‘Tiada Apa Yang Istimewa Dengan Mesyuarat Pertama Samsuri’

 


Beberapa ‘media arus perdana’ diingatkan agar tidak terlalu melebihkan reaksi terhadap mesyuarat sulung Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Ahmad Samsuri pada 14 Mac 2026.

KUALA LUMPUR, 14 Mac – ‘Overreact’ atau dalam Bahasa Melayu ‘terlebih reaksi’, istilah paling tepat bagi menghentam segelintir ‘media arus perdana’ yang konon seakan ‘teruja’ dengan apa sahaja yang dilakukan Perikatan Nasional (PN).

Tiada apa yang istimewa dengan berita yang cuba ‘disensasikan’ beberapa media arus perdana berhubung ‘kepengerusian sulung’ mesyuarat Majlis Tertinggi PN oleh Ahmad Samsuri Mokhtar di Menara PGRM, di sini.

Selain mesyuarat itu dihadiri tiga presiden daripada empat parti komponen iaitu Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin; Presiden GERAKAN, Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan, tiada apa yang boleh diharapkan daripada mesyuarat pertama diketuai Ahmad Samsuri yang ‘dilobi’ Abdul Hadi Awang.

Menantu Abdul Hadi sendiri menolak cadangan melantik Ahmad Samsuri yang mengatakan Pas berisiko hilang 37 kerusi pada PRU 16.

Apatah lagi bila nama Timbalan Pengerusi PN, Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan; Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat dan PN, Muhammad Sanusi Md Nor dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad timbul antara yang hadir juga tidak membawa sebarang makna biarpun antara agenda utamanya ialah ‘calon’ bagi menggantikan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.

Lebih teruk, setelah ‘bermesyuarat’ kira-kira sejam lebih pun nama pengganti Hamzah gagal diumum termasuk jawatan Setiausaha Agung yang dikosongkan Azmin Ali setelah Muhyiddin berundur sebagai pengerusi pada 1 Januari lalu.

Masakan tidak, kes ‘bercuti’ di New Zealand dalam keadaan Terengganu ditenggelami air banjir sudah cukup membuatkan reputasinya sebagai ‘teknokrat’ dan ‘Islamik’ tercalar sampai bila-bila.

Pencalonan Ahmad Samsuri menggantikan Muhyiddin mungkin menyelesaikan isu jangka pendek tetapi belum tentu berkesan buat jangka masa panjang.

Justeru, media usahlah terlalu ‘taksub’ dengan cuba ‘menaikkan’ imej Ahmad Samsuri yang tiada apa pun pencapaian signifikan jauh sekali jika dibandingkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



No comments: