Che I rahim
Ustaz ni kata ada orang Kristian Dan yahudi yang masuk syurga...
Maknanya Ashabul kahfi tu antara penganut Kristian yang masuk syurga la....
Che I rahim
Ustaz ni kata ada orang Kristian Dan yahudi yang masuk syurga...
Maknanya Ashabul kahfi tu antara penganut Kristian yang masuk syurga la....
Terkejut tengok berita tadi.
Kartel ayam akhirnya ‘tumpas’ .
Tak ada lah betul-betul tumpas , at least didedahkan dan dikenakan penalti.
Memang jelas mereka ni sekepala cuba naikkan harga ayam yang mana mereka ni memonopoli lebih kurang 40% pasaran ayam malaysia.
Bravo kepada petugas agensi kerajaan yang mendedahkan ini. Memang verani! 💪
#madani
Menara Ilham la kene sita bangang. Bukan Ilham Centre..💩🤣🤣🤣
Mabuk todi la ko ni walaun..💩🤣
Fikir guys, fikir kenapa korg rendahkan darjat akal fikiran korg sampai follow org yg akal pun tiga suku ni..💩🤣🤣🤣
Liyana Marzuki
Kecoh di media sosial, Kerajaan akan tumbang minggu ni. Berapa kali dah kita dengar ini cerita.
Pandangan saya sama. Cerita the boy who cried wolf, namanya. Orang dah meluat pun nak dengar.
Modus operandi mereka sama. Bila nak elok sikit ekonomi, mulalah kepanasan. Mereka perlu buat sabotaj besar2an. Makanya tebuk atap la yang diulang2. Sampai lebam.
Window mereka limited, hanya ada sampai penghujung Januari. Lepas Agong baru naik, mereka nescaya kurang berani.
Saya dah bgtau lama, geng atas pagar (GAP) bukan suka sangat Kerajaan ini. Tapi depa lagi tak suka bertukar Kerajaan lagi. Lebih rela beri peluang sepenggal tengokkan apa boleh mereka buat.
Namun kalau set Pembangkang dah nampak sgt taksub kuasa, dah kalah tak berlapang dada. Lagi lah GAP tak boleh terima. Telanlah lesser evil pada negara.
************************
Satu lagi saya perasan, mereka guna propagandist suka fitnah dan maki2. Untuk sebarkan dakyah mereka. Ini progandist yang sama, UMNO dok guna sekian lama. Siap dibayar oleh Kak Mah. Tengoklah apa nasib mereka? Tumbang juga akhirnya.
Rakyat Malaysia ini majoriti nya orang munasabah. Politik kebencian dan adu domba tu takkan bertahan lama. Sebab lama2 kita penat nak dengar. Akan dibolayan saja.
Tak percaya, tengok lah reach propagandist ini makin hari makin menurun. PEMPENGERUH mereka pun stamina dah hilang nak maki2 hari2. Sebar fitnah dan benda negatif ini akan makan diri.
Jadi kalau orang tanya saya, betul ke Kerajaan nak tumbang esok hari? Jawab saya. Enjoy your year end holiday. Chill2 dengan keluarga.
Insya Allah, Malaysia ini masih lagi dibawah rahmat-Nya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Semalam saya telah mempengerusikan mesyuarat dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC). Perbincangan ini adalah mukadimah kepada reformasi GLIC dan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) agar mereka lebih tertumpu kepada pembangunan serta kesejahteraan rakyat seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
GLIC mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama dengan Kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat terbanyak. Dengan jumlah saiz aset di bawah pengurusan bernilai RM1.84 trilion, yakni hampir sama dengan saiz keluaran dalam negeri kasar (KDNK) nominal Malaysia pada tahun ini, GLIC di Malaysia berupaya menggerak dan melonjak ekonomi Malaysia ke depan. Semasa sesi tersebut, saya telah memberi mandat kepada GLIC untuk meningkatkan pelaburan langsung domestik masing-masing.
Dalam usaha untuk memacu potensi ekonomi Malaysia, saya juga telah menggariskan bahawa GLIC dan GLC harus menggembleng tenaga untuk menyokong aspirasi negara sebagai destinasi pelaburan dan hab ekonomi Islamik bertaraf dunia, melonjakkan pelaburan di sektor digital dan tenaga boleh baharu, serta menggalak sektor PMKS melebarkan pasaran ke negara-negara serantau.
Saya menerima baik cadangan-cadangan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif GLIC untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi tempatan. Ini termasuklah menambah baik perbelanjaan daripada kutipan zakat korporat, menjalinkan usaha sama dengan sektor swasta bagi membangunkan penginapan pelajar-pelajar serta menggembleng lebih dana untuk pelaburan di syarikat-syarikat tidak tersenarai dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Bagi memastikan misi-misi ini tercapai, Kerajaan akan terus mengadakan mesyuarat berkala yang akan dipengerusikan oleh saya atau Menteri Kewangan II YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk memantau pencapaian dan kemajuan inisiatif yang diterajui oleh GLICs. Insya-Allah, dengan pendekatan ini, Malaysia akan melangkah lebih cepat ke arah kemajuan yang mampan dan saksama.
#MalaysiaMADANI
Berita paling panas di negara kita sekarang ialah laporan tentang penyitaan Menara Ilham, sebuah bangunan milik Tun Daim Zainuddin oleh SPRM yang diberitakan bermula semalam.
Ia menjadi berita panas kerana menara setinggi 60 tingkat itu adalah milik Tun Daim, tokoh perniagaan dan politik yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Sebelum 2018, di bangunan itulah banyak berlaku operasi politik untuk membantu PH memenangi PRU14 sehingga Tun Mahathir akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada tahun tersebut.
Selepas Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pula di mana kemudian Tun Daim dilantik mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan, Menara Ilham adalah bangunan tumpuan kerana di situlah majlis tersebut sering mengadakan mesyuaratnya.
Bahkan, ketika Tun Daim mahu bertemu sesiapa – sama ada untuk meminta pandangan, menawarkan jawatan atau menasihatkan sesiapa dalam kerajaan agar meletakkan jawatan – di bangunan itulah saksi segala kejadian.
Pendeknya, ketika era PH 1.0 berkuasa, selain Pejabat Perdana Menteri dan Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana, Menara Ilhamlah tumpuan utama pihak media.
Menurut laporan, tindakan penyitaan Menara Ilham dibuat selepas Tun Daim dikatakan enggan mematuhi arahan SPRM untuk mengisytiharkan pegangan kewangan miliknya dan keluarganya.
Memetik laporan CNA atau Channel News Asia, tindakan SPRM tersebut adalah sebahagian daripada siasatan antipengubahan wang haram melibatkan bekas Menteri Kewangan itu yang bermula pada Mei lalu berkaitan transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997.
Urusniaga itu difahamkan melibatkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM).
Sebelum tindakan sita ini, sejumlah akaun bank melibatkan Tun Daim dan syarikat-syarikat yang dipercayai ada kaitan dengannya telah juga dibekukan oleh SPRM.
Bertambah lagi panasnya berita penyitaan Menara Ilham milik Tun Daim ini kerana ia berlaku di ketika Anwar Ibrahim telah berada sebagai Perdana Menteri.
Ini sekaligus menjadikan buat pertama sebuah bangunan pencakar langit disita keseluruhannya untuk tindakan siasatan dan mencari bukti oleh SPRM.
Kita mungkin biasa mendengar pejabat atau rumah disita, tetapi rasanya belum pernah sebuah bangunan setinggi 60 tingkat disita di negara kita.
Tanpa Tun Daim, tidak mungkin tercipta sejarah sedemikian rupa.
Dalam hal berkaitan, bukanlah rahsia lagi, malah sering diperkatakan secara terbuka oleh orangramai, Tun Daim juga dikatakan mempunyai peranan penting sama ada ketika Anwar dipecat daripada kerajaan dan UMNO pada 1998 dahulu mahu pun dalam menggagalkan peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Pengerusi PH itu yang sepatutnya berlaku pada 2020 lalu.
Dengan gambaran sedemikian, tambahan lagi ketika berkempen selama puluhan tahun bersama PH dan PKR sebelum itu, malah Anwar sering menjadikan Tun Daim sebagai sasaran kecamannya atas menimbun kekayaan secara berlebih-lebihan, berita penyiataan Menara Ilham ini telah menenggelamkan semua berita yang lain.
Apakah tindakan yang dilakukan keatas Tun Daim ini sebahagian usaha Anwar membersihkan negara?
Apakah bahan bukti yang bakal diperolehi dan diangkut keluar daripada Menara Ilham selepas ini?
Apakah Tun Daim hanya akan berdiam diri atau bakal melawan?
Apakah tindakan melawan yang akan dilakukannya?
Bagaimana dengan Tun Mahathir Mohamad yang diketahui merupakan sekutu rapat kepada Tun Daim berikutan penyitaan ini?
Apakah tindakan yang bakal dilakukan bekas Perdana Menteri itu?
Selain banyak soalan lain terus terawang-awang dan menagih jawapan, persoalan akhir dan mula diperkatakan – apakah kerajaan perpaduan bakal bergegar dalam tempoh terdekat ini? – ShahbudinHusin 22/12/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/12/22/setelah-menara-ilham-milik-tun-daim-disita-sprm-apa-bakal-berlaku-selepas-ini.html
PAS yaang beraliran kasar dan melampau sejak mula popularnya Ustaz Hadi Awang mula berubah kpd aliran yg lebih sederhana dan rahmah sejak reformasi98 bilamana Ustaz FadhilNoor & TG Nik Aziz mula menjadi popular dan disegani dlm PAS..
Sejak mereka menjadi ulama PAS yg disegani dan dihormati, PAS mula diterima oleh golongan melayu bandar dan kaum cina dll.
Malangnya slps UFN & TGNA meninggal dunia, PAS yg dikepalai TGHH kembali kpd aliran keras, kasar dan melampau. Insya Allah PAS akan jatuh dgn sendirinya jika berterusan dgn amalan2 persis kaum Khawarij ini.
Ahmad Shahril
Di mulakan zaman atok piraun yang kini jadi idola walaun di hentikan di zaman PMX walaun kata PMX tak bersungguh dan serius dalam isu palestin Israel....zaman pn dulu lagi hebat kapal terbang Israel pun boleh lalu ruang udara negara.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 anggota dan pegawai polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mengepung ‘mini Dhaka’ dalam operasi khas membanteras warga asing di Jalan Silang di sini, hari ini.
Kepungan bermula pada pukul 11 pagi itu bagi menyerbu kebanjiran warga asing yang dilihat semakin ‘besar kepala’ membuka perniagaan selain ‘berlagak’ seperti warga tempatan.
Wartawan Utusan Malaysia yang turut mengikuti operasi mendapati anggota dan pegawai polis berpakaian keselamatan lengkap bersenjata dan peralatan khas dilihat mula memecah masuk ke setiap premis membabitkan empat blok di jalan tersebut.
Difahamkan serbuan bagi menangani kebanjiran warga asing di Jalan Silang dan perniagaan yang dimiliki serta menggajikan warga asing.
Difahamkan kebanyakan warga asing membabitkan warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar itu gagal melarikan diri selepas kepungan mengejut dibuat.
Pemeriksaan di salah satu premis mendapati warga asing yang menjalankan perniagaan agensi pelancongan turut menawarkan khidmat klinik persendirian.
Turut ditemukan pelbagai jenis ubatan dipercayai dari Bangladesh tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan di premis tersebut tidak berpenghuni.
Malah, serbuan turut menemukan premis dijadikan bilik sewa dalam keadaan berselerak, kotor dan jijik dipercayai dihuni warga asing.
Difahamkan, setakat pukul 1 petang, sekurang-kurangnya 500 warga asing ditahan sebelum dibawa Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk proses semakan dokumentasi.
#bpjeya #jeyaprakash #imigresen
Mohd Mukhlis Mohd Syariff
Siapa yang kata tinggal 10 hari aje lagi tu memang tak lama. 20 juta masuk angin keluar ASAP nanti 2028 boleh recycle balik benda sama, lebai dan Un sama-sama subpar, tak ada yang cerdik. 🫣
Inshaallah terminal bas kota bharu serba canggih dan modern dibina tahun ini sebelah stesen ecrl di Bandar Baru Tunjong, peruntukkan RM20 juta. Tapi tahun ni nak habis dah tinggal 10 hari jah lagi, ermm...
Mikail Arian.
Menara Ilham bernilai USD580 JUTA, sebuah bangunan komersial milik keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, dilaporkan telah dirampas SPRM, menurut Channel News Asia
Rampasan itu berlaku pada Khamis (21 Dis), susulan keengganan Tun Daim mengisytiharkan pegangan kewangannya & keluarganya dalam siasatan kes seleweng dana kerajaan bernilai RM2.3BILLION.
JPJ Negeri Pulau Pinang mengambil tindakan sita ke atas kereta jenis Honda Jazz di Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) di Georgetown, hari ini.
Pemandu Jazz tersebut ialah warga asing yang juga pemegang kad UNHCR yang didapati melakukan beberapa kesalahan seperti Menjalankan perkhidmatan awam sewa dan pandu tanpa permit sah, Tiada lesen memandu Malaysia, Meletak kenderaan di parkir tidak dibenarkan.
Berdasarkan maklumat diterima, pemandu merupakan pekerja di sebuah syarikat kenderaan terpakai dan bertindak sebagai runner untuk menghantar kereta kepada penyewa.
Fuuuuh ini sudah next level.
**************
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita Menara Ilham, sebuah bangunan komersial bernilai tinggi yang terletak di ibu negara menurut laporan media.
Bangunan pencakar langit itu dimiliki bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, yang juga teman rapat bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Channel News Asia (CNA) memetik sumber yang rapat dengan Daim sebagai berkata tindakan menyita itu dilakukan hari ini.
Sumber berkata tindakan itu dibuat selepas tokoh korporat itu enggan mematuhi arahan SPRM untuk mengiytiharkan pegangan kewangan miliknya dan keluarganya.
Menurut CNA, tindakan itu sebahagian daripada siasatan antipengubahan wang haram yang bermula pada Mei lalu berkaitan transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997.
Urusniaga itu melibatkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM).
Bagaimanapun, CNA melaporkan Daim enggan mengulas mengenai perkara itu.
Rakan rapat Daim juga dilaporkan berkata hartawan itu menerima arahan daripada SPRM pada penghujung Mei untuk mengisytiharkan pegangan kewangannya dan aset ahli keluarganya.
Namun Daim menolak permintaan tersebut dan sebaliknya menegaskan semasa disoal oleh pegawai SPRM bahawa dia tidak ada kena mengena dengan perjanjian Renong-UEM.
Daim menegaskan perjanjian korporat yang menyaksikan UEM memperoleh 33 peratus kepentingan dalam Renong, adalah semata-mata transaksi korporat antara syarikat yang ditadbir oleh pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham masing-masing.
Daim, 81 juga dipercayai meminta lanjutan tempoh untuk memberikan butiran mengenai pegangan kewangannya.
Dia juga meminta SPRM mendedahkan sebab di sebalik petisyen pengisytiharan harta berkenaan, termasuk dakwaan dia disiasat kerana melakukan kesalahan.
Bagaimanapun, pada awal Disember, sumber dilaporkan berkata Daim dimaklumkan oleh SPRM bahawa tiada lagi lanjutan masa akan diberikan.
Berikutan siasatan pada Mei itu, SPRM memaklumkan suruhanjaya itu sedang menyiasat dakwaan penyelewengan dana awam bernilai lebih RM2.3 bilion.
Pada Jun lalu, agensi antirasuah itu memaklumkan telah membekukan lebih RM39 juta dalam akaun bank, termasuk milik bekas menteri kanan yang tidak didedahkan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka.
Daim pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan sebanyak dua kali semasa kali pertama Mahathir memegang jawatan sebagai perdana menteri dari 1981-2003.
Dia juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi majlis penasihat kerajaan ketika Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi pada 2018.