ANWAR IBRAHIM vs SAMSURI MOKHTAR



Rakyat Malaysia kena fikir betul-betul.


Nak tukar Perdana Menteri bukan macam tukar baju.


Kalau tukar orang yang sedang perform dengan orang yang rekodnya lemah, yang rugi bukan ahli politik.


Yang rugi rakyat Malaysia.









1. TERENGGANU DI BAWAH SAMSURI


KDNK Per Kapita

2017 RM29,848

2024 RM32,442









Naik hanya 8.6%


Banding negeri lain dalam tempoh sama


Pulau Pinang naik 48.7%

Sarawak naik 46.3%

Selangor naik 34.3%

Pahang naik 38.7%






Terengganu antara paling perlahan berkembang.


2. HASIL NEGERI


2018 RM283.3 juta

2025 RM263.4 juta


Turun 7%


Negeri lain semua naik hasil.


Terengganu satu-satunya jatuh.


3. BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN PUSAT


Hasil negeri datang dari Persekutuan


Terengganu 87%


Johor 13.5%

Negeri Sembilan 10.6%

Kedah 22.1%


Maknanya ekonomi negeri tak mampu berdiri sendiri.


4. GAJI MB VS PENDAPATAN RAKYAT


Gaji MB Terengganu

RM30,000


KDNK Per Kapita rakyat

RM31,111


Nisbah 96%


Pulau Pinang 20%

Selangor 40%

Johor 36%


Gaji tinggi.

Prestasi ekonomi perlahan.


Sekarang nak jadi Perdana Menteri Malaysia?


5. SEKARANG LIHAT PRESTASI ANWAR IBRAHIM


Ekonomi Malaysia berkembang 6.3% (2025)


Inflasi rendah 1.6%


Gaji minimum naik RM1700


Gaji penjawat awam naik 15%


STR dan SARA

RM15 bilion kepada 9 juta rakyat


Bantuan terus ke IC

5 juta rakyat setiap bulan


Pelaburan diluluskan

RM285.2 bilion


FDI masuk

RM53.5 bilion


Pengangguran turun

2.9%


Malaysia naik ranking daya saing dunia

Tangga 23 dunia


6. SOALAN MUDAH


Kalau Perdana Menteri yang sedang perform ini ditolak…


dan diganti dengan pemimpin yang negeri sendiri pun ekonominya perlahan…


siapa sebenarnya rugi?


Ahli politik tidak rugi.


Yang rugi

rakyat Malaysia.


Fikir sendiri.


Syam Ghaz





KRISIS MINYAK GLOBAL: ADAKAH HARGA MINYAK MAMPU BERTAHAN RM1.99/LITER SELEPAS MEI 2026?








Konflik Iran-AS Lonjak Harga, Kerajaan Malaysia Kekal Subsidi-Namun Sampai Bila?


Mei ini adakah perang Us-Iran akan capai ganjatan senjata dan mungkinkah harga minyak Ron 95 mampu bertahan RM1.99/liter.


1. Kita kena faham jika perang Iran - Us masih berterusan hingga Mei, selat Hormuz masih ditutup kesan domino kepada ekonomi dunia akan terjejas teruk termasuk Malaysia.


2. Rantau Teluk dan Timur Tengah menghasilkan sekitar 30% hingga 35% bekalan minyak dunia. Negara seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, UAE dan Kuwait adalah antara pengeluar terbesar dunia.


3. Lebih penting daripada itu ialah Selat Hormuz. Laluan sempit ini sahaja membawa hampir 20% perdagangan minyak dunia setiap hari. 


4. Kini kapal kargo terpaksa guna laluan lain, kecuali kapal China, Rusia, Pakistan hanya dibenarkan Iran lalu.


5. Penanda aras minyak Brent sebelum konflik sekitar USD60 setong. Kini ia melonjak sehingga hampir USD119 setong dan masih sekitar USD100 setong, tidak mustahil naik lagi. 


6. Sebelum konflik Asia Barat, subsidi bahan api sekitar RM700 juta. Sekarang Kerajaan Malaysia mahu kekalkan harga minyak murah RM1.99/liter maka subsidi Kerajaan makin bertambah untuk RON95 sahaja sekitar RM2 bilion dan diesel sekitar RM1.2 bilion. Jumlah keseluruhan subsidi bahan api kini sekitar RM3.2 bilion.


7. Ini bermakna kerajaan menanggung tambahan hampir RM2.5 bilion untuk melindungi rakyat daripada kenaikan harga minyak dunia.


8. Harga minyak Brent pula melonjak daripada sekitar USD60 setong kepada hampir USD100 setong. Namun rakyat Malaysia cukup bertuah PMX Anwar Ibrahim mahu rakyatnya mengisi petrol pada RM1.99 seliter.


9. Sedangkan banyak negara lain sudah ampungkan harga minyak dan sudah lama melepasi RM2 hingga RM10 seliter.


10. Malaysia menghasilkan sekitar 570,000 – 660,000 tong minyak sehari bergantung kepada tahun.  


11. Secara global, Malaysia berada sekitar kedudukan ke-29 pengeluar minyak dunia.  Bandingkan dengan negara lain:

 • Arab Saudi ≈ 10 juta tong sehari

 • Amerika Syarikat ≈ 12 juta tong sehari

 • Iran ≈ 3 juta tong sehari


12. Malaysia menghasilkan minyak mentah yang sangat berkualiti dikenali sebagai Tapis Blend. Ciri minyak ini; Light crude (ringan), Sulfur rendah dan Sangat sesuai untuk petrol premium


13. Minyak ini antara minyak mentah paling mahal di pasaran dunia.  Sebab itu Petronas menjualnya ke negara seperti; Jepun, Korea, Australia, Thailand. Kerana nilai eksportnya lebih tinggi.


14. Anggaran eksport terkini: 218,000 tong sehari minyak mentah dieksport (2024).


15. Malaysia juga mengimport minyak mentah 442,500 tong sehari import minyak mentah pada 2024 untuk kegunaan domestik. Minyak ini datang dari beberapa negara Timur Tengah yang tengah krisis dengan perang. 


16. Permintaan domestik Malaysia sekitar 934,000 tong sehari penggunaan minyak pada 2024.  Ini lebih tinggi daripada pengeluaran. Sebab itu Malaysia perlu import minyak tambahan.


17. Malaysia sebenarnya masih antara paling murah di dunia. Walaupun Malaysia bukan pengeluar besar seperti Arab Saudi, kerajaan masih mengekalkan harga: RON95 = RM1.99 seliter


18. Sedangkan banyak negara Asia dan Eropah berada antara: Thailand ≈ RM5, Singapura ≈ RM9 dan Eropah ≈ RM9 – RM11. Ini berlaku kerana kerajaan menanggung subsidi berbilion ringgit setiap tahun.


19. Tapi adakah Kerajaan Malaysia mampu bertahan selepas Mei 2026? Kita sebagai Rakyat kena bersedia sebarang kemungkinan dan buat persiapan sekarang, krisis ekonomi akibat perang sangat serius. 


20. Hari ini kita masih isi minyak RM1.99 seliter walaupun dunia sedang berdepan krisis tenaga. Kerajaan masih menanggung subsidi berbilion ringgit setiap bulan supaya rakyat tidak terkesan sepenuhnya.


21. Ini bukan keputusan mudah. Ini keputusan untuk melindungi rakyat dan sayang pada Rakyat.


22. Dalam keadaan dunia yang tidak menentu ini, kita semua perlu lebih bersedia. Kurangkan pembaziran. Gunakan tenaga secara berhemah. Bersedia menghadapi kemungkinan krisis ekonomi global.


Syam Ghaz



US dah serang Pulau Kharg, 90% pengeluaran minyak Iran duk di pulau ni

 





Cuma US serang aset kenteteraan sahaja, belum lagi fasiliti minyak dan gas.


Trump kata nak musnahkan jika Iran tak benar kapal lalu selat Hormuz, laluan 20% minyak dunia.


Tapi saya yakin US takkan serang, sebab 90 eksport ke China, baki Syria, Venezuela dan UAE.


Perang lagi besar jika libat China.


Iran menghasilkan sekitar 3.3 juta tong minyak sehari dan menyumbang kira-kira 4.5% bekalan minyak dunia.


Minyak dan gas sumbang 20% kepada hasil Negara Iran.


Jika US serang fasiliti minyak Iran, Iran baru je umum dia akan bom semua aset US di Timur Tengah.




TIADA KAJIAN MELAYU KELANYAN CERDIK..MEREKA B40BILA TEMUDUGA, MEMANG LAYAK DAPAT BESERTA KELULUSAN.,

 

Ahmad Husin.






Saya mahu dedah sikit perihal realiti Kelantan dari pengalaman saya sendiri, yakni ketika saya mula hijrah ke Kelantan dulu, saya tak mampu nafi bahawa rata-ratanya IQ orang Kelantan memang tinggi, bahkan dari sudut wajah mereka jauh lebih lawa berbanding semua negeri dalam Malaysia. 


Saat awal saya bina hidup di Kelantan, saya agak shock terkejut lihat para gadis disana rata-ratanya cantik kejelitaan Melayu, mostly cantik tulen yang bukan kerana pakai bedak atau bedah hidung.


Lelaki Kelantan juga mostly kacak bergaya, IQ mereka pula tinggi jauh berbanding negeri lain, thats why jawatan² kerja Gomen didominasi oleh orang Kelantan, khasnya para guru.


Tapi, mengapa negeri Kelantan jadi bahan ejekan walau memiliki modal insan? 


Mengapa pentadbiran negerinya barai walau rakyatnya ramai yang cerdik pandai? 


Jawabnya, ia kerana Kelantan dirosakkan oleh "Politik Kepalsuan Ag@ma", yakni TALBIS IBLIS. 


Hidup ini, sehebat apapun seseorang insan, tapi jika dibelit iblis atas nama agama, padahnya memang kelabu mata sukar diubati lagi.. Na'uzubillahiminzalik


Masyarakat Kelantan ramai cerdik, tapi pemimpin negeri YB² mereka didominasi orang Jahil yg naik dengan cara menipv diatas nama ag@ma.


Modal kempen YB PAS hanya mampu bak@r sentimen semata-mata bagi meraih sokongan, ia membuatkan masyarakat Kelantan jadi kelabu mata walau cerdik pandai IQ tinggi dan Lawa². 


Itu namanya TALBIS IBLIS.




𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 ‘𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗥𝗨𝗔𝗛’ 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝘃𝘀 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗔𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔 ‘𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗠’ 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦


Ahmad Mursi


Ini beza kempen fear-mongering PN-PAS ‘Melayu Terancam’ dan pendekatan MADANI membina ‘Melayu Bermaruah’.


---


‘Melayu Bermaruah’ fokus membina kekuatan dan masa depan bangsa.


‘Melayu Terancam’ mencari kambing hitam dan musuh Melayu.


---


‘Melayu Bermaruah’ membina keyakinan diri dan harapan, serta nilai positif yang menguatkan jiwa Melayu.


‘Melayu Terancam’ membina ketakutan, kebencian, prasangka dan keresahan yang melemahkan jiwa Melayu.


---


‘Melayu Bermaruah’ menanam nilai integriti, usaha, ilmu, daya saing dan pemikiran positif.


‘Melayu Terancam’ pula menumpukan emosi — rasa takut, rasa terancam dan kebencian terhadap etnik lain. Korup pun tak apa.


---


‘Melayu Bermaruah’ melabur dalam pendidikan untuk membangunkan orang Melayu sendiri.


‘Melayu Terancam’ melabur dalam propaganda dan retorik untuk menyalahkan serta memomokkan ancaman kaum lain.


---


‘Melayu Bermaruah’ berorientasikan masa depan dan penyelesaian masalah sebenar rakyat.


‘Melayu Terancam’ berorientasikan masa lalu, mencari kesalahan dan menumpukan retorik yang menakut-nakutkan rakyat.


---


‘Melayu Bermaruah’ memperkasa TVET, STEM, Tahfiz Sains, meningkatkan kemahiran serta memperkukuh institusi seperti MRSM, MARA dan sekolah pondok.


‘Melayu Terancam’ pula sering menumpukan isu menyalahkan Sekolah Vernakular dan UEC sebagai punca kelemahan orang Melayu.


---


‘Melayu Bermaruah’ membina bangsa yang berani memimpin masa depan.


‘Melayu Terancam’ hanya mengekalkan bangsa yang sentiasa takut kepada bayang-bayang sendiri.


---


‘Melayu Bermaruah’ mengangkat pemimpin politik yang bijak, kompeten dan amanah.


‘Melayu Terancam’ mengangkat pemimpin politik yang lemah, korup dan tidak berupaya mentadbir negara.





Isu Kuil: Jangan Bakar Keamanan Untuk Modal Politik


Ahmad Mursi



Pertama, kita perlu jujur. Memang wujud isu kuil tidak sah dan pencerobohan tanah di negara ini. 


Isu ni dah berlarutan sekian lama di banyak negeri di bawah pelbagai kerajaan BN-PN-PH.


Di Kedah pun banyak kuil dibina di atas tanah persendirian seperti didedahkan oleh fb aktivis Aman Muhammad.


PMX sendiri dah arahkan PBT untuk selesaikan isu ni segera mengikut saluran undang-undang.


Niat individu tertentu nak banteras isu pencerobohan tanah oleh kuil ini baik, malah ada juga masyarakat india sendiri yang setuju perlu dihentikan.


Cuma bila Sdr Tamim memijak simbol agama lain, bagi saya dia dah terlajak dan boleh menimbulkan mudarat yang lebih besar malah dilarang oleh agama.


Firman Allah: “Jangan kamu hina sembahan yang mereka sembah selain Allah. Nanti mereka pula akan menghina Allah dalam keadaan marah dan jahil". Al-An'am:108.


Sama ada simbol Islam atau mana-mana agama lain, tindakan provokasi memijak atau menghina simbol keagamaan tidak wajar dilakukan oleh sesiapa sekalipun.


Kerana provokasi hampir pasti akan mengundang reaksi balas, keadaan mudah bertukar daripada isu pentadbiran PBT kepada konflik antara kaum.


Tindakan samseng atau keganasan membakar kereta juga tidak patut dibiarkan tanpa didakwa.


Kini aktor politik pula dah tak berselindung tunggang isu ini untuk mobilisasi politik.


Cikgu Candra yang dibakar keretanya, sebelum ini umum sertai DHPP PAS. 


Portal politik Pertiwi yang dikaitkan dengan pertubuhan politik juga mula mewawancaranya untuk panaskan lagi isu ni.


Pemuda PAS Selangor dah umum untuk melakukan mobilisasi berkaitan isu tersebut.


Bila timbul isu perkauman, siapa yang dapat laba? nanti tahulah kita itulah dalangnya.


Akhirnya masyarakat kena pilih:


Sama ada menyokong pihak tertentu memanaskan lagi api sentimen sehingga berlaku pergaduhan antara kaum untuk mobilisasi politik.


Atau menyokong pihak berkuasa khasnya PBT mengurus isu ini mengikut lunas undang-undang, sambil memastikan keamanan terpelihara.





Berikut adalah kronologi ringkas mengenai saham Azam Baki.


Iswardy Morni.

 

- 9 & 10 Februari 2026: Bloomberg mendedahkan Azam Baki memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partners Bhd (bernilai ~RM800,000), didakwa melanggar had pemilikan saham penjawat awam (had RM100,000).

 

- 13 Februari 2026: Kabinet menubuhkan Pasukan Petugas Khas diketuai Peguam Negara untuk menyiasat ketelusan pemilikan saham tersebut.


Mac 2026: Hasil Siasatan & Dakwaan Rafizi

 

- 10 Mac 2026: Peguam Negara menyerahkan laporan penuh siasatan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN).

 

- 11 Mac 2026: Jemaah Menteri memutuskan untuk menyerahkan fail kes kepada Lembaga Tatatertib JPA untuk tindakan disiplin.

 

- 13 Mac 2026 (Dakwaan Rafizi): Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mendedahkan maklumat daripada "sumber Putrajaya" bahawa siasatan sebenarnya mendapati pemilikan saham Azam jauh lebih besar, iaitu mencecah RM14 juta merentasi sembilan buah syarikat.

 

- 14 Mac 2026: Rafizi dan NGO (C4 Center) mendesak kerajaan mendedahkan laporan penuh bagi mengesahkan sama ada jumlah RM14 juta itu benar, kerana ia tidak sepadan dengan pendapatan penjawat awam.


Status terkini menunjukkan tekanan hebat agar kerajaan tidak hanya mengambil tindakan tatatertib secara tertutup, tetapi mendedahkan hasil siasatan kepada umum sebelum kontrak Azam tamat pada 12 Mei 2026.


Kenyataan Nurul Izzah Anwar mengenai Mafia KORPORATE ini:


20 Februari 2026: Melalui satu video di TikTok dan kenyataan media, Nurul Izzah mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memberi tumpuan kepada kandungan dakwaan Bloomberg (mengenai pemilikan saham dan rangkaian mafia korporat) dan bukannya menyiasat portal media tersebut di bawah akta fitnah. Beliau menggunakan kiasan "don't shoot the messenger" (jangan hukum penyampai berita).


23 Februari 2026: Beliau menegaskan keperluan untuk mewujudkan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh bagi memastikan ketelusan SPRM, susulan dakwaan wujudnya rangkaian "Mafia Korporat" dalam agensi tersebut.


7 Mac 2026: Nurul Izzah mencadangkan agar SPRM diletakkan di bawah pemantauan Parlimen secara langsung. Beliau menyatakan bahawa keabsahan sesebuah institusi hanya boleh dikekalkan melalui integriti pelaksanaan dan akauntabiliti yang menyeluruh.



MUSNAHNYA STESEN MINYAK TERBANG

 "

CnP




Pesawat Gergasi AS Berkecai Di Iraq: 'Stesen Minyak Terbang' Tumbang, Bukti Mesin Perang Empayar Mula Rapuh!" 


Sebuah aset strategik bernilai ratusan juta dolar milik Amerika Syarikat, kapal terbang gergasi KC-135 Stratotanker telah berkecai menyembah bumi di padang pasir barat Iraq.


Sebelum kita membedah anatomi jentera raksasa ini, mari kita tetapkan satu prinsip asas yang amat penting.


Kita mengkaji dan menceritakan teknologi ketenteraan Amerika Syarikat ini bukan untuk mengangkat ego atau memuja mereka.


Sama sekali tidak. Amerika Syarikat adalah sebuah negara peng**nas yang membiayai operasi pembantaian berdarah di 'G'.


Kita membedah teknologi canggih mereka semata-mata untuk memahami kekuatan dan kelemahan musuh.


Di dalam hukum rimba catur antarabangsa, anda tidak akan pernah menang jika anda buta tentang laras senjata yang sedang diacukan ke kepala anda sendiri.


Kembali kepada insiden memalukan yang sedang menggoncang koridor Pentagon ini.


Ruang udara di barat Iraq menjadi saksi kejatuhan gergasi udara Amerika.


Pesawat ini tidak terbang berseorangan, sebaliknya ia beroperasi secara berpasangan.


Sebuah daripadanya terhempas hancur bersama kesemua anak kapalnya.


Manakala sebuah lagi terpaksa membuat pendaratan kecemasan, dan berjaya mendarat dengan selamat di pangkalan sekutu mereka.


Bagi Washington, kehilangan jentera ini adalah satu tamparan taktikal yang teramat menyakitkan.


Pesawat KC-135 Stratotanker ini bukanlah sebuah jet pejuang lincah yang bertugas menembak peluru berpandu.


Sebaliknya, ia adalah urat nadi sebenar kepada kelangsungan hegemoni tentera udara empayar Barat.


Fungsi mutlaknya adalah sebagai sebuah 'stesen minyak terbang'.


Bayangkan sebuah kapal terbang gergasi yang diubah suai khusus untuk membawa berpuluh-puluh ribu gelen bahan api jet yang amat mudah terbakar.


Tugas pesawat ini adalah mengepam masuk minyak secara langsung ke dalam jet-jet pejuang dan pesawat pengebom ketika mereka semua masih terbang laju di udara.


Jet pejuang ni pula akan digunakan untuk membunuh manusia di serata dunia. Mana yang taknak ikut kata dia, tembak. Bunuh. 


Ok sambung. Proses ini dipanggil sebagai pengisian bahan api di udara (aerial refueling).


Tanpa sokongan pesawat tangki seperti ini, segala jet pejuang siluman canggih buatan Amerika hanyalah sekadar mainan mahal.


Jet pejuang mempunyai saiz tangki yang amat terhad dan jarak penerbangan yang sangat pendek.


Pesawat pengisi minyak inilah yang memberikan mereka 'nyawa' untuk terbang melintasi benua dan mengebom musuh tanpa perlu mendarat.


Oleh sebab itu, nilai strategik sebuah pesawat KC-135 adalah jauh lebih tinggi dan kritikal berbanding lima buah jet pejuang biasa.


Hancurnya kapal terbang ini berlaku tepat di tengah-tengah kempen peperangan berskala besar di Asia Barat.


Tentera udara Amerika sedang rancak membedil sasaran seteru mereka, dan jentera pengisi minyak inilah yang bekerja keras memastikan operasi pengeboman berjalan tanpa henti.


Apabila berita ini tersebar luas, perang saraf dan propaganda persepsi terus meletus.


Pihak tentera Iran dengan pantas mendakwa menerusi siaran televisyen kerajaan bahawa kumpulan proksi mereka di Iraq telah berjaya menembak jatuh gergasi udara tersebut menggunakan peluru berpandu.


Sudah pasti, jeneral-jeneral perang di Washington menafikan keras dakwaan ini.


Pusat Komando AS (CENTCOM) mengeluarkan kenyataan yang mendakwa insiden ini tidak berpunca daripada tembakan pihak musuh mahupun tembakan sekutu sendiri.


Di dalam dunia peperangan maklumat, kebenaran adalah perkara pertama yang akan mati dibunuh.


Sama ada ia benar-benar jatuh ditembak atau musnah kerana kecuaian teknikal, hakikat catur politik tetap sama.


Imej kebal bala tentera Amerika Syarikat sekali lagi tercalar teruk dan menjadi bahan ketawa.


Kerugian ini menambah lagi senarai aset ketenteraan mereka yang mula bergelimpangan di medan tempur.


Ini adalah pesawat tentera Amerika yang keempat musnah di ruang udara Asia Barat dalam tempoh konflik terbaharu ini sahaja.


Pada peringkat awal perang bulan lalu, sistem pertahanan udara tentera sekutu mereka di Kuwait telah secara tidak sengaja menembak jatuh tiga buah jet pejuang F-15E milik Amerika sendiri.


Rentetan insiden memalukan ini mendedahkan satu realiti yang amat jelas.


Walau berbilion-bilion dolar dihabiskan untuk membina teknologi satelit, radar, dan persenjataan, mesin perang mereka tetap rapuh dan boleh hancur berkecai.


Empayar syaitan ini sebenarnya sedang berdarah secara perlahan-lahan.


Berhentilah melihat Amerika Syarikat sebagai satu kuasa mutlak yang maksum dan tidak boleh dikalahkan.


Hadamkan kejatuhan ini dengan minda yang tajam, terus kaji teknologi musuh, dan bersiap sedialah untuk berdepan dengan siri keruntuhan hegemoni Barat yang sedang bermula di hadapan mata anda!


Geram dengan syaitan yang suka membunuh orang demi poket dia. Gila, memang gila. Lagi tak boleh hadam, yang mengipas dan menyokong di belakang si syaitan ni walhal pembunuhan ni berlaku di rumah jiran dia sahaja. Moga Allah laknat semua yang berkomplot. 


___


Naskhah tulisan saya yang berjudul Keajaiban-Keajaiban Dunia ini membongkar rahsia sains, sejarah, dan alam semula jadi di dalam satu pengembaraan ilmu yang tidak membosankan. Ia padat dengan pelbagai fakta menarik yang merentasi garis masa, bermula daripada kehebatan monumen zaman purba sehinggalah kepada kecanggihan teknologi peradaban moden. Tuan-puan pasti seronok meneroka himpunan kisah ini kerana ia ditulis menggunakan gaya bahasa yang sangat santai dan mudah difahami oleh semua peringkat umur.


​Boleh terus dapatkan naskhah peribadi tuan-puan di pautan Shopee di bawah:

https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB


​Atau di Webstore (Klik pautan ini sekarang untuk tebus baucar dan dapatkan buku ini sebelum promosi tamat):

https://bit.ly/3OyBuYY