KENAPA 6 "KATAK" BERSATU TIDAK KEHILANGAN KERUSI MEREKA?



Adrian Lim Chee An


Berdasarkan Perkara 49A(2)(C) Perlembagaan Persekutuan yang dipinda pada tahun 2022, seorang wakil rakyat TIDAK kehilangan kerusi sekiranya dipecat oleh parti.


Ertinya...

A. YB "TIDAK KEHILANGAN KERUSI" sekiranya dipecat

B. YB hanya kehilangan kerusi sekiranya membuat keputusan sendiri untuk melompat ke parti lain


Kenapa pelik sangat Akta Anti Katak ini?


Sebabnya semasa dipinda pada tahun 2022, Bersatu MENOLAK DAN TIDAK BERSETUJU bahawa seseorang YB akan kehilangan kerusi sekiranya dipecat oleh partinya.


Bersatu bertegas dan menegaskan supaya sekiranya seseorang YB dipecat oleh parti, YB tersebut tidak kehilangan kerusi beliau dan masih kekal sebagai YB.


Kenapa Bersatu membuat pendirian sebegitu?


Sebabnya mudah.


Pada ketika itu, menjelang PRU15, Bersatu sedar bahawa buat macam mana pun, Bersatu tidak mampu meraih majoriti mudah 112 kerusi untuk membetuk kerajaan.


Maka strategi Bersatu untuk membetuk kerajaan adalah dengan cara supaya PN memenangi sebilangan kerusi (katakan 80 kerusi), kemudian bergantung lagi pada pengkhianatan wakil-wakil rakyat UMNO (katakan 30 40 kerusi) untuk mencapai jumlah 112.


Namun, Bersatu juga sedar bahawa strategi ini akan total fail sekiranya Zahid Hamidi pecat YB-YB UMNO yang mengkhianat UMNO.


Bersatu mahu supaya YB-YB UMNO dibenarkan mengekalkan kerusi mereka dalam keadaan YB-YB UMNO tersebut mengkhianat mandat parti dan menyokong Muhyiddin sebagai PM.


So, Bersatu mendesak supaya kedudukan Akta Anti Katak mencerminkan keadaan di mana seseorang wakil rakyat (YB UMNO) TIDAK KEHILANGAN KERUSI sekiranya dipecat oleh parti (Zahid).


Tetapi Zahid lebih pintar daripada Bersatu.


Calon-calon BN telah menandatangani perjanjian bersama parti agar kuasa berunding dengan gabungan atau parti lain diberi kepada Zahid.


Maka pelan Bersatu pun gagal lah.


Selesainya PRU15, tiada satu pun wakil rakyat UMNO berani khianat parti kerana sedar masing-masing akan kehilangan keahlian (dan kehilangan kerusi) secara automatik sekiranya mengkhianat.


Ada usaha mengkhianat, tetapi dibuat secara senyap-senyap. Tak berani buat secara berdepan.


Manusia boleh merancang apa sahaja, tetapi Tuhan adalah sebaik-baik perancangNya.


Selesai PRU15, bukan saja Bersatu gagal dengan strategi mereka yang mengharapkan pengkhianatan wakil rakyat UMNO.


Malah wakil rakyat Bersatu sendiri pun mengkhianati Bersatu.


So, pelan Bersatu yang ditujukan pada UMNO, akhirnya memakan diri. Ibarat senjata Bersatu makan Bersatu lah.


Berdasarkan kedudukan undang-undang sedia ada, enam wakil rakyat Bersatu yang menyokong PMX TIDAK kehilangan kerusi mereka.


Kenapa?


Sebab semasa enam wakil rakyat Bersatu ini mengkhianat Bersatu, kedudukan undang-undang adalah MEMBENARKAN katak-katak itu kekal dengan kerusi mereka sepertimana yang didesak oleh Muhyiddin sendiri pada tahun 2022.


Menyedari Bersatu semakin berkecai, Muhyiddin pun membuat lah u-turn supaya siri pengkhianatan wakil-wakil rakyat Bersatu itu berhenti.


Maka Perlembagaan Bersatu pun dipinda dan diluluskan oleh ROS pada April 2024, agar wakil rakyat Bersatu yang berpaling tadah kehilangan keahlian secara automatik.


Namun, pindaan ini hanya dibuat parti SELEPAS berlaku pengkhianatan.


Benar, wakil-wakil rakyat Bersatu yang mengkhianat akan kehilangan kerusi secara automatik. Tetapi itu adalah untuk kes-kes SELEPAS April 2024.


Untuk kes-kes yang berlaku SEBELUM April 2024, ianya tidak terpakai.


6 wakil rakyat Bersatu yang menyokong PMX boleh kekal dengan kerusi mereka kerana mereka telah melompat SEBELUM pindaan Perlembagaan Bersatu dibuat dan diluluskan pada April 2024.


Perbezaan sebelum dan selepas adalah penting kerana...... Antara tonggak utama penguatkuasaan undang-undang adalah ianya tidak boleh dikuatkuasakan secara retrospektif.


Tidak boleh dilaksanakan secara retrospektif bermakna, undang-undang masa depan TIDAK BOLEH digunapakai untuk kelakuan di masa lampau.


Contohnya, jika undang-undang langgar lampu merah dikuatkuasakan pada 1 April 2024, ianya tidak boleh dipakai ke atas kelakuan sebelum 1 April 2024. Ia hanya boleh dipakai untuk kelakuan-kelakuan SELEPAS 1 April 2024.


Sebab itu dalam mana-mana pindaan atau penggubalan Perlembagaan, tarikh penguatkuasaan itu penting. Ianya tarikh bermulanya undang-undang itu dikuatkuasakan.


Faham?



No comments: