hukuman penjara kerana didapati bersalah. Reman adalah antara proses paling awal lagi. Belum tuduh atau didakwa di mahkamah pun. Mereka ditahan untuk siasatan.


Kenapa Seksyen 23 bawah SPRM pula tu? Kita lihat dulu apa kesalahan Seksyen 23 ini iaitu kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan. 


Maknanya gunakan kedudukan atau jawatan contoh pangkat, profesion atau kedudukan untuk dapat suapan. Suapan tu apa? Suapan ini dijelaskan secara terperinci dalam Seksyen 3 tafsiran akta yang sama bermaksud wang, derma,fi, hadiah. 


Itu antara maksud suapan. Banyak lagi maksud suapan, lihat gambar di bawah juga. Jadi jelas kesalahan Seksyen 23 ini adalah mereka yang menggunakan jawatan atau kedudukan yang mendapat suapan atau habuan.


Seterusnya Seksyen 23(1) memperuntukkan mana-mana adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan dan kedudukan untuk suapan sama ada tak kiralah untuk diri sendiri, saudara atau sekutu.


Jadi di sini timbul isu apa itu pegawai badan awam? Penjawat awam ke? Pengawai Kerajaan ke? Macam mana pula Aishah dan Alif ini jadi penjawat atau pegawai awam? Takkan main pakai sebat reman? Majistret pula benarkan reman sehingga 4 hari? Game apa ni?


Waktu permohonan reman oleh SPRM, peguam mana-mana suspek boleh membantah reman. Antara alasannya, tak ada keperluan tahan, boleh je siasat tanpa ditahan. Suspek akan bagi kerjasama. 


Kenapa perlu tempoh yang lama? Apa proses yang hendak diambil? Suspek tidak melakukan kesalahan berdasarkan Seksyen yang disiasat. Ini antara alasan-alasannya untuk membantah reman.


Tapi dalam kes ini, Majistret tetap membenarkan 4 hari tahanan reman terhadap mereka berdua. Bermakna ada asas untuk siasatan. Jadi saya pun selidiklah tentang undang-undang S.23 Akta SPRM ini.


Seksyen 23 ini, tentang mana-mana pegawai badan awam. Perkataannya pegawai badan awam tau, bukan penjawat awam atau bukan juga pegawai am kerajaan. 


Jadi nak tahu siapa pegawai badan awam ini, kenalah rujuk maksud yang diberikan dalam Seksyen 3 tafsiran akta yang sama.


Pegawai badan awam ini, antaranya bermaksud anggota, pegawai, pekerja (nanti rujuk senarai lain dalam gambar) “dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada orang awam”.


Jadi bila tulis dan mana-mana orang ini membawa maksud tak semestinya pegawai awam atau anggota. Boleh jadi mana-mana orang yang terima saraan dari wang awam iaitu dana awam. Boleh jadi kita yang terima suapan melalui dana awam. Boleh jadi Aishah, boleh jadi Alif. Itu maksud mana-mana orang.


Bawah Seksyen ini juga kata, suapan yang dia dapat tu, boleh jadi diambil untuk diri dia sendiri atau saudara maranya atau sekufunya. Kalau orang bagi alasan, ya saya kutip tetapi suapan bukan untuk saya tetapi untuk orang lain.


Makanya kita pergi lihat siapa maksud sekutu bawah tafsiran Seksyen 3, sekutu adalah sama ada penama, pekerja atau organisasi. Jadi tak kisahlah suapan akibat kedudukan atau jawatan untuk kita atau orang lain tetaplah kesalahan bawah Seksyen ini.


Jadi celah mana sekalipun kalau saya selidik dan saya kaji dari segi kedudukan undang-undang. Ada elemen kesalahannya contoh Jawatan atau kedudukan-Fi-Hadiah-Wang-Derma-Saraan daripada wang awam-sama ada diri sendiri atau sekutu.


Begitulah setakat elemen kesalahan undang-undang dan akan ditentukan di mahkamah itu nanti. Benar atau tidak mereka melakukan kesalahan bawah Seksyen ini? Kita tunggu.


Isu berkaitan dengan dana awam ini, sekian hari semakin menjadi-jadi. Dulu hendak scam orang, tidak buat dalam skala besar begini tetapi sekarang ini makin menjadi-jadi. 


Bila saya selalu follow dan baca muatnaik dalam PW Community ini, saya jadi peka bab-bab scam begini. Tambah pula semakin menjadi-jadi sekarang. Buat secara besar-besaran dan terang-terangan.


Mangsanya kita, mak ayah kita, keluarga kita, orang sekeliling. Kesian ditipu duit pencen atau duit simpanan . Mereka pun tak nikmati hasil simpanan sendiri. 


Bab perlaksanaan undang-undang kutipan awam ini pula pada saya masih ‘baby step’. Tak tegas dan tak serius. Jarang kita dengar ada pendakwaan, apa entah lagi jika dana awam dikutip oleh orang ternama, jarang orang berani sentuh.


Saya harap selepas ini, undang-undang tambah lagi tegas! Elakkan kami ramai-ramai jadi mangsa.


Oleh Nor Zabetha




DUA EKOQ TU PUN KALUT JA SAMBUT.. NOBITA DAN MAT JARGON.. APA LA HANGPA... WAKALIAMPUT


MMMS


 Syed Saddiq baru upload data larian 200KM dia dari Muar Parlimen, dan yang shocking nya hanya 170km yang recorded. Itu pun dia mengaku ada naik kereta 6 kali padanlah ada rekod tunjuk 1km dalam 44 saat, kalau macam ini Usain Bolt pun kalah. 











Benda ini simple aje, come clean tak payah nak drama sangat nak perfect run. Tapi bila dah jadi macam ini, lepas tu pula incident dekat Triathlon, memang tak ada orang akan percaya. Anyway, kalau tak jadi MP lagi lepas ini harap Majlis Sukan Negara boleh hantar jadi wakil olimpik, dalam masa tak sampai sebulan, banyak betul rekod Malaysia di pecahkan. 😅