ADA BEBERAPA AHLI PARLIMEN TERLIUR


MSO



Enam ahli parlimen Bersatu yang dipecat kerana sokong PM kemudian diumumkan kerusi mereka tidak kosong, tetap kemas dan tidak berganjak dengan pendirian mereka seperti sebelum ini.


Speaker Johari Abdul telah mengumumkan bahawa kerusi mereka tidak kosong dan keputusan itu muktamad, menggembirakan mereka berenam.


Bagaima status mereka dalam parlimen kekal sebagai ahli paliimen bebas yang sokong PM dan kerajaan Madani. 


Keputusan Speaker itu boleh mempengaruhi ahli parlimen pembangkang lain untuk mengambil sikap seperti mereka demi rakyat kerana status mereka tidak akan terjejas. Sebelum ini diberitakan ada antara lima hingga lapan orang ahli parlimen pembangkang bercadang untuk menyokong Perdana Menteri atas alasan bagi mendapatkan peruntukan. 


Bagaimana pun langkah mereka terganggu apabila bimbang tindakan itu menyebabkan kerusi mereka menjadi kosong. Dengan pengumuman Speaker mengenai kedudukan enam ahli parlimen itu mungkin mereka akan memikirkan semula bagi menjejak enam ahli parlimen tersebut. 


Jadi jangan pelik kalau selepas ini ada dua atau tiga orang lagi ahli parlimen PN termasuk daripada Pas mengambil sikap demikian. 


Hari ini mereka tampil memberi sidang akhabr menjelaskan kedudukan dan iktizam mereka, bagaimana pun ahli parlimen  Bukit Gantang tidak hadir kerana kurang sihat. Trims



No comments: