Dr Dzulkifly: Lebih Baik Kerjasama Dengan DAP Dari Umno

SHAH ALAM, 29 FEB: "Lebih baik saya minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno," demikian tempelak Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ruslan Kassim.

Menurut Dr Dzulkefly, meskipun Umno dianggotai oleh orang-orang Melayu, tetapi parti itu mengamalkan budaya yang mampu merosakkan rakyat dan negara ini.

"Walaupun DAP dianggotai majoriti sahabat kita bangsa Cina yang bukan Islam tetapi mereka tak ajak saya edar video lucah, luluskan lesen judi, ambil rasuah, kroni, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

"Tetapi dengan Umno, mereka suruh edar video lucah, rasuah, galakkan rakyat main judi, samseng dan macam-macam budaya lain yang merosakkan rakyat dan negara ini.

"Jadi mana lebih baik? Saya berkawan dengan Melayu Umno atau Cina DAP?," ujar Dr Zulkefly.

Terdahulu dalam pusingan soal jawab, Ruslan Kassim telah bertanyakan kepada Dr Dzulkefly mengapa Pas memilih untuk berkerjasama dengan DAP yang majoritinya dianggotai orang Cina tetapi bukannya orang Melayu dalam Umno.

Selain Dr Dzulkefly dan Ruslan Kassim, wacana Sinar Siri ke-11 yang membincangkan tajuk 'Mengapa Undi Melayu Berpecah' itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pandan, Ong Tee Keat dan Pengerusi PKR Johor dan Datuk Chua Jui Meng.

Rafizi: Pendedahan Skandal NFC Adalah Tepat

SHAH ALAM, 29 FEB : Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperoleh maklumat terbaru bahawa pengurusan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menerusi Farmhouse Supermarkets Pte Ltd (Farmhouse Supermerkets) membuat pelaburan berjuta ringgit dari dana rakyat disalurkan dan beroperasi di Rochester Mall bersebelahan kompleks membeli belah Star Vista di Singapura.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, siasatan dilakukan pihaknya dengan maklumat diperoleh daripada rakyat Malaysia di republik itu memang menyatakan penyewaan dibuat syarikat tersebut di Rochester Mall.

"Farmhouse Supermarkets dikatakan menyewa unit-unit bernombor #02-08 hingga #02-35 di kompleks membeli belah yang dibangunkan bersama-sama kondominium mewah di alamat 35, Rochester Drive, Singapura. Projek itu dibangunkan oleh pemaju UE One-North Developments Private Limited.

"Semakan di laman rasmi Rochester Mall jelas menyenaraikan Farmhouse Supermarket sebagai salah satu penyewa mereka seperti yang dilaporkan di laman http://www.rochestermall.com.sg/#02-08to35," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rafizi mengulas mengenai penafian dibuat CapitalMalls selaku pemaju kompleks membeli belah Star Vista yang sedang dimajukan di mana mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farmhouse Supermarket yang dimiliki keluarga Menteri Wanita, Kelaurga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Selanjutnya Mohd Rafizi berkata, maklumat di laman rasmi Roshester Mall juga mengesahkan bahawa Farmhouse Supermarket adalah penyewa terbesar di tingkat 2 kompleks itu berbanding kedai-kedai lain.

"Saya juga berpendapat oleh kerana lokasi Rochester Mall adalah bersebelahan dengan Star Vista, anggaran sewa seperti yang didasarkan kepada laporan Competition Commission of Singapore tidaklah banyak berbeza," katanya.

Oleh yang demikian, jelasnya, beliau percaya selain dari kesilapan alamat sebenar kompleks seperti yang disebut, keseluruhan pendedahan yang dibuat sebelum ini adalah tepat.

Tambahnya, kenyataan Pengarah Eksekutif NFC yang juga suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail yang disiarkan sebuah akhbar Inggeris pada 29 Februari lalu turut mengesahkan bahawa NFC tidak menafikan kewujudan pasaraya mewah itu malah masih mempertahankan hak mereka untuk menceburi apa-apa perniagaan yang dirasakan sesuai.

"Saya memohon maaf secara terbuka kepada CapitalMall dan NFC atas kesilapan fakta yang berlaku, walaupun ia tidak memadamkan pelbagai persoalan yang timbul mengenai pembabitan NFC di dalam operasi pasaraya mewah di Singapura,"

Abdul Khalid : Pelantikan Khairy Jamaluddin Tidak Menguntungkan Bumiputera




SHAH ALAM, 29 FEB : Perlantikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah membawa masyarakat Bumiputera ke belakang di mana fahaman dan kepentingan politik menjadi asas kepada pelantikan ke jawatan profesional.

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perlantikan Khairy menghantar isyarat yang salah kepada komuniti Bumiputera yang sekarang digalakkan untuk meningkatkan standard profesionalisme setanding yang terbaik di dunia.

Ini kerana perlantikan MP Rembau itu jelas menunjukkan fahaman politik menjadi kriteria utama untuk dilantik ke jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan, bukannya berdasarkan kemampuan dan pengalaman.

"Sebagai salah seorang pengasas PUNB iaitu syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) di mana saya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saya berbangga dengan pencapaian PUNB yang selama ini diterajui oleh golongan profesional dan berkebolehan.

"Walaupun peringkat pengubal dasar terdiri daripada ahli ahli politik tetapi mereka tidak campur tangan dalam operasi. Malah Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada golongan profesional berpengalaman yang tidak mempunyai kepentingan politik atau kumpulan berkaitan dengan politik," tegasnya.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya mensia-siakan usaha masyarakat Bumiputera dengan melantik Khairy Jamaluddin yang tidak berkeupayaan dan tidak berpengalaman dalam menguruskan badan korporat yang sudah berjaya.

Tegasnya, tindakan Najib sekali lagi membuktikan bahawa beliau gagal mengutamakan antara kepentingan dengan profesionalisme.

Malah Abdul Khalid menyifatkan perlantikan tersebut sebagai petanda yang buruk bagi bumiputera dan Malaysia khasnya.

"Bagi pembangunan negara, pemimpin sepatutnya melihat dalam konteks lebih luas dan berfikir di luar fahaman politik di mana ciri-ciri ini telah diketepikan menerusi pelantikan Khairy Jamaluddin," jelasnya.




DAP Minta Umno Hentikan Serangan Samseng

SHAH ALAM, 28 JAN : Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Janice Lee hari ini mendesak Umno agar mengambil tindakan segera bagi menghentikan perbuatan samseng ahli Umno yang sering menyerang pimpinan Pakatan Rakyat.

Desakan itu dibuat ekoran beberapa serangan ke atas beberapa pimpinan Pakatan baru-baru ini. Terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang wartawan diserang sekumpulan lelaki dipercayai ahli Umno Pulau Pinang apabila beliau menyertai Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang Ahad lalu.

Di dalam satu insiden yang berlainan, ceramah Timbalan Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar di Felda Lepar Hilir 1, Pahang terpaksa dihentikan apabila ia diganggu oleh sekumpulan lelaki dipercayai dari Umno.

Janice yang kecewa dengan provokasi murahan seperti itu, meminta supaya Umno mengambil tindakan sewajarnya untuk mengawal dan mendisiplinkan ahli-ahli mereka.

"Kejadian ini bukan kali pertama tetapi sudah berulang kali terjadi. Itu juga bukan satu teladan yang baik buat masyarakat kita," ulas Janice yang juga merupakan Adun Teratai.

Selain itu, mengambil contoh kejadian di Pulau Pinang, Janice melahirkan kekecewaannya terhadap sikap pihak polis yang gagal mengambil tindakan segera menghentikan serangan samseng Umno.

"Walaupun polis berada di tempat kejadian semasa Lim Guan Eng dan pemberita diserang oleh Umno tetapi polis berdiam sahaja.

"Ini jelas menunjukkan polis mengamalkan prinsip 'double standard', satu untuk ahli Umno, satu lagi untuk rakyat biasa dan pemimpin Pakatan Rakyat," hujah Janice lagi.

Justeru, Janice meminta Ketua Polis Pulau Pinang untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kegagalan pihak polis untuk melindungi keselamatan Lim Guan Eng dan juga rakyat.

Penyenaraian FGVH: ANAK, GSF Mohon Campur Tangan Istana Oleh Nazli Ibrahim

SHAH ALAM, 28 FEB: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) mahu pihak Istana Negara campur tangan agar tanah Felda Plantations tidak dipajak kepada Felda Global Venture Holding (FGVH).

"ANAK akan bersama Gerakan Selamatkan Felda(GSF) akan berusaha mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Negeri-Negeri mulai Mac ini memohon perkenan Tuanku Sultan agar campurtangan supaya Tanah Felda Plantation di negeri masing-masing tidak di pajak kepada FGVH," kata Presiden ANAK, Mazlan Aliman di dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada TVSelangor semalam.

"Bahkan ANAK akan menyerahkan memorandum suatu cadangan bagaimana tanah seluas 360,000 hektar boleh dimanfaatkan untuk rakyat dan menjana perolehan baru kepada kerajaan negeri," kata Mazlan.

Beliau turut menyokong cadangan pembangunan tanah Felda seluas 55 ribu hektar di Kelantan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu yang akan melibatkan 8 ribu peneroka baru.

Dalam isu yang sama ANAK turut menyatakan sokongan terhadap usaha Biro Felda dan Orang Asal PKR mengutip 100,000 tandatangan orang ramai bagi membantah penyeneraian FGVH di pasaran saham terbuka.

Tandatangan tersebut bakal diserahkan kepada Perdana Menteri 30 Mac 2012 di Putrajaya.

"Bahkan, Jika ianya gagal melunakkan pendirian PM untuk terus menyenaraikan FGVH pada 10 Mei ini seperti disebut Datuk Ahmad Maslan, satu HIMPUNAN RAKYAT PERDANA dijangka akan diadakan pada April ini.

"Puluhan ribu Warga Felda akan menyerlahkan keberanian mereka untuk turun berarak bersama rakyat lainnya menyerahkan memo kepada Yang DiPertuan Agong di Istana Negara,” Mazlan berkata.

KECOH ANTI LYNAS DI PENANG.ADAKAH ANDA MELIHAT ANAK SESEORANG YANG PENTING DI SINI?

MARAH BETUL BEBERAPA ORANG INI.













Wartawan Arus Perdana Bebas Memfitnah, Wartawan Alternatif Dibelenggu

Wartawan Arus Perdana Bebas Memfitnah, Wartawan Alternatif Dibelenggu



Kerajaan BN berbangga kononnya indeks kebebasan media Malaysia meningkat beberapa anak tangga ke kedudukan 122 dari 180 negara yang ditinjau kerana polisi tranformasi pentadbiran Najib.

Wartawan akhbar Cina dipukul dalam demo hijau di Penang


Tidak banyak perbezaan media massa di negara ini mengendalikan maklumat sejak merdeka pada 1957. Hanya peralatan bekerja yang berubah. Daripada zaman mesin taip dan kamera analog kepada perkakasan multimedia serba canggih.

Wartawan penyiaran era sebelum merdeka tidak mungkin mampu mengoperasikan setiap sesuatu yang dimiliki di studio stesen televisyen moden. Manakala wartawan akhbar generasi Pak Sako tidak berupaya menulis berita sekiranya masuk ke bilik berita suratkhabar masakini yang serba canggih.

Kelayakan wartawan juga berubah. Jika pada 1950an, kewartawanan dianggap tidak boleh dilatih sebaliknya bakat semula jadi. Kini wartawan datang dari universiti terbaik dalam dan luar negara. Tidak menghairankan jika wartawan dan editor di Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan sebagainya pulang dari Amerika Syarikat, United Kingdom atau Australia. Negara yang terkenal dengan kebebasan media.

Berat sebelah

Namun begitu, mengapakah wujud berita berat sebelah yang amat menyakitkan hati warganegara Malaysia? Di Kelantan berita paling kerap disiarkan stesen televisyen ialah perampasan tanah. Kononnya rampasan berlaku di banyak daerah, terutama di Gua Musang. Anak syarikat kerajaan negeri mengambil alih tanah-tanah milik rakyat yang telah ditanam kelapa sawit, getah serta pohon buah-buahan untuk dijadikan ladang komersial.

Demo anti lynas di Kuantan digambarkan hanya 3,000 oleh media proBN


Setiap bulan rakyat Kelantan menunjuk perasaan membantah perampasan itu. Kaum wanita menangis meminta simpati. Sekiranya rakyat menekuni slot Berita Perdana TV1, sejak Kelantan diperintah PAS pada 1990 maka telah berlaku perampasan tanah seluas ribuan hektar. Cuma yang menjadi tanda tanya, mengapakah tidak ada satu pun kes rampasan tersebut difailkan di mahkamah?

Hakikatnya, hampir mustahil untuk menyaman kerajaan negeri kerana tanah-tanah yang diambil itu hanya memiliki lesen menduduki sementara (TOL) malah sesetengahnya tidak langsung memiliki apa-apa dokumen. Dalam undang-undang, tanah tanpa geran hak milik kekal adalah milik kerajaan. Rakyat boleh bercucuk tanam selagi mana kerajaan tidak menggunakannya. Justeru itu, untuk apakah stesen tv memperbesarkan isu rampasan tanah jika mereka menjunjung etika kewartawanan?

Di Selangor, berita yang paling banyak dilaporkan ialah rasuah di kalangan Exco, Adun dan Ahli Majlis Tempatan. Setiap bulan ada sahaja berita yang dikaitkan dengan penyelewengan pentadbiran kerajaan negeri. Bahkan, bahan buangan seperti sampah pun cuba dikaitkan dengan gejala rasuah. Apatah lagi perniagaan perlombongan pasir.

Isu skandal pasir yang didedahkan oleh Raja Petra Kamarudin dimainkan berminggu-minggu lamanya. Kononnya skandal itu melibatkan pembunuhan. Mereka terlupa pembunuhan hanya berlaku sekiranya BN terlibat. Pemimpin PR tidak sinonim dengan kaedah penyelesaian mengambil nyawa orang lain. Skandal BMF membabitkan kroni Umno menatijahkan pembunuhan pegawai penyiasat Malaysia di Hong Kong, skandal kapal selam Scopene menyebabkan Altantuya Sharibuu dibom di Shah Alam.

Faktanya, syarikat yang dituduh berniaga pasir itu menjalankan operasi perladangan kelapa sawit. Mengapakah wartawan tidak melakukan penyelidikan sebelum mendedahkan berita?

Wartawan alternatif

Hal inilah yang menimbulkan kecemburuan di kalangan wartawan media alternatif; laman web bebas mahu pun akhbar parti pembangkang. Wartawan di sana terpaksa bekerja keras menyelidiki fakta. Editor akan memaki hamun seadainya maklumat yang disiar tidak berasas, apatah lagi direka-reka.

Mustahil tajuk depan seperti ini disiarkan media alternatif


Sedangkan wartawan media arus perdana yang kualiti kelayakan akademik mereka jauh lebih tinggi tidak perlu berpegang kepada disiplin serupa. Editor pula dibenar mengubahsuai berita secara bebas. ‘Tak rela diliwat lagi’, tajuk depan sebuah akhbar proUmno suatu ketika dahulu. Selepas Anwar dibebaskan pada 9 Januari mereka membina tajuk, Anwar ingin menghapuskan undang-undang anti homoseksual.

Wartawan dan editor media alternatif tidak dibenar menyiarkan perkataan seumpama itu. Malah ketika pengawal peribadi Anwar, Fayyad Afiq Albakqry ditembak kanister gas pemedih mata dan gambar pipinya yang remuk disiarkan oleh Keadilandaily, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memanggil jurugambar media itu untuk disiasat atas tuduhan memalsukan gambar. Kononnya Fayad tidak cedera. Gambar tersebut diubahsuai.

Tulisan mendakwa kanister pemedih mata yang digunakan polis dalam menyuraikan peserta Bersih 2.0 sama seperti digunakan polis Israel menyebabkan wartawan disiasat di bawah Akta Hasutan. Wartawan yang berbekalkan fakta paling tepat sewenang-wenangnya dipersalahkan. Namun hal itu tidak berlaku ke atas media arus perdana.

Tidak menjadi kesalahan sekiranya mereka menggesa orang Melayu mengangkat parang mempertahankan hak daripada dirampas etnik Cina. Paling kuat, kerajaan mengeluarkan surat amaran. Oleh itu, wartawan tidak takut dengan sebarang akta, asalkan berita tersebut menguntungkan BN maka ia kebal daripada tindakan undang-undang.

Tindakan lain yang boleh dilakukan ke atas mereka adalah saman malu oleh individu yang dirugikan. Namun saman sekiranya bersalah bukan dibayar oleh wartawan, sebaliknya syarikat media. Syarikat media arus perdana beberapa kali hampir gulung tikar pada hujung 1990an dan awal 2000. Mereka diselamatkan mengunakan dana dari parti politik yang menjadi pemilik saham terbesar. Maka, rakyat sedia maklum dari sumber manakah media ini membayar saman bernilai jutaan ringgit

Rasuah media


Wartawan media arus perdana juga sering didampingi pemimpin politik. Sekiranya pemimpin tertentu ingin bertanding jawatan parti atau ketika menghadapi pilihanraya, waktu itulah lubuk emas bagi para wartawan politik. Mereka akan dijamu makan dan diberi hadiah sewaktu membuat liputan. Wang saku beberapa ratus ringgit adalah perkara biasa. Malah ada yang dihantar bercuti keluar negara.

Sedangkan wartawan media alternatif tidak diperlakukan sedemikian. Pemimpin Pakatan Rakyat tidak digalakkan mempunyai hubungan rapat dengan wartawan. Hanya 10 peratus wartawan media alternatif dikenali oleh pemimpin parti. Bukan perkara lucu jika mereka tersalah sangka wartawan media parti adalah wartawan arus perdana. Juga perkara biasa pemimpin enggan menjawab soalan kerana tidak kenal seseorang wartawan. Dengan itu rasuah mustahil terjadi.

Akibat keterlaluan terdedah dengan gejala rasuah, maka timbul satu sindrom di kalangan para wartawan dan editor media arus perdana mengampu untuk mendapat sebanyak mungkin habuan. Pada ketikanya mereka ‘membunuh’ musuh politik lebih kejam daripada para pemimpin BN sendiri.

Sebab itu media di Malaysia mengalami keruntuhan etika yang parah. Wartawan di negara ini mungkin setaraf rakan sejawatan di negara komunis yang terkongkong. Demokrasi media hanya dibenar dipraktikkan di dalam rancangan gosip artis. Hanya program gosip membenarkan kedua-dua belah pihak berdebat dikaca tv secara telus.

Sedarlah para wartawan, setiap perkara yang dilaporkan akan menjadi beban fikiran kepada generasi akan datang. Sekiranya remaja dibekalkan berita lucah dan fitnah maka mereka akan membesar menjadi penzina dan pendusta.

Jangan jadikan pemimpin BN sebagai contoh, mereka meluluskan kelab hiburan yang dijadikan sarang aktiviti gay di Bukit Bintang kemudian menuduh PR mahu merubah undang-undang seksualiti. Pihak yang meluluskan lebih mulia daripada pihak yang menegur. Kelihatannya, ‘nilai gila’ inilah yang cuba disemai oleh para editor media arus perdana.


MB : SPRM Perlu Siasat Isu Pasir Sebelum 2008

SHAH ALAM 27 FEB :Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan terhadap dakwaan kegiatan curi pasir yang dilaporkan berlaku di Rawang, Kuala Langat dan Semenyih.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri juga telah meminta Pejabat Tanah dan Daerah yang terlibat supaya memberi kerjasama kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dan penguatkuasaan sekiranya perlu.

"Kita berharap penyiasatan SPRM ini akan membantu Kerajaan Negeri membanteras kegiatan curi pasir yang telah berlaku sebelum 2008 yang merugikan negeri dan rakyat Selangor," jelas Khalid dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor hari ini.

Beliau berkata, sindiket curi pasir perlu ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal kerana mencuri hasil negeri yang sepatutnya dinikmati oleh semua rakyat Selangor menerusi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Sebagai rekod keuntungan kerajaan Selangor dari kegiatan perlombongan pasir meningkat selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran dari Umno-BN daripada RM2.9 juta pada tahun 2007 ke RM6.3 juta pada tahun 2008.

Hasil kutipan pada tahun 2009 berjumlah sebanyak RM5.4 juta sebelum meningkat kepada RM10.3 juta pada enam bulan pertama tahun 2010.

NAJIB MENGAKU SILAP TAPI RASUAH MELIMPAH RUAH

BUKAN SAHAJA DI SELANGOR KESILAPAN ITU BERLAKU TERLALU LAMA, NAMUN SEHINGGA KINI KEADAAN MASIH TIDAK BERUBAH.KEPADA YANG MASIH TIDAK MAHU MENERIMA KENYATAAN...TERUTAMANYA KOMEN DARI PENGANUTPAS YANG SERINGKALI MENGHANTAR KOMEN KE BLOG INI...SAYA AMAT BERBESAR HATI UNTUK TIDAK MENYIARKAN KOMEN KERANA KOMEN-KOMEN YANG DIBERIKAN TIDAK SECARA ILMIAH,SEBALIKNYA KUTUKAN YANG TIDAK MEMBINA.

SEBAGAI RAKYAT , MELIHAT AKAN KESILAPAN YANG DILAKUKAN BN BUKAN SESUATU YANG PATUT DIMAAFKAN KERANA SUDAH TERBUKTI NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT MEMANFAATKAN HASIL NEGERI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT.

ADAKAH PENGAKUAN INI UNTUK MEMANCING UNDI AGAR NEGERI TERKAYA YANG DIKUASAI PAKATAN RAKYAT TIDAK LAGI DIBAWAH KERAJAAN UMNO/BN??
DAN KEHIANGAN KUASA ADALAH SESUATU YANG AMAT DITAKUTI PIMPINAN UMNO/BN ..RAKYAT PASTI AKAN MENJADI HAKIM.



BN kini sudah insaf daripada kesilapan sebelum ini dan juga memohon maaf kepada rakyat di Selangor.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.NONE

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya dipetik Bernama pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini.

15,000 swarm Kuantan for anti-Lynas rally

Perhimpunan hari ini yang melibatkan kira-kira 15000 orang di Kuantan mungkin bantahan alam sekitar yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

Sekurang-kurangnya, ia akan menjadi setanding dengan protes yang pernah berlaku di Bukit Merah pada tahun 1987-88. Pada ketinggian protes mereka, semasa prosiding mahkamah pada tahun 1988, seramai 10000-15000 hadir untuk menunjukkan penentangan mereka kepada kilang Asian Rare Earth, mengimbas kembali Dr T Jayabalan, yang telah terlibat dalam bidang tersebut di kedua-dua Bukit Merah dan Gebeng, Kuantan .

Tetapi tidak seperti Bukit Merah, komposisi etnik orang ramai di Kuantan pada pagi ini adalah lebih pelbagai, yang datang dari keratan rentas masyarakat secara lebih meluas. Dan tidak seperti Bukit Merah, protes menarik dalam orang dari Kuantan di luar. Dan kali ini, terdapat penunjuk perasaan lain dalam semangat: beribu-ribu netizens di Twitter dan Facebook melahirkan perpaduan mereka bersama-sama orang-orang di Kuantan pagi ini.

Pada perhimpunan pagi ini, Anwar memberikan kenyataan keada orang ramai dan berjanji untuk membatalkan kilang Lynas 'jika Pakatan Rakyat memenangi kuasa persekutuan - ikrar yang mesti disimpan.

Perhimpunan pagi ini boleh menandakan permulaan gerakan hijau yang baru. Dalam tahun ini kawasan tadahan air tahun 2012, rakyat Malaysia, ia akan kelihatan, bergerak sehingga ke tahap yang lebih tinggi kesedaran alam sekitar.

Himpunan Hijau juga mengingatkan kita bahawa kita mesti menjadi lebih arif dalam pilihan pelaburan . Tidak semua FDI baik untuk negara. Kita perlu memilih untuk model pembangunan yang lebih lestari, yang meletakkan orang sebelum keuntungan.
(ANILNETTO.COM)







Penyangak, Penyamun, Perompak Sedang Agih RM2.71B

KOMENTAR: Pada 19 Disember tahun lalu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.

Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan kerajaan pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri yang hanya berjumlah RM1.9 bilion.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengecam tindakan Najib kerana menyalurkan peruntukan yang sebegitu besar wang dari titik peluh rakyat kepada Umno Selangor dan tidak kepada kerajaan Negeri.

Menurut Khalid, wang tersebut seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri supaya semua perbelanjaan dapat dipantau dan di audit serta menepati usaha membantu pembangunan negeri tersebut secara berhemah.

Kini, kesemua RM2,710,000,000 wang rakyat tersebut tidak dapat dipastikan kemana ia dibelanjakan. Tidak ada pihak yang mengaudit atau memantaunya.

Apakah perancangan yang dilakukan untuk pembangunan rakyat selangor dari wang rakyat tersebut juga tidak ada siapa yang tahu. Yang tahu hanya pemimpin-pemimpin Umno Selangor.

Sebagai Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar adalah antara pemimpin Umno yang tahu kemana wang rakyat itu berlegar.

Noh juga mungkin tahu kantung siapakah yang paling banyak di isi dengan dana dari titik peluh rakyat itu.

Noh pun tidak dapat memberikan jawapan berhubung penyelewengan RM110 juta yang di peruntukan kepada Kementerian di bawah jagaannya. Wang tersebut bertujuan diberikan kepada pesawah-pesawah sebagai insentif hilang entah kemana.

Rakyat pun tak tahu penyelewengan tersebut sehingga didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Akhirnya pesawah berdemontrasi meminta Noh memberikan hak mereka.

Noh kemudiannya diberi peruntukan tambahan oleh Najib sebanyak RM117 juta untuk dibayar kepada para pesawah.
Persoalan kemana wang RM110 juta yang dilesapkan masih tidak terjawab oleh Noh.

Sekarang Noh dipertanggungjawabkan terhadap dana hasil titik peluh petani, pesawah, pembayar cukai yang besar dan kecil bernilai RM2,710,000,000.

Lebih malang wang rakyat tersebut diperuntukan untuk Umno/BN di Selangor dan bukannya untuk seluruh rakyat Selangor.

Demikianlah kesimpulannya bagaimana dana dari titik peluh rakyat tersebut dijadikan hak milik mutlak pemimpin-pemimpin Umno.

Umno telah menjadi tulang belakang komponen BN sejak 54 tahun. Bayangkan berapakah jumlah wang negara dan wang rakyat telah disalah guna untuk kepentingan perompak dan para penyamun ini.

Cuba pula lihat kediaman ketua-ketua Umno di Selangor atau dimana-mana sahaja diseluruh negara. Ada dikalangan kediaman mereka tidak boleh lagi dikategori sebagai rumah atau kondo tetapi bagaikan istana.

Hitung pula jenis kenderaan dan bilangannya yang terpakir dilaman rumah ketua-ketua Umno tersebut.

Dari mana mereka beroleh kekayaan yang sebegitu lumayan?.

Apa yang telah dilakukan oleh Najib dan Noh Omar terhadap wang rakyat bernilai RM2,710,000,000 adalah salah satu dari ribuan deretan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Umno sejak memerintah lebih 54 tahun.

Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu juga memaparkan berlaku ketirisan wang negara sebanyak RM28,000,000,000 (RM28 bilion) setahun. Ketirisan ini berpunca dari amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa dan ketidak cekapan pengurusan dan pentadbiran negara.

Mengapa Selangor di Beri RM2,710,000,000

Matlamat Najib menyerahkan wang tersebut kepada penyamun dan perompak-perompak wang rakyat tersebut sememangnya telah di duga.

Namun tidak terduga pula jumlahnya sebegitu besar sehingga merupakan angka tertinggi dalam sejarah yang 'difraidkan' kepada Umno negeri.

Pertengahan Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perak mendapat peruntukan RM55.7 juta (RM0.056 bilion) sahaja. Tetapi wang tersebut disalurkan melalui kerajaan negeri.

Dasar tender terbuka Kerajaan Pakatan Rakyat yang menguasai Selangor sejak 2008 telah mengakibatkan ramai ketua-ketua bahagian serta pemimpin-pemimpin Umno negeri pokai dan tak kurang yang hampir muflis.

Selama ini, amalan rundingan terus, komisyen serta rasuah yang dinikmati oleh ketua-ketua Umno bahagian termasuk para Adun telah menjadikan mereka serta kaum kerabat dan kroni-kroni mereka senang lenang.

Amalan tender terbuka dalam Kerajaan PR Selangor sekarang menyebabkan pemimpin-pemimpin Umno hilang sumber pendapatan yang selama ini diperoleh secara mudah.

Dalam budaya Umno pula 'tiada wang akan hilang kuasa dan pengaruh'. Semua aktiviti melibatkan parti akan dilakukan disebabkan ada peruntukan disediakan. Diringkaskan cerita, tak ada cerita, kerja secara sukarela dalam Umno. Inilah juga perbezaan besar antara Umno dan PR.

Akibat pembudayaan amalan rasuah wang ringgit inilah juga Najib serta pemimpin-pemimpin Umno tidak segan silu menggunakan segala dana dari wang rakyat sebagai hak mutlak milik Umno.

Bak kata bidalan apabila mengamanahkan harta kepada penyangak, maka ia akan membedak-bedakkannya kepada perompak dan para penyamun.

Kini setelah lebih tiga bulan RM2,710,000,000 wang rakyat tersebut sedang diagih-agih secara 'tiga Abdul' atau cara perompak dalam filem Nujun Pak belalang.
Tak ada siapa yang tahu.

Habuan masing-masing dah dapat dan setiap habuan mesti disertai kerja dan tugasan.

Maka tak hairanlah dengan pelbagai kenyataan media dibuat oleh pemimpin kecil dan besar Umno sejak kebelakangan ini menyerang pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Serangan-serangan tersebut pula seolah-olah pentadbiran BN di Selangor sebelum ini terlalu maksum. Inilah budaya Umno. Apa yang dilakukan sekiranya tidak mengikut acuan sebagaimana Umno lakukan sebelumnya akan dianggap sebagai salah dan tidak patut.

Pemberian Air percuma yang diperkenalkan TS Khalid sejak mula mentadbir Selangor dahulu dianggap pemimpin Umno sebagai usaha memufliskan negeri tersebut.

Ini disebabkan sebelum ini Umno tidak melakukannya. Bagi Umno khazanah negara adalah untuk diperniagakan kerana kroni dan pemimpin mereka akan mendapat keuntungan dan komesyin.

Selamatkan Maruah Najib

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang juga perdana Menteri lahir dari keluarga bangsawan di Pekan. Begitu juga dengan laluan politiknya yang bermula sebagai pengganti bapa beliau, Tun Razak.

Pemimpin Umno sendiri menganggap Najib sebagai pemimpin yang suka 'Play Save' dan naik dalam politik di atas sikap tersebut. Beliau tidak pernah dicabar dalam jawatannya sebelum ini kerana bergantung kepada kekuatan orang lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam team wawasan.

Beliau yang lahir dalam 'Golden Bowl' juga tidak pernah merasai kesusahan. Apa yang dikehendaki semuanya pasti akan dapat.

Apabila diberi peranan mengetuai Umno Selangor untuk menawan kembali selangor dari PR, bukan hal yang mudah bagi beliau.

Walaupun berjaya merampas Perak dengan habuan wang, sogokan dan ugutan kepada beberapa pemimpin 'bidan terjun' PR yang menang dalam PRU12 lalu namun situasi di Selangor amat berbeza.

Sebagai pemimpin yang lahir dari keluarga bangsawan maka setentunya egoisnya tinggi dan akan cuba mendapatkan apa yang di peroleh dengan apa kaedah sekali pun.

Maka taklah salah Najib pernah berkata bahawa beliau dan Umno Selangor akan lakukan apa sahaja untuk menawan kembali Selangor dari PR.

Sejumlah RM2,710,000,000 wang dari harta milik rakyat Malaysia digunakan untuk memenohi tuntutan serakah anak Bangsawan Pekan tersebut menjadi bukti dari kata-kata tersebut.

Justeru dengan wang dari titik peluh rakyat itulah akan diperguna untuk dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin Umno supaya membuat pelbagai onak kepada pentadbiran Khalid.

Bukan setakat itu, wang tersebut juga akan digunakan untuk menyogok, merasuah dan mengugut pengundi.

Kepada rakyat Selangor diharapkan setiap pemberian dari mana-mana pemimpin Umno perlu diambil malah perlu diminta kerana wang tersebut bukan hak milik Umno tetapi wang rakyat.

Pemberian tersebut bukan dari Umno tetapi dari dana rakyat yang telah disamun oleh para penyangak dan perompak.

Amalan mencuri dan menyamun wang rakyat ini tidak akan berakhir selagi Umno diberi mandat untuk terus berkuasa di Selangor atau mana-mana negeri di Malaysia ini.

Begitu juga dengan amalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa yang membabitkan wang rakyat akan terus diseleweng dan diperguna untuk kepentingan peribadi, sanak famili dan para kroni.

Keangkuhan dan egois Najib dan Noh perlu ditamatkan. Selangor adalah negeri yang kaya dengan hasil negerinya. Inilah yang menjadi rebutan Najib disebabkan wang negara semakin susut disebabkan sikap boros dan terlalu 'berimej' tanpa memikirkan kemampuan kewangan negara.

Apa pun, bagi penyangak, penyamun dan perompak, ini bukanlah masa untuk menghitung satu persatu harta negara yang diperguna kerana kuasa mereka semakin terhakis.

Apabila tanpa kuasa atau Selangor gagal di tawan dan Putrajaya gagal di kekalkan nasib mereka akan ditentukan oleh kerajaan baru PR.

DAN.... semestinya semua ini akan di perhitung. Apa yang pasti penyangak, penyamun dan perompak akan di adili di mahkamah rakyat.

Ketika itu, Najib, Noh dan pemimpin-pemimpin Umno akan lebih memahami maksud sebenar berhubung HAK RAKYAT dan HAK UMNO.

PKR Mahu Siasatan Ke atas Badrulamin Secara Profesional

SHAH ALAM, 26 FEB : Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus dan profesional berhubung kes penangkapan Dr Badrulamin Bahron yang didakwa berkhalwat di sebuah hotel di Kuantan awal pagi semalam.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor itu diminta Jaip untuk membantu siasatan berkaitan kes tersebut.

"PKR menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa yang lain membuat siasatan secara telus dan profesional. PKR juga mengulangi komitmen parti untuk terus memelihara prinsip keadilan bagi semua pihak yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Dr Badrulamin membuat penafian mengenai laporan media yang mendakwa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jaip di sebuah hotel di Kuantan, Pahang.

"Kenyataan Timbalan Pengarah Jaip (Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz) bahawa saya ditahan oleh pegawai Jaip ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Badrulamin berkata, beliau hanya dipanggil untuk membantu siasatan Jaip pada 27 Februari ini dan akan hadir bersama peguamnya untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan berkenaan.

Dalam penafiannya, Dr Badrulamin yang juga Ketua Cabang PKR Sabak Bernam menjelaskan beliau berada di hotel berkenaan kerana menghadiri temurapat pemimpin PKR.

Bagaimapun pada jam 2 pagi semalam, beliau kemudiannya dihubungi seorang wanita dengan nada cemas dan menyatakan beliau mempunyai masalah keluarga yang serius.

"Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya.

"Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga," katanya.

Menurut Dr Badrulamin lagi, wanita berkenaan juga menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suaminya tetapi beliau menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.

Katanya, wanita itu kemudian datang ke hotel penginapannya bersama anaknya dan Dr Badrulamin berkata atas rasa bertanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu mereka mendapatkan bilik penginapan.

"Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

"Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

"Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik," katanya.

Dr Badrulamin berkata beliau berharap dengan penjelasan ini, semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap dirinya.

Tambahnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadapnya.

TAK CERDIK....BANYAK PENDEDAHAN TARAK BACA KA?





MB: Najib Jahil Prinsip Pentadbiran Dan Federalisme

SHAH ALAM, 25 FEB : Pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak menjemput Ketua Negeri Pakatan Rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 114 baru-baru ini menunjukkan beliau jahil tentang prinsip pentadbiran yang baik dan mengenepikan semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau hairan bagaimana Najib dengan tanpa rasa bersalah mengakui bahawa mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional(BN), sedangkan ia turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurutnya, selaku penjawat awam, KSN sepatutnya bertindak secara profesional dan tidak boleh hadir dalam sebuah mesyuarat yang berbentuk kepartian.

"Tindakan Najib ini seolah-olah mahu membina laluan kepada tindakan yang tidak demokraktik kerana tindakan beliau itu umpama memberitahu kepada kakitangan perkhidmatan awam supaya mendiskriminasikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Tambahnya, KSN seharusnya bertindak untuk memberitahu Perdana Menteri bahawa mesyuarat itu adalah satu diskriminasi dan beliau (KSN) tidak sepatutnya dilibatkan.

Abdul Khalid dalam pada itu turut mempersoalkan pembiayaan mesyuarat berkenaan.

"Siapakah yang membayar untuk mesyuarat tersebut? Kerajaan Pusat atau Barisan Nasional? Jika ianya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, mana mungkin Perdana Menteri boleh dengan angkuh mengatakan mesyuarat itu adalah amalan biasa dan tidak melanggar mana-mana aturan," soalnya.

Beliau berkata, selaku ketua negara, perdana menteri harus menunjukkan teladan yang baik terutama kepada penjawat awam sekiranya beliau benar-benar mahu melaksanakan transformasi dalam negara ini.

BAGAIMANA ANWAR BERJAYA SEBAGAI MENTERI KEWANGAN

Apa sahaja pandangan anda ,Anwar telah berjaya mengurangkan belanjawan defisit negara.


Whatever you may think of Anwar, he did manage to reduce the country’s budget deficit (as a percentage of GDP) and later even presided over surplus years.

Anwar was appointed Finance Minister in 1991 in the Mahathir administration and deputy PM in 1993. He was ousted from power in 1998.

Anwar teah dilantik sebagai menteri kewangan dalam era mahathir dan juga sebagai Timbalan Perdana Menteri 1993.Dia kemudiannya disingkirkan pada tahun 1998.

Some (including me) may have reservations about what they perceive to be his neo-liberal inclinations, but it has to be said that we haven’t seen a surplus since Anwar was unceremoniously thrown out of office.

Apa sahaja yang dikatakan, beliau telah berjaya dan kerajaan hingga ke hari ini melakukan belanjawan secara defisit.

In fact, those five years of surpluses are the only years the government has achieved a surplus from 1970 until now.

No kidding – look at the figures from 1970 (figures from Bank Negara).

Ini bukan cakap-cakap kosong, akan tetapi lihatlah jadual dibawah.

Anwar Akan Sertai Himpunan Hijau 2.0 Di Kuantan

SHAH ALAM, 24 FEB: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta memberi sokongan penuh kepada Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan pada 26 Februari 2012 ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan medianya menggesa seluruh pimpinan PKR serta seluruh pimpinan parti disemua peringkat untuk turut serta dalam himpunan tersebut.

Sebelum ini Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan masyarakat setempat telah bersama-sama menentang projek radiaoktif Lynas di Gebeng, Pahang.

Malah, Temurapat Pimpinan PKR pada 24-26 Februari ini yang pada awalnya dijadualkan di Lumut, Perak telah dipindahkan ke Kuantan, Pahang bagi membolehkan semua pimpinan parti diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0.

"Saya juga telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota KEADILAN di Pahang khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya untuk turut sama menyokong Himpunan Hijau 2.0 dan kempen Hentikan Lynas." kata Saifuddin

Dua hari lalu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga membuat gesaan yang sama terhadap PAS supaya semua ahli PAS Pahang serta negeri-negeri berhampiran menyertai himpunan tersebut.

Himpunan Hijau 2.0 pada Ahad ini dijangkakan akan dihadiri lebih 100,000 orang bagi membantah projek radioaktif Lynas tersebut.

Khalid Samad: "Siapa Taja Hasan Ali"





SHAH ALAM, 24 FEB : Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad hari ini membangkitkan persoalan sumber kewangan siri 'roadshow' mantan Exco negeri, Datuk Dr. Hasan Ali ke seluruh negara yang pastinya menelan biaya yang besar.

Menurut Khalid, sesiapa sahaja yang berada di belakang Dr.Hasan Ali semestinya pihak-pihak yang bakal mendapat keuntungan sekiranya Kerajaan Pakatan tumbang di Selangor pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Di antara yang berkemungkinan ialah Puncak Niaga dan Syabas kerana kadar tarif air akan naik sebanyak 71 peratus sekiranya BN kembali memerintah negeri Selangor.

"37 peratus untuk tahun 2009 dan 25 peratus untuk tahun 2012. Jika didarabkan 1.37 dengan 1.25 maka jawapannya ialah pendapatan Syabas dan Puncak Niaga naik sebanyak 71 peratus," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Selain itu, Khalid juga memberitahu sekiranya Barisan Nasional berjaya menawan Selangor, Syabas berkemungkinan memperoleh kelebihan untuk menjalankan rundingan luar mahkamah berhubung kes saman RM 1 billion terhadap Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri sekarang disaman kerana tidak benarkan kenaikan harga air pada 2009 dan 2012, maka Syabas bertindak saman Kerajaan Pakatan sebanyak RM 1 billion.

"Kalau Kerajaan BN naik, mereka pasti akan lakukan 'out of court settlement' dan duit sebanyak itu akan diserahkan pada Syabas dalam apa bentuk sekalipun yang dipersetujui bersama," tambah Khalid lagi.

Selain Puncak Niaga dan Syabas, Khalid turut memberitahu kemungkinan ada kontraktor-kontraktor berkepentingan lain yang membiayai Dr. Hasan Ali.

"Di bawah Pakatan Rakyat, mereka tidak berpeluang merasai keuntungan seperti dahulu kerana semua peluang adalah 'open tender' dan tiada lagi 'direct negotiation' serta tiada lagi projek diberi sebagai 'political payback'.

"Oleh kerana itu ada kemungkinan kontraktor-kontraktor yang lain ini membiayai Dr. Hasan Ali," jelas Khalid dalam satu sidang medianya di pejabatnya di Seksyen 13 disini pagi tadi.

Bagaimanapun, Khalid menjelaskan sekiranya perkara ini tidak benar, pihak-pihak yang berkaitan dapat memberi penafian berhubung 'cakap-cakap kedai kopi' ini dan Dr.Hasan Ali dapat memberi penjelasan berkenaan sumber yang diperolehinya.

"Kita mahu beri peluang kepada Puncak Niaga, Syabas, Dr. Hasan Ali untuk menjawab segala andaian ini. Mungkin juga Hasan Ali sudah menggadaikan harta mahupun keretanya demi perjuangan politiknya.

"Tetapi jika tidak, yang kita mahu tahu ialah dari mana sumber kewangan yang beliau perolehi ini," ulas Khalid.

BN Perlu Hentikan Sikap Pura-Pura Berhubung Israel





SHAH ALAM, 24 FEB : Kerajaan Barisan Nasional diseru untuk menghentikan sikap hipokrasi dan double standard berhubung isu hubungan dagangan dengan negara haram Israel.

Demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad yang mendakwa penjelasan Kerajaan Pusat berhubung isu kapal Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang tidak boleh diterima sama sekali.

"Lebih-lebih lagi dalam keadaan kononnya negara Malaysia adalah juara memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan kononnya Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

"Jadi kita sangat terkejut dengan pendedahan kapal Israel yang biasa berlabuh di Pelabuhan Klang," ujar Khalid sambil menambah alasan anak kapal Israel tidak dibenarkan menjejakkan kaki di pelabuhan sebagai penjelasan 'main-main' oleh Kerajaan Umno/BN.

Lebih mengejutkan, Malaysia berada di kedudukan bawah 20 bagi negara-negara yang mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, beritahu Khalid dalam sidang medianya pagi tadi.

"Rekod ini adalah berdasarkan laporan yang telah didedahkan oleh beberapa pihak dan ia membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagangan yang 'kuat' dengan Israel.

"Dan antara produk terpenting ialah minyak kelapa sawit. Saya percaya peneroka-peneroka Felda akan merasa dikhianati kerana tanpa disedari hasil mereka menjadi bahan dihantar ke Israel," jelas Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.

Sehubungan itu, Khalid mendesak agar BN menghentikan sikap kepura-puraan mereka berhubung isu Israel-Palestin seterusnya melaksanakan tiga perkara sekiranya benar Kerajaan Pusat menghormati aspirasi rakyat Palestin seperti yang selalu dilaungkan mereka.

"Sekiranya kamu benar-benar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, maka zahirkanlah dalam tindakan kamu.

"Yang pertama, hentikan kemasukan kapal-kapal Israel melalui perairan Malaysia, kedua hentikan perdagangan dengan Israel dan yang ketiga tamatkan perkhidmatan APCO sebagai penasihat kamu," tegas beliau

PKR Sokong Tuntutan CUEPACS

SHAH ALAM, 24 FEB : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Kerajaan Pusat untuk mempertimbangkan tuntutan CUEPACS agar kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM 700 hingga RM2500 bagi penjawat awam sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Menurut laporan United Nations (UN) Public Administration Network Public Service pada 2006, Malaysia merekodkan jumlah nisbah gaji tertinggi dan terendah di rantau ini dengan nisbah sekitar 19.5:1." kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.

"Ini bermakna gaji penjawat tertinggi adalah 19.5 kali lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan yang terendah.

"Oleh itu, PKR menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan visi ini," ujar puteri sulung Ketua Pembangkang ini.

Selain itu, Izzah juga menjelaskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, PR akan menyelaraskan tangga gaji perkhidmatan awam secara lebih saksama selain insentif khas RM 500 sebulan bagi setiap guru sebagaimana termaktub di dalam Buku Jingga.

"Sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk Kerajaan Pusat, gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam.

"Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000
penjawat awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut di bawah skim saraan sedia ada," tambah Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Katanya segala komitmen Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan cadangan SBPA yang dibentangkan kerajaan di mana seorang penjawat tertinggi kerajaan di dalam kategori Premier layak menerima sehingga RM80,000 sebulan sedangkan kenaikan pemandu hanya sebanyak RM1.70 sebulan.

"PKR menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji syor terbaru yang dibentangkan CUEPACS serta saranan Pakatan Rakyat.

"Kita juga menyarankan agar semakan gaji dapat dilakukan setiap 5 tahun supaya mudah diselaraskan dengan kadar inflasi semasa," ujar beliau.

Himpunan Hijau 2.0 Pindah Ke MPK 4




KUANTAN, 24 FEB: Himpunan Hijau 2.0 yang mulanya akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) akan berpindah ke padang MPKT 4 Kemunting kira-kira setengah kilimeter dari lokasi asal.

Keputusan tersebut dicapai setelah rundingan dilakukan antara Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 dengan pihak polis.

Jawatankuasa Himpunan Hijau diwakili MP Kuantan, Fuziah Salleh, Mahmud Yaakob, Wong Tak dan Clement Chin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin dan Ketua Polis Kuantan, Tuan Jasmani bersetuju supaya himpunan tersebut dilakukan dilokasi baru yang dicadangkan.

Mmenurut Harakahdaily kata sepakat itu dicapai dalam perjumpaan yang diadakan di Balai Polis Kuantan jam 10 pagi tadi.

Sejak semalam, kawasan Padang MPK yang terletak di tengah bandar Kuantan telah dipagar oleh pekerja Majlis Perbandaran Kuantan.

Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng akan diadakan 26 Februari (Ahad ini) mulai jam 9 pagi.

Semua rakyat dari seluruh pelosok negara diseru supaya beramai-ramai hadir dalam himpunan yang telah mendapat kebenaran dari polis ini.

Di bawah akta polis yang baru, kebenaran polis bukan lagi dinamakan permit tetapi kebenaran bertulis polis dengan syarat-syarat yang ditetapkan dari polis.

Padang MPK 4 juga dinamakan Padang Kemunting terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan iaitu di Jalan Kuantan - Gambang.

Menurut Yang Dipertua PAS Indera Mahkota, Nasrun Amir, padang ini boleh mengisi sekitar 20,000 orang pada satu masa.

Perhimpunan Hijau 2.0 dijangka akan disertai 100,000 setelah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa seluruh ahli PAS di Pahang dan negeri-negeri berhampiran menyertai himpunan tersebut.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga membuat kenyataan yang sama hari ini.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Saifuddin memaklumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut menyertai himpunan tersebut pada Ahad ini.

Himpunan Hijau 2.0: Umno-BN Jangan Flip-flop

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Penganjur perhimpunan membantah loji nadir bumi di Gebeng, Pahang menyelar tindakan Kerajaan Umno-BN yang berdolak dalik tentang kebenaran bagi mengadakan protes itu pada Ahad ini.

Menurut Pertubuhan Himpunan Hijau 2.0, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah mengeluarkan satu perintah bagi menghalang protes itu di
di Padang Kuantan walaupun Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang telah membenarkan himpunan itu berlangsung.

Menurut Pertubuhan itu sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah memberikan kebenaran untuk perhimpunan itu dijalankan dengan syarat ianya tidak dibuat di jalan raya.

Sementara itu, beberapa NGO telah menyuarakan sokongan padu kepada perhimpunan tersebut dan bertekad akan mengadakan demonstrasi-demonstrasi yang sama di beberapa lokasi seperti Kuala Lumpur, Penang dan Perak.

Pengerusi Pertubuhan Himpunan Hijau 2.0, Wong Tack mengesa Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang agar mengotakan janji untuk membenarkan perhimpunan dijalankan di atas padang mengikut syarat yang ditetapkan sebelum ini.

"Tetapi nampaknya, MPK pula yang menghalang Perhimpunan Hijau untuk diadakan tanpa diberi sebarang alasan penolakan ini, cuma dinyatakan dalam surat yang dihantar ialah 'tidak dapat dipertimbangkan.'

"Adakah kuasa yang ada pada MPK lebih besar berbanding kuasa PM dan MB atau satu dolak-dalik mereka untuk menggagalkan perhimpunan ini?

"Apa yang berlaku dalam isu Perhimpunan Hijau ini, sama seperti yang dihadapi oleh Bersih 2.0 dahulu.

"Sekejap boleh buat di stadium, tapi bila Ahli Jawatan Kuasa minta kebenaran guna stadium tak beri pula," beritahu Pengerusi Pertubuhan Himpunan Hijau 2.0, Wong Tack di dalam satu sidang media di sini hari ini.

Perhimpunan itu bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) oleh Lynas Corporation yang bernilai RM700 juta.

Jumlah sisa buangan radioaktif projek itu dikatakan mampu mencecah keluasan dua buah padang bola dan mengancam kesihatan masyarakat di Kuantan dengan risiko terdedah kepada penyakit barah, leukimia dan lain-lain.

Selain itu, projek yang mendapat keistimewaan kerajaan dengan pengecualian cukai kerajaan selama 12 tahun dikatakan boleh mencemar alam sekitar termasuk sungai yang menjadi sumber bekalan air.

Wong juga melahirkan kekesalan dengan sikap MPK dan pihak PDRM yang dilihat tidak memberi kerjasama yang baik dalam isu ini.

"Sebelum ini, bila kami jumpa MPK mereka kata, dapatkan surat sokongan dari polis, tetapi bila kami tanya pada pihak polis, mereka suruh kami tanya MPK pula.

"Tindak-tanduk mereka seperti orang bermain ping pong tolak ke sana ke mari, sepatutnya MPK dan polis sama-sama selesaikan masalah komunikasi sesama mereka itu," beritahunya lagi.

Dalam sidang media itu beliau turut menegaskan Perhimpunan Hijau 2.0 tetap akan diteruskan meskipun tidak mendapat kebenaran dari MPK.

"Perhimpunan Hijau 2.0 tetap akan kami teruskan pada Ahad ini, walaupun tidak mendapat lampu hijau dari MPK atau mana-mana pihak berkenaan.

"Perhimpunan ini diteruskan di padang seperti yang dirancang, tetapi sekiranya MPK bertindak menutup padang, jangan pula salahkan kami sekiranya kami terpaksa turun ke jalan raya," ujar beliau lagi.

Di dalam satu sidang media yang lain, beberapa NGO mengumumkan perhimpunan solidariti turut diadakan secara serentak bermula jam 9 pagi di Kuala Lumpur (Maju Junction), Pulau Pinang (Esplanade), Perak (Bukit Merah) dan Sabah (Kota Kinabalu).

"Saya percaya Himpunan Hijau 2.0 ini merupakan platform semua orang yang mengambil berat mengenai alam sekitar, yang peduli tentang hak tinggal dalam persekitaran yang selamat untuk datang berhimpun.

"Hadirlah beramai-ramai bagi menunjukkan hak dan keprihatinan kita dalam isu ketidaktelusan penjagaan alam sekitar," seru Pegawai Perhubungan penganjur Himpunan Hijau 2.0, Clement Chin.

Antara NGO yang menyokong Perhimpunan itu adalah Pusat Pembangunan Budaya LLG (LLGCDC) Asalkan Bukan Umno, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Kumpur dan Selangor, Kumpulan Kemajuan India Kebangsaan, Parti Rakyat Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan.

Felda Akan Rugi Hampir Dua Billion Jika FGVH Disenarai

SHAH ALAM, 22 FEB: Analisis untung rugi terhadap keputusan menyenaraikan Felda Group Venture Holding (FGVH) yang dibuat oleh bekas Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakop mendapati Felda akan kehilangan pendapatan sebanyak RM1.950 billion setahun.

Dr Rosli juga berkata Felda sekarang mempunyai pendapatan purata dari 2007 ke 2010 yang berjumlah RM2.458 billion setahun.

Tetapi Felda hanya akan memperoleh pendapatan RM508 juta setahun jika FGVH disenarai. Ini bermakna Felda akan hilang RM1.950 billion setahun, kata presiden (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) ANAK Mazlan Aliman.

"Berdasarkan analisis di atas, ANAK menyeru kepada seluruh warga Felda, para peneroka dan anak-anak peneroka membuat pertimbangan yang mendalam sebelum bersetuju dengan apa-apa rancangan pelaburan yang dipaksakan ke atas mereka," Mazlan berkata di dalam satu kenyataan media.

Beliau juga menyifatkan penyenaraian tersebut sebagai skim cepat kaya 'Pak Man Telo' yang diketuai oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dr Rosli yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan membuat analisis berdasarkan fakta-fakta yang terkandung dalam perjanjian pajakan tanah antara Felda dan FGVH.

Beliau juga mengunakan data yang diperolehi daripada minit mesyuarat ahli-ahli lembaga pengarah Felda dari tahun 2007 hingga 2010 perbelanjaan tahunan Felda.

Selain kerugian pendapatan, penyeneraian FGVH turut dijangka menyebabkan akaun Felda mengalami defisit sebanyak RM1.428 billion setahun.

"Tanpa analisis yang mendalam, sudah tentu para peneroka akan mudah terjebak dalam skim cepat kaya ala 'Pak Man Telo' berskala besar yang sekarang dijaja ke seluruh tanah-tanah rancangan Felda oleh pihak-pihak tertentu diketuai Tan Sri Isa Samad dengan restu Perdana Menteri sendiri."

KAKITANGAN KERAJAAN SERTAI PAS

Suhaimi Cabar Noh Berdebat Isu Pasir Di Tanjung Karang

SHAH ALAM, 21 FEB : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie secara terbuka mencabar Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar untuk berdebat demi kepentingan rakyat Selangor berhubung pelbagai isu termasuk pengurusan pasir.


Shuhaimi yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor menjelaskan debat dicadangkan itu adalah jalan terbaik bagi rakyat membuat penilaian di "mahkamah rakyat" akan kebenaran dan penyelewengan yang berlaku sebagaimana diinginkan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu.

Menurutnya, isu pasir itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih tumpuan rakyat berhubung isu pecah amanah wang rakyat yang didakwa melibatkan seorang menteri.

"Maka saya cabar Noh untuk berdebat secara terbuka dalam isu ini jika dia benar ikhlas dan jujur. Noh tentukan masa dan tempat hatta di Tanjung Karang sekalipun saya akan turun untuk berdebat dengan beliau. Biar rakyat Selangor menjadi hakim," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Shuhaimi berkata, dirinya yang dikaitkan dengan isu pasir itu telah disiasat sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak hampir dua tahun lepas dan sebaiknya semua pihak menunggu hasil perbincangan semula jawatankuasa khas SPRM sebelum membuat sebarang rumusan apatah lagi spekulasi liar.

Beliau berkata, Noh seharusnya sedar selama hampir empat tahun pengurusan pasir di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, angka dan statistik telah menunjukkan pencapaian dalam peningkatan royalti pasir.

"Pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor adalah jauh lebih baik berbanding pentadbiran cacamarba UMNO Selangor dahulu. Malah banyak berlaku penyelewengan dan penyalahguna kuasa di sepanjang pentadbiran Umno dulu termasuk isu skandal PKFZ, tanah ADUN Umno dan lainnya.

"Maka saya cabar Noh untuk berdebat dan jangan cuba mengalihkan tumpuan rakyat," katanya.

Dr Dzulkifly: Malaysia Gadai Maruah Demi Amerika-Israel

SHAH ALAM, 21 FEB: Tindakan Kerajaan Umno-BN menghentikan eksport minyak sawit ke Iran akibat tekanan dari Amerika dan tiga dari empat negara Kesatuan Eropah (EU) meletakkan negara ini dianggap sebagai negara tunggangan kuasa besar.


Selain itu tindakan tersebut turut memberi gambaran bahawa negara ini tunduk kepada kemahuan Israel yang mahu memastikan Iran tidak memiliki senjata nuklear.

Demikian komen Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor.

"Kita patut contohi Turki yang tidak endahkan tekanan dari negara kuasa besar walaupun mereka amat mahu menjadi ahli dalam EU.

"Turki juga tidak ragu-ragu untuk memutuskan hubungan pertahanan dan dagangan dengan Israel dan menghalau keluar duta dan diplomat Israel dari terus berada di Turki beberapa bulan lalu," kata beliau.

Beliau juga melihat kerajaan BN sanggup menggadai marauh sebagai sebuah negara Islam serta gagal mengamalkan semangat persaudaraan sesama Islam apabila turut mengambil pendirian memberi tekanan terhadap Iran.

"Sebaliknya Malaysia sebagai sebuah negara Islam gagal menunjukan semangat persaudaraan sesama islam apabila tunduk kepada kemahuan barat.

"Tidak membantu saudara Islam di Iran yang sedang ditekan oleh kuasa-kuasa besar," beritahu beliau kepada TVS ketika dihubungi hari ini.

"Mengapa selain Turki, India dan China sebagai negara berdaulat juga mempertahankan pendirian mereka apabila meneruskan hubungan dagangan mereka dengan Iran, tetapi Malaysia pula menghentikan pengeksportan ke Iran.

Beliau turut membidas Kerajaan BN yang dianggap berlidah bercabang berhubung isu berkaitan Israel.

"Mereka tuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sokong Israel, tetapi pada masa yang sama kerajaan Umno-BN sendiri jalin hubungan dagangan secara terus dengan Israel.

"Akhirnya keuntungan dari hasil cukai yang dibayar oleh syarikat Malaysia kepada kerajaan Israel mereka beli senjata untuk bunuh umat Islam di negara lain," ujar beliau lagi.

Dr Badrulamin: RM2.71b Wang Rakyat Untuk UMNO Jatuhkan PR Selangor

SHAH ALAM, 21 FEB : Pemberian dana dari wang rakyat sebanyak RM2.71 billion oleh Kerajaan Pusat kepada Umno Selangor Disember lepas dilihat sebagai satu usaha bersungguh mereka untuk menawan Negeri Selangor, ulas Pengarah Penerangan Pejabat Menteri Besar, Dr. Badrulamin Bahron.


Tindakan terdesak itu dilihat sebagai satu usaha tidak bermoral pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk 'membeli' undi rakyat Selangor pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

"Tindakan membeli rakyat dan memperkayakan pemimpin-pemimpin Umno ini saya anggap satu tindakan yang kolot, sombong dan angkuh sekali. Mereka anggap rakyat mudah dibeli dengan wang ringgit serta sogokan.

"Namun Najib lupa bahawa rakyat Selangor kini sudah bangkit bukan kerana kemiskinan atau mahukan duit tetapi rakyat bangkit kerana mereka sedar Umno itu zalim dengan segala penipuan dan pengkhianatan selama lebih 50 tahun memerintah," ujar Badrulamin.

Bagaimanapun, Badrulamin menyatakan rakyat Selangor khususnya sudah mula membuka mata dan sedar kerajaan mana yang harus mereka beri kepercayaan mentadbir negeri ini.

"Rakyat boleh lihat tiga kejayaan besar Kerajaan Pakatan antaranya hutang negeri yang sudahpun dilunaskan sepenuhnya dan tabungan negeri yang kini hampir mencecah RM 2 billion.

"Malah, lebih RM1,000 juta sudah diagihkan kepada rakyat melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan pemberian air percuma, khairat kematian, hadiah anak masuk IPT, Skim Kesihatan Wanita dan sebagainya yang diberikan secara berterusan dan bukan sekali bagi sahaja," beritahu Badrulamin yang dihubungi melalui panggilan telefon.

Selain itu, Badrulamin turut mempersoalkan sumber wang yang disalurkan kepada Umno Selangor itu.

"Dengan hutang isi rumah negara yang mencecah RM577 billion, saya kira ini merupakan wang hutang lagi yang mana perlu dibayar oleh rakyat seluruh negara, bukan sekadar rakyat Selangor.

"Bukan Umno yang akan melunaskan segala hutang ini sebaliknya rakyat dari muda sampai yang tua. Cukai, harga barang, tarif elektrik, minyak, tol semua ini akan naik untuk menampung beban hutang tersebut," jelas Badrulamin sambil menambah rakyat perlu berhati-hati dengan permainan wang Umno.

Najib, bilionaire bukan kebanggaan negara la!

Najib, bilionaire bukan kebanggaan negara la!

February 20, 2012

20 FEB — PM Najib sekali lagi tersilap membuat congakan politik. Kenyataan beliau tentang 30 bilionair seperti didedahkan dalam Majalah ‘Malaysian Business’ disangkanya adalah satu yang baik baginya. Najib menyinggung perkara ini ketika memberi ucaputama dalam Debat antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng semalam dan lebih malang lagi ketika beliau menyebutkan setiap seorang mereka ini menjadi kaya kerana dasar kami BN secara langsung atau tidak langsung.

Sudah sampai masanya supaya pemimpin Umno-BN khasnya Najib, memahami bahawa akibat dari urus-tadbir secara hubungan sumbang — ‘incenstuous-relationship’ antara segelintir pimpinan politik Umno-BN dengan elit bisnes inilah yang dinamakan dalam bahasa ekonominya ‘rent-seeking behaviour — crony capitalism’ atau bahasa mudahnya ‘amalan kronisme’, maka wujud pembolotan kekayaan yang keterlaluan ditangan beberapa individu yang hari ini bergelar ‘billionaires’.

Habuan elit politik mendapat ‘suapan balik’ atau kickbacks dalam pelbagai bentuk — langsung dan tidak langsung — dan susun atur hubungan ini kekal dalam satu amalan ‘patronage’ dan kronisme yang berakhir dengan fenomena elit kewujudan ‘super-rich’. Golongan ini didakwa kemudian berperanan mengekalkan sistem ‘patronage’ dan amalan kronisme ini dengan ‘membiayai kantong politik pemerintah’.

Contoh musim pemberian projek mega-besar adalah juga seperti sekarang ini, yakni sebelum pilihan raya. Lebih besar dan berbilion ringgit lebih baik untuk penguasa kerana ‘kickbacks’ atau ‘payback’ atau ‘bayaran-balik’ pun besar. Kalau 10 peratus yang dituntut seseorang menteri itu sudah difikirkan banyak bagi rakyat — ini saya tahu sendiri amalan biasa sebab didedahkan oleh seorang pemaju yang saya kenal sendiri yang mengaku ‘membayarnya kickback’ (baca rasuah) sendiri kepada menteri itu secara ‘upfront’ maka ‘kickbacks’ untuk parti-parti pemerintah sebagai ‘wang politik’ untuk pilihan raya dikatakan biasa sahaja oleh mereka yang telah mendapat projek mega-mewah ini.

Projek penswastaan seperti lebuhraya, utiliti seperti air dan tenaga (IPP) dan perkhidmatan lain telekomunikasi, pelabuhan, pembentungan, Pos, perkhidmatan kesihatan, itu yang menjadikan kewujudan ‘super-rich’ segera itu fenomena yang menjadi rahsia umum.

Meneliti setiap satu nama dari 30 bilionaire akan mendedahkan kepada umum, siapa sebenarnya entrepreneur yang bermula dari bawah dan akhirnya membina kekayaan dari titik-peluh mereka sehingga menjadi ‘bilionaire’.

Yang ‘bilionaire segera’ ciptaan Tun hari ini punya hutang sepuluh kali-keliling pinggang..nama-nama tak payah saya sebutkan dah jadi rahsia umum juga! Semasa zaman mewah atau ‘boom time’ dahulu ini, mereka digelar ‘harimau’ atau ‘tiger’ baru dunia korporat Malaysia tetapi tatkala ekonomi Asia mengalami ‘meltdown’ atau ‘merudum’ mereka dipanggil dengan joolokan ‘Fat Cat’ atau ‘Kucing Gemuk’.

Tidak semua ‘billionaires’ dunia seperti Warren Buffet, Donald Trump dan Bill Gate, lahir dari amalan kronisme pemerintah tetapi hampir semua billionaires di negara, kecuali segelintir sahaja, lahir dengan cara begitu di negara Malaysia Boleh ini! Sebab itu Najib berbangga mendedahkan hakikat itu.

Berkebetulan perkara inilah yang menjadi sanggahan utama YAM Tengku Razaleigh ketika mengecam tentang penyelewangan urusan tadbir pembangunan ekonomi di negara sejak awal tahun 80an ketika pemulaan negara mula dipimpin Tun Mahathir. Program penswastaan gelombang pertamanya secara agresif akhirnya menjana ‘jutawan segera’ dan sebilangan mereka menjadi ‘bilionaire’ segera.

Tengku menyifatkan gejala hubungan inilah yang melahirkan berleluasanya ‘politik wang’, kronisme dan kegagalan mencapai ‘pengagihan kekayaan’ yang dihasratkan ketika Rancangan Malaysia ke-dua lagi.

Najib wajar tahu bahawa negara mempunyai beberapa kegagalan utama yang beliau gagal tangani dan tidak pun menjadi fokas nya untuk ditangani, bahkan telah menjadi lebih buruk ketika beliau mengambil alih kepimpinan negara. Mutakhir ini, dalam gelombang penswastaan ke-2, Najib jelasnya hanya memberikan kepada ‘1-bilionaire’ sesuai dengan slogan 1-Msianya agaknya, yang berada dalam ranking no.5 dengan jumlah aset (NTA) RM5.9bilion.

Najib wajib malu dengan kesenjangan atau jurang kaya-miskin yang terus melebar di negara. Malaysia merupakan negara paling corot dalam tangga ‘agihan kekayaan’ dalam negara Asean. Dengan kata lain amalan kapitalisme kronisme paling tinggi di negara ini. Bilionaire bukan ciptaannya pun cuma beliau merancakkan lagi pembolotan kekayaan itu kepada kroni-kroni barunya dalam amalan legasi bos lamanya.

40 peratus pendapatan isi-rumah kurang dari RM1,440 dan hampir 60 peratus dalam lingkungan RM3,000 sebulan. 80 peratus dari pendapatan isi-rumah kurang dari RM1,000 adalah Melayu- Bumiputera (sumber EPU, 2011)!

Ini gejala ekonomi yang terperangkap dalam jajaran atau regim “Pendapatan Sederhana” yang dikiritik teruk oleh Bank Dunia dengan kenaikan gaji sebenar (real wage) hanya 2.6 peratus sahaja dalam sau dekad lalu mengikut Bank Dunia itu.

Jurang kekayaan (wealth disparity) lebih parah dari jurang pendapatan (income disparity). 90 peratus rakyat Malaysia tidak ada simpanan dan 14 peratus rakyat Malaysia tidak ada langsung apa jua kekayaan dalam bentuk aset dan dari kelompok itu 72 peratus adalah dari kelompok Melayu-bumiputera.

Lebih khusus lagi 80 peratus rakyat Malaysia yang terbawah hanya memiliki 5 peratus aset kewangan negara sementara 20 peratus golongan teratas memiliki 95 peratus dari ‘financial asset’ di negara ini (dengan tidak mengambil kira NTA yang dimiliki kelompok ‘super-rich’).

Daripada berkokok mengisytiharkan bahawa kerajaan BN lah yang menjadikan mereka ‘bilionaires’, satu perkara yang saya yakin, juga memalukan dan mengaibkan mereka, lebih baik Najib memfokas mengeluarkan negara dari pelbagai kebejatan ekonomi dan kewangan termasuk kebocoron akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa, ketirisan dalam sistem penghantaran (delivery), keborosan, kelembapan pelaburan asing langsung, pergantungan kepada warga asing yang ‘low-skill’ serta ketinggalan dalam pembinaan ‘human capital’ untuk membuat lonjakan kepada ekonomi berpendapatan tinggi dengan industri yang punya ‘nilai-tambah’ yang juga tinggi.

Ini yang menjadi cabaran ekonomi negara dan pengurusan yang terus-terusan tempang dan tidak pruden. Rakyat termasuk pembangkang akan boleh bersorak jika kerajaan mengatasi kemelut ekonomi ini. Tetapi ke garis penamat ini, rakyat masih memerhatikan kedudukan tetap sama bahkan di segi beberapa segi semakin buruk lagi. Rakyat tidak berbangga dengan ‘super-rich-billionaires’ ya!

Pakatan Rakyat bukan hebat sangat, tetapi nampak nya Umno-BN semakin teruk. Maka jangan mintak ‘mandat dari rakyat’ lagi, kalau hanya sekadar mahu mengulangi kerja dan kegagalan yang lama. Pakatan sedia mengambil alih tetapi mesti dengan sokongan Rakyat!

* Segala pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.

Samseng Umno Pecahkan Cermin kereta Anwar Di Semberong





PETALING JAYA, 20 FEB: Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Menteri Dalam Negeri merangkap MP Semberong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberi penjelasan berhubung tindakan samseng Umno di kawasan parlimen beliau yang mengganggu ceramah PR di Mersing semalam.

Selain bertindak memecah cermin kenderaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak polis yang bertugas juga tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang tindakan biadap samseng-samseng tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media hari ini mendedahkan tindakan para samseng Umno bertindak ganas cuba memecahkan cermin kenderaan Datuk Seri Anwar.

"Malam tadi seramai dalam 50 - 80 orang bermotosikal mereka gunakan, yang melibatkan kumpulan samseng upahan dalam lingkungan umur 15-18 tahun yang melalui penduduk-penduduk tempatan mengenali kumpulan samseng ini sebagai orang-orang UMNO,orang kampung kenal mereka."

"Melontar batu ,kayu, botol air telur busuk dan mercun bola di hadapan mata pasukan Polis Diraja Malaysia yang tidak bertindak apapun sehingga kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pecah,kereta yang diketuk dan dilontar batu dan Datuk Sri semalam terpaksa balik dengan menaiki kenderaan pengawal peribadinya,"katanya.

Jelasnya lagi Pakatan Rakyat merasa amat kesal dengan tindakan samseng Umno tersebut dan tindakan mendiam diri pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan apabila membabitkan pihak Umno

"Hakikatnya pasukan Polis Diraja Malaysia tidak bertindak menyekat dan menghalang samseng-samseng UMNO Johor ini bertindak menggangu program Parti Politik yang kita bergerak secara sah adalah satu perbuatan yang amat kita kesali dan kita ingin bertanya apakah kerana kawasan yang kita buat ceramah malam tadi ialah kawasan dalam parlimen menteri dalam negeri,maka pasukan polis membenarkan tindakan ganas ini dilakukan semata-mata untuk melindungi kedudukan politik menteri dalam negeri dan parlimen Semberong,jika tidak kenapakah tidak ada sebarang tangkapan dan halangan oleh pasukan polis.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kluang pada jam tiga pagi tadi.

"Saya ingin bertanya kepada Umno Johor apakah ketakutan mereka untuk hilang sokongan rakyat sehingga memaksa mereka bertindak dengan cara ganas untuk menyekat sambutan rakyat terhadap Keadilan dan Pakatan Rakyat."

"Bayangkan kalau esok bila saya suruh AMK,mana Najib datang mana Muhyiddin datang kita beli mercun dekat Rantau Panjang kita baling bola mercun,bayangkan kiamat dunia serang kita tapi ini dibuat ke atas kita."

"Apakah jaminan oleh PDRM bagi memastikan bahawa program-program politik yang dibuat oleh Keadilan yang melibatkan Datuk Seri Anwar dan pimpinan lain boleh dijamin selamat kalau sekiranya pihak PDRM mengambil pendirian berpihak seperti ini."katanya dalam nada kesal.

Hubungan Dagang Malaysia-Israel Guna 4 Pelabuhan Israel

SHAH ALAM, 20 FEB: Malaysia dan Israel menjalin hubungan dagang menerusi empat pelabuhan di negara zionis tersebut melalui Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas, Johor.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Baharin atau lebih dikenali dengan Chegu Bad berkata menerusi carian laman web www.linescape.com pihaknya telah menemukan beberapa transaksi.

Menurut Chegu Bad hubungan dagang tersebut didakwa melibatkan syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dengan menggunakan pelabuhan Haifa (Israel) terus ke Pelabuhan Klang.

"Terdapat juga laluan perdagangan lain antara Israel-Malaysia termasuklah melibatkan beberapa pelabuhan utama kedua-dua buah negara yang kononnya tidak

mempunyai hubungan diplomatik.

"Antaranya ialah Haifa(Israel)-Pelabuhan Klang, Ashdod(Israel)-Pelabuhan Klang dan Ashdod(Israel)-Tanjung Pelepas dan Ashdod(Israel)- WestPort Klang." kata beliau.

Menurut beliau sikap hipokrit kerajaan Malaysia membuktikan helah politik untuk menipu rakyat negara ini sedangkan hakikatnya Malaysia- Israel merupakan rakan dagang yang baik.

"Dr. Mahathir minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel - Malaysia dibekalkan oleh Israel kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah sebuah tuduhan terdesak serta memperkukuhkan lagi amalan fitnah yang diamalkan Mahathir selama ini.

"Sedangkan data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno." jelas beliau yang juga Ketua Cabang Rembau.

Sehubungan itu SAMM meminta rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin menuntut jawapan dari kerajaan mengenai pendedahan terbaru tersebut.

Pada 8 Febuari 2012 lalu, SAMM telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel.

Namun tiada jawapan rasmi dari kerajaan. Pada hari yang sama SAMM telah dihantar kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa serta salinan ke Perdana Menteri dan pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.

Sementara dalam 'Index Mundi' dan IMF menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012.

 Melalui index tersebut mencatatkan Syarikat Sime Darby dari Malaysia terlibat dalam urusan penjualan minyak sawit tersebut.

Sime Darby adalah syarikat milik kerajaan (GLC) hasil penggabungan Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby yang menimbulkan kontroversi pada awal tahun 2000 lalu.

Umno-BN Parasit 'High Maintenance' Negara

KOMENTAR "Jentera penerangan Barisan Nasional (BN) disaran menggunakan formula empat 'M' iaitu media bersemuka, media cetak, media digital dan media elektronik dalam usaha memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) ke-13".

Demikian saranan Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Dari kaca mata pemerhati politik, dalam konteks Umno-BN, saranan Ahmad Maslan itu tiada apa-apa yang baru dan menghairankan.

Tanpa mengira parti politik atau pun mana-mana politikus itu sendiri, media dianggap amat berperanan dalam menaikkan mahupun menjatuhkan mana-mana pihak dalam arena politik negara.

Lebih-lebih lagi bagi Umno-BN yang boleh dianggap sebagai parasit yang menumpang hidup dan membesar dengan menjadikan sel-sel dari pokok induk sebagai sumber makanan yang menyebabkan tumbuhan induk rosak dan mati dengan perlahan-lahan.

Menjadikan keadaan lebih buruk lagi apabila Umno-BN hari ini telah dianggap sebagai sebuah parti politik parasit yang memerlukan kos penyelengaraannya yang cukup tinggi demi memuaskan kehendak pemimpin dan meneruskan kelangsungan parti itu sendiri.

Sama seperti parasit, semenjak Mogok Utusan 1961 lagi, Umno-BN dengan tidak bertanggungjawab dan konsisten mempergunakan media demi kelangsungan hayat mereka sekaligus membunuh kebebasan media di negara ini dengan perlahan-lahan.

Maka memanglah tidak menghairankan sekiranya Ahmad Maslan berkata demikian untuk memastikan kelangsungan hayat Umno-BN di Putra Jaya.

Bagaimanapun selain M-Media, Ahmad Maslan terlupa dua 'M' lagi iaitu "Machinery" dan "Monetary" yang juga menjadi tunggak kekuatan Umno BN setiap kali memasuki gelanggang pilihan raya.

Machinery

Tanpa ragu-ragu Machinery (jentera) pilihan raya Umno BN boleh dianggap sebagai jentera pilihan raya yang paling berkesan dan utuh berbanding jentera-jentera parti lawan.

Bagaimanapun sekali lagi, sama seperti parasit yang memakan sel tumbuhan induk untuk kelangsungan hidup, jentera Umno-BN sebenarnya cuma bergantung harap kepada jentera kerajaan samada dengan menyalahgunakan harta kerajaan mahupun penggunaan sumber manusianya.

Tindakan yang banyak memberikan kelebihan kepada mereka itu dengan sendirinya telah banyak merosakan institusi kerajaan negara ini.

Malahan gara-gara sikap parasit Umno itu, lebih-lebih lagi di kalangan penyokong totok Umno telah gagal membezakan harta hak milik kerajaan dengan hak milik Umno dengan beranggapan bahawa hak kerajaan juga merupakan kepunyaan Umno-BN dan begitu juga sebaliknya.

Monetary (Kewangan)

Rata-rata masyarakat negara ini sedar bahawa Umno-BN dengan wang tidaklah dapat dipisahkan bagaikan semut menghurungi tumpahan gula, di mana ada lubuk wang maka di situlah pemimpin-pemimpin mereka akan menghurunginya.

Demi kepentingan kekayaan diri dan memenuhkan kantung pilihan raya maka tidaklah menghairankan apabila pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan wang bagi menjana perjalanan kempen pilihan raya mereka.

Komisen bernilai jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian aset bernilai tinggi negara contohnya, selain masuk ke poket diri sendiri dan kroni, sebahagian darinya juga adalah untuk persediaan perbelanjaan pilihan raya.

 Tidak ketinggalan projek-projek bernilai berbilion ringgit yang kononnya untuk rakyat juga turut menyediakan habuan untuk pemimpin tertentu dan kantung pilihan raya parti 'high maintenance' itu sebagai pra-syarat bagi memperolehi projek rundingan terus kerajaan.

Maka, tidaklah menghairankan apabila beberapa kontroversi berhubung pembelian aset negara seperti pembelian kapal selam Scorpene misalnya tidak mendapat reaksi yang sepatutnya dari SPRM dan badan penguatkuasa yang lain.

Lebih menyedihkan, apabila kontroversi pembelian tersebut turut menimbulkan pelbagai persepsi negatif termasuklah tanggapan yang melibatkan nyawa melayang baik diletupkan mahupun ke tali gantung.

Maka tidaklah keterlaluan jika ada masyarakat yang menganggap sesetengah projek kerajaan dan pembelian aset bernilai tinggi negara dibuat berdasarkan keperluan kewangan Umno-BN serta pemimpin mereka dan bukannya keperluan rakyat dan negara.

Projek dan pembelian tersebut hanyalah dijadikan satu platform bagi membolehkan duit masuk kekantung mereka 'secara sah' dan menguntungkan kroni sekaligus mewujudkan situasi menang-menang sesama mereka.

Sikap parasit Umno-BN memakan sel pokok induk ini bukan sahaja membunuh kebebasan media dan kebertanggungjawaban entiti kerajaan terhadap harta kerajaan malah turut membunuh intergriti badan penguatkuasaan dan sistem perundangan negara yang kononnya bebas.

Bukan sahaja peluh jantan ketakutan SPRM, polis dan badan penguatkuasaan lain terpercik tatkala cuba memulakan siasatan terhadap pemimpin-pemimpin Umno-BN ini.

Hatta pihak di dalam institusi perundangan turut berfikir berkali-kali sebelum melakukan sebarang pendakwaan meskipun dibekalkan bukti yang kukuh.

Sepertimana cara untuk menyelamatkan pokok induk dengan membuang parasit yang melata di dahan-dahan, parasit Umno-BN juga haruslah segera dinyahkan dari Putra Jaya.

Satu-satunya peluang terdekat yang ada untuk rakyat negara ini membunuh parasit Umno-BN yang telah lama membunuh kebebasan media, integriti kerajaan, penguatkuasaan, kehakiman dan lain-lain ialah melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, pengundi jangan tersilap pilih lagi.

MADU DI TANGAN KANAN MU PAKATAN,RACUN DITANGAN KIRIMU Bn



PAYA BESAR, KUANTAN (KIRI) (KANAN) DI LANCHANG,TEMERLOH


DI PEKAN, PAHANG.


KENYATAN ANWAR KEPADA The Wall Street Journal.


“I support all efforts to protect the security of the state of Israel, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel, pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

Kenyataan Di Utusan :


“I support all efforts to protect the security of the state of Israel" (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).

Ini utusan punya versi



DAPATKAN SUARA KEADILAN RABU INI.